Showing posts with label ARP-LVT. Show all posts
Showing posts with label ARP-LVT. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Kursus Reiki-LVT Sabtu Lepas Lancar...



seperti yang sedia maklum, pada Sabtu lepas (14 Februari 2009) saya ada menganjurkan Kursus Reiki-LVT Peringkat Lanjutan di dewan latihan SCA, Puchong.

Kursus yang berlansung selama sehari (10am - 5pm) tersebut berjalan lancar dan peserta yang hadir juga alhamdulillah telah mendapat menafaat dari 'lambakkan' ilmu-ilmu reiki yang mengandungi teori serta praktikalnya.

bermula dengan topik-topik seperti disebelah paginya;

1. cahaya & warna (definasi dari segi sains, sains metrafizik & falsafah).
2. penyerlahan potensi diri untuk meningkatkan semangat serta keyakinan diri.
3. pengunaan warna pada diri dan sekeliling (meliputi topik-topik frekuensi warna dan kelebihan setiap warna, kegunaan warna dalam meningkatkan 4 elemen diri - mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. mengenal keperibadian menerusi warna diri.
5. kekuatan, kelemahan, potensi dan terapi yang bersesuaian untuk diri.


dan 'highlight of the day' - Teknik Penyembuhan Diri yang Efektif : Reiki-LVT Peringkat Lanjutan pada sebelah petang;

1. Pengenalan kepada Reiki-LVT (Terapi Getaran Cahaya)
2. Memberi 'booster' kepada elemen diri seperti tanah, air, api & angin.
3. Mengerak sifat asas diri seperti mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. Menjana Tenaga Dalaman melalui teknik pernafasan dalaman.
5. Menyalur Tenaga kepada yang tersayang dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
6. Mengesan Tenaga -ve di dalam diri.
7. Menyalur Tenaga secara 'Long Distant' (tanpa kehadiran penerima) melalui getaran cahaya dan gelombang elektro magnetik pada diri.
8. Men'nyah' cas semua tenaga -ve pada diri, tempat kerja, rumah dsbnya.
9. Menyalur Tenaga pada benda-benda lain selain manusia.

dan beberapa topik lagi yang sarat dengan praktikalnya...

pendek kata, peserta yang hadir mendapat banyak ilmu yang baru untuk digunapakai bagi diri, keluarga dan pekerjaan @ ibadah seharian.

bagi peserta yang hadir..tahniah serta syabas saya ucapkan...

mudah-mudahan anda terus cemerlang di masa hadapan..

wasalam

Friday, November 07, 2008

Wednesday, July 23, 2008

Otak @ Brain : Mengapa perlu dijaga dengan baik..

salam sejahtera buat semua...

topik bicara hari ini ialah tentang otak atau brain.

semua sudah sedia maklum bahawa antara organ yang paling penting di dalam tubuh manusia ialah otak.
keistimewaan otak kita terzahir dari kedudukannya yang terletak paling atas dari organ-organ yang lain dengan berat lebih kurang 3 paun.
untuk memelihara otak ini, ianya dilindungi oleh tulang yang paling keras iaitu tempurung kepala dan lebih menakjubkan lagi, otak kita dikelilingi oleh air untuk mengekalkan tahap suhu agar ianya berfungsi dengan baik.

antara tugasan otak kita ialah;

1. ia mengawal suhu badan, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan.
2. ia juga memproses segala maklumat yang diterima dari semua deria (mata, telinga, hidung dsbnya)
3. ia mengawal gerakan fizikal apabila kita berjalan, bercakap, berdiri atau duduk.
4. ia juga membuatkan kita berfikir, bermimpi, memproses jawapan dan beremosi.

Kesemua tugasan ini dilakukan dengan baik secara kita sedari ataupun tidak.

Otak kita, tulang belakang atau spinal cord dan rangkaian saraf sebenarnya membentuk satu jaringan bersepadu dalam memproses maklumat dan sistem kawalan tubuh badan.

Kajian saintifik tentang otak kita dikenali sebagai neuroscience atau neurobiologi dan sudah tentu bidang ini sangat luas untuk kita terokai.

saya akan cuba memudahkan perkongsian maklumat tentang otak ini agar semua dapat 'idea' tentang otak dan peranannya serta betapa pentingnya organ ini perlu dijaga dengan baik.

secara asasnya, fungsi otak telah dibahagikan kepada dua;

1. otak kiri
2, otak kanan

otak kiri adalah terlibat dengan komunikasi menggunakan perkataan (nombor, huruf), berbahasa serta logika.
manakala,
otak kanan pula terlibat dengan komunikasi menggunakan gambar, imiginasi, kreativiti, emosi, perasaan, khayalan dsbnya.

kedua-dua otak ini saling berhubungan di antara satu sama lain dan berkomunikasi sesamanya.

minda @ pemikiran manusialah yang membuatkan otak kita 'bersatu' walau mempunyai tugasan yang berlainan dan berupaya untuk saling bekerjasama memahami arahan, melaksanakan tugasan tanpa konflik antara satu sama lain.

Otak kanan mempunyai kaitan dengan 'cara lama' iaitu memproses maklumat dalam bentuk gambar.
maklumat tentang gambar yang diproses itu akan dihantar ke otak kiri untuk diterjemahkan kepada 'cara baru' dengan analisa, justifikasi logika dsbnya.

Bahasa digunakan sebaik melalui pertuturan, penulisan dan gambaran. Dan pertuturan dan bahasa bergabung dengan gambaran juga ingatan akan berada dikeseluruhan otak kita.
Memahami atau memproses maksud pada semua maklumat tersebut adalah merupakan satu proses tahap kedua yang melibatkan proses gambaran serta proses bahasa.

dan paling penting, sikap kita terlibat dalam keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh otak kita.

jadi, kita kini tahu bahawa otak kita terlibat dalam memproses dan memahami maklumat setiap 'gambaran' yang diterima, dan tahap seterusnya otak kita juga terlibat dalam pembentukkan bahasa, emosi/perasaan, belaian dsbnya.

tidak terkecuali, keupayaan dalam menetapkan matlamat, logika serta penilaian serta pembentukkan bahasa penulisan dan gambaran-gambaran imiginasi.

sangat hebat bukan?...

soalannya sekarang, adakah keupayaan otak kita berada pada tahap yang optimum atau kita sendiri tidak tahu apakah tahap keupayaan otak kita sekarang?

saya teringat tentang satu bidalan;

apabila kita melihat seseorang itu, belum tentu kita tahu tahap keupayaan dia....
dan tahap keupayaan seseorang itu akan terbukti, tatkala dia memulakan bicara....
dan tahap keupayaan seseorang itu terbukti jelas, apabila dia menjawab soalan yang diberikan...

bersambung...

Friday, July 04, 2008

Thursday, July 03, 2008

ARP-LVT : Group Energizing...

salam semua...

di dalam kelas atau program ARP-LVT, antara kandungannya ialah teori & praktikal secara individu atau berkumpulan.

saya sertakan foto-foto dalam program terkini LVT yang di adakan di Pulau Pangkor.

(pembelajaran LVT ini adalah dalam kandungan program ARP TeamBuilding untuk warga MIDA - syabas kepada peserta kerana diizinkan Allah untuk menerima pentauliahan ARP-LVT Level 1)

( sedang memberi penerangan tentang poin-poin dan penyerapan energy oleh poin serta teknik menyalurkan energy kepada poin-poin tersebut)



(dengan teknik pernafasan, keheningan diri, pengumpulan tenaga dalaman untuk disalurkan kepada penerima)

(memberi arahan kepada penyalur tenaga; setiap penyalur tenaga telah ditetapkan poin-poin masing-masing; bersedia untuk memulakan aktiviti)


(tenaga di salurkan)
(teknik ini sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum serta memberi keberkesanan yang singkat kepada penerima)

Light Vibration Therapy (LVT); Colors, Points & Endocrine System

salam semua...
hari ini saya ingin berkongsi tentang kaitan di antara poin-poin (chakra-chakra) yang berfungsi sebagai penerima/penyerap tenaga alam semulajadi / cahaya dengan organ-organ pada tubuh badan serta kelenjar-kelenjar yang bertindak mengawal pengeluaran hormon-hormon untuk kestabilan tubuh badan serta kesihatan diri.
(body energy points with the associate organs and connected glands)



(our body glands and respective functions)

foto di atas jelas menunjukkan kaitan poin-poin penerimaan tenaga yang ada pada diri kita; kaitannya dengan organ dalam badan serta kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon untuk kestabilan tubuh badan.
dengan mengamalkan ARP-LVT, tenaga cahaya berfrekuensi tinggi akan disalurkan ke poin-poin tertentu (mengikut keperluan tubuh; cth: jika mengalami masalah penghadaman, tenaga cahaya perlu disalurkan ke poin yang bernama solar plexus).
tenaga cahaya yang diterima oleh poin solar plexus kemudiannya akan melakukan tugasan secara 'unconcious' (sama seperti gerakkerja kelenjar-kelenjar yg lain) lalu memberi kestabilan yang maksima di lokasi yang mempunyai tenaga/getaran rendah seterusnya meningkatkan serta menstabilkan tenaga ke paras yang diperlukan oleh tubuh.
dengan ARP-LVT, segalanya menjadi 'tidak mustahil' dalam pencarian kita ke arah memperoleh kesihatan diri, keluarga dan sesiapa sahaja.
wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails