Thursday, April 30, 2009
Selamat Hari Pekerja!
boss tetap boss..
pekerja tetap pekerja..
walaupun semuanya sememangnya bekerja...
apapun..selamat hari pekerja... di mana sahaja anda berada..
enjoy your long weekend... bawak family jenjalan yer.. sambil menikmati keindahan alam..
:-)
Wednesday, April 29, 2009
Wahai Islam 'Baka'... Berimankah kamu???
sejak dari bangku sekolah lagi, masa pelajaran agama islam... saya sering di 'syarah' oleh ustaz atau lecturer tentang perkara 'islam baka'..
mula-mula saya 'tak ambil pot' sangat pasal islam baka ni...
cerita dalam syarah tu; islam baka ialah seseorang itu yang lahir dari sebuah keluarga islam.
maknanya kalau ibubapa kepada seseorang itu islam maka anaknya pun turut islam.
pendek kata; islam otomatik.
menyusuri zaman permulaan Islam dahulu; iaitu sewaktu Baginda Rasulullah mendapat wahyu pertama di gua hiraq.
seterusnya siri-siri perjuangan Baginda dalam mengembangkan dakwah tentang agama tauhid yang bernama Islam ini yang penuh dengan pancaroba, ujian serta tentangan dari kawan & lawan.
di antara siri-siri dakwah Baginda tersebut tersingkap satu pengajaran tentang topik iman & islam.
sudah pasti Baginda menempuh sejuta kepayahan dalam berdakwah kepada masyarakat yang ketika itu sangat tunduk patuh serta taat kepada tuhan-tuhan Al-Latta, Al-Uzza termasuk juga Allah (yang mereka warisi dari nenek moyang mereka sejak zaman berzaman, dari zaman Nabi Allah Ibrahim lagi).
maka hanya yang rapat dengan Rasulullah; yakni mereka yang kenal ertibudi Baginda sahaja merupakan antara yang awal mengucap 2 kalimah syahadah yakni beriman kepada Allah & Rasul utusan Allah.
mereka-mereka yang beriman pada waktu itu ialah mereka-mereka yang 'kembali' kepangkal jalan yang lurus (sebagaimana doa di dalam surah Al-Fatihah; tunjukkanlah kami jalan yang lurus..)
dan mereka-mereka ini benar-benar 'berserah' secara penuh atau 'total acceptance' atau 'total submission' hanya kepada Allah & Rasul utusan Allah yakni Rasulullah.
maka kualiti keimanan mereka tidaklah boleh diragui kerana keyakinan mereka itu telah Allah buktikan di dalam peperangan Badar Al-Qubra (ketika itu tentera umat islam seramai 313 orang telah berjaya menewaskan pihak musuh yang berjumlah 3 hingga 4 kali ganda dari jumlah mereka)
kemudian Rasulullah mula mendidik mereka dengan satu sistem yang mudah yakni; piagam agama yang kita kenali sebagai Rukun Islam.
perlu kita ingat piagam komitmen diri yang kita kenali sebagai Rukun Iman datang dulu sebelum Rukun Islam.
kerana fatonah dalam dakwah Rasulullah dengan memberi ilmu, kefahaman seterusnya wujud bibit-bibit keimanan dalam diri adalah rangka atau modul pertama yang perlu dilalui oleh setiap manusia yang mahu bergelar insan yang hanya mempunyai amanah sebagai hamba abdi Allah.
bibit-bibit keimanan yang lahir dari 'tarbiyah' atau kelas-kelas rasmi atau tak rasmi Baginda telah sebenarnya mewujudkan tapak atau asas yang kukuh dalam diri seseorang itu.
asas yang kukuh ini terus dibina dari masa ke semasa dengan semangat pengorbanan dari segi masa, harta benda dan wang ringgit.
kita pun tahu, bangunan yang tersergam indah serta kukuh itu bermula dari sekecil-kecil kerikil.
------------------------------
maka ikut sifir : iman akan datang dahulu sebelum islam.
oleh itu bagi manusia yang islam 'baka'.... ianya adalah satu proses 'songsang' tapi istimewa dalam kejadian Allah atas setiap perjalanan hidup ini sebagai untuk membantu kita manusia akhir zaman ini agar sentiasa dalam peliharaan Allah dalam masa yang sama berkerja keras untuk mendapatkan, memahami serta menyakini Piagam Komitmen Diri iaitu Rukun Iman akhir hidup nanti.
tiada kejayaan yang akan datang mengolek tanpa kepayahan berusaha, berdoa serta bertawakkal.
tiada dapat kita rasa kemanisan iman itu jika kita tidak dapat melakukan pengorbanan ke atas diri untuk menikmatinya.
hidup ini sebenarnya tiada pilihan... yang ada hanya 'kami dengar dan kami patuh'...'samiaqna wa atoqna..'
maka jika adapun pilihan, perlulah kita beramanah dengan pilihan yang telah kita buat... bukannya dengan 'memarahi Allah' secara tidak lansung kerana kecewa dengan pilihan sendiri..
sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rad ayat 11 :" Tidak Aku ubah nasib atau sifat seseorang itu melainkan dia yang mengubah nasib atau sifatnya sendiri"
soalan.... sudahkah kita beriman?
soalan.... di mana tahap iman kita?
jawab sendiri...
wasalam
Tuesday, April 28, 2009
Tak Puas Hati : Jangan Cakap Belakang!!!
salam...
saya ada beberapa rakan yang sedang memakan daging busuk lagi berulat.
saya juga ada beberapa rakan yang sedang mengunting lidah mereka sendiri.
saya perhatikan mereka ini antaranya adalah yang 'kuat sembahyang'.
saya juga perhatikan mereka ini antaranya adalah yang hidup dalam keadaan 'gelandangan' atau tak tentu hala.
perumpamaan memakan daging busuk serta menggunting lidah sendiri ini adalah sebenarnya diambil dari kisah benar perjalanan Rasulullah semasa Baginda melakukan mikraj ke sidratul muntaha sewaktu kisah 'israk & mikraj'...
(mikraj itu kemudiannya diambil oleh saintis Perancis lantas mencipta & menamakan pesawat pejuang meraka mengan nama 'mirage')
----------------------------------------
antara perkara yang Rasulullah dapat saksikan;
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
------------------------------------
cakap belakang adalah antara perkara terkutuk yang mereka-mereka ini (ada yang berani sekali mengelar diri sebagai hamba Allah) lakukan saban hari setiap masa.
cakap belakang timbul kesan dari ketidak puasan hati seseorang itu terhadap orang lain.
cakap belakang ini juga adalah kesan dari gagalnya manusia ini menjaga hati-hati mereka lantas sanggup melakukan perkara terkutuk ini.
cakap belakang ini akan berterusan hingga kiamat dan kita semua arif, bahawa ahli-ahli cakap belakang ini tidak lepas dari kesalahan cakap belakang itu sehinggalah dia memohon maaf dari orang yang dicakap belakangnya itu.
hanya hati seorang manusia yang kotor lagi hina sahaja yang akan sanggup melakukan cakap belakang.
hanya hati seorang manusia yang tidak jujur, tidak amanah, tidak tobligh dan tidak amanah sahaja yang sanggup untuk cakap-cakap belakang.
jadi bilamana kita terserempak dengan manusia yang cakap-cakap belakang ini... hendaklah kita;
1. menasihati beliau agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
2. keluar dari majlis perbincangan tersebut.
3. menjauhkan diri dari manusia tersebut.
dan dari jauh... kita lontarkan pandangan kita ke arah manusia terkutuk tadi lalu mengangkat tangan sambil berdoa, mudah-mudahan manusia itu 'kembali' ke jalan yang lurus.
wasalam
Thursday, April 23, 2009
EGO Lelaki....
salam semua...
lelaki terkenal dengan perkataan 'EGO'...
wanita terkenal dengan perkataan 'EMOSI'...
lelaki yang terlalu EGO dengan lelaki lain akan membuatkan diri mereka dipulau lalu diketepi...
lelaki yang bergelar kekasih yang 'lampai' EGO akan membuatkan pasangan menjadi rimas, panas lantas muak..
lelaki bergelar suami yang 'terlampau' EGO akan membuatkan isteri merana serta menderita...
lelaki yang bergelar bapa yang 'asyik' EGO akan membuatkan anak-anak tidak hormat tetapi takut kerana benci..
lelaki bergelar BOSS yang tinggi EGO akan membuatkan staff meluat serta menyampah lantas membenci...
lelaki yang EGO pada diri sendiri akan memusnahkan diri akhirnya...
lelaki yang EGO kepada Tuhan akan ditinggikan EGO mereka sebagaimana kehendak yang mereka hajati...
kerana EGO lelakilah;
alam percintaan menjadi hambar..
alam pertunangan menjadi bosan..
alam perkahwinan menjadi kusam..
alam keluarga menjadi tertekan..
alam pekerjaan menjadi kacau..
alam masyarakat menjadi haru biru..
alam kubur menjadi celaru..
ada ramai lelaki diluar sana;
rakan sekolah
rakan sekerja
adik
abang
kekasih hati
tunangan diri
suami
bapa
bapa mertua
datuk
pakcik
sepupu
cikgu
pensyarah
......
cuba kita 'measure' tahap EGO mereka.
dengan menggunakan skala;
1 = EGO terpimpin, 2 = EGO bertempat, 3 = EGO memanjang, 4 = EGO Melampau
--------------------------------
1. EGO terpimpin ialah bilamana seorang lelaki itu tidak akan sama sekali menggunakan EGOnya walaupun dia tahu bahawa dia boleh menggunakannya.
2. EGO bertempat ialah bilamana seorang lelaki itu bijaksana menggunakan EGO yang ada dengan sebaiknya dan bukan untuk kepentingan diri.
3. EGO memanjang ialah bilamana seorang lelaki itu senantiasa menggunakan EGO yang ada dalam melindungi kekurangan atau kelemahan diri dari semua pihak.
4. EGO melampau ialah bilamana seorang lelaki itu senantiasa berada dalam keadaan pentingkan diri sendiri @ selfish atau bersalah serta tidak mahu mendengar pendapat lain secara total @ menolak sebarang pandangan mentah-mentah tanpa mahu menilai terlebih dahulu.
----------------------
selamat mengukur...
:-)
Wednesday, April 22, 2009
Iman vs Ringgit...
doa murah rezeki yang selalu atau tidak pernah 'miss' kita panjatkan ke hadzrat Ilahi selalunya berkitar kepada gelogak hawa nafsu diri yang tidak pernah puas hatta mahu bersyukur dengan apa yang ada.
doa murah rezeki kita selalunya berakhir dengan 'koleteral' yang kita letakkan kepada Tuhan, malah ianya selalu juga kita sertakan dengan 'ugutan halus' kepada Tuhan.
"Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakan Aku kemurahan rezeki (dalam hati 'kalau dapat Ya Allah.. dalam 20 ribu untuk selesaikan masalah kad kredit hambamu ini)....
Aku berjanji Ya Allah sekiranya selesai masalah ini, aku akan tunduk patuh serta taat mengerjakan segala suruhanMu......"
benar, Allah berfirman 'berdoalah nescaya Aku makbulkan'.
kita sebagai hamba tuhan lagi abdi ini memang disuruh oleh Allah untuk meminta kerana memang dasar seorang hamba 'sikap'nya ialah meminta-minta kerana kita tiada apa-apa... dan permintaan itu wajiblah dituju hanya ke hadzrat Ilahi dan bukannya ke 'al lata & al uzza' (tangkal-tangkal yang kita pergi jumpa bomoh utk pelaris, murah rezeki dsbnya).
namun atas ketertiban seorang hamba dalam menyatakan permintaannya hendaklah si hamba itu ikhlas dan benar-benar beriman pada qada' & qadar....maka penyerahan mutlak atau total surrender perlulah ada dalam diri seorang hamba tuhan itu pada setiap masa terutamanya semasa berdoa.
Allah tahu segala kesilapan dan segala kehaprakkan yang kita telah lakukan.
perkara ini telah dijelaskan tatkala Allah mahu menjadikan makhluk yang bernama manusia apabila para malaikat bertanya dan memberi input tentang sikap manusia yang benar-benar akan 'melakukan kerosakan di atas muka bumi ini'... namun Maha Suci Allah yang berkuasa menghidupkan serta mematikan Maha Mengetahui perjalanan setiap hamba makhluknya.
maka, antara kerosakan-kerosakan yang kita lakukan ialah berhutang hingga habis semua sumber untuk kita pergi mendapatkan hutang lagi...
berhutang itu harus apabila ianya melibatkan keperluan yang benar-benar perlu.... jika kita sudah ada sofa dan kita mahu menukar sofa itu dengan yang baru dan penukaran itu melibatkan hutang maka kita sebenarnya telah meletakkan satu tangan pada selut yang hitam.
sekiranya kita mampu sekalipun, hutang ini memang tidak digalakkan terutamanya di atas perkara-perkara yang melampaui batas.
hutang rumah, hutang kereta adalah hutang yang perlu dan ianya perlulah berdasarkan di atas kemampuan untuk membayarnya nanti.
jika kita hanya mampu untuk membayar 500 sebulan bagi sebuah rumah yang berharga 70 ribu, maka istiqomahlah dengan keupayaan itu... jangan memaksa diri untuk membeli sebuah rumah yang berharga 200 ribu sehingga kita terpaksa membayar lebih dari 1,200 sebulan dari wang upah @ gaji bulanan kita... sehingga kita terpaksa ber'ikat perut' demi memastikan kita berjaya memenuhi nafsu serakah dengan memiliki rumah besar serta boleh menutup mulut sesiapa sahaja yang berada di sekeliling.
nafsu serakah??? jawapan ada pada diri sendiri.
maka apabila kita tersepit dan dikelilingi oleh hutang yang berlambakkan... kita secara 'terpaksa' akan 'bertukar' menjadi orang yang paling kuat imannya di kalangan yang semasa dengan kita.
solat tidak tinggal, cakap jadi tertib, mulut berbuih dengan zikir serta istigfar... pendek kata kita tiba-tiba jadi alim... mulalah mencari buku-buku solat tambahan untuk tahu macamana nak solat hajat.. apa nak kena baca dan sebagainya... sampai kita lupa untuk melakukan 'SOLAT TAUBAT' dengan sebenar-benar taubat di atas segala perbuatan 'kerosakan' yang telah kita lakukan.
iman 'segera' kita itu lahir akibat dari bahana tangan sendiri.
iman 'segera' kita itu lahir akibat dari nafsu serakah kita sendiri.
patutkah kita meminta pertolongan dari Tuhan kita?.......memang patut.
patutkah kita sujud tunduk patuh dan kembali ke jalan yang lurus semula?.... memang patut.
patutkah kita bertaubat serta menginsafi apa yang telah kita lakukan?......sudah tentu patut.
patutkah kita mengambil pengajaran, ilmu serta memahami atas perkara yang berlaku?... patut.
patutkah kita berhenti dari mengulangi kesilapan lalu?.... patut.
persoalan..
patutkah kita bersyarat dengan Tuhan dalam menyatakan hasrat serta permintaan kita?
patutkah kita bersyarat dengan Tuhan dalam beribadah dan melakukan taubat?
patutkah kita bersyarat dengan Pencipta kita sedangkan kita hanya hamba abdi yang tidak punya apa-apa?
patutkan kita bersyarat dengan Tuhan sedangkan apa yang disuruh selama ini tidak kita lakukan?
patutkah kita banyak soal dan terus mempersoalkan setiap kejadian sedangkan kita tidak pernah berfikir sejenak dalam menghayati nikmat & kurniaan Tuhan?
patutlah kita 'biadab' dengan Pencipta kita yang saban waktu berbicara dengan diri kita?
benar, kita kini berada di penghujung zaman... menanti masa untuk dijemput kembali kerahmatullah...
dan hujung zaman ini, ujiannya berkisar disekitar duit, harta, anak, isteri & keluarga.
dan semua itu akan menghanyutkan kita ke lembah jurang gaung yang kita sendiri cipta.
iman vs ringgit...
di mana kita?
:-)
Friday, April 17, 2009
Menanti DiCintai atau Membina Cinta?
setiap makhluk ciptaan Allah pasti merasakan cinta.
cinta yang terbit di benak hati membentuk berbagai cita & rasa.
wujudnya setiap makhluk di alam maya ini adalah di atas rasa cinta yang agung.. Cinta Ilahi.
atas dasar cinta 'unconditional love' dari Allah, setiap makhluk ini terus hidup hingga dijemput nanti.
namun cinta sering disalah erti.
namun cinta terkadang lenyap dari diri.
namun cinta sering dikhianati.
namun cinta sering kering tandus tanpa siraman keyakinan.
namun cinta sering kosong tanpa pengisian keimanan.
siapa yang kita cintai sebenarnya?
kata pujangga; cinta itu dari mata turun ke hati.. dari hati membina rasa.. dari rasa terbit kenikmatan.. dari nikmat terbentuk keyakinan.. keyakinan menyemai pohon keimanan.. dari pohon keimanan yang subur, makhluk itu hilang lenyap dalam rasa cinta Agung Ilahi..
adakah kita cinta seseorang itu kerana kecantikan dia? kerana ketampanan dia? kerana harta yang banyak? kerana dia boleh menyediakan apa yang kita hajati?
adakah cinta kita hanya untuk segala yang fana?
benar; manusia itu buta saat bila dia dapat menyaksikan.
benar; manusia itu pekak serta tuli tatkala dia boleh mendengar.
benar; manusia itu angkuh, sombong, bongkak serta takbur apabila dia boleh mengerakkan seluruh anggotanya.
manusia menjadi lupa, alpa, lalai serta leka....
tatkala itulah manusia menjadi jauh dari cinta Agung Ilahi.
namun, Allah Maha Suci...membekali setiap diri manusia itu dengan satu titis cahaya indah buat bekalan jauh di satu sudut hati kita semua, buat penyambung titisan cinta yang terputus dek kerana noda serta dosa ciptaan manusia itu sendiri.
Alhamdulillah... titisan cahaya itu akan senantiasa berkerlipan setiap detik setiap ketika setiap masa...
pokok persoaalanya kini...
adakah kita memanti cinta itu hadir?
atau kita terus memulakan langkah untuk membina cinta terhadap Ilahi?
selamat bercinta & sememangnya dicintai...
wasalam
Wednesday, April 15, 2009
Menyuci Diri Yang Bernoda...
dah lama saya tidak titipkan entri yang serius..
sebenarnya ada beberapa entri yang tersedia untuk dikongsi yang berlegar di sekitar topik 'self development'..
ada banyak buku-buku motivasi yang berlambakkan di luar sana...
saya dahulunya sering ke kedai buku dan meluangkan masa hampir sehari di dalam kedai buku tersebut..
rak demi rak saya terokai...
dari bab self development hingga ke bab berkebun, bertukang dan hingga ke bahagian musik..
balik ke topik entri.... Menyuci Diri Yang Bernoda...
Menyuci itu bermaksud melakukan proses penyucian dengan kadar berterusan sehingga diri itu benar-benar berada di dalam keadaan suci, bersih, mulus dan bercahaya...
Diri Yang Bernoda itu bermaksud semua palitan noda yang ada pada diri itu adalah hasil dari kerja tangan diri sendiri..... sebab itu saya tidak pakai 'ternoda'... kalau ternoda, itu bukan atas diri kita....
maka perkataan 'Bernoda' itu lebih menekankan bahawa segalanya yang berlaku dan kesan di atas perlakuan itu ke atas diri adalah tanggungjawab yang kita wajib beramanah kepadanya.
Proses penyucian diri yang bernoda bermula dari penyucian mental iaitu pembersihan upaya daya fikir yang ada pada diri.
Berfikir hanya berkitar kepada 2 jenis :
1 - Fikir Baik @ Positive Thinking @ Husnuzzon,
2 - Fikir Tak Baik @ Negative Thinking @ Suuzzon
Berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih pilihan pertama ialah proses dalam menyucikan minda serta daya fikir.
Proses penyucian seterusnya ialah proses penyucian emosi isitu pembersihan hati @ qalbu yang ada di dalam diri.
Proses ini memerlukan pemahaman yang sedikit mendalam kerana ianya melibatkan 'gerak hati' atau 'detik' yang 'datang' sekelip mata atau sekilas nafas atau setitik embun atau sesaat yang berlaku pada hati dalam diri.
Semua sudah maklum detik @ gerak hati ada 2;
1. gerak @ detik pertama - yang membawa atau menyuruh kebenaran (tanpa penjelasan)
2. gerak @ detik kedua - yang melengahkan atau beralasan (dengan penjelasan yang panjang)
Selalu kita 'terdidik' dengan gerak pertama yang bertiup di dalam qalbu.
Namun selalu juga kita 'tewas' apabila menerima penjelasan dari detik atau gerak kedua.
Tingkatkanlah kepekaan diri @ self awareness dalam melatih diri untuk mendengar lantas boleh membezakan detik @ gerak pertama atau kedua.
Proses seterusnya ialah penyucian spiritual atau kerohanian atau roh atau diri dalaman.
Proses ini sebenarnya adalah satu proses yang berkaitan dengan penyucian mental & emosional. Tahapan hasil penyucian mental & emosional memainkan peranan dalam proses penyucian spiritual ini.
Sekiranya kesucian mental & emosional tidak berada pada kadar yang tinggi maka penyucian spiritual ini kurang memberikan kesan pada diri.
Sebagai tips, penyucian spiritual ini merujuk kepada tahap 'hakikat pengabdian diri' iaitu bagaimana tahap pengabdian kita kepada Allah berada? 10% keyakinan, 50% keyakinan, 100% keyakinan dimana kita sanggup melepaskan segala-galanya kerana Allah? atau kita masih dirantai kerisauan tentang harta benda, keluarga, suami, isteri, anak anak, kerjaya dsbnya?
Jika kita masih gagal memutuskan rantaian dunia dan masih ada kerisauan di dalam diri dalam menghamba abdikan diri kepada Allah maka proses penyucian spiritual ini tidak akan berjalan lancar..
bersambung...
Monday, April 13, 2009
Syabas S.M.A.R.T Management Team!
sekitar program latihan @ team building bersama warga SMART (syarikat yang menguruskan terowong smart)
team 'durian langat'
team 'cepat kaya'...
geeting 'an idea' prior to program start...
team 'gen-set' fening memikirkan bentuk bot yang nak dibuat..
Master Trainer Roy muqaddimah..
seneri dari bilik yang saya inapi...
jeram yang merentasi tengah kawasan resort dan bersebelahan cafe..
among the presentation materials..
team 'scada' discussing issues............yess, real issues @ workplace..
me..
stress management via color & reiki-lvt...
team 'scada' with their boat...
team 'cepat kaya'... focusing on vision & mission of new co'...
team 'gen set' finalizing their presentation...
the champion of 'boat race'...
guys... you all are marvelessss!!
keep-up your high spirit to be 1st all the way...
Friday, April 10, 2009
Ampoon...
maaf kan saya kerana 'sunyi' dari berentri...
saya sangat sibukksss dengan training program..
dalam beberapa minit ni saya akan ke agrotek garden resort, ulu langat bersama-sama warga SMART Tunnel untuk program teambuilding @ management training hingga ahad nanti.
insya allah minggu depan ada sikit ruang untuk bersama kalian..
buat masa itu saya jemput anda semua ke forum 'penenang minda'... di sini... JOM!
till then...
wasalam
Tuesday, April 07, 2009
Jihad Seorang Muslim Bernama Tariq Ibni Ziyad
-------------------------------------------------------------------
Tariq ibn Ziyad (bahasa Arab: طارق بن زياد) merupakan seorang pemuda yang kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika.
Tubuhnya tinggi lagi tegap. Meninggal dunia pada 720M. Di negara Sepanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu.
Pada peringkat awal kerjayanya Tariq merupakan timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika. Namanya menjadi terkenal selepas Musa menghantar beliau ke semenanjung Iberia yang mana tempat itu pada hari ini terletak di sempadan negara Sepanyol dan Portugal.
Atas kejayaannya menewaskan tentera Visigoth, beliau dilantik oleh khalifah sebagai gabenor di daerah Hispania. Selepas beberapa tahun mentadbir wilayah tersebut, Tariq dipanggil untuk pulang semula ke Damsyik atas arahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.
Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.Ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal laut dan membuatkan tenteranya bingung. Namun perintah ketua wajib diikuti dan kesemua kapal pengangkutan tentera Islam habis dibakar menyebabkan tenteranya buntu dengan keadaan tersebut.
Lalu untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu:
"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"
Slogan itu merupakan pembakar semangat bagi tentera Islam
Dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Eropah, Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth pimpinan Raja Roderic dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah.
Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan di atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau negara barat memanggilnya sebagai Gibraltar.
---------------------------------------------------
adakah semangat perjuangan kita sehebat Tariq Ibni Ziyad?
adakah kita mampu berjihad dan ibadah kita seperti Tariq?
atau hanya berpeluk tubuh dan menanti bulan jatuh ke riba?
Jangan Beralasan Anda Malas....
ada ketika dalam perjalanan hidup ini atau sehari-harian kita sesekali didatangi oleh 'hawa' kemalasan..
'hawa' yang saya maksudkan itu bukanlah hawa @ wanita... tetapi ianya adalah bahang-bahang atau tiupan sepoi-sepoi bahasa yang mengajak diri untuk menjadi malas..
dan sering kali atau 70% bisikan 'hawa' malas itu berjaya menghambat diri kita...
dan sudah tentu berbakikan 30% kudrat yang ada untuk melawan 'hawa' ini, jika ikut perkiraan atau 'sifir' ianya akan tewas jua...
untuk bingkas bangun melawan hawa malas ini, saya mengsyorkan kita melakukan satu tindakan pantas iaitu; berdiri dengan pantas sebaik sahaja diri kita menjejaki kehadiran hawa malas ini...
ya... betul... berdiri dan berjalan dua tiga langkah meninggalkan posisi kita tadi...
teknik ini sudah diamalkan oleh kaum mesir tatkala mereka mendirikan piramid dahulu...
bayangkan ditengah padang pasir yang panas terik... faktor kemalalasan ini sudah tentu menjadi satu igauan buat 'supervisor-supervisor' tapak pembinaan piramid tersebut, namun mereka menggunakan teknik 'force action' iaitu memaksa pekerja mereka untuk berdiri apabila di kesan akan berlaku penyebaran hawa malas di kalangan mereka...
apapun... malas jika dilayan akan mengundang bahana... buat diri, keluarga, masyarakat serta kerjaya...
selamat mencuba... :-)
Friday, April 03, 2009
EARTH HOUR
28th March 2009..
Earth Hour...
kami sekeluarga 'participate' @ turut serta... (anak-anak asyik tanya beberapa hari sebelum itu..'abah nanti kita tutup lampu tak?'.. abah satu dunia ke bergelap etc..etc..)
so layannn... ok, kita tutup lampu masa tu...
rupanya pukul 11.30pm hingga 1.30pm.. tenaga nasional pulak 'tutup karen' ke seluruh taman perumahan saya...
perghhh... berpeluh sekeluarga sebentar malam tu...
:-)
Bandaraya Islam Bermandikan Cahaya...
malam sebelum berangkat pulang ke kl, saya membawa keluarga 'keliling' bandaraya islam kota bharu.. menikmati neon-neon yang bercahaya warna-warni...
rupanya kota bharu sedang merayakan atau menyambut keputeraan dymm sultan & sultanah kelantan darul naim...
pintu gerbang di hadapan istana besar..
daulat tuanku kelantan darul naim @ serambi mekah...
bersama isteri & aliah..
perkarangan hadapan istana di hiasi dengan neon-neon..
pintu-pintu gerbang yang beranika rupa milik beberapa badan kerajaan dan swasta menambah indahkan lagi pemandangan malam di bandaraya islam kota bharu..
setiap persimpangan dihiasi dengan hiasan beranika warna neon...
sepanjang jalan-jalan utama kota bharu..
pendek kata kota bharu berubah menjadi 'syurga dunia'...
Thursday, April 02, 2009
Suatu Masa.......
hari ini masuk ofis semula.... menyelesaikan beberapa tunggakkan kerja & hajat ingin meng'update' blog....
namun... apa yang berlaku 'lately' membuatkan saya terpaku buat seketika lantas pakuan itu melenyapkan semua kata-kata...
namun saya gagahkan juga untuk menitip 'at least' satu entri buat diri & semua...
ilham datang untuk berkongsi bait-bait lagu M.Nasir...berjudul Suatu Masa...
----------------------------------------
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya
Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
-------------------------
...'dup...dup...dup...dup'... hanya kedengaran degupan jantung...turun naik nafas..