Wednesday, March 31, 2010

Yahudi : Musuh Islam Yang Nyata...

salam semua...

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 120;

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

firman Allah s.w.t di atas cukup ringkas dan mudah difahami oleh semua umat Islam tidak kira dia sekolah sampai universiti atau setakat sekolah rendah sahaja.

janganlah kita memperkecilkan kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui keupayaan diri setiap hambaNya yang diturunkan Al-Quran sebagai pedoman untuk hidup sejahtera serta selamat di dunia dan akhirat....kerana ada di antara umat Islam yang 'takut' untuk membaca malah membuka Al-Quran untuk dijadikan pedoman diri mereka.

permulaan ayat telah terang lagi nyata tentang sifat serta sikap orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) yang tidak akan duduk senang serta tidak suka selagimana umat Islam tidak menurut segala perintah dan kemahuan mereka keseluruhannya (agama Yahudi & Nasrani).

maka pelbagai cara serta teknik yang mereka rancang untuk memastikan umat Islam tunduk serta patuh kepada mereka samada secara halus (tanpa kita sedari) atau secara terang-terangan...contoh mudah; segala ketinggian ekonomi dan teknologi dimiliki oleh mereka, segala bentuk hiburan dan kelalaian diperkenalkan oleh mereka untuk kita ikuti.

di pengakhiran ayat Allah menjelaskan keadaan umat Islam sekiranya tunduk kepada Yahudi dan Nasrani ini, di mana tiadalah kita dapat peroleh kawalan serta pertolongan dari Allah akibat dari kemahuan diri kita sendiri kerana Rasulullah telah memberi pesan kepada umatnya di padanag arafah di dalam khutbah wida' tentang 2 perkara yang wajib umat islam berpegang sekirannya mahu selamat iaitu; Al-Quran & Sunnah Baginda.

kini, hari ini, saat ini, detik ini, kita menyaksikan betapa Yahudi & Nasrani benar-benar telah menguasai dunia dalam semua segi... umat Islam tertindas di atas kebodohan sendiri serta kelalaian yang melampau batas.... umat islam menjadi individu yang mementingkan diri sendiri dan bukannya ummah keseluruhannya...umat islam sanggup 'membunuh' saudaranya yang lain demi sesuap nasi...

tiada apa yang boleh kita banggakan sebagai umat Islam ketika ini.
jika ada kebanggaan pun, ianya menjurus kepada kehebatan diri dengan deretan kereta mewah, deretan rumah-rumah banglo berjuta ringgit, jutaan wang di dalam bank-bank luar negeri yang dimiliki oleh yahudi dan nasrani, harta benda yang meliputi segala-gala yang boleh memuaskan nafsu diri...


moshe dayan - komander perang & menteri pertahanan Israel berbangsa Yahudi yang berjaya menubuhkan negara laknat Israel selepas perang 1967 dengan Mesir. Mesir akhirnya tunduk patuh kepada kehendak mereka. moshe dayan ini juga adalah seorang yang licik sebagaimana kata Ariel Sharon (perdana menteri negara laknat Israel); kata Ariel, "moshe boleh beri 100 cadangan dengan pantas, di mana 95 darinya sangat merbahaya, 3 teruk dan 2 darinya adalah cadangan yang sangat bijak.



foto di atas menunjukkan tentera Israel mengikat seorang budak lelaki palestine untuk dijadikan perisai dari balingan batu-batu dari rakan-rakannya...
tiada apa yang negara Islam lain boleh bantu pada hakikatnya...
negara-negara Islam Arab yang bersempadan dengan Israel & Palestin tidak boleh berbuat apa-apa KECUALI Negara Islam Iran yang telah bersedia dengan peluru berpandu nuklearnya menghala ke Tel Aviv dan Washington D.C.

semua negara di dalam dunia ini sedar (termasuk Malaysia) bahawa Negara Islam Iran sedang giat memperkayakan uraniumnya; alasan yang Iran beri ialah untuk mempersiapkan negara mereka dengan tenaga alternatif sekiranya minyak habis dari perut bumi.

negara barat takut kerana dengan uranium tersebut, Negara Islam Iran boleh memperkayakannya juga dalam mempertingkatkan keupayaan ketenteraan dari sudut nuklear.

bulan lepas, negara Jepun mengisytiharkan bahawa mereka akan membina 15 lagi loji nuklear untuk menampung permintaan tenaga untuk 20 tahun kehadapan....mengapa tiada satu negara yang 'bising' termasuk malaysia?

malaysia juga lantang menentang pengkayaan serta pembinaan loji nuklear oleh Negara Islam Iran.
adakah kita sedar bahawa negara-negara yang berpaksikan Negara Laknat Israel semuanya telah mempunyai senjata peperangan nuklear?
sedarkah malaysia bahawa kemampuan dan keupayaan ketenteraan negara jiran Singapura telah dipertingkatkan dengan bantuan ketenteraan Negara Laknat Israel?

adakah kita masih mahu menggunakan peluru lama yang juga dibekalkan oleh negara-negara barat?
adakah ketenteraan kita bersih dari 'darah serta daging rasuah' untuk berperang mempertahankan tanahair hanya kerana Allah Taala?

Allah berfirman lagi di dalam surah Al-Imran ayat ke 28;

28. janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.


permulaan ayat itu adalah perintah dari Allah s.w.t kepada ummat Islam agar tidak mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat.
Allah juga memerintah agar umat Islam tidak menganti teman rapat mereka dari kalangan orang-orang yang beriman dengan orang-orang kafir.

contoh mudah; kita dengan sukanya mengambil puak Yahudi & Nasrani menjadi penasihat ekonomi ker, politik ker, ketenteraan ker, pertanian ker, kempen negara ker;... dan dalam masa yang sama kita mengutuk negara Islam lain (yang juga mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kita) yang sedang mempersiapkan negara mereka (dengan senjata nuklear) yang juga boleh mempertahankan negara Islam yang lain dari diserang oleh senjata nuklear pihak kafir.

bolehlah diibaratkan umat islam sebegini, sebelah tangan berjabat dengan si kafir, dan sebelah tangan lagi berlumuran darah saudara Islamnya sendiri.

permulaan ayat itu juga Allah menyatakan; sekiranya kita (orang Islam) berkawan baik dengan orang kafir (yakni melanggar larangan dari Allah ini), maka tiadalah perlindungan buat mereka...

kecuali...

untuk tujuan 'risikan' atau langkah waspada kerana dikhuatiri orang kafir ini akan melakukan sesuatu terhadap orang Islam kerana kelemahan umat Islam itu sendiri.
Allah mengingatkan para hambanya dari golongan Islam agar berwaspada dengan sejarah betapa orang-orang kafir ini memang begitu bersifat membenci sehingga tahap boleh menyeksa umat Islam (lihatlah apa yang dialami oleh orang palestine, afganistan, iraq, sudan yang ditindas serta disiksa kerana kebodohan kerajaan mereka yang bersahabat dengan orang kafir.)



orang Yahudi Ortodok yang menentang hasrat kerajaan mereka yang merampas serta berlaku zalim kepada orang palestine. hanya sedikit sahaja dari jutaan orang Yahudi yang beriman. mereka percaya kepada Rasulullah tetapi terus beriman kepada kitab Taurat. dan ada di antara mereka yang akhirnya memeluk Islam.


di dalam surah An-Nisa' ayat ke 46, Allah s.w.t berfirman;

46. di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata Dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu Yang buruk", serta (Mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka Yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah Yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka Dengan sebab kekufuran mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).


dalam ayat ini Allah memperlihatkan sifat-sifat orang Yahudi lagi, antaranya ialah berani mengubah apa yang ada di dalam kitab-kitab mereka (orang yahudi menerima banyak suhuf-suhuf, kitab taurat serta zabur kerana bangsa mereka paling ramai Allah utuskan nabi & rasul).... dan ada di antara nabi yang mereka bunuh.

lihat bagaimana sifat orang Yahudi yang 'lain cakap lain niat/buat', mereka cuba menipu Rasulullah dengan mengatakan mereka dengar apa yang Rasulullah tetapi mereka tidak akan menurut....malah lebih dahsyat lagi mereka cuba merayu dengan helah tipu daya agar Rasulullah mendengar apa yang mereka mahu katakan, dan apa yang mereka katakna itu rupanya hanyalah dari 'belitan lidah yang tidak bertulang' dengan memutarbelitkan perkataan dengan niat mahu menghina Islam.

cubalah kita fikirkan, Rasulullah sendiri mahu dipermainkan oleh orang Yahudi ini, inikan pula kita ummatnya...
sebab itu untuk menjaga kita umat Islam, umat Rasulullah, Allah telah memerintahkan agar kita tidak memilih mereka sebagai teman rapat (jika dibuat teman pun, hanyalah bagi tujuan risikan dan langkah berjaga-jaga dan bukannya berteman dengan mereka untuk meminta nasihat dsbnya)....kerana apa? mudah sahaja, kerana mereka tidak beriman...

Allah juga nyatakan, hanya sedikit sangat dari kalangan orang Yahudi ini yang beriman, di mana yang lainnya adalah kufur dan mendapat balasan laknat dari Allah.

satu ketika dahulu saya ada juga mendengar menerusi radio atau televisyen bilamana pembaca berita menyebut negara israel, mereka menyebut 'negara regim zionis israel'.... tapi sekarang ini agak kurang atau hampir pupus sebutan tersebut...

tidak mengapa, kita faham.... Rasulullah pun pesan, akhir zaman nanti umat islam itu ada yang pagi islam petang kafir, pagi kafir petang islam... adakah kita boleh berbangga dengan kenyataan ini?


tentera Israel 'peduli apa' dengan nyawa orang palestine... tahu kenapa? kerana mereka menganggap mereka adalah keturunan Tuhan dan manusia semua ialah dari keturunan binatang yang melata... mereka suci dan kita semua hina serta tidak layak untuk hidup di dunia ini...

secara fizikalnya orang yahudi mendera orang islam palestine, mereka menawan negara palestine sedikit demi sedikit dalam keadaan semua negara Islam tidur nyenyak atau sedang berjaga... kerana meraka tahu, orang islam sangat lemah, dan mereka tahu tiada lagi Salahudin Al-Ayubi akan bangkit menyerang mereka.

secara halusnya, orang yahudi sudahpun menguasai orang islam di negara-negara yang jauh dari mereka... apa yang mereka buat? hiburan serta kealpaan, seks dan teknologi... buka sahaja tv, hampir semua rancangan di sadur dari hasil kreatif orang yahudi... rupanya sahaja melayu, tapi hakikatnya ruh mereka sudah tunduk kepada model atau contoh yang yahudi cipta.... contoh mudah; malaysian idol dan yang sebangsa dengannya... 


ini adalah 'Solomon Temple' yang akan didirikan ditapak masjidil Aqsa dan kubah Batu di Baitul Muqaddis... lihat bagaimana mereka begitu bersemangat untuk membina tempat suci mereka dan kita tahu, orang yahudi sudahpun menguasai keliling Baitul Muqqadis...kita juga perlu tahu, mereka sudahpun mengorek bahagian bawah Masjidil Aqsa dan persekitarannya...


'Solomon Temple' orang Yahudi.... memanglah orang Yahudi ini sesat lagi menyesatkan.. Solomon yang dimaksudkan itu ialah Nabi Allah Sulaiman... memang tapak Masjidil Aqsa itu adalah tapak Masjid Nabi Sulaiman....namun oleh kerana kelemahan umat Islam dalam pengetahuan agamanya sendiri, maka kita teruslah diperbodoh-bodohkan oleh orang kafir...

maka dengan terbinanya nanti 'Solomon Temple' ini, maka orang Yahudi akan terus meletakkan mereka sebagai bangsa paling 'Superior'... dan paling malang, kita umat Islam akan kehilangan Masjidil Aqsa, tempat suci ketiga bagi umat islam dalam masa kita tidur lena dengan harta, pangkat dan wanita....

lebih malang lagi....kita sebenarnya 'bersubahat' dalam pembinaan yang mereka lakukan...kerana kita lalai leka serta alpa dengan keasyikan dunia.... inilah hakikatnya.


lihat bagaimana liciknya orang Yahudi memperdaya seluruh dunia sehingga mereka memperoleh hampir 90% negara Palestine...

akhir sekali, saya suka membawa firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 52 & 53;

52. (kaum Yahudi Yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa Yang dilaknat oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun Yang boleh menolongnya.

53. Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.


ayat 52 amat jelas akan kelaknatan yang Allah timpakan kepada kaum Yahudi.
ayat 53 pula, Allah s.w.t dengan jelas menekankan bahawa orang Yahudi sememangnya tidak layak untuk memerintah atau diberi kuasa untuk memerintah atau diberi tugasan untuk melakukan sesuatu di dalam kerajaan kerana?...... kerana mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia...

adakah kita jelas dengan firman Allah ini? atau kita sememangnya tidak mahu menerima atau berpaling dari kebenaran yang hakiki....atau kita sudah sebenarnya 'tidur sekatil' dengan yahudi, menerimapakai cara yahudi, berhibur cara yahudi, makan cara yahudi, berniaga cara yahudi dan seterusnya....



di mana kita sekarang?

persimpangan yang keberapa?
atau masih lagi teragak-agak dalam mengimani ayat-ayat Allah?......

terus-terang, saya mengambil sedikit masa untuk menulis posting ini.... masa yang agak lama tersebut adalah kerana memerhatikan, memikirkan, mendalami keadaan sekeliling, maksud saya dalam dan luar negeri...

di dalam negeri, kita terus bercakaran untuk memerintah... hasad menghasad, dengki mendengki, terus menggunakan kezaliman dan hukuman british tanpa ada langkah untuk menerappakai hukum yang seiring dengan keadilan yang dibawa oleh Islam...waktu perbahasan di parlimen atau dewan negeri banyak dibazirkan dengan perdebatan yang rendah akhlak dan bukannya untuk membangunkan negara serta meningkatkan syiar agama...

begitu banyak masa terbazir kerana sikap riak, sombong serta takbur...ditambah dengan kehalobaan diri untuk memuaskan nafsu-nafsi atas harta, tahta, kuasa serta wanita...

percayalah, jika kita terusan sebegini... kita sudah berada di tepi jurang yang sangat dalam...

wasalam

Thursday, March 25, 2010

Miskin @ Kedana Cinta...



salam semua....

kesinambungan dari 'status update' saya di fb berkenaan dengan miskin cinta.

apa itu cinta? cinta ialah satu rasa yang diperolehi hasil dari kesukaan, keseronokan hati & diri terhadap sesuatu perkara, ada ataupun tiada.
cinta tidak boleh dibuat-buat tetapi cinta boleh disemai dengan cara berusaha mendidik hati agar menyukai sesuatu itu.
didikan ke atas hati ini ada syaratnya, iaitu kita perlu melapangkan dada serta berfikiran terbuka serta memberi peluang untuk cinta itu hadir dengan izin Allah.

contoh;
ada pasangan yang berkahwin atas saranan keluarga, maka mereka ini membina cinta selepas berkahwin.
ada pasangan yang tidak mahu anak, tetapi dikurniakan oleh Allah, maka mereka ini belajar untuk mencintai zuriat mereka.
ada pasangan yang saling benci membenci sebelum kenal, namun atas izin Allah, mereka mula menyukai dan berkahwin seterusnya menyemai cinta.
ada yang tak tahu bagaimana mahu mencintai Allah, maka Allah utuskan Rasulullah & para Nabi untuk menunjuk cara bagaimana untuk mencintai Allah.

setiap perkara yang Allah jadikan berpasang pasangan; jika ada cinta, maka adalah bencinya.
setelah ada cinta, ada pasanganya juga...cinta kerana Allah atau cinta kerana nafsu @ syaitan.

cinta yang kekal abadi ialah cinta kerana Allah
cinta yang bermusim dan pening kepala ialah cinta kerana nafsu @ syaitan
dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.

terdapat satu kisah di mana Rasulullah menunjukkan kepada para sahabat akan seorang yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga.
setelah diselidiki, para sahabat mendapat tahu bahawa orang itu tabiatnya ialah pada setiap malam sebelum tidur, dia akan memikir & berusaha untuk mempertingkatkan rasa cintanya terhadap Allah; dia akan memikir dan berusaha untuk memaafkan setiap orang islam & kafir; dia akan memikir & berusaha untuk meningkatkan rasa sayangnya kepada semua orang.

nah.... soalan? adakah kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kasih sayang kita kepada Allah setiap masa? jika ada terfikir, bagaimana caranya?..... ramai yang mampu dan bijak berkata-kata namun tidak dapat memberikan jalan dan tunjukcara bagaimana untuk kita tingkatkan rasa cinta & kasih kepada Allah.

mensyukuri nikmat yang Allah beri adalah satu caranya
'samiaqna wa atoqna' (dengar & taat akan perintah Allah) juga salah satu caranya
melakukan taubat setiap detik dan masa adalah salah satu caranya
mempertingkatkan ibadah dengan bersungguh-sungguh adalah satu caranya
berbaik sangka kepada setiap makhluk Allah adalah satu caranya
menunjuk contoh yang baik kepada orang lain adalah satu caranya
berpesan-pesan akan kebenaran & kesabaran adalah satu caranya

malah kita ada berjuta-juta cara untuk meningkatkan cinta kita kepada Allah kerana ilmu Allah itu tiada batasnya dan ianya banyak pada yang tersirat dari yang tersurat yakni banyak yang memerlukan kita berfikir & bertindak dari banyak membaca.

kita jangan mementingkan diri sendiri dengan berfikir bahawa hanya kita sahaja yang berhak mendapat cinta Allah.
kita perlu ingat, ada ramai diluar sana yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan cinta mereka kepada Allah.
buka mata seluas-luasnya dan perhatikan betapa seluruh alam semesta bertasbih memuji-muji Allah setiapa detik dan setiap masa.
amat menyedihkan bagi kita manusia yang Allah jadikan sangat sempurna tetapi amat kurang sekali memuji-muji Allah berbanding pokok-pokok kayu dan haiwan-haiwan.

jangan kita beri alasan bahawa pokok itu tidak bekerja atau sibuk seperti kita kerana tidak seperti mereka, kita manusia diberi Allah akan segumpak daging yang bernama hati.

hati seorang insan (bukan manusia) akan sentiasa berzikir memuji-muji Allah setiap masa.

sudah lumrah sifat manusia yang mahukan balasan atas setiap yang diusahakan.
tetapi manusia yang beragama islam sangat menyedihkan, balasan-balasan yang diharapkan itu tidak setimpal dengan perlakuan atau usaha yang dilakukan.

contoh; masakan kita bersawah 1 relong tetapi kita mahukan balasan 3 relong...

kita mahu dicintai tetapi kita kedekut dan bakhil untuk memberi cinta kita.
kita mahu Allah mencintai kita, tetapi kita lansung tidak mencintai Allah.

kita tahu Allah memiliki semua benda termasuk diri kita, tetapi kita lupa Allah juga memiliki orang yang kita benci di atas dunia ini.
Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sejahat-jahat manusia yang melaukan kerosakan demi kerosakan, menipu, mencuri, merompak dsbnya tetap mendapat rezeki yang di janjikan.

janganlah kita pergi jeles dengan perompak itu atas alasan, dahlah jahat, kaya pulak tu...
memang dia jahat, dia akan dihisab dan menerima balasan atas apa yang dia kerjakan. itu janji Allah.
tetapi tidakkah kita mahu melihat bahawa ada ciri-ciri yang kita boleh belajar dari para perompak & penyamun ini.

ciri-ciri itu kita hanya perlu positifkan sahaja.

contoh;

seorang penyamun dan perompak mestilah cekap, peka, bersungguh-sungguh, merancang dengan baik, menepati masa, sabar dan tenang.
bayangkan perompak yang tidak cekap, tidka peka, tidak bersungguh-sungguh atau malas, tak pandai merancang, tak ikut masa atau berlengah dan mengelabah; maka mereka tidak akan kaya raya.

perlu diingat, perompak ini termasuk jugak perompak professional yang merompak disiang hari, iaitu merompak wang rakyat, rasuah, menipu perniagaan dsbnya.

janganlah kita yang mengaku kuat sembahyang, kuat puasa, keluar zakat, pergi haji, berzikir siang malam rasa sedih pulak bila tengok rezki takat camtu ajer...
cuba check balik, adakah kita seorang yang cekap, peka, bersungguh-sungguh, sabar & tenang serta menepati masa dalam setiap ibadah kita?

berbalik kepada isu cinta...

lihat balik diri kita, di mana kita berada dan bagaimana kita mengurus cinta kita?

sebab itulah berkali-kali dalam program latihan yang saya dan rakan conduct; kami menekankan akan punca segala permasalah di dunia ini ialah hasil dari kurang kasih sayang....kurang kecintaan atau tiada cinta lansung.

adakah kita cinta kerjaya kita?
atau kita membenci kerjaya kita?

sedangkan kita saban masa solat berikrar bahawa solat, ibadah @ wanusiki, hidup & mati kita semata-mata hanya kerana Allah.

mengapa kita 'melanggar' ikrar kita?
sangat menakutkan apabila ikrar itu kita lafazkan di hadapan Allah.

maka sebab itulah kita sentiasa rasa bahang, panas dan tidak selesa ketika beribadah kerana kita telah 'melanggar' janji-janii serta ikrar kita dengan Allah...

adakah kita cintakan Allah sedangkan kita tidak ikut ikrar kita?
adkah kita cintakan diri kita sedangkan kita lakukan ibadah kita bukan kerana Allah?

sebab itulah pening memanjang....

moga mendapat iktibar & ilmu...
wasalam

Monday, March 15, 2010

Tahniah Datuk Lee Chong Wei...

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menjuarai gelaran juara All England.

Datuk Lee Chong Wei yang telah agak lama berada dalam ranking no. 1 dunia akhirnya dapat mengapai kejuaraan dunia yang berprestij setelah gagal menjuarai kejohanan olimpik tempohari.

Tahniah sekali lagi....


seorang juara dibentuk oleh seorang jurulatih yang pernah bergelar juara, Datuk Misbun Sidek.


saya memahami mengapa Datuk Lee bertegas mahu terus berguru dengan Datuk Misbun... antaranya, Datuk Lee ada menyebut, jika latihan bermula pukul 6.30pagi, Datuk Misbun akan berada digelanggang 10 minit sebelum latihan bermula.

Saya juga tidak lupa bagaimana kesungguhan Datuk Misbun satu ketika dahulu, yang ber'joging' waktu tengah malam dan tengahari....

Murid akan adaptasi cara guru...
Jujur seorang guru, maka jujurlah muridnya...
Bersungguh seorang guru, maka bersungguhlah muridnya..

Tuesday, March 02, 2010

Muhammad Rasulullah Khataman Anbiya


salam sejahtera buat semua...

alhamdulillah, jumaat lepas umat islam seluruh dunia dalam apa cara sekalipun, bersama-sama memperingati Rasul Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah.

kehadiran Rasulullah ke dunia ini penuh dengan rahmat dan kasih sayang buat semua makhluk terutamanya manusia.
tidak dapat dinafikan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Rasulullah sangatlah hebat dan tidak ada manusia yang sehebat Baginda di dunia ini.
kehebatan Baginda banyak dinukilkan oleh para sarjana-sarjana ilmuan timur dan barat.
kisah Baginda banyak diulang khabar ceritakan sehingga ada yang difilemkan.
perbandingan kehebatan Baginda antaranya telah diterjemahkan di dalam sebuah buku penyelidikan oleh Prof. Dr. Micheal Hart iaitu 100 Great People.

Siapakah Rasulullah pada kita?


Nikmat Islam, Nikmat Iman dan Nikmat Ihsan yang kita perolehi, kecapi dan rasai ketika ini ialah hasil dari kehadiran Rasulullah yang meliputi dakwah, tarbiyah, kepimpinan, ketokohan dan cara hidup Baginda yang menjadi contoh kehebatan utusan Allah.

di dalam surah Al-Anbiya, Allah berfirman;

107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

kita mengenali Rasulullah sejak kecil tatkala kita mula kenal kalimah syahadah.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita mula kenal solawat.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita mula kenal lagu 25 Rasul.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita diceritakan oleh mak ayah, tok nenek, acik dsbnya tentang Baginda.

kita tahu kita bertuah menjadi ummat Rasulullah kerana kita tahu Baginda pemberi syafaat di akhirat kelak.
kita tahu kita bertuah menjadi ummat Rasulullah kerana kita tahu Baginda kekasih Allah.

kita juga tahu bahawa kita tidak akan sesat jika kita ikut Al-Quran dan Sunnah Baginda.

Sunnah Rasulullah S.A.W

di dalam surah Al-Ahzab ayat ke 21;

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Sunnah bukanlah hadis
Sunnah adalah sahsiah diri peribadi Rasulullah.
Ianya meliputi sifat, sikap, qudrat, iradat, ilmu, hayyat, samaq, basar dan qalam Baginda.

kita sering dengar 4 perkataan ini; Siddiq, Amanah, Tobligh & Fatonah.
kita tahu 4 tersebut ialah sifat-sifat agung Rasulullah.

maka untuk selamat dan tidak sesat kita wajiblah menerappakai sifat-sifat agung Baginda di dalam diri kita.
kita mestilah Siddiq iaitu benar. Benar dalam niat, lafazan dan perbuatan, hatta kepada diri kita dan pada semua.
kita mestilah Amanah iaitu memikul dan melunaskan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.
kita mestilah Tobligh iaitu mampu untuk menyampaikan serta berkongsi ilmu dengan yang lain.
kita juga mestilah Fatonah iaitu bijaksana dalam segenap segi kehidupan serta mampu mengimbangi elemen diri mental, emosional, spiritual dan fizikal dengan baik.

Bukti Rasulullah diutus selepas Nabi Isa

sebagaimana yang Allah firmankan di dalam surah As Saff;

6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"

=> lihat bagaimana keadaan para pengikut Nabi Isa tatkala beliau memberikan khabar akan kedatangan seorang Nabi & Rasul selepas beliau.

=> Nabi Isa ditolak oleh para pengikut beliau walaupun Allah telah beri keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang nyata.

=> Malah lebih teruk, pengikut nabi Isa ini boleh mengatakan bahawa tanda-tanda keterangan itu adalah sihir atau buatan manusia dengan dibantu oleh jin serta syaitan. Masya Allah.

9. Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

=> di dalam ayat ke 9 ini Allah membenarkan serta memperakui perutusanNya iaitu seorang Rasul yang membawa hidayah, petunjuk serta agama yang benar yakni Islam.

=> Allah juga menjelaskan ketinggian Islam atas segala agama yang lain serta kemenangan yang dikecapi oleh Islam di ataa petunjuk dan hidayah RasulNya.

=> dan Allah menyatakan bahawa perkara ini (utusan Rasul & Agama Islam) ini memang tidak disenangi oleh orang-orang musyrik iaitu orang-orang yang menduakan Allah.


Perjanjian Allah dengan Para Rasul akan Rasulullah

di dalam surah Al-Imran ayat ke 81, kita dapat saksikan bahawa Allah telah mengambil perjanjian dengan para Nabi-nabi & Rasul akan keimanan mereka kepada Rasulullah.

81. dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan hikmat Yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul Yang mengesahkan apa Yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadaNya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiKu secara Yang demikian itu?" mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."

=>Allah telah memberitakan kepada mereka tentang kehadiran Rasulullah yang akan mengesahkan para nabi dan Rasul terdahulu.

=>Allah telah mewajibkan para nabi & Rasul terdahulu agar mereka bersungguh-sungguh menolong Rasulullah.

=>dan para Nabi & Rasul keseluruhannya mengikat tali setia akan keimanan serta menerima dan mengakui akan keRasululan Nabi Muhammad Rasulullah di saksikan oleh Allah Azza Wajalla.

Tanda-tanda kelahiran Rasulullah melalui peristiwa-peristiwa besar antaranya;

sewaktu lahir;
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

pengalaman datuknya;
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

situasi kerajaan besar ketika itu;
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

keadaan alam;
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.


Keadaan Ummat Muhammad Rasulullah


Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya (saya kongsi dari ayat pertama hingga 14) mengenai golongan pendusta Rasul.

1. telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka Dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2. tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan Yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -

3. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. dan orang-orang Yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri Dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? maka Patutkah kamu turut hadir mendengar sihir Yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"

4. (bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".


5. (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh Dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut Yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara Yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat Yang dibawa oleh Rasul-rasul Yang telah diutus dahulu".

6. tidak ada penduduk sesebuah negeri pun Yang Kami binasakan sebelum mereka, Yang telah beriman kepada mukjizat Yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka Yang meminta mukjizat itu mahu beriman?

7. dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

8. dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan Yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).

9. kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa Yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang Yang melampaui batas.

10. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) Yang mengandungi perkara Yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat Yang besar itu)?

11. dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri Yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum Yang lain sebagai gantinya.

12. maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab kami, mereka Dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.

13. (lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup Yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa Yang berlaku".

14. (akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"

=> begitulah keadaan ummat Muhammad yang terus-terusan menipu serta munafik kepada Baginda.
=> perkara ini berlanjutan dari dahulu sehingga sekarang sehinggalah kiamat nanti.
=> walaupun telah ada banyak bukti-bukti yang nyata, golongan engkar ini tetap dengan pendirian mereka yang beasaskan logika akal sedangkan mereka lupa bahawa antara rukun iman ialah percaya dan yakin kepada Rasul serta benda-benda ghaib.

mari kita lihat pula golongan yang taat serta beriman kepada Allah & Rasul.

di dalam surah Muhammad, Allah berfirman;

kita saksikan perbandingan orang yang menolak serta menghalang dengan orang yang beramal soleh serta beriman.

1. orang-orang Yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.

2. dan (sebaliknya) orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal Yang soleh serta beriman kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - Yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di Akhirat).

3. berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya orang-orang Yang kafir menurut perkara Yang salah, dan Sesungguhnya orang-orang Yang beriman menurut perkara Yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.


ayat di bawah membezakan golongan munafik (iaitu mendustakan Allah & Rasul) dengan golongan yang mendapat petunjuk.

16. dan di antara mereka (yang hadir di majlismu Wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) Yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisiMu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang Yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu Yang setia): "Apa Yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang Yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang Yang menurut hawa nafsunya.

17. dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini akan dapat menambahkan kecintaan kita kepada Allah & Rasulullah.
mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini dapat menajamkan penghayatan kita terhadap ilmu-ilmu Allah serta mendalamkan pemahaman diri.
mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini dapat membantu kita dalam ibadah seharian kita; memperkemaskan diri dan pergerakan, mendalamkan ilmu dan penghayatan, menejamkan pemikiran dan akal, meningkatkan iman, taqwa dan tawakkal.

insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails