Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Sifat & Hakikat Beraya : Ikhlas ke Hipokrit?

salam semua...

alhamdulillah kita sudahpun masuk syawal ke 10 hari ini.

rata-rata semua telah memulakan rutin harian diri & keluarga.

menyusuri sambutan hari raya puasa (dalam bahasa orang melayu) atau eidul fitr al mubarak (dalam bahasa orang arab), sudah tentu kita memperoleh sedikit sebanyak pengalaman baru atau mengalami peristiwa-peristiwa yang kekal menjadi ingatan diri...

ada suka
ada duka
ada linangan air mata
ada jerit tawa gembira

raya tetap raya walau kita hanya bersinglet dan berkain pelekat.
raya tetap raya walau kita hanya bernasi impit dan berkuah kacang tanpa rendang.
raya tetap raya walau kita hanya bersendirian berkelana di atas bumi ini.
raya tetap raya walau tiada orang yang tersayang di sisi.
raya tetap raya walau kita ponteng puasa dan berlakun ada gastrik.
raya tetap raya walau kita berhutang keliling pinggang untuk barangan keperluan.
raya tetap raya walau kita di halau keluar rumah oleh keluarga.

raya tetap raya walau kita berada di mana sahaja.



apa penghayatan kita terhadap sambutan aidil fitri kali ini?
adakah kita dapat pemahaman tentang sifat serta hakikat aidil fitri?

atau kita sekadar menyambutnya seperti mana sambutnya kita pada tahun-tahun sebelum ini?

malanglah kita jika raya tahun ini lebih teruk dari tahun sebelumnya... ianya ibarat hari ini lebih teruk dari semalam.

jika ianya berlaku maka, kita perlu memeriksa tahap keimanan diri kita kerana orang islam yang beriman perlu memastikan hari ini lebih baik dari semalam.

maknanya kita perlu berusaha memastikan raya kali ini mesti lebih baik dari raya tahun sebelumnya.

rasulullah s.a.w pernah mengingatkan, tidak beriman seorang yang beriman itu sekiranya dia membiarkan dirinya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.

maknanya jika kita tidak melakukan sebarang usaha untuk memastikan hari ini atau raya kali ini lebih baik dari sebelumnya maka perlulah kita segera melakukan muhasabah diri.. mencari ruang atau celahan mana yang perlu diperbaiki...


kata kuncinya ialah 'usaha kemudian bertawakal'lah..' barulah kita temui hakikat keimanan diri.

iman itu percaya serta yakin
taqwa itu usaha
tawakal itu berserah bulat

lupakah kita kepada banyak firman-firman Allah yang menyeru agar orang-orang beriman itu agar bertaqwa...

Allah mahu orang-orang beriman yang yakin serta percaya untuk memanifestasikan keyakinan serta keimanan mereka dengan cara melaksanakannya dengan perbuatan dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja..



makanya apabila kita gagal untuk memahami sifat serta hakikat berhari raya... kita sudah tentu akan tergelincir ke jurang-jurang yang dalam lagi curam.

adakah hari raya kita yang lepas kita penuhi dengan acara menghadiri rumah-rumah terbuka?
apa hakikat kehadiran kita ke rumah-rumah terbuka tersebut? adakah untuk makan & minum sahaja atau menyuburkan silaturraahim?

amalan bersalaman dan memohon maaf sesama kita yang kita mulai dengan ahli keluarga terdekat juga semakin pupus serta hanyut dari segi istilah 'ruh'nya..

bersalaman kita sama seperti perbuatan menyebut 'kosong-kosong yer..' tidak lebih dari itu.
tiada sebarang lafaz atau pengakuan yang dilakukan di antara kita dan orang yang kita salam..

mungkin kerana malu atau kerana takut atau kerana malas atau kerana tak reti atau kerana bodoh?

maka sifat bersalaman dan bermaafan hilang hakikatnya dan jesteru itu, acara bersalaman itu hanyalah bersifat hipokrit atau trend biasa.


ikhlas atau tidak.. hanya empunya diri yang mengetahuinya...

tiada gunanya kita berpakaian indah berseri serta mahal harganya di hari raya jika tiada lansung kepekaan terhadap 'ruh' sambutan hari raya ini.

dek kerana hilangnya 'ruh' berhari raya ini, maka kita akan merasakan semacam sesuatu telah hilang, atau kita dapat merasakan raya ni 'biasa ajer' atau kita sekadar menonton tv melayan kisah-kisah syahdu drama-drama melayu atau cerita-cerita fiksyen atau alasan menghabiskan masa yang ada...sambil menunggu 'laungan salam' dari luar pintu pagar..

begitulah hakikat beraya kita sekarang...
itu kita kena terima...

anak-anak yang entah dari mana datang beraya tanpa ibubapa mereka...
kuih-muih 'tunjuk-tunjuk' yang kita hidangkan kepada tetamu juga melengkapkan hilangnya ruh beraya....sebab itulah kuih yang dibeli kurang 'jalan' berbanding kerepek-krepek yang kita hidangkan..

ruh yang hilang itu adalah ruh kasih sayang... kasih sayang tanpa syarat.

mungkin kita terlupa akan pesan Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai atau menyayangi diri orang lain sebagaimana dia mencintai dirinya..."

itulah yang dikatakan 'unconditional love'...

itulah ruh yang meng'akrab'kan diri kita sesama kita...

wasalam

Monday, September 28, 2009

Kartika Sudah Bertudung..

salam aidil fitri buat semua...

apa khabar hari ini?
bagi yang bertugas..mungkin dah memulakan tugas..
sekolah pun dah buka..
rasanya baru ajer raya... dah kena kerja & sekolah semula..

begitulah masa yang pantas berlalu meninggalkan kita semua..

semalam masa membelek-belek 'paper' yang terbaca kisah kartika yang kini sudah bertudung..
alhamdulillah... perjalanan kartika ini nampak molek dari masa ke semasa..

tidak lupa juga bagaimana kartika 'mengupah' 6 orang peguam untuk mempertahankan hak beliau dari diganggu oleh 'penakut-penakut' hukum islam, pelukut di tepi gantang yang terdiri dari orang-orang politik yang mahukan 'milage' dengan berlakun menunjuk simpati yang terdiri dari perdana menteri, menteri dalam negeri hinggalah ke menteri-menteri (samada senator atau yang dipilih rakyat).. sister islam jgn cakaplah...



kartika adalah contoh terbaik bagaimana seorang manusia itu berubah dari manusia biasa hingga ke tahap insan..

dan perubahan selalunya memeritkan.. namun kita sama-sama berdoa agar perubahan yang berlaku ke atas diri kartika atau/dan diri kita sejak hari raya tahun ini berjaya bertahan apatah lagi terus menerus berubah ke arah yang lebih baik lagi..

cerita kartika adalah contoh terbaik batapa kurang atau ceteknya pengetahuan agama di kalangan kita lebih-lebih lagi pemimpin beragama islam negara kita..

malah ada yang meng'kondem' hukum-hukum al-quran tanpa merujuk kepada yang lebih arif lagi bijaksana..

apa penghujung agama islam di negara kita?

suam-suam kuku?
hanya sibuk tunjuk alim masa majlis keraian?

atau kita memang pengecut dengan negara kapir amerika & yahudi yang telah bagi pinjam banyak duit serta kepakaran kepada kita?

atau kita sibuk mengumpul harta dan mencampakkan tulang sahaja pada golongan marhain?

hanya diri kita & Allah Yang Maha Mengetahui..

namun Maha Suci Allah yang memperlihatkan kepada orang-orang beriman bagaimana rupanya serta tingkah laku kaum-kaum, puak-puak atau bangsa-bangsa yang mempersendakan agama Allah tanpa mereka sedari...

syabas & tahniah kartika...

wasalam

Wednesday, September 23, 2009

Raya di Kota Bharu...

salam semua..
salam aidil fitri..

ketika menulis saya masih berada di Bandaraya Islam Kota Bharu.
sekitar selepas asar hari ini, insya Allah saya dan keluarga akan bertolak ke seremban untuk beraya di sana pula..

sekadar mahu berkongsi kisah beraya di kota bharu...


bulan atau matahari?..
ianya ialah matahari yang diselaputi awan tebal pada hari kami ingin bertolak ke kota bharu..

sehari sebelum bertolak ke kota bharu, bandar baru batang kali dilanda banjir kilat...
tak pernah kami mengalami keadaan ini.. walaupun bandar baru ini terletak sekitar 5 kilometer dari rumah kami, bandar ini selalu menjadi tempat kami 'bershopping' dsbnya..

petang tu memang kami merancang untuk berbuka di kfc batang kali...


alhamdulillah, sebaik servis kereta, kami berbuka di kfc...(sengaja melarikan diri dari kebiasaan makan nasi untuki berbuka...) ya..kfc membekalkan kurma untuk kami berbuka..


sabtu - perjalanan pulang ke kota bharu dari ulu yam, waktu : 6.30pm... 'stop over' di mc donald hentian genting sempah.. 'take away' untuk berbuka di dalam kereta...

sesudah subuh pagi raya di kota bharu... suasana mengujakan..
berkumandang takbir serta tahmid dari corong pembesar suara dari surau serta masjid yang berdekatan.

bersama famili...
tahun ni tambah sorang lagi... ahlan wasahlan & welcome amirul azeez (yang dipangku isteri..)

lewat pagi, sahabat saya, saudara rozainy tiba bersama famili beliau..
kali ini kami serentak beraya di kota bharu..

saya bersama keluarga berkunjung ke rumah ibu beliau pada hari raya ke dua.

apa yang kita boleh lihat dari kepulan awan di atas?

raya ke tiga... sengaja bawa famili ronda-ronda kb mall...
pekena 'root beer' float setelah kami hadiri beberapa rumah terbuka...

beca tajaan DiGi..
kami terserempak dengan beberapa beca..uppss... teksi tajaan DiGi..
kat kota bharu..beca di gelar teksi... teksi digelar kereka sewa...

bandaraya islam kota bharu yang telah mengalami sedikit penyusunan hala jalan bagi mengurangkan kesesakan lalulintasnya...

masih tetap 'jem' kerana ramai yang keluar bershopping..

terutamanya di pasar siti khadijah..
satu lagi mercu tanda bandaraya islam kota bharu..

kota bharu trade centre yang baru dibuka..
ada dua anchor tenant di situ..iaitu parkson & giant.

di kb mall, anchor tenantnya ialah pasaraya pacific..
di laluan ke rantau panjang tersergam megah pasaraya tesco..

dan di laluan ke pengkalan chepa, kini pasaraya mydin sedang dalam persiapan terakhir untuk di buka...

amirul yassir & amirul rashid 'posing' dengan ultraman...

ahad hingga rabu... 4 hari kami beraya di sini... rasa tidak puas memang ada..especially part bershopping di wakaf che yeh...

apapun, barang bebudak semua lepas & cover... t-shirt, track bottom dsbnya...

barang bapak budak jer tak sempat nak cari...
apa tidaknya... kena dukung azeez...


apasal ibunya tidak dukung azeez?.... alah bagilah chan untuk kaum ibu bershopping....
saya lain kali boleh no problem...

ok... sampai sini dulu...

kita masih lagi dalam bulan & mood raya..

so.. selamat hari raya untuk anda semua...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri...

saya ingin mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua yang singgah di sini terutamanya 'followers' saya samada yang zahir atau yang batin (ikut sembunyi-sembunyi...).

doa saya anda semua akan 'lahir semula bersih suci' sejajar dengan hikmah eidul fitri yakni 'kembali kepada fitrah' insan ciptaan serta hamba kepada Allah Roobul Jaleel.

raya tetap raya... tidak kira di mana sahaja anda berada..

bersederhanalah dalam sambutan zahiriah (luaran)...

bersungguh-sungguhlah dalam sambutan batiniah (dalaman) yakni mengecapi pengertian ramadhan serta syawal, mendalami maksud yang tersirat yang Allah titipkan dalam setiap perjalanan peristiwa, memahami hakikat ibadah yang kita jalani ini...



saya & keluarga akan menyambut raya di kota bharu (kampung halaman isteri) dan akan ke kampung halaman saya pula di separuh hujung minggunya...

salam eidul fitri sekali lagi...
maaf zahir dan batin..

Wednesday, September 09, 2009

09-09-09 : Hari Ni Hari Radio...

salam semua...

bila drive ke ofis pagi tadi... dengar radio sinar..ada beberapa perkara menarik;

antaranya kedengaran suara dj prema (dulu kl fm)... kemudiannya diberitahu hari ini malaysia menyambut hari radio, negara ke tiga di dunia yang menyambutnya selepas Rusia & Kanada..

so saya terkenanglah radio kat kampung masa kecik-kecik dulu...

rupanya macam kat bawah tu tapi besarnya 2 kali ganda.. boleh main 'piring hitam' ... so banyaklah piring hitam masa tu, ada sharifah aini, ada p.ramlee, ada rafeah buang, ada ahmad jais dan beberapa piring hitam lagu inggeris dan lagu siam... (di bawa oleh saudara dari sana)..







pendekar mustar : itu si ros main radio, kalau dia tak main satu hari tak senang..

aziz : eh dengarnya macam suara ramlee tu pakcik..

pendekar mustar : suara ada macam-macam, ada suara macam jasmi, ada suara macam kusupi....suara yang garok garok tu suara 'usmanak macansubang'...

he he he...

apapun selamat menyambut hari radio....untuk anda yang gemar melayan radio semasa memandu, semasa buat kerja kat opis tu atau di mana sahaja anda berada...

la ni lagi senang... mp3, 4 & 5 dah ada radio, plus handphone boleh kata semuanya ada radio...

p/s..tiba-tiba teringat lagu headwind : hanya di radio...

:-)

Tuesday, September 08, 2009

UPSR 2009 : Insya Allah Berjaya Amirul Yassir

salam semua..

hari ini pelajar-pelajar tahun 6 mula menduduki peperiksaan UPSR.

termasuklah anak kedua saya, Amirul Yassir.
mudahan-mudahan beliau, rakan-rakan dan semua pelajar memperoleh kejayaan cemerlang..insya Allah.


amirul yassir

bersama tropi juara daerah kejohanan bola tampar bawah 12 tahun

sedang beraksi di perlawanan akhir...

mulut senyap... tapi hati serta minda mesti cergas berzikir & berfikir semasa peperiksaan...

contoh dewan peperiksaan..

Tuesday, September 01, 2009

Kena Paksa Pakai Minyak Murah : RON95

salam...

malam tadi isteri saya dapat sms dari rakan beliau...

isi sms tu ringkas sahaja.. "minyak naik malam ni"...

isteri saya pun tanya saya.. ye ker minyak nak naik?

saya pun jawab... "kalau dia orang nak naikkan pun kita boleh buat apa?"
"selama ni kita pun disuapkan ajer dengan minyak jenis apa-apa" sambung saya...

saya tak minat sangat nak ulas atau bincang isu minyak ini..sebab tak ada gunanya kita nak mengulas atau bagi input, kerajaan memang ada strategi yang tersendiri untuk menetapkan harga minyak dan berapa dia nak naik, dia akan naikkan... TANPA MEMPERDULIKAN kesusahan rakyat dsbnya...

PETRONAS tu apa?

PETRONAS keluarkan minyak...agak lama baru bayar royalti untuk terengganu, lepas terengganu ada sekali jatuh kepada parti pembangkang, royalti ditarik dan ditukar jadi wang ehsan.... telaga minyak di kelantan ada digali tapi di daratkan di negara siam agar rakyat kelantan dinafikan hak royalti...

jenis perut apa mereka ini?... busuk sebusuknya...

cakap ajer 1Malaysia... cakap tak serupa bikin...
--------------------------------------------------------

pagi tadi saya isi minyak RM50.00 pada harga yang sama iaitu RM1.80 seliter... tapi saya diberi minyak murah RON95 dan bukannya RON97 seperti selalu..

saya tiada pilihan sebab stesyen Petronas tu semua pamnya adalah RON95... demokrasi ker bila kita tiada pilihan?

khabarnya RON97 dah naik ke RM2.05 iaitu 25sen dari RM1.80
--------------------------------------------------------

sebenarnya kita dah 'terkena'...

inilah hadiah buat semua rakyat negara Malaysia semperna sambutan kemerdekaan kali ke 52.

pakai minyak murah pada harga mahal...

inilah santapan untuk rakyat marhain...

namun dalam masa yang sama, kumpulan kaya melayu, kumpulan tauke cina dan kumpulan orang kaya india terus bergelak ketawa kerana bagi mereka apalah sangat 25 sen tu sebab kereta-kereta mereka dan jet-jet peribadi mereka pakai minyak lagi mahal...

peduli apa dengan rakyat... nanti nak pilihanraya, barulah sibuk berlakun kununnya prihatin dengan masalah rakyat...
------------------------------------------------

nasib engkaulah labu...

Saturday, August 29, 2009

Ambang 2 Hari Merdeka...


" Di atas Robohan Kota Melaka,
Kita Dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatulah Melayu Seluruh Baka,
Membela hak keadilan Pusaka"




bait kata-kata hikmat di atas adalah pesan Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, salah seorang pejuang kemerdekaan yang dilupakan dan mahu dipadamkan dari sejarah negara oleh pihak-pihak yang tidak boleh menerima hakikat akan perjuangan menuntut kemerdekaan adalah satu usaha paduan rakyat tanah melayu tidak kira apa organisasi yang mereka wakili..

sedikit kisah pejuang melayu dan kemerdekaan tanahair kita...

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)

- Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor.
- Dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang, Perak.
- Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu.
- Dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
- Mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah.
- Kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura.
- Berjaya mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India.
- Membuka klinik di Johor Bahru dan di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,

• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya 1955

Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuanagn kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik. Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Bahklan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebaarang bentuk penjajahan.

Beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. Pakatan politik yang diwujudkan oleh beliau dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.

Kelainan inilah yang disebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan . Dalam bahasa Dr Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan. Ini kerana pada masa pemimpin2 UMNO masih terperangkap dengan persoalan politik perkauman dan perjuanagn kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.

Karya dan Penulisan

• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957


”Dalam pergolakan politik di tanah air kita ini, PAS muncul dengan cita-cita kenegaraan Islam, cita-cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup berugama dalam kalangan pendokong PAS. Dinyalakan oleh sinar sejarah Nabi dan sahabatnya yang telah berjaya membentuk negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dalam pentadbirannya”

(Ucapan Dr.Burhanuddin Al-Helmy di Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke-12,1964)


selamat menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu; 31 Ogos 2009
dan selamat menyambut hari Malaysia; 16 September 2009

Monday, August 17, 2009

10.03pm17August2009: Masih Belum 'Kebah' sepenuhnya...


salam semua...

sejak isnin lepas... saya sesekali cuba diserapi oleh gelombang panas yang mahu menyerap masuk ke bahagian-bahagian tubuh...

dan akhirnya pada jumaat lepas, gelombang panas itu berjaya menerobos ke dalam tubuh saya sekitar 60 - 70%...

saya cuba menghalang ataupun mempercepatkan proses pemulihan atau peredaan kepanasa tersebut dengan meminum air kelapa, air bali, air cap badak dsbnya... termasuk menelan beberapa belas biji paracetamol 500mg..

walaupun dalam keadaan 50-50 (samada boleh mengajar ataupun tidak) saya tetap turun ke melaka setelah saya berjanji kepada pegawai di organisasi tersebut..

ya.. seperti pengalaman-pengalaman yang lepas, saya memang jarang sekali demam (setahun sekali..) tetapi jika saya demam, maka proses kedemaman itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu...

dan ianya selalu berlaku beberapa minggu sebelum ramadhan... setiap tahun..

dan apa yang berlaku di melaka?...

setibanya di hotel jumaat malam itu sekitar 9.00malam... saya terus 'terkokol'... (kira mengigil kesejukan @ terlalu panas..).. kemaskan diri sekadarnya, terus telan ubat dan tidur...dengan penuh harapan bahawa saya akan bangun dengan segar dan boleh mengajar esoknya (sabtu)...

jam 11.30pm terjaga... saya beritahu partner... kena cari 'replacement trainer' utk saya... saya rasa kepanasan baru menyerap ke sekitar 80% tubuh....

ya... saya terus demam di sepanjang sabtu & ahad semasa berada di melaka... dan kini saya masih 'consume' antibiotik yang diambil dari 'kelinik ayer keroh'...

saya bersyukur kerana sepanjang saya di 'hospital' d'village resort ayer keroh melaka, saya telah di jaga & di rawat sepanjang masa atau berganti-ganti oleh 7 pemuda (sahabat-sahabat dari barisan saf pertama baitulummah)..merekalah yang sibuk membawa saya ke klinik, membeli bubur, membuatkan minuman dsbnya...

hari ini saya berada di ulu yam.. masih meneruskan cabaran demam ini, namun keadaan sudah semakin kebah.. cuma yang tak bestnya ialah bila tekak sudah mula membawa rasa kepahitan hasil pengambilan antibiotik yang berterusan...

rasanya ianya akan berterusan untuk sehari dua lagi.... saya masih merasakan tonsil masih bengkak dan seperti ada luka di tekak... 'teori' saya kerana luka & bengkak itulah 'virus infection' berlaku yang menyebabkan suhu badan naik untuk mencari antibodi melawan serangan virus tersebut...

cerita di atas ialah sekitar cerita luaran atau fizikal sahaja...
saya juga melalui beberapa pengalaman spiritual di sepanjang proses demam ini...

ya sangat mengujakan...

buat semua yang mendoakan kesihatan saya... syukran jazilan buat anda semua...
doa saya anda dan keluarga juga akan terus sihat dan memperoleh rahmat dari Allah sentiasa..

wasalam..

Friday, August 14, 2009

Turun Melaka Lagi....

salam semua...

maafkan saya kerana 'bersendirian' untuk beberapa ketika..
'bersendirian' saya turut melibatkan beberapa panggilan telefon yang saya tidak angkat atau jawab..

tiada marah atau sewaktu dengannya... cuma diri mahu berehat barang sebentar walaupun kaki ini terus melangkah...

dikhuatiri perbualan yang berlaku melalui corong telefon akan menguriskan sesiapa yang berada di corong sebelah sana...

maaf sekali lagi...
-------------------------------

nampak foto di bawah?
kita boleh saksikan satu kumpulan semut mengangkat sekeping biskut atau jajan..

jika di dalam program training; ianya selalu merujuk kepada istilah 'Teamwork'..

dan di dalam pengisian teamwork ini, antara elemen-elemen penting yang ada ialah 'leadership' atau kepimpinan, 'communication' atau komunikasi, 'common goals' dsbnya...

so ceritanya?...

saya akan turun ke melaka petang ini untuk program 2 hari di kilang Daibochi.

dan saya?... sedang demam ketika ini.... baru lepas pekena air kelapa 1 biji dan actifast 2 biji..

insya Allah, saya bersedia untuk program tersebut...



wasalam

Tuesday, August 04, 2009

@ CORUS Resort PD...

salam..

saya kini sedang melunaskan program 'Transformational Leadership' untuk warga KPT atau MOHE...

lokasi? di Corus Resort, Port Dickson...

lama juga tak bawa famili ke Port Dickson untuk mandi-manda...
nostalgia meragut kotak memori...
ya..batu 4, port dickson... selalu juga arwah ayah membawa kami sekeluarga untuk mandi laut di sini...

apa yang berbeza?
pembangunannya... kini pantai batu 4, port dickson diterangi oleh lampu limpah...
turut ada gerai-gerai yang berderetan di seberang jalan pantai batu 4...


sineri pantai port dickson di kawasan Corus Resort...
kelihatan 'lagun' yang dibina oleh pihak resort untuk kemudahan 'team building' aktiviti air...

matahari senja di port dickson...
jerebu sangat tebal...

dan saya akan berada di sini hingga khamis tengahari lebih kurang pukul 2.30 ptg..

'transformational leadership'... yaa..tajuk yang agak 'gertak'...dan sedikit mencabar...
sekitar cerita tentang kepimpinan...
sekitar cerita tentang perubahan, pengaruh dan anjakkan paradigma pemimpin...

contoh terbaik 'transformational leader' ialah Rasulullah s.a.w...

wasalam

Wednesday, July 22, 2009

H1N1 Alert!!!

salam semua yang saya sayangi...

entri ini lebih kepada ingat mengingatkan kita semua tentang wabak H1N1 yang sedang menular di seluruh dunia..

negara yang paling banyak risiko kini ialah negara Australia di mana lebih 6,000 rakyatnya disahkan mengidap H1N1 dan sedang menjalani perubatan.

negara yang paling banyak 'mengeksport' H1N1 ialah Amerika Syarikat kerana negara itu adalah negara yang paling kerap dikunjungi oleh masyarakat dunia...apatah lagi Amerika mempunyai penduduk seramai 300 juta orang...dan lebih 60 peratus dari mereka memakan babi dalam berbagai bentuk persediaan.

sebagai orang Islam, Al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu telah secara terang-terangan membawa kalimah Allah dan memuatkan 4 ayat tentang larangan memakan babi ini.

fakta-fakta sains yang muncul di abad kebelakangan ini baru menemui betapa babi adalah antara haiwan yang paling banyak risiko penyakit apabila memakannya.

masih...ada juga pengemar babi yang membawa 'fakta-fakta' untuk membolehkan merekla memakan babi dengan mengatakan, jika babi di masak dengan betul maka risiko penyakit akan rendah.. ini biasa kita dengar... kerana mereka adalah dari golongan yang 'menolak' atau 'kuff' yakni kafir...

cuba kita lihat surah Al-Baqarah ayat 173 & Al-Anam ayat 145;

Al-Baqarah : 173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Al-Anam: 145. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

atas dasar seorang yang beriman yang amat arif tentang 'samiaqna wa atoqna @ kami dengar & kami patuh' maka tiada persoalan lagi perlu timbul apabila sesuatu itu jelas diperkatakan di dalam Al-Quran kerana ianya adalah Kalamullah untuk menjadi rujukan, panduan dan cahaya diri seseorang itu.

namun ada di antara mereka-mereka yang fasik mempermainkan ayat ini dengan mengatakan tulang, telinga, kaki, ekor dsbnya boleh dimakan kerana tidak disebut di dalam Al-Quran...jika anda bertemu dengan mereka ini, berilah khabar gembira kepada mereka tentang azab Allah yang sedang menanti sekiranya mereka tidak bertaubat dengan sendaan yang dilakukan..

maka, bila sesuatu penyakit (dalam perkara yang dibincangkan ini) itu timbul, lebih-lebih lagi ianya telah nyata serta terang-terangan disuratkan oleh Kalamullah maka tidaklah payah kita mengada-ngada mencari rasional atas berlakunya perkara itu.

jika hendak mencaripun, carilah vaksin yang berupaya membantu ramai yang tidak terlibat dalam hal ehwal babi ini...

maka apa yang berlaku ini (wabak H1N1), sepatutnya memberi seribu satu ilmu, pengetahuan, pengajaran serta hikmah bagi mereka-mereka yang engkar serta menolak Kalamullah secara terangan atau sembunyi...

untuk kita semua....

1. hindari dari kawasan orang ramai (shopping complex dsbnya).
2. hindari dari orang yang sedang selsema.
3. jauhi dari babi & rakan-rakan yang semasa dengannya.
4. jauhi dari pemakan babi (terutamanya yang dilihat sedang selsema) atau menahan nafas atau bernafas dengan perlahan-lahan (untuk menjaga tertib) atau memakai topeng pernafasan.
5. jauhi dari negara pengeksport babi dsbnya.


wasalam...

Saturday, July 18, 2009

Cerita 3 hujung minggu...

salam hujung minggu buat semua...

masa menulis ni saya berada di pekan meru... secara tepatnya di restoran Deen Meru.
baru lepas pekena nasi lemak ayam goreng... (lapar..sebab malam tak ambil dinner..)
sementara menanti rakan datang untuk join breakfast..saya pun bukak laptop, on bluetooth & connect ngan modem (hp 'berbluetooth') dan mula bertenet..

(gambar hiasan : breakfast semasa di trolak..)

cerita 3 minggu lepas..

hujung minggu 3 minggu lepas...

saya berkesempatan membawa anak-anak untuk menonton filem kegemaran mereka...'transformers'..

agak lewat saya bawa mereka menonton kerana ter'buai' dengan khabar-khabar bahawa tiket untuk filem tersebut agak laris dan sudah 'fully booked' untuk 3 minggu seterusnya dari 'launching'..

(team transformers beberapa minit sebelum di'transformkan'..)

saya ke gsc one utama pada hari sabtu tersebut dan 'cuba' untuk mendapatkan tiket tayangan jam 4 petang.. memang hampa sikit... bila sampai 'turn' saya di kaunter, tiket tinggal beberapa seat aje.. sedangkan kami akan menonton berlima.. so saya terus beli tiket untuk tayangan esoknya (hari ahad..)

(antara watak baru..'jetfire' yang mambantu optimus untuk melawan kawan-kawan megatron & the fallen)

filem tersebut?... bila di tanya pada anak-anak.. mereka memang kata best, esp rashid yang minat dengan robot-robot ni... aliah agak boring bila sampai separuh filem... saya?... saya layan ajer cuma agak 'fening' bila sampai suku filem yang akhir... pergerakkan agak laju dan saya layan ajer kekalutan pertempuran optimus & rakan dengan megatron & boss serta kuncunya..
(transformer junior)

hujung minggu 2 minggu lepas...

saya berjauhan dengan famili... ada program team building bersama warga adabi di trolak..
program bermula jumaat selepas solat... dan berakhir ahad pukul 2.
sampai rumah ahad tu kira-kira pukul 5 petang kerana saya dan team singgah di r&r ulu bernam untuk lunch & 'tonning down' energy @ detoxify...

so plus minus... jika ada program hujung minggu seperti team building, saya akan 'hilang selama 3 hari'...

hujung minggu ini...

agak relaks sikit...
baru tadi menghantar isteri ke ofisnya..
beliau kena pergi program team building jugak... (mujur tak kena dengan syarikat saya..)
esok ada program di pulau carey.. bersama warga koperasi NEC..

hari ni punya plan?... lepas breakfast ni... nak balik rumah... petang nanti boleh 'mesin rumput'..
dah agak panjang rumput-rumput di rumah ku...
nanti mereka marah pulak bila tak ditebas.... :-)

(angah & aliah... kalau mengeteh mesti nak maggi goreng...)

petang nanti, nak ajak anak-anak mengeteh... lama tak duduk dengan mereka secara 'santai'.. pastu gi pasar malam... cari sate atau 'yong tau fu'.. or anything yang mereka inginkan..

apa rancangan anda minggu ini?

harap adalah sedikit sebanyak rancangan untuk famili ya... seringkas-ringkas, makan atau minum bersama-sama... (lagi best kalau goreng mee hun, bawak tikar..pergi relaks kat waterfall atau picnic kat taman bunga....)

ok..selamat berhujung minggu ya untuk semua...

Wednesday, July 01, 2009

Nak Cari Durian Hari Ni....

salam semua...

hari ni saya ada misi...

misinya ialah nak ke kuala pilah..
sahabat mengajak untuk ke kebun durian beliau di sana...
so..misinya memuatkan durian ke dalam belakang unser saya hingga penuh...

perghhh... mau sebulan bau durian dalam kereta ni... :-)

durian oh durian...
saya taklah minat sangat durian ni..tapi kalau ada depan mata... makan & layan jugak..

tapi isteri & anak-anak memang minat kat durian...

durian sekawan.... menanti untuk masak dan gugur kebumi...

pokok durian dan durian tembaga...

durian tembaga ni adalah durian asli yang satu ketika dulu sangat 'femes'... sebelum kemunculan segala 'D' dalam siri-siri durian-durian di tanah air...

babai semua... nak berangkat dah...

Monday, June 29, 2009

Syukran Jazilan Izah...

masuk jer opis...

buka blog...

merayau ke blog para sahabat...

terserempat dengan entri ini...

terima kasih izah di atas ingatan dan penghargaan ini...

:-)

Saturday, June 27, 2009

Weekend @ Ayer Keroh, Melaka..

salam semua....

apa khabar anda sekarang?
harap terus dalam lindungan Ilahi hendaknya...

saya kini berada di Ayer Keroh, Melaka...
ada program di sini... di kilang plastik 'Daibochi'...
program bertajuk "Positive Work Culture" ditujukan kepada satu kumpulan sasar yang 'terpilih' dari keseluruhan pekerja.. kumpulan sasar ini di gelar 'PKS @ Program Keberkesanan Sikap'..

makanya mereka-mereka ini adalah pekerja contoh yang perlu dilonjakkan lagi daripada tahap bagus kepada tahap cemerlang...

begitulah ceritanya..

'rukun daibochi'...

semua yang positif..dalam rangka memberi kekuatan kepada pasukan kerja..

pemandangan dari jendela hotel tempat saya & rakan menginap...
hotel ancasa, mitc...bersebelahan dengan MITC @ Melaka International Trade Center...

namun secara jujurnya saya agak pening dengan konsep yang ingin diketengahkan di kawasan MITC ini...

dari foto di atas kita boleh lihat 5 jenis bentuk atau konsep bangunan yang didirikan...
mungkin kerajaan negeri mahu ada kepelbagaian rasa & suasana di sini...

bagi saya, jika mahu membangunkan satu bandar baru.. biarlah konsepnya sedikit seragam dan ada kesinambungan... seperti Putrajaya & Cyberjaya... satu perancangan jangkapanjang yang mengambil kira semua elemen bandar pintar...

ok... tetiba rasa nak pekena ikan bakar pulak... :-)

Friday, June 26, 2009

Al Fatihah buat Micheal Jackson...




Micheal Jackson (Raja Pop Dunia) telah kembali ke rahmat Allah dalam usia 50 tahun.
Tahun lepas beliau memeluk agama Islam dan sempat membuat satu track 2 minit lagu nasyid pujian dan kesyukuran kepada Allah

Mudah-mudahan Allah menerima beliau dengan penuh rahmat serta keAgunganNya..

Al Fatihah



Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa @ Happy Father's Day

salam semua...

kali terakhir saya mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada bapa saya ialah lebih kurang 25 tahun yang lepas...

selepas itu tiada lagi tuturan itu kepada bapa...
selepas itu juga saya belajar untuk terus hidup tanpa bapa...
selepas itu juga saya mula menghargai apa yang bapa telah lakukan kepada kami sekeluarga...
selepas itu juga saya mula menghargai setiap kata yang bapa luahkan...

lebih 25 tahun lepas saya sesekali bertelagah juga dengan bapa...
apabila melihat ibu sering nangis bila disergah bapa...
apabila melihat ibu teresak-esak bila lewat menyediakan makanan bapa...
apabila melihat ibu & adik2 ditinggal bapa kerana lewat persiap diri untuk ke kampung...

lebih 25 tahun lepas saya sesekali hairan dengan keputusan bapa...
keputusan membuka kedai di depan rumah...
keputusan membiarkan saya menjaga kedai sejak 10 tahun...
keputusan menghantar saya ke asrama...

ya..memang bapa telah pergi selama-lamanya 25 tahun yang lepas...

meninggalkan kami enam beradik bersama ibu dan sebuah kedai runcit yang comel..

sejak itu kasih bapa hanya kami ngemis dari pakcik-pakcik yang ada disekeliling..
memang tak pernah sama dengan kasih bapa..

walau bapa seorang yang tegas namun bapa penuh kasih sayang...
walau bapa seorang yang garang namun bapa penuh dengan panduan...
walau bapa seorang yang kemas namun bapa penuh dengan hikmah...
walau bapa seorang yang berpandangan jauh namun bapa bersikap terbuka...

Al-Fatihah untuk bapa yang berada di atas sana...

Jasamu...
Didikanmu...
Kasih Sayangmu...

walaupun sebentar... tidak pernah aku lupakan....

selamat hari bapa... walaupun bapa tak ada di sisi... namun aku masih merasakan bapa ada.. malah dekat dihati...

buat anda yang masih berbapa... renungilah mata bapamu dalam-dalam... nescaya akan bertemu satu kolam kasih sayang yang tak bertepi... kolam yang tidak ramai yang tahu... hanya mereka yang benar-benar memahami, mengerti akan hakikat amanah serta tanggungjawab seorang yang bergelar bapa sahaja akan ketemunya...

wasalam

untuk para bapa-bapa..tidak kira di mana sahaja anda berada...

'heppi father's day!'...

jangan mensia-siakan anugerah tuhan (isteri & anak-anak) kepada anda...
kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan semua amanah yang telah diamanahkan...


Tuesday, June 02, 2009

Bila Bumbung Stadium Runtuh...


salam...

terkedu..

itu ayat paling mudah untuk saya 'describe' diri ini bila dapat berita tentang bumbung stadium di terengganu runtuh.

lebih terkedu bila dapat tahu stadium itu baru setahun dirasmikan oleh Sultan Mizan pada tahun lepas.

tanpa ada ribut..
tanpa ada taufan..
tanpa ada gempa..
tanpa ada banjir..

dulu kita dengar cerita tentang bumbung makmal komputer sekolah runtuh satu satu...

berapa juta dah habis duit untuk stadium itu?
sapa kontrektor stadium itu?

kalau sesuatu keadaan seperti banjir, ribut, gempa atau taufan mengakibatkan kemusnahan harta benda.. ianya akan dikira sebagai 'act of god'...

tetapi sekiranya tiada apa-apa keadaan yang menyebabkan keruntuhan itu berlaku... adakah ianya boleh dikira sebagai 'act of human'.... atau 'act of greedy human'??

hanya Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku...

jika kos stadium menjadi mahal akibat rasuah... maka kos pembinaan akan menjadi kecil dan mutu barangan yang digunakan untuk pembinaan akan dari harga yang rendah...agar tiada pihak yang rugi...

memang benarlah... "manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan di muka bumi..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails