Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

Bersama Sasterawan Negara ; Pak Samad Said

Lokasi : Ampang Park (Ground Floor)
Waktu : 11.18pagi

pagi sabtu yang lepas saya singgah di Ampang Park dalam perjalanan bersama keluarga untuk 'balik kampung' di Seremban.

tujuan singgah itu adalah untuk 'menukar' adapter psp angah...

sebaik selesai urusan, saya dan famili pun mula untuk beredar dan menuju pintu keluar ke parkir kereta...

saya terus terlihat kelibat seorang yang memeng saya kenali, minati hasil sasteranya dan memiliki beberapa hasil beliau antaranya 'Warkah Eropah'...

ya.. beliau ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said...

saya terus menegur beliau dengan memberi salam dan menghulur tangan...

beliau sangat mesra; menjawab salam saya lalu terus menjabat tangan saya dan bertanya saya dari mana... (sudah tentu dalam bahasa baku beliau..)

saya & anak-anak sempat bergambar dengan Pak Samad Said..

anak-anak & isteri terus teruja... betul ke kita bergambar dengan A.Samad Said tadi?...

saya tersenyum... betul, memang tidak bermimpi... itulah Datuk A. Samad Said, seorang Sasterawan Negara yang hebat... tetapi terus 'maintain' sempoi...

Wednesday, January 28, 2009

3 Hari 2 Malam : Tahun Lembu

baru ajer balik dari cuti yang separa panjang...

1st of all saya nak wish 'Happy Prosperous New Year' pada semua rakan-rakan saya yang berbangsa cina... tidak kira di mana sahaja anda berada... make 'sure' this year 'hoo liang' year... (pinjam dari iklan mee segera yang bukan dari syarikat yahudi)


pastu... Alhamdulillah, kita semua dapat menyaksikan gerhana matahari masa cuti yang lepas... memang cuaca sangat panas ketika itu (saya berada di seremban... seremban kering kontang... kata ibu saya, dah dekat 3 minggu hujan tak turun...)




jalan yang 'jem' masa pulang ke seremban Ahad lepas...

'plan B'.... saya bawak 'kolam' untuk anak-anak dengan sepupu mereka menyejukkan badan... ingat adik-adik ajer yang masuk... habis abang-abang pun join sekali.... (kalau tahu, saya bawak satu lagi kolam yang lebih besar... ;-) )

Ahad juga saya ke Ramuan Cina Kecil, Lubuk Cina, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya belah bapa... so sempatlah 'snap' foto induk-induk yang 'komplen' susah sangat nak jumpa 'dak mirza' ni.... ;)



semalam sebelum pulang ke kl, sebelah petangnya saya 'layan' anak-anak & sepupu mereka di taman permainan & rekreasi di tasik seremban, berdekatan dengan Alson Klana...

ya... seremban memang 'gersang'... sangat kering...

tapi berita yang hangat diperkatakan di seremban ialah..... cuaca panas ini ialah kerana buat masa ini Negeri Sembilan tiada mufti.... (mufti yang ada telah tidak mahu disambung lagi perkhidmatannya oleh si EmBi... katanya mufti dulu (dato' murtadza ialah pilihan Yam Tuan dan bukan pilihan si EmBi.... so bila Yam Tuan Mangkat tempohari, maka si EmBi pun nak pilih orang lain....)

pinjam stail cakap nabil.... 'kalau lu mau pilih orang lain, lu pilihlah... tapi biarlah beradap sikip EmBi oooi'... dengan yang lama lagi telah banyak berjasa kepada umat islam di negeri sembilan...

jumpa lagi...

Thursday, November 20, 2008

Rais Yatim : Jgn Lukakan Hati Melayu....

salam semua....

bila Menteri Luar, Dato' Seri Dr. Rais Yatim kata;

"Laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’

ikuti kisah dan kata-kata beliau seterusnya di sini...

saya rasa ramai orang-orang melayu akan terluka dengan nasihat dan kata-kata Pak Rais Yatim ni.. sebab ramai yang masih berpegang kepada konsep ketuanan melayu yang merujuk kepada definasi melayu adalah tuan di bumi tanah melayu yang telah ditukar nama ke malaysia ini.

orang melayu memang tuan di tanah melayu..
orang melayu juga sangat hebat bersaing untuk mendapatkan kecapaian pegangan ekuiti 30% yang masih belum-belum dapat setelah memegang tampuk pemerintahan selama lebih 50 tahun..

apa strategi pemimpin melayu untuk melihat orang melayu mencapai 30% itu?
kita lihat banyak agensi-agensi yang ditubuhkan untuk menjaga serta mengembeling semua resources untuk memcapai target 30% tersebut, namun hasilnya masih diperkatakan sekitar 16 - 20% sahaja...
yang kita boleh nampak ialah segelintir orang-orang kaya melayu yang berbanglow besar, yang berjalar kereta masing-masing, yang menghantar anak-anak ke sekolah international dsbnya...

orang melayu lain, duduklah kat kampung jaga ayam itik....

apapun... Pak Rais Yatim bukanlah setahun dua menjadi pemimpin orang melayu.. beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting negeri & negara...

jadi apa yang keluar dari mulut beliau adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau dalam sepak terajang politik tanahair...

tepuk dada tanya kemana kita lepas ini?

wasalam

Politik Melayu; Politik Wang?

salam semua...

melayari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir...nyata sekali kekecewaan beliau terhadap rasuah, suapan untuk jawatan dan berbagai-bagai lagi yang wujud dalam partai melayu bergelar UMNO...

saya yakin beliau amat arif tentang selok belok perjalanan partai bekas pimpinan beliau itu..
apatahlagi beliau kini bukan lagi menjadi ahli UMNO setelah keluar dari partai tersebut kerana kecewa dengan cucu ulamak, Perdana Menteri sekarang, Pak Lah.

boleh kita baca keluhan dan isi minda beliau yang telah diterjemahkan di dalam satu artikel di dalam blog beliau di sini

saya malas nak beri komen tentang apa yang berlaku sekarang kerana kita semua telah arif tentang fanomena politik tanahair..

membaca akhbar sinar semalam, ada keluhan dari seorang doktor... beliau kata, beliau dah letih dengan perjalanan politik partai UMNO kerana senarai yang akan bertanding akan sudah tentu menjadi pemimpin-pemimpin utama negara...mana mungkin kita mampu bersaing di peringkat global sekiranya senarai tersebut melibatkan calon-calon yang terlibat dengan politik wang atau rasuah atau sogokan?

ikuti sedutan tulisan Tun di hujung artikelnya dan kita sama-sama menghayati apa maksud tersirat dan tersurat yang ada...

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.


sebagai seorang rakyat malaysia yang mendukung perlembagaan negara yang berdaulat dan mahukan negara yang mantap serta hebat bersaing di pentas dunia sudah tentu saya akan terus memerhati, mengamati dan cuba memahami perjalanan setiap sektor atau elemen atau komponen yang melibatkan pembentukan sebuah negara yang kita impikan....

dan saya percaya setiap bangsa yang hebat itu ada tunjangnya...

tunjangnya ialah keyakinan diri, kewarasan mental, kestabilan emosi, kekuatan semangat dan bersih fizikalnya luar dan dalam...

untuk mendapat kekuatan tersebut... kita perlu kembali kepada hakikat kejadian sebagai hamba Tuhan...

apa tugas kita di dunia ini...
dan kemana kita akan kembali dengan berbekalkan segala maklumat atas tingkahlaku serta perbuatan malah percakapan nanti... untuk disoal jawab dan dipertanggungjawabkan...

setiap orang dari kita adalah pemimpin @ khalifah...
adakah kita telah melunaskan tanggungjawab kita yang sebenarnya?
sebagai hamba Tuhan?
sebagai ayah ibu?
sebagai ketua di pejabat?
sebagai pemimpin masyarakat?
sebagai pemimpin negara?

akan sampai masanya nanti..insya Allah..
tetapi masa yang sampai itu tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan barang satu saat...
dan ketika itu, mulut kita terkunci rapat kerana dengan mulutlah badan kita binasa...

wasalam

Monday, November 17, 2008

Analisis UPSR oleh Dato' Kadir Jasin

salam semua....

saya tertarik dengan analsis Dato' Kadir Jasin tentang prestasi peperiksaan terutamanya sekolah kebangsaan...

SEPERTI biasa, media massa hilang akal (went crazy) menguar-uarkan kecemerlangan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Yang mendapat lima A itulah yang diuar-uarkan.Begitu jugalah dengan keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lain. Pelajar yang berjaya dan cemerlang itulah yang diuar-uarkan, diceritakan kisahnya dan dihebahkan nasihatnya.

Tidak salah mengiktiraf kejayaan. Lagi banyak diuar-uarkan, lagi baik untuk menaikkan semangat dan menjana motivasi.

Tetapi kita juga wajib mengiktiraf bahawa yang menjadi masalah bukan murid atau pelajar yang cemerlang. Yang menjadi masalah adalah mereka yang gagal atau rendah prestasinya.

Beberapa tahun lalu, saya membuat analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan membandingkan tiga buah sekolah di Lembah Klang. Semuanya sekolah biasa atau sekolah harian.

Sebuah di kawasan kelas menengah dan profesional pelbagai kaum di mana komposisi muridnya mencerminkan kepelbagaian kaum dan dua buah sekolah lagi di kawasan majoriti Melayu yang bertaraf ekonomi sederhana dan rendah.

Dalam semua aspek dan mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, Inggeris serta Agama Islam, sekolah campuran pelbagai kaum memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.Hatta pencapaian bahasa Melayu dan Agama Islam pun hambar di sekolah majoriti Melayu – sebuah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Petaling Jaya.Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.

Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.

Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.

Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan.

Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?

Kini bukan zaman dulu kala lagi.

Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.

Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.Di sebelah rumah saya ada dua pondok – Pondok Haji Abdul Rahman yang pro Umno dan Pondok Haji Abdullah yang pro Pas.

Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.

Begitu pun apa halnya dengan sekolah bandar yang kaum terbesar muridnya adalah Melayu, tetapi masih hambar pencapaiannya?

Kalau keadaan ini kita terima sebagai kebetulan, maka janganlah kita mengeluh kalau ramai murid yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal itu akhirnya menjadi mat dan minah rempit.

Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.

Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah.

Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

untuk tulisan sepenuhnya di
sini

saya malas nak komen lelebih sebab dah tulis bahagian saya di bawah.
yang ada kuasa & diberi mandat oleh bangsa samada secara sukarela atau paksa rela atau ugutan kenalah mainkan peranan.
jangan asyik pikir periuk nasi sendiri sahaja...

wasalam

Friday, September 19, 2008

Ramadhan pun ada suami isteri yang berpisah jua....

salam semua...

alhamdulillah dengan izin Allah kita telah menyempurnakan hampir 20 hari puasa kita dan kita dalam perjalanan untuk memasuki 10 malam/hari terakhir Ramadhan...

menurut firmanNya, sabda kekasihNya dan riwayat, 10 malam terakhir inilah yang tersembunyi sesuatu yang istimewa buat hamba-hambaNya yang beriman...carilah malam itu pada bilangan yang ganjil.. berjagalah dengan persiapan diri yang sepatutnya... korbankanlah sedikit masa untuk melaksanakan ibadah yang paling 'berkualiti' di antara ibadah-ibadah sebelum ini...

doa saya anda berjaya memperoleh kesejahteraan dan kerahmatan untuk meneruskan 'kuliah penyucian diri ramadhan' ini dengan jayanya...insya Allah.

beberapa hari yang lepas saya terkejut apabila mendapat berita dari seorang rakan bahawa beliau dan isterinya sedang dalam /proses urusan untuk berpisah...

perkahwinan dicampur perkenalan selama 14 tahun sejak dari bangku sekolah rupanya tiada maknanya jika tiada lagi persefamanan di antara kedua-duanya...

saya turut memberi beberapa tips buat beliau sebelum ini... namun kita hanya sekadar memberi pandangan, untuk melaksanakannya masih tertakluk kepada si empunya diri...

memberi pendapat kepada rakan, adik beradik dan siapa sahaja adalah salah satu ibadah dan 'effort' yang terpuji... namun perlulah diingat, janganlah kita merasa 'tak best' atau 'tak syok' jika orang yang kita beri pendapat itu tidak menurut saranan yang diberi...

kerana.. kita yang memberi pendapat ini tidak dapat menyaksikan 'the bigger puzzle or picture', permasalahan atau isu yang dikongsi bersama kita mungkin hanya 5% atau 10% sahaja dari keseluruhan 'gambar' sebenar yang di hadapi oleh empunya diri..

kita jangan rasa hairan lalu meluahkan; "isk degil betul dia ni, tak mahu dengar nasihat aku.." kerana, percayalah..saranan kita itu bukan tidak diterima pakai, ianya mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan pada masa itu...

anyway, akhirnya saya mendapat tahu bahawa isteri rakan saya ini sudah ada yang lain... walaupun pada awalnya saya 'dapat rasakan' perkara itu dan memberi 'hint' namun mungkin kerana ianya tidak ada dalam 'thinking set' rakan saya itu, hint itu hanya sekadar hint... sehinggalah rakan saya itu melalui sendiri 'curve' atau selekoh perit itu...

begitulah resmi manusia... kita sering untuk menerima hakikat bahawa apa yang dilalui oleh orang lain tidak akan kita laluinya...

percayalah, sebab itulah muncul istilah 'orang tua makan garam dulu'.... ianya lebih merujuk kepada pengalaman melalui 'curve' yang 'seakan' atau 'mirip' yang dilalui oleh orang lain yang mana 'hikmahnya' boleh dijadikan pedoman buat yang muda...

anyway, nasihat saya ketika beliau 'down' ditinggalkan isteri tempohari ialah..... "you know what is best for your life... but make sure that you are moving forward in whatever you do..."

mmm... dalam terdiam memikirkan perjalanan hidup rakan saya yang sorang ini... saya menerima satu lagi berita dari sahabat saya tentang adik beliau yang khabarnya mahu berpisah dengan isteri kerana ada yang 'lain'...

adus... seorang kena tinggal isteri... seorang lagi nak tinggalkan isteri...

ya Tuhan.... mmm... apabila alam mencari keseimbangan... apabila caj-caj positif perlu stabil dan sama dengan caj-caj negatif....

wasalam

Tuesday, September 16, 2008

Superhero Malaysia/Melayu? : Pepaya atau Tain..3T?

salam semua...

jika kita amati dengan teliti, amerika syarikat; di antara dakyah-dakyah mereka untuk meletakkan negara mereka sebagai kuasa dunia di samping kekuatan ekonomi, tentera dsbnya adalah dengan cara melahirkan 'superhero'...

hampir semua superhero berasal dari amerika.. superman, batman, spiderman, wonderwoman, six million dollar man, bionic woman, american hero..

british juga cuba untuk melahirkan superhero juga dengan mengenengahkan 'james bond' mereka....

dan secara kita tidak sedari..pengaruh superhero ini adalah dakyah yang paling berkesan dan ianya menerobos ke minda anak-anak sejak dari kecil lagi untuk memperakui kehebatan hero-hero ini...

negara kita juga tidak kurang untuk cuba melahirkan superhero kita walau secara tangkap muat atau asal ke boleh...

antaranya; hang tuah dengan taming sarinya, badang dengan muntah hantunya, mat kilau, datuk bahaman, hang jebat dsbnya.. mereka-mereka itu hero yg real (kecuali badang...)

namun hero-hero kita ni sudah lapuk ditelan zaman...

maka muncullah cicakman.... dan syarikat penerbitannya kru berjaya memberikan satu perspektif baru tentang superhero malaysia walaupun cerita tersebut memang bukan cerita negara malaysia, cuma bahasa/cakapnya ajer guna bahasa melayu...

tiba-tiba... negara kita mendapat satu lagi superhero... pepaya(man)

saya pernah menonton siri pepaya ini beberapa kali dan average 10 minit setiap episod kerana nak tengok plot dan kreativiti yang ada dalamnya...

walau tangan si yaya tu nampak kurang real.. tapi good try lah...budget pun ciput..
lagipun orang malaysia ni.. sumbat ajer apa citer... semua boleh nangis... buat siri sampai beratus..tetap ada pengikut...

itu cerita yaya...

yang paling saya sedih ialah bila 'tertengok' cerita 'tain 3 t'... lakonan wahid senario... masya Allah... selepas 'tertengok' cerita itu, saya terus 'haram'kan anak-anak saya dari menontonnya...

saya katakan, dari tengok tain, lebih baik tengok cerita si pepaya tu..

anak saya tanya kenapa?...

saya cakap pada mereka, cerita si yaya tu at least ianya 'science fiction' dan ada unsur heroism di dalamnya...

cerita si tain ni... bagi saya teruk... menunjukkan betapa melayu ni mundur serta bodoh... kita dah merdeka lebih 50 tahun... jika masih ada yang tak pandai kira lagi, maka gagallah segala deb, gagal lah segala pemimpin melayu dsbnya...

cerita tain ni takda apa-apa motivasi disebaliknya... melainkan ianya memalukan... menunjukkan melayu yang malas, bodoh serta 'haprak'....

anyway, itu adalah pandangan peribadi saya....

dalam kalut senario politik tanahair.... bagi saya malaysia memang memerlukan superhero...
fikir-fikirkanlah.... buatlah research sikit.... keluar duit sikit...
sebab, superhero malaysia ini nanti akan menjadi bahan 'propaganda' untuk menaikkan semangat semua rakyat... untuk bersatu, bersama dan berjaya dalam mengapai objektif negara...

jangan silap propaganda... sebab?..
sebab rakyat malaysia dah pepandai belaka...

bak kata iklan berita harian di tv... "zaman dah berubah...."
dulu lain sekarang lain...
dulu bolehlah cerita makan ubi kayu kat anak-anak..
sekarang mana boleh.... tak jalan punya...

sekarang kena 'up to date'... sentiasa berada kehadapan dengan info dan ilmu utk memastikan kita 'survive' dalam perlumbaan ini...

'duit-duit rasuah' tak mainlah... dah lah masuk neraka... keluarga nanti huru hara... makan duit haram... (tapi saya sedih sebab banyak melayu yang makan rasuah ni...)

jumpa lagi

wasalam..

Tuesday, August 26, 2008

Hei 'Ali' : Bangunlah! Kerja! Jgn Malas! Jgn Tidur!

art fazil adalah anggota kumpulan rausyanfikir yang 'femes' dengan lagu ghazal 2020 dan satu arah...
mari kita hayati lagu 'ali mim alif lam sin'...

Tuesday, August 12, 2008

SATU KISAH: Yang DULU dan Yang KINI.... Di Antara Dua Darjat...

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,

Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi

Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi








PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemulian dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun banggakan negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negara sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain kemerdekaan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajahan?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar?

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemulian buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad-4th of May 1996
---------------------------------------------------------------------
sekadar mengingkatkan...
sekadar menyegarkan...
ingatan kita semua...
tentang apa yang keluar dari mulut penguasa-penguasa yang digelar pejuang bangsa dan negara...
tepuk dada tanya selera...
usap dada amati iman...

Monday, April 14, 2008

Melayu Melayu... cukuplah berpolitik tu... belajar & bekerja bebetul..

salam semua...

dari hari pilihanraya sampailah ke hari ini... hari-hari kita disuapkan oleh berita-berita tentang keputusan dan analisa berkenaannya...

isu-isu dan cerita-cerita tentang pilihanraya; kemenangan dan kekalahan parti-parti politik terutamanya parti politik melayu dan keberantakkan yang berlaku seperti krisis dalaman parti, siapa yang kena 'resign', sapa yang patut pegang jawatan, apa jadi jkkk, apa jadi ahli majlis pbt, kecelaruan dalam pemilihan menteri besar dan berbagai-bagai lagi...

cerita ini tak akan habis sampailah PRU13 nanti...

inilah yang dinamakan politiking..

dan politiking ini akan berterusan sampailah kiamat...

saya malas nak cerita atau ulas tentang politiking ini...
bagi saya 'kekecekapan' dari sudut 'attitude', 'skills' & 'knowledge' lebih penting dalam halatuju seseorang itu atau kumpulan itu untuk survive...

kalau dah 'tak ada ilmu' di dada...lambat laun sapa-sapa pun akan 'obsolete' atau dalam bahasa lainnya...pupus dan tak berguna lagi...

melayu ni kena pikir 'simple' sikit... tanya pada diri... apa yang diperjuangkan?... adakah pejuangan itu untuk tembolok sendiri atau untuk bangsa?...

dan kalau ikut sejarah dahulu kala... apa sahaja bangsa yang memperjuangkan bangsa akan 'obsolete' atau pupus... kecuali yang dipejuangkan itu adalah agama yang dianutinya...

melayu rata-rata menganut agama islam...
dan saya tak pasti sebagai orang islam siapa 'role model' mereka ini?...
mungkin melayu banyak 'role model' untuk diikuti... dan rasanya 'role model' ini tiada yang mengajar untuk membesarkan tembolok masing-masing...

tanya lagi pada diri, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas?... dan adakah diri sebagai pemimpin benar-benar amanah?.... keikhlasan perlu dan 'wajib' ada dalam diri pemimpin-pemimpin.. ini diajar oleh agama...

dan saya tertarik pada seorang pemimpin cina yang baru menjadi ketua menteri... apa yang saya tertarik?... saya tertarik kepada role model beliau... beliau memilih Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai role model beliau... dan akan memimpin rakyat negerinya seadil-adil khalifah tersebut... dan saya dengar cerita beliau tidak mahu berpindah ke rumah kerajaan kerana jika berpindah rumah tersebut terpaksa direnovate dengan kos sebanyak RM300k (wang rakyat...)..

antara orang cina yang menarik perhatian saya ialah Laksamana Cheng Ho atau Zeng He... seorang yang hebat dan kapal pelayaran beliau besarnya ialah 7 kali ganda besar kapal Christopher Colombus... dan setiap kali pelayaran beliau diiringi oleh 400 kapal kecil yang lain... dan lebih menarik lagi beliau adalah seorang muslim...

ianya adalah kesan pengembangan agama Islam ke negara Cina oleh bapa saudara Rasulullah iaitu Saad Abi Waqas...

malas nak cerita pepanjang.... nasihat untuk orang melayu... belajarlah bebetul dan jadi yang terbaik... dan bekerjalah bebetul, jadi yang terbaik serta cekap dalam pekerjaan...

reward?... yes your reward will come later... (kalau tak percaya, buka surah Alam Nasyrah...dan hayati sepenuhnya dengan keikhlasan dan kejujuran serta keimanan...)




"gambar hiasan: Amirul Aizat bersama model F1 nya (projek tahun 6)"... Insya Allah beliau akan menjadi seorang pejuang yang hebat serta cekap dan menjadi kebanggaan Agama dan Bangsanya..."

Monday, March 31, 2008

Melayu : Sufiah Oh Sufiah....


salam semua....
memeranjatkan....
itulah yang boleh saya katakan apabila mendapat berita tentang anak melayu 'cerdik' ini dari link blog yang saya layari...
sufiah berbapakan seorang warga pakistan dan beribukan warga malaysia (melayu) dan kehebatan beliau dalam bidang matematik telah membuatkan beliau diterima untuk belajar di universiti oxford pada usia se awal 12 tahun.
selebihnya...menjadi sejarah... beliau menjadi 'liar', keluarga berberantakan, bapa didakwa mencabuli anak-anak 'tusyen' dan sebagainya.... sufiah turut mendakwa bahawa beliau telah dikongkong oleh keluarganya....
lapuran asal dari web boleh click di sini.... (amaran! : laman web tersebut mengandungi foto-foto yang memeranjatkan....)
melayu hebat?... mmm...think about it again...
ingat 'tunjang' yang saya katakan?.... ya, tunjang adalah agama...
melayu tak akan hebat tanpa tunjang agama yang di anutinya...
apa bangsa di dunia ini sekalipun tidak akan hebat atau kekal hebat selagi tunjangnya tidak mantap ibarat akar jauh ke dalam bumi...
bapa sufiah boleh jadi seorang yang hebat dengan melahirkan anak-anak 'genius'... namun 'lubang' kurang agama membuatkan hasilnya amat menyedihkan...
kita boleh didik anak dan hantar ke sekolah yang 'terdahsyat' di dunia... tapi tanpa asas agama serta kefahaman yang mantap....
'kemusnahan'nya akan berlaku beberapa tahun ke hadapan....
cuba periksa kembali diri kita, keluarga kita dan anak-anak kita...
perkara asas adalah agama yang kita didik mereka...
kemudian, rezki yang kita supkan ke mulut-mulut mereka... adakah ianya halal?...
kerana jika tidak... kemusnahan akan berlaku....beberapa tahun di hadapan...
sekadar menjadi iktibar dan pengajaran berharga buat diri kita...
wasalam

Saturday, March 29, 2008

Melayu: Tak payahlah nak berkroni...

salam semua....

saya masih lagi dalam 'mood' utk berbicara mengenai melayu...

salah satu sifat melayu adalah suka berkroni...atau bepuak-puak...

sifat berkroni dan berpuak-puak ini telah lama dikikis agar hilang dari dalam diri orang islam sejak zaman Rasulullah lagi...apabila datangnya Islam, Agama yang merentasi sempadan warna kulit serta bangsa...

maksud kroni @ crony dari wikipedia...
---------------------------------------------------------------

Cronyism is partiality to long-standing friends, especially by appointing them to positions of authority, regardless of their qualifications. Hence, cronyism is contrary in practice and principle to meritocracy. Cronyism exists when the appointer and the beneficiary are in social contact; often, the appointer is inadequate to hold his or her own job or position of authority, and for this reason the appointer appoints individuals who will not try to weaken him or her, or express views contrary to those of the appointer. Politically, "cronyism" is derogatorily used. The word "crony" first appeared in 18th century London, believed by many to be derived from the Greek word χρόνιος (chronios), meaning "long-term", however, crony appears in the 1811 edition of Grose's Vulgar Tongue with a decidedly non-collegiate definition, placing it firmly in the cant of the underworld.[1] A less likely source for the words etymology is the Irish Language term Comh-Roghna (pron. ko-ronə), which translates to "close pals", or mutual friends.

Governments are particularly susceptible to accusations of cronyism, as they spend public money. Many democratic governments are encouraged to practice administrative transparency in accounting and contracting, however, there often is no clear delineation of when an appointment to government office is "cronyism". It is not unusual for a politician to surround him- or herself with highly-qualified subordinates, and to develop social, business, or political friendships leading to the appointment to office of friends, likewise in granting government contracts. In fact, the counsel of such friends is why the officeholder successfully obtained his or her powerful position — therefore, cronyism usually is easier to perceive than to demonstrate and prove.

The NHS is becomingly increasingly prone to Cronyism, most notably at NHS London, where a female inner circle close to the Chief Executive are favoured and in turn favour their friends. This is in direct oppostion to the principles of its Single Equality Scheme.

In the private sector, cronyism exists in organizations, often termed 'the old boys club' or 'the golden circle', again the boundary between cronyism and 'networking' is difficult to delineate.

Moreover, cronyism describes relationships existing among mutual acquaintances private organizations where business, business information, and social interaction are exchanged among influential personnel. This is termed crony capitalism, and is an ethical breach of the principles of the market economy; in advanced societies, crony capitalism is a breach of market regulations, e.g. the Enron fraud is an extreme example of crony capitalism.

Given crony capitalism's nature, these dishonest business practices are frequently (yet not exclusively) found in societies with ineffective legal systems. Resultantly, there is an impetus upon the legislative branch of a government to ensure enforcement of the legal code capable of addressing and redressing private party manipulation of the economy by the involved businessmen and their government cronies.

The economic and social costs of cronyism are paid by society. In the form of reduced business opportunity for the majority of the population, reduced competition in the market place, inflated consumer goods prices, decreased economic performance, inefficient business investment cycles, reduced motivation in affected organizations, and the diminution of economically productive activity. A practical cost of cronyism is manifest in the bad workmanship of public and private community projects. Cronyism is self-generating, cronyism then begets a culture of cronyism. This can only be apprehended by a comprehensive, effective, and enforced legal code, and empowered government agencies who can effect prosecutions in the courts.

All appointments that are suspected of being cronyism are controversial. The appointed party may choose to either suppress disquiet or ignore it, depending upon the society's level of freedom of expression and individual personal liberty.
------------------------------------------------------------

apabila Islam datang dan ditegakkan oleh Rasulullah... kroni tidak dapat mengambil tempat kerana Islam tidak mengred umatnya kepada kroni sebaliknya 'pengredan' adalah berdasarkan 'competency' atau kecekapan seseorang itu melunaskan tugas, amanah serta tanggungjawab dengan penuh cekap...atau competent...

adakah melayu sekarang sangat cekap?...
adalah melayu sekarang tidak meng 'ali baba' kan project?...
adakah melayu sekarang 'naik' memegang jawatan yang hebat-hebat berdasarkan kecekapan dan kemantapan bekerja?...
adakah melayu sekarang hanya mengutip duit komisyen atas nama 'masyukkk'..tanpa mengeluarkan peluh pun?

saya ada ramai rakan yang berbagai jenis rupa dan gaya...
tidak kira mereka dari fahaman politik yang mana...namun ada segelintir yang mempunyai perangai yang sangat menyedihkan saya... tanpa kelulusan, individu tersebut berebut untuk menjadi ketua-ketua bahagian atau cawangan...

ada yang kerjaya mereka sebagai pemandu klinik kesihatan...
ada yang bekerja sebagai 'office boy' sehingga berumur 45 tahun...
ada yang bekerja sebagai kerani am rendah....

dan mereka-mereka ini berebut kuasa untuk menjadi pemimpin atau ketua-ketua cawangan atau bahagaian...

dengan ilmu yang 'sedikit' kurang.. maka untuk naik tangga mereka menggunakan 'kroni' dan menghabiskan banyak wang serta air liur menjanjikan projek demi projek untuk kroni masing-masing...

tanpa mengambil kira kecekapan dalam bidang ilmu...
tanpa mengambil kira kecekapan dalam bidang agama...
tanpa mengambil kira kecekapan dalam 'leadership' @ kepimpinan..
tanpa mengambil kira kecekapan dalam komunikasi...

semuanya berebut jawatan mahukan kuasa...

mereka-mereka ini adalah melayu yang mengucap dua kalimah syadahah dan berikrar bahawa solat, ibadah, hidup dan mati mereka hanya kerana Allah Taala Robbul Jaleel...

namun apa yang terniat, apa yang terlafaz dan apa yang dilakukan oleh anggota sangat-sangat bersimpangan antara satu sama lain...

apa nak jadi?...
ianya semata-mata kerana 'tunjang agama' sangat goyah...
ilmu sangat lemah...

yang tinggal hanya sikap 'samseng' yang tak tentu pasal...

sampai bila nak jadi begini? adakah sampai saat 'tangan besar' turun dari langit? adakah sampai saat 'pekikan kuat' berkumandang dari langit? baru nak insaf?...

begitulah melayu...

dan lebih menyedihkan lagi ialah melayu yang pandai-pandai... mereka lebih dan sangat pandai dari Rasulullah dan mereka 'melanggar' sahaja apa larangan agama dengan cara menukar istilah-istilah agar tidak sama seperti larangan Allah di dalam Al-Quran... cth; rasuah boleh ditukar menjadi duit kopi... zina ditukar jadi 'suka sama suka apa salahnya'.... dsbnya...

seperti yang saya ulang-ulang kata... untuk mantap, ianya bermula dari kemantapan 'tunjang' diri iaitu agama... mantap agama maka seseorang itu akan secara otomatik menjadi cekap... dan apabila cekap, tidak ada istilah kroni di dalam hidupnya... kerana kemana sahaja dia pergi... dia adalah intan dan permata... dan menjadi kebanggaan Allah & Rasul...

jika kita melayu, tanya pada diri, adalah kita cekap atau competent?

wasalam

Friday, March 28, 2008

Kini 'Wajah Hodoh' Melayu terserlah....




salam semua...

dalam siri kuliah serta program-program yang saya lunaskan...saya sering membawa contoh betapa bangsa Melayu adalah merupakan salah satu bangsa yang sangat hebat..

ini terbukti apabila kita susuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka di mana, ketika itu Kerajaan Melayu Melaka mempunyai sebuah pelabuhan yang tersibuk di dunia...

pelabuhan yang di tadbir oleh orang-orang Melayu seperti Datuk Temenggong, Datuk Laksamana dan Datuk Bendahara...

pelabuhan ini sangat dicemburui oleh seluruh kerajaan dunia pada masa itu kerana ianya adalah bukti kekuatan ekonomi orang melayu pada ketika itu...

maka pelbagai cara disusun serta dirangka oleh pihak-pihak luar untuk mengetahui atau mencungkil rahsia disebalik kehebatan pelabuhan itu secara khususnya dan apakah sistem yang digunapakai sehingga meletakkan pelabuhan melaka sebagai pelabuhan terkenal di dunia...

petikan sejarah melaka dari wikipedia....
----------------------------------------------------------

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
-------------------------------------------------------------

dari sebuah kerajaan yang hebat.... kini menjadi tempat bersejarah dan cerita-cerita itu hanya ditutur oleh guru-guru sejarah dan semakin lama, cerita-cerita itu menjadi pendek serta ringkas dan akhirnya hilang dari 'silibus formal atau informal' negara kita...

sejarah ini - kehebatan sesebuah kerajaan dan kejatuhannya terus-terusan akan berulang dari zaman ke zaman... hanya batasan masa yang membezakannya.. hanya warna kulit yang membezakan peristiwa... sedang pada hakikatnya; kejatuhan kerajaan-kerajaan hebat terdahulu adalah akibat dari sikap bangsa itu sendiri... sikap rakyat dan terus membawa ke sikap pemimpin-pemimpin rakyat itu...

perkara yang paling penting yang ramai terlepas pandang ialah kekuatan kerajaan melayu melaka itu sebenarnya adalah kerana tunjangnya yang kukuh...

apa tunjang itu?... tunjangnya ialah Agama yang dianuti oleh orang melayu ketika itu... ramai melayu yang ketika itu beragama Hindu (dari Majapahit) telah memeluk agama Islam dan menjadi muslim sejati... mereka melaksanakan segala 'amar' dan meninggalkan 'makruf' dan menjadi mukmin sejati...

atas kekuatan 'dalaman' yakni agama yang dipegang inilah melayu menjadi hebat dan terkenal 'seantero'dunia....

itu dulu....

kini?....

melayu bersama melayu bertelagah... sebab?... sebab 'tunjang' yang ada dalam diri menjadi lemah...

di Malaysia kita boleh saksikan betapa hodohnya wajah melayu-melayu sebaik selepas pilihanraya ke 12 ini...

yang tewas dan kehilangan kuasa sudah 'hilang pertimbangan' dan memberikan reaksi yang memalukan sehingga boleh serta sanggup memanggil sultan sebagai 'natang' atau binatang...

adakah melayu boleh dibanggakan sebagai bangsa yang lemah lembut serta penuh budibicara?....

tidak lagi kini...

melayu sudah lupa dan menjadi alpa serta hanyut dengan harta dan tahta...
pangkat serta harta timbunan menjadi alat atau tiket penonjolan 'status quo' kununnya hebat...

kesedaran diri telah mula hilang... kewarasan sudah tiada dalam kamus... dan melayu sanggup membunuh melayu kerana kuasa dan harta...

melayu juga sanggup merobohkan surau kerana tidak lagi mempunyai kuasa...

kenapalah ini berlaku kepada bangsa melayu?...

tamak? haloba? hasad? dengki? tikam belakang? rasuah? ali baba? pemalas? kroni? projek?

masya Allah... sifat-sifat itu adalah sifat-sifat mazmumah dan tergolong dalam kategori nafsu amarah, yakni nafsu yang berada pada tingkatan paling rendah sekali...

detik dan waktu akan menjadi saksi... bilamana datangnya hari akhirat di mana mulut telah terkunci dan anggota menjadi saksi...
di waktu itu... 'buih-buih di lautan' akan merasakan kehangatan bahang neraka... kerana mereka lupa sewaktu hidup dahulu... semuanya; solat, ibadah, hidup dan mati hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam...

subhanallah
alhamdulillah
allah hu akhbar

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails