Showing posts with label reiki. Show all posts
Showing posts with label reiki. Show all posts

Thursday, December 04, 2008

REIKI-LVT Healing Center


salam semua...

kini REIKI-LVT HEALING CENTER dibuka untuk semua...
boleh klik di foto di atas untuk maklumat lanjut berkenaan Pusat Rawatan Reiki-LVT tersebut..

mudah-mudahan ramai di antara kita yang akan kembali 'pulih' sepenuhnya dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal..insya Allah..

Wednesday, November 26, 2008

Tenaga Positif & Negatif (Part 1)



salam semua...

suka saya berkongsi sedikit tentang tenaga positif atau negatif yang ada pada diri dan sekeliling kita serta kajian oleh Prof. Dr. Emoto tentang bagaimana air itu sebenarnya dapat merakam segala tenaga ini.

video-video yang lain boleh disaksikan di sini..

moga dapat mencetus minda anda untuk terus mencari ilmu-ilmu selagi hayat dikandung badan..

wasalam

Tuesday, November 25, 2008

Anda Pernah 'Terkena'? Sedih tapi inilah hakikat warna kehidupan..



salam...

mungkin anda pernah menonton ini di youtube.. dan mungkin anda pernah bertemu dengan 'wealthy person from malaysia' ini untuk berubat...

saya tak mahu komen lelebih.. namun masa saya belajar reiki dulu, cikgu reiki saya tu pernah cakap, 'ustaz' @ 'prof' @ 'dr' arief ni pernah belajar reiki dan merupakan seorang reiki master, namun setelah beliau jadi reiki master, beliau 'mencipta' kaedah rawatan sendiri iaitu cakra alam...

apapun, seperti yang saya selalu katakan, sekiranya sesuatu perkara itu jatuh ke dalam kategori 'too good to be true' maka perlulah sedikit berwaspada ya...

biasalah orang melayu.. kalau ada sikit ciri-ciri 'kesaktian' semua minat.. sampai nak naik kelangit melalui 'teko' besar pun orang percaya...

tepuk dada tanyalah sendiri...
nabil raja lawak pun cakap... 'lu pikirlah sendiri'...
jangan sampai terkena...

wasalam

Friday, November 21, 2008

Long Distant Energy Transfer utk Saudara Mubin Kamal

salam...

saya mengajak anda yang mengamalkan Reiki agar dapat menyalurkan Long Distant Energy untuk saudara Mubin Kamal yang kini berada di hospital Pantai, Bangsar.

Mubin seorang pemuda yang sihat.. beberapa minggu lepas beliau mengadu kepada saya tentang urin beliau yang mengandungi darah...

saya menyuruh beliau pergi melakukan 'check-up' untuk mendapatkan maklumat lebih..

keputusan check-up tersebut menunjukkan beliau mengalami bengkak pada buah pinggang sebelah kiri dan saluran tersumbat...

seminggu selepas itu beliau masuk ke hospital besar kuala lumpur dan di tahan di wad sana..
setelah seminggu beliau di sana, beliau dikejarkan ke hospital pantai setelah doktor di hkl gagal mengesam punca penyakit beliau...

dan dua hari lepas, sms beliau membuatkan saya sebak... "abang saya kanser..."

masya Allah... terkedu & termenung seketika saya... memori terus menyingkap helaian-helaian kisah-kisah beliau yang lalu bermain di kepala saya...

seorang pemuda yang baik, berhemah, sering membantu ramai orang.... itulah mubin...

apapun... tiada penyakit yang tiada ubatnya...
saya yakin mubin akan kembali pulih... tiada yang mustahil, insya Allah...

sama-samalah kita menadah tangan, mohon doa agar beliau sembuh...
sama-samalah kita menyalurkan energi berfrekuensi tinggi buat beliau, mudah-mudahan ikhtiar ini akan membantu beliau untuk menghadapi virus kanser tersebut...

mubin... bersabarlah..
mubin... yakinlah...
mubin... insya Allah...

wasalam

Friday, November 07, 2008

Tuesday, May 06, 2008

Dunia Makin Celaru...Manusia Haru Biru...


salam semua...
apa khabar hari ini?....
harapan saya, anda hebat sekali di saat ini...
sengaja saya memilih tajuk di atas sana utk posting kali ini...
ianya berdasarkan kepada 'personal observation' saya kebelakangan ini...
dari sudut sains metafiziknya... getaran atom-atom di alam ini terutamanya di dunia sangatlah bercelaru...
seperti yang kita ketahui, asas bai setiap kehidupan dari sudut sainsnya ialah bermula dari unsur yang di namakan atom...
dan atom ini mengeluarkan tenaga masing-masing mengikut komposisi yang tersendiri..
dan setiap benda di dunia ini termasuk cakerawala adalah merupakan atom yang digelar 'building block'... sebagai contoh; manusia terdiri dari unsur atom hidrogen, nitrogen, oksijen dan juga carbon (tanah, air, api & angin)...
dan atom-atom ini mempunyai komposisi yang terdiri dari proton, neutron & electron...
pergerakan electron yang bercaj negatif mengelilingi proton (bercaj positif) & neutron (tiada caj-neutral) secara lansung menghasilkan tenaga tertentu.
pergerakan elektron mengelilingi proton & neutron (digelar nukleus) adalah melawan arah jam.
pererakan ini boleh kita saksikan secara zahirnya di dalam rukun ibadah haji atau umrah yakni bertawaf, di mana semua tetamu Allah akan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan pergerakan lawan arah jam.
secara basicnya atau asasnya tenaga atom terhasil akibat dari pergerakan 'laju' arah kekanan atau lawan jam mengelilingi nukleus.... dan kestabilan nukleus yang bercaj positif dalam memastikan elektron yang bercaj negatif kekal pada 'orbitnya' adalah merupakan faktor penting dalam konteks keseimbangan.
mari kita lihat dari sudut makro... mengambil kira atom sebagai contoh dan diri kita sebagai bahan ujikaji.
manusia secara zahirnya bercaj positif... dilahirkan bersih suci dan murni...
yang akan mencorakkan manusia ini kepada warna-warna tertentu adalah bermula dari peranan ibubapa sebagai pendidik atau pembina batu asas yang mantap sebelum didikan diteruskan oleh masyarakat dan persekitaran.
batu asas atau foundation perlulah kemas dan tegap dalam memastikan binaan yang akan dinaikkan di atasnya tidak runtuh atas hancur...
ibubapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak (nukleus) memahami hakikat kejadian dan mengenali perkara-perkara negatif (elektron) yang senantiasa berada di sekeliling dirinya.
atom akan berubah unsurnya menjadi unsur lain sebagai contoh; 2 unsur atom bernama hidrojen bergabung dengan 1 unsur atom bernama oksijen akan menghasilkan air atau unsur baru H2O.
pengabungan itu berlaku dalam keadaan 'ledakan' atau 'hentaman' kuat di antara unsur hidrojen & oksijen yang tidak dapat di saksikan dengan mata kasar.
dan sudah tentu, anak-anak yang bercaj positif akan mengalami 'hentaman dan ledakan' dalam perjalanan pembesarannya.
namun sekiranya asas diri anak itu mantap, maka kesan dari hentaman dan ledakan itu sudah pasti tidak memungkinkan sebarang perubahan yang dahsyat dari segi struktur asasnya walau rupa baru muncul namun kemunculan rupa baru ini lebih bersifat kepositifan dan bukan kenegatifan...
itu cerita asas atom...
begitulah dengan kehidupan kita...
begitulah dengan dunia kita...alam ini..dan segala yang ada di dalamnya...
semuanya mencari keseimbangan dan sering menghentam dan meledak di antara satu sama lain... dalam satu pretext yakni mencari keseimbangan.
kepala pening memikir hutang...akibat diri mencari keseimbangan
suami & isteri....bergeseran....akibat masing-masing mencari keseimbangan...
ayahibu & anak...tidak sebulu...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
adik beradik...berperanag...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
bos & pekerja...berselisihan...akibat masing-masing mencari keseimbangan...
negara-negara berperangan...akibat mencari keseimbangan...
hujan turun dengan lebatnya...akibat bumi mencari keseimbangan...
kemarau terik sangat dahsyat...akibat cuaca mencari keseimbangan...
dan seterusnya...
semuanya mencari keseimbangan...walau apa hasilnya, positif atau negatif...atom-atom tetap mencapai keseimbangannya pada saat satu lagi...
yang negatif akan mencari keseimbangan kenegatifannya...
yang positif akan mencari keseimbangan kepositifannya...


namun tanpa memikirkan, tentang guideline atau sifirnya...iaitu amar maaruf nahi mungkar.. iaitu melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara kejahatan... atau selalu positif dan jangan sesekali negatif...

namun tarikan negatif itu sememangnya amat dahsyat.... laksana elektron yang berpusing mengelilingi nukleus (proton & nuetron).... manusia juga diuji dengan hebat oleh perkara-perkara negatif disekelilingnya...

proton yang bercaj positif sudah tentu akan menolak unsur yang bercaj positif dan akan menarik unsur yang bercaj negatif (magnet).... namun dengan adanya neutron yang bercaj neutral, ianya dapat menstabilkan kesan tarikan di antara proton dan elektron...

maka dalam diri kita juga ada unsur 'neutron' yang menjadi faktor kestabilan diri dari 'tertarik' atau 'menarik' unsur-unsur negatif kepada diri kita...

adakah neutron di dalam diri kita berada dalam keadaan baik?...
adakah kita mengenepikan peranan neutron di dalam diri kita?...

jika kita terlepas pandang unsur neutron ini... maka diri kita juga akan jadi haru biru...

apakah neutron dalam diri kita?

sama-sama kita fikir-fikirkannya...

wasalam

Friday, April 11, 2008

Hidup penuh warna-warni.. kecapi dan hirup tenaganya...



salam semua...

"apalah nak pening-pening....hidup penuh dengan warna-warni...."

ada orang kata.."inilah warna-warna kehidupan...."

mmmm... ya hidup memang penuh dengan warna-warni... ianya sememangnya menceriakan..
cuma kita sahaja yang meletakkan warna-warna itu dengan 'rasa-rasa' diri yang sering bergelumang dengan emosi...

ada yang kata "kelam hidup ku..."
ada yang kata "gelap duniaku..."

ya warna sering di kaitkan dengan keadaan diri kita pada masa dan ketika tertentu..
kalau riang dan ceria... dalam keadaan sangat bahagia... sangat 'cerah' masa depan warna hidup kita...

kalau 'tension' memanjang dengan masalah yang bertimpa-timpa...kita sering mengelarkan keadaan itu dengan 'gelap gulita...

begitulah peranan warna dalam kehidupan yang diintrepretasikan dengan keadaan mental, emosional, spiritual dan fizikal kita...

carta di atas boleh membantu dalam penggunaan warna dalam kehidupan kita...

membantu dari segi, memahami makna serta intepretasinya dan paling penting, tenaga yang terbit atau dijana oleh satu-satu warna untuk memberi 'caj' kepada diri kita dalam satu-satu keadaan...

maknanya kita boleh 'mengawal' keadaan diri kita (mental, emosional, spiritual serta fizikal) dengan penggunaan warna-warna tertentu dalam kehidupan seharian...

bagi yang memahami ilmu warna... poin-poin dalam tubuh yang menyerap tenaga alam semulajadi dan penyerapan tenaga warna ke poin-poin tersebut mengikut frekuensi masing-masing bermula dari crown hingga ke root...

jangan risau tentang warna paling atas iaitu putih, serta warna kedua (di 3rd eye) iaitu unggu...(kerana dalam carta warna paling atas diletakkan warna unggu)...

apa yang penting, penjelasannya... cth; warna putih/unggu untuk crown... ianya berkenaan dengan mendekatkan diri dengan Ilahi/Tuhan, sifat husnuzon/baik sangka, memikirkan perkara-perkara yang 'ghaib'/beyond matters/hakikat kehidupan dsbnya...

melakukan 'energizing' dengan pernafasan dalaman sekurangnya 5 minit serta fokus pada satu-satu poin yang tertentu dapat membantu kita meningkatkan tenaga yang diperlukan sejajar dengan isu yang kita hadapi...

cth; kita ada pemasalah dengan 'komunikasi' maka kita boleh melakukan pernafasan dalaman atau meletakkan tapak tangan pada lokasi tekak atau melakukan kedua-duanya sekali serentak sambil mengambarkan tenaga warna biru menyerap ke poin tersebut dan lokasi tersebut menerima tenaga yang diperlukan...

oleh kerana tenaga alam semulajadi ini sangat 'halus' ianya merentasi lapisan mental, emosional, spiritual serta sudah tentu akan memberi tindakbalas kepada tubuh fizikal kita...

selamat mencuba... & terus mempraktikkannya... agar kita mahir...dan jadi 'master' dalam satu-satu bidang yang kita ceburi...

insya Allah... mental/minda akan tenang, emosi akan terkawal, spiritual/semangat bertambah dan sihat tubuh fizikal...

wasalam...

Monday, March 17, 2008

Puan Rohaya bt. Mohd Ali

salam semua...

saya menerima panggilan telefon dari seorang insan yang memerlukan bantuan dalam usaha beliau untuk mengubat penyakit kanser (payudara) yang dihidapinya dan pulih sepenuhnya dengan izin Illahi....

saya telahpun memulakan rawatan 'long distant' kepada beliau dan memohon rakan-rakan saya yang mengamalkan Reiki turut sama menyalurkan 'energy' jarak jauh kepada beliau....

mudah-mudahan dengan sedikit ilmu dan keizinan yang Allah berikan, beliau dapat kembali pulih seperti sedia kala...

saranan saya, penghantaran energy itu dilakukan pada ketika; 1. kita mengingati beliau..dan terus lakukan long distant atau 2, pada ketika dinihari sebelum kita tidur dan sebaiknya lakukan solat taubat, tahajjud dan hajat dan sedikit zikir sebelum menghantar energy...



mudah-mudahan dengan usaha ini, Puan Rohaya akan kembali sihat dengan izinNya...

wasalam

Tuesday, February 05, 2008

Mengesan Getaran Tenaga dengan tapak tangan...



salam semua....

syukur ke hazrat Allah s.w.t yang telah menjadikan kita ini manusia sesempurna makhluk kejadian...

keajaiban manusia adakah satu bukti kebesaran dan keesaan Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ini... bermula dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, semuanya sangat berguna...

salah satu keistimewaan manusia ialah, kita boleh mengesan getaran tenaga dengan menggunakan kedua tapak tangan kita...

dengan cara merapatkan dua tapak tangan dari ukuran 2 kaki jaraknya.... kita boleh mengesan getaran tenaga yang ingin dikesan.

dari segi sains metafiziknya, manusia mempunyai 7 pusat penerimaan tenaga pada tubuh badan, dan lokasinya ialah di ubun-ubun, antara kening, tekak, dada, perut @ pusat, alat kelamin dan 'dasar @ dubur'...

pusat-pusat penerimaan tenaga ini akan menyerap masuk tenaga cahaya mengikut frekuensi-frekuensi dan getaran-getaran tertentu...

saya nyatakan tenaga tersebut ialah tenaga cahaya dan lebih dikenali umum sebagai 'universal life force energy'...

cahaya pada umumnya mempunyai 7 lapisan yang kita boleh lihat samada menerusi pancaran kepada prizm atau imbasan warna pelangi, namun cahaya melalui priz dan imbasan @ pembalikan oleh pelangi itu adalah 'susunan cahaya yang terbalik' iaitu susunan yang sebenarnya mengikut frekuensi dan getaran dari yang terlalu ialah putih, indigo @ purple, biru, hijau, kuning, oren @ jingga dan merah...

dalam erti kata lain, warna putih adalah warna yang mempunyai getaran paling laju dan ia diserap oleh pusat yang paling atas iaitu ubun-ubun dan seterusnya warna indigo akan diserap oleh pusat antara kening hinggalah warna merah yang berfrekuensi paling rendah dan amat perlahan akan diserap oleh pusat paling bawah...

kesedaran tentang ilmu cahaya dan warna serta getaran-getaran ini telag bermula sejak ribuan tahun yang lampau, ada yang mengatakan ianya bermula seawal zaman mesir lagi di mana telah wujud pusat-pusat rawatan yang menggunakan kaca-kaca berwarna untuk pancaran pada tubuh badan pesakit...

ok... kembali kepada topik yang asal iaitu mengesan getaran tenaga pada tapak tangan...

apabila kita 'sesaja sahaja' cuba untuk mengesan tenaga pada tapak tangan, kita akan hanya dapat mengesan getaran pada sekitar jarak 4 -6 inci sahaja... dan ianya tidak lebih hanyalah kesan elektromagnetik yang wujud pada sekeliling tubuh kita yang lebih dikenali sebagai aura sahaja.

maka untuk mendapatkan kesan getaran yang maksimum, dua perkara adalah dituntut; pertama ialah niat kita dan kedua adalah fokus.

kita amat lumrah bahawa atas segala perbuatan yang kita lakukan, ianya terletak pada niat.. jika tiada sebarang penetapan niat maka perbuatan kita itu hanyalah 'kosong', sia-sia atau tiada makna... cth; solat, puasa, zakat, haji, sedekah, goreng mee, minum air dsbnya...hatta sebenarnya keseluruhan hidup ini yang kita gelar ibadah terus tetap bergantung kepada niat diri kita...

maka untuk mendapat kesan maksimum pada getaran tadi, hendaklah kita 'memasang' niat, contoh... sebaik sebelum kita memulakan penegsanan, kita berniat untuk 'memeriksa @ check' tahap tenaga pada salah satu dari pusat penerimaan tenaga pada tubuh badan.. (cth; saya nak check pusat tenaga ubun-ubun @ crown point saya..)

maka selepas niat itu, kita perlulah fokus dan mula mengerakkan tapak tangan kita dari jarak 2 kaki..rapat dan renggang semula, rapat...dan renggang semula...

apa yang kita akan rasa?... kita akan dapat merasai samada ada 'cucukan halus elektrik statik' atau panas haba, atau seolah kenyalan belon atau medan magnet yang mana kita tidak dapat merapatkan tapak tangan kita itu....

sebaik sahaja tapak tangan kita berjaya mengesan tenaga tersebut dengan 'sensasi' di atas.. maka kita lihat ukurannya... ukuran tenaga pusat yang ok ialah sekitar jarak 1kaki ke 1 kaki setengah.... jika kurang dari satu kaki maka pusat tenaga tersebut mengalami 'blockage' atau gangguan dan sudah pasti gangguan tersebut akan dimanifestasikan kepada kesakitan pada tubuh fizikal (cth; jika ubun-ubun bertenaga kurang, kita akan mengalami stress, sakit kepala dsbnya...)

bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pada 7 point-point atau pusat-pusat penerimaan tenaga kita?...

caranya ada dua; pertama melakukan teknik 'pernafasan dalaman' atau 'deep breathing' (ada dalam posting saya terdahulu) dengan kiraan 4, 2, 7, 2

dan kedua, dengan cara menyalur tenaga yang keluar dari tapak tangan kita ke point-point yang memerlukan dengan melekapkan tapak tangan kita tersebut di situ.

ingat; niat & fokus...selamat mencuba...

jumpa lagi....

wasalam

Friday, February 01, 2008

Kanser.... Ada harapan untuk pulih sepenuhnya...



salam semua....

tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati...

atas dasar di atas.... saya begitu optimis bahawa penyakit kanser boleh diubati dan pesakit mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya...

sebagai pengamal dan pengajar dalam jurusan 'Teknik Penyembuhan Diri @ Self Healing Technique' - Reiki; saya sering 'terdedah' atau bertemu dengan berbagai-bagai jenis 'penyakit' dari yang boleh 'dilihat' sehingga yang 'tidak boleh dilihat dengan mata kasar...

penyakit-penyakit ini ada yang boleh dibuktikan dengan cara saintifik dan tidak kurang juga yang tidak dapat didiagnos dengan segala peralatan canggih makmal dsbnya..

dalam ilmu perubatan sains metafizik yang salah satunya ialah Reiki, penyakit lebih dikenali sebagai satu simptom yang membawa kepada 'kelemahan, kegagalan getaran atom' pada diri seseorang itu...

sebagai salah satu dari 'atom's building block', manusia adalah merupakan kombinasi kompleks tetapi dinamik unsur-unsur atom yang terusan bergetar tanpa hentinya.

kelajuan getaran atom itu bergantung kepada tahap diri seseorang itu dari segi mental, emosional, spiritual dan juga fizikal.

getaran atom yang 'terganggu' akan mengakibatkan simptom-simptom 'sakit' bermula dari elemen mental sehingga mencapai gangguan terhadap elemen fizikal iaitu tubuh badan.

setelah menjalankan kajian yang lebih mendalam, saya bertemu dengan satu kaedah yang ringkas tetapi berkesan dalam menanggani permasalah getaran atom yang terganggu.

atas prinsip; sakit adalah merupakan 'gangguan dalam getaran atom diri', maka untuk mengatasi gangguan ini, seseorang itu perlu mendapatkan pergerakan 'getaran seimbang' atau 'balance of vibration' untuk sihat semula...

contoh 1; seorang yang menghidapi penyakit 'migrain' ; telah berlaku pergerakan atom yang bercelaru di bahagian kepala yang mengakibatkan kestabilan 'sinap' elektrik terganggu lalu mewujudkan medan 'tenaga negatif' akibat getaran songsang atau kelemahan frekuensi atom pada lokasi kepala.

contoh 2; seorang yang menghidapi penyakit 'kanser' ; telah wujud medan 'tenaga negatif' yang berkumpul di kawasan tertentu dalam satu-satu tempoh tertentu tanpa disedari oleh si pengidap hingga saat-saat akhir oleh kerana medan tenaga negatif ini telah bertindak memberi 'signal palsu' kepada otak yang merakam isyarat dan memproses aliran 'sinap' yang rendah kepada lokasi tersebut.

atas prinsip, getaran tenaga tinggi akan menghasilkan pergerakan dan kestabilan atom yang positif, maka apa sahaja penyakit yang dihidapi boleh sembuh dengan cara menyalurkan tenaga berfrekuensi tinggi untuk menyelaras semula pergerakan dan getaran atom pada tubuh seseorang itu...

prinsip-prinsip dan formula ini telah saya muatkan di dalam Light Vibration Theraphy atau Terapi Getaran Cahaya atau LVT yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh semua...

ianya sangat mudah... hanya memerlukan penumpuan dan keyakinan dalam diri untuk menguasainya...

insya Allah, bukan sahaja kanser... apa sahaja penyakit boleh dibantu...kecuali mati...

wasalam

Tuesday, January 15, 2008

Reiki : Teknik Pernafasan



salam semua...

buat sudent-student saya yang telah menerima attunement Reiki Level 1, 2 dan advance suka saya mengimbas kembali beberapa cara untuk 'mengecas' tenaga dalaman diri kita..

ada dua cara;

pertama ialah dengan melakukan teknik pernafasan dalaman yang terbaik
kedua dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan di kawasan kemasukan tenaga pada tubuh badan.

teknik pernafasan yyang pernah saya beri aialah antaranya 4 2 4, 6 4 6, 7 4 7..

suka saya mensyorkan satu lagi teknik iaitu 4 2 7 2 iaitu;

tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 4
tahan nafas tersebut dalam kiraan 2
hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 7
tahan nafas dalam kiraan 2

dan terus sambung pernafasan tersebut...

lakukan pernafasan ini pada pagi hari, sebaiknya selepas subuh dan sebelum pukul 9 pagi...
boleh dilakukan di mana-mana, dalam keadaan duduk bersila, posisi tahyat awal atau duduk di atas bangku....

pastikan jari kita iaitu ibu jari dan jari tangah bersentuhan untuk memastikan pengaliran tenaga lancar ke dalam tubuh.

perlu diingat, apabila melakukan pernafasan ini, sewaktu menyedut... kita hendaklah 'membayangkan' menyedut sifat-sifat atau perkara-perkara yang positif seperti penyabar, pemurah, baik hati dsbnya...

dan sewaktu menghembus, kita menghembus keluar sifat-sifat atau perkara-perkara yang negetif seperti sifat pemarah, kurang sabar, sakit hati, dengki dsbnya...

lakukan pernafsan ini dalam sekurang-kurangnya 5 minit sehari...
dan perhatikan perubahan diri kita dalam masa seminggu...

teknik pernafasan ini juga dikenali sebagai 'deep breathing' dan ianya amat baik untuk mengawal mental, emosional, spiritual dan fizikal kita.

dengan melakukan teknik pernafasan ini, tubuh badan kita terutamanya organ otak, paru-paru dan jantung akan menerima bekalan oksijen yang bersih serta suci dan sekaligus bertindak untuk mengusir keluar segala sisa-sisa carbon dioksida yang boleh mendatangkan penyakit seperti kanser, toksin dsbnya...

untuk teknik kedua; sebaik selepas kita melakukan teknik pernafasan, maka eloklah kita melekapkan dua tapak tangan kita pada ke tujuh-tujuh poin kemasukan tenaga pada tubuh satu persatu... mulakan dari crown poin dan seterusnya hingga ke root atau base poin...

untuk setiap poin, masa melekapkan tapak tangan itu biarlah sekitar 2 hingga 3 minit bergantung kepada keselesaan diri...

dan paling penting ialah niat kita... nat kita ialah untuk kesihatan tubuh badan, memberi caj-caj positif kepada diri dan mengeluarkan caj-caj negetif yang ada...

insya Allah, segala usaha kita akan diberkati dan dirahmatiNya...

nanti sambung lagi...

wasalam

Thursday, September 06, 2007

SURVEY: KURSUS REIKI DI BULAN RAMADHAN...


salam semua...

saya bercadang untuk mengadakan kursus Reiki di bulan Ramadhan akan datang...
saya ingin membuat sedikit survey untuk mengetahui 'kesanggupan' anda menghadiri kursus ini pada bulan Ramadhan...

tentatif kursus akan diadakan pada hari Sabtu dari pukul 10.00pagi hingga 2 petang.
tentatif lokasi ialah di pusat bandar puchong..

yang berminat boleh memberi tarikh cadangan melalui;

1. menalifon ke 03-5882 4407
2. sms ke 016-206 7469
3. mail ke sifumirza@sca-insan.com

kursus yang saya akan anjurkan ialah kursus 'pakej level 1 - 3'
yuran kursus tersebut ialah RM300.00
peserta akan disediakan nota serta sijil Reiki

kursus meliputi syarahan, teori, praktikal dan di adakan secara metod 'bengkel' (workshop style)...

wasalam

Tuesday, July 24, 2007

KURSUS REIKI DALAM BULAN OGOS : 11hb Ogos 2007

salam semua....

atas permintaan ramai yang meminati untuk mempelajari Reiki.

saya akan menganjur satu lagi kursus pada bulan Ogos 2007 ini.

Kursus ini ialah Kursus Reiki Advance Level;
Kurus Reiki Advance Level ini ialah merangkumi Level 1, 2 & 3 sekaligus.

Jangan risau tentang 'boleh ke tak boleh' 3 level sekaligus ni....?

Jawapannya boleh.... kerana kelas saya merangkumi teori & praktikal dan ada sesi soaljawab dan 'very hands-on'....

Tentatif lokasinya ialah di Damansara Biz Centre, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
Tarikhnya ialah pada Sabtu, 11hb Ogos 2007.
Waktunya ialah pukul 9.30pagi hingga 2petang
Yurannya ialah RM350.00 seorang (harga selepas diskaun)**
Nota & Sijil akan disediakan.

boleh buat tempahan dengan menalifon atau sms ke talian 016-206 7469 atau email ke sifumirza@sca-insan.com

jumpa di sana...

wasalam

**yuran sebenar bagi setiap level (1, 2 & 3) ialah RM150.00.
**yuran ini berbeza dengan yuran Reiki Master lain.

REIKI : Teknik Penyembuhan Mudah & Praktikal

salam buat semua....

ramai di kalangan pemanggil yang yang menalifon atau sms saya, ingin tahu lebih lanjut lagi tentang REIKI dan menafaatnya...

suka saya kongsi sedikit tentang ilmu REIKI ini....

dalam REIKI ianya terbahagi kepada 4 tingkatan;

tingkatan pertama iaitu Level 1;

kita akan didedahkan kepada 7 lapisan warna-warna diri, 7 poin-poin kemasukan tenaga alam semulajadi atau cahaya, 4 warna asas manusia, 7 lapis situasi manusia & 7 keupayaan manusia.

pelajar akan diijazahkan (attunement) oleh Reiki Master Teacher melalui teknik mudah dan akan mengalami beberapa perubahan; Perubahan yang paling ketara ialah, para pelajar akan dapat mengesan 'medan tenaga' yang wujud di antara dua tapak tangan masing-masing.

pelajar juga sudah boleh menyalurkan tenaga kepada para penerima melalui tapak ke dua-dua belah tangan.

teknik penyaluran tenaga ini amatlah mudah, iaitu dengan hanya meletakkan tangan di kawasan yang sakit dan mulakan dengan niat untuk menyalur tenaga positif kepada penerima.

pelajar akan mula merasakan medan tenaga di sekeliling dan sekitar tapak tangan dan rasanya sedikit panas@haba.

tingkatan kedua ataupun Level 2;

ianya lebih kurang seperti level 1 cuma, pelajar akan menerima satu lagi attunement untuk Level 2 yang merupakan 'enhancement' atau peningkatan kepada penerimaan tenaga alam semulajadi.

di level ini, para pelajar akan dapat mengesan 'medan tenaga' dengan lebih efektif & efisyen lagi.

para pelajar tidak perlu menekap tapak tangan di tempat sakit; memadai menjarakkan tapak tangan sejauh 6 inci dari tempat sakit si penerima tenaga itu.

tingkatan ketiga ataupun Level 3 - Advance;

di tingkatan ini, para pelajar juga akan di attune untuk peningkatan penerimaan tenaga alam semulajadi dan pengesanan medan tenaga di antara tapak tangan menjadi semakin efektif.

di level ini, para pelajar boleh melakukan 'scan' iaitu mengesan kawasan sakit di tubuh badan orang lain.

di level ini juga para pelajar boleh menghantar tenaga dari jarak jauh @ long distance healing.

di level 3 ini, para pelajar boleh mula membuka pusat-pusat penyembuhan atau klinik-klinik Reiki dan boleh mula menerima para pesakit-pesakit.

pelajar level 3 ini sebenarnya sudah berada satu langkah lagi untuk menerima 'Mastership' iaitu Reiki Master.

saya selalunya akan memantau perkembangan para pelajar sebelum mereka benar-benar bersedia untuk menerima Mastership.

tingkatan ke empat atau Mastership Level @ Reiki Master;

di tingkatan ini, para pelajar akan menerima attunement untuk Master & juga diberi senaskah manual Reiki.

para Reiki Master akan diajar teknik memberi attunement kepada pelajar lain.

seterusnya ialah 'praktis, praktis & terus praktis....'...
mat saleh kata "Practices make perfect"....
begitulah mana-mana ilmu yang kita pelajari.... praktis atau amalan akan membawa kepada kesempurnaan..

insya Allah dalam masa secepat 1 tahun, para Reiki Master boleh mencapai tahap 'SIFU' dan boleh terus belajar @ enhance, mengajar @ share dan membantu para pesakit yang memerlukan dengan baik sekali.

akhirkata;

suka saya ulangi; Reiki yang saya amalkan dan ajari ini tiada membawa sebarang 'mantra' atau yang serupa dengannya untuk diamalkan...

Reiki yang saya bawa ini ialah Reiki Original dari Dr. Usui.

dan saya adalah generasi ke 9 dari salasilah keluarga Reiki dari Dr. Usui.

saranan saya, pelajarilah ilmu Reiki ini kerana ianya mudah, praktikal & efisyen.

wasalam

Monday, July 23, 2007

Kelas Reiki Advance Level; 28hb Julai, Sabtu ini di Pusat Bandar Damansara...

salam buat semua...

kelas Reiki Advance Level, 28hb Julai, Sabtu ini akan diadakan di Pusat Bandar Damansara...

alamatnya adalah seperti berikut;

DAMANSARA BUSINESS CENTRE
Level 2, Block A (North),
Pusat Bandar Damansara
50490 Kuala Lumpur
(TALIAN UTK PANDUAN ARAH 03-2087 0200)

petanya adalah berikut;



bangunan yang boleh nampak dari tepi jalan;



blok yang ada Mc Donald...



jumpa di sana...

wasalam

Monday, July 16, 2007

PERHATIAN: KURSUS REIKI ADVANCE LEVEL DI TUNDA KE 28 JULAI 2007

salam semua...

Perhatian kepada semua yang dah mendaftar untuk kursus Reiki Advance Level pada 21 Julai ini...

Kursus tersebut di tunda ke tarikh baru iaitu 28 Julai 2007.

Penundaan ini adalah desebabkan saya terlibat dalam satu program ARP di luar kawasan.

Harap Maklum

Maaf & Terima Kasih

Wasalam

Friday, July 06, 2007

KURSUS REIKI 'ADVANCE LEVEL' 21 JULY 2007


salam buat semua....

insya Allah saya akan menganjurkan Kursus Reiki 'Advance Level' pada 21 July 2007 ini..

lokasinya ialah di No. 34-2C, Jalan Bandar Tujuh, Pusat Bandar Puchong, Selangor...berhampiran Tesco, Puchong...

kursus ini adalah gabungan Level 1, 2 dan 3 sekaligus....
yuran kursus ialah RM350.00 sahaja....
kursus akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada pukul 3 petang..

yang berminat bolehlah menelefon saya atau sms ke talian 016-206 7469 atau mailkan ke sifumirza@sca-insan.com

tempat adalah terhad; tempahan awal adalah digalakkan....

mengapa advance level?... tidak level 1?...

kerana masa amatlah terhad untuk saya menetapkan kursus reiki ini... dan saya alhamdulillah dapat meng'slot'kan tarikh ini untuk anda semua...

jangan risau tentang keberkesanannya kerana, dalam kursus tersebut ianya mengandungi teori & practical serta teknik 'hands-on'....

insya allah anda yang hadir akan mendapat menafaat dan dapat menggunakan ilmu Reiki tersebut untuk kegunaan sendiri, keluarga dan sesiapa sahaja...

wasalam

Thursday, June 07, 2007

Reiki : Antara Realiti, Fantasi dan Mistik....

salam sejahtara buat semua.....

ramai di kalangan anda yang mungkin tahu perihal Reiki....
ramai juga yang pernah dengar dan ramai juga yang tak pernah dengar...

Reiki adalah satu kaedah atau teknik penyembuhan menggunakan tenaga dalaman diri.
atau secara ringkasnya 'self healing technique' through internal force....

Reiki = Rei adalah 'Universal Life Force' dan Ki adalah 'Energy'

kita manusia yang hidup ini mempunyai 'Tenaga Dalaman' yang kuat dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara...dan yang pasti ianya adalah bertujuan untuk memastikan tubuh atau diri seseorang itu terus memberi tindakbalas kepada setiap perkara meliputi 4 elemen-elemen diri iaitu; Mental, Emosional, Spritual dan Fizikal.

tenaga dalaman yang ada pada diri ini di 'charge' atau menerima penambahan aliran tenaga dari tenaga alam semulajadi.... atau Universal Life Force...

universal life force boleh dirujuk kepada tenaga-tenaga luaran yang wujud seperti tenaga cahaya matahari atau lebih tepatnya cahaya atau pun 'NUR'....

tenaga matahari atau NUR tadi adalah bersifat lutsinar dan ianya 'menerobos' kedalam diri manusia melalui 7 poin penerimaan yang ada pada diri kita....

poin-poin tesebut terletak di ubun-ubun, antara kening, leher, dada, perut, kemaluan dan dubur...

dan poin-poin tersebut mempunyai keupayaan penerimaan mengikut kadar-kadar tertentu atau frekuensi-frekuensi tertentu...

poin yang paling tinggi kadar penerimaan tenaga ialah ubun-ubun atau lebih dikenali sebagai crown poin.... dan cahaya atau Nur yang akan masuk ke situ juga adalah Nur yang mempunyai frekuansi yang paling tinggi iaitu Nur berwarna putih atau silver atau emas....

seterusnya purple, biru, hijau, kuning, oren dan yang paling bawah atau frekuensi yang paling rendha ialah warna merah...

kita boleh melihat warna-warna Nur tersebut melalui percikan air di udara (sama seperti kita membuat pelangi tiruan).... dan perlu diingat warna pelangi itu ialah refleksi turutan warna yang sebenar....maksud saya, pelangi itu adalah 'terbalik' atau pembalikan kepada susunan warna sebenar.... di mana turutan warna Nur yang sebanar ialah bermula dengan putih di atas dan seteursnya purple hinggalah merah di bawah...(sama seperti turutan warna diri manusia...) tetapi oleh kerana pelangi ialah pembalikan warna Nur tadi maka ia akan meletakkan merah di atas dan seterusnya putih di bawah....

ini baru bab menggenal warna..... dan apa kaitannya dengan Reiki?....

para pengamal Reiki, berupaya dengan izin Allah menyalurkan tenaga Nur tadi melalui 2 tapak tangan...malah mereka berupaya 'memindahkan' tenaga yang lemah atau lebih dikenali sebagai negetif vibration keluar dari tubuh manusia....

apa kaedahnya?.... contoh...seseorang itu mengalami 'migrain'.... dan simptom migraine itu dikenali sebegai 'negetif vibration ' atau 'tenaga lemah' yang wujud di dalam diri oleh kerana beberapa faktor.... dan dengan meletakkan tapak tangan di lokasi migrain itu...(tenaga akan mengalir dari tapak tangan masuk menuju ke destinasi tenaga lemah itu dan memberikan 'charging' yang diperlukan....' secara otomatiknya tenaga lemah tadi akan keluar atau hilang dari lokasi tersebut....

kaedahnya memang mudah....tetapi 'praktis' will make u perfect!...

saya selalu berjumpa dengan master-master reiki yang masih belum berupaya menyalurkan energi dengan baik.... ini berlaku 'mungkin' kerana faktor keyakinan, kurang mahir, kurang sensitif atau kurang praktis.....

dan paling sedih..mereka-mereka mereka ini mencipta satu ajaran reiki yang baru dan diberi nama lain.... dan mereka mula memasukkan 'teori-teori' sendiri yang kesudahannya 'memeningkan' anak-anak buah...

ok setakat ini...

nanti saya sambung lagi......

berminat utk belajar Reiki?....

saya akan mulakan kelas Reiki dalam masa yang terdekat.... sila alert dengan memasuki blog saya untuk mengetahui tarikhnya....

kos?... hanya RM150 untuk Reiki Level 1.....

jumpa lagi..wasalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails