salam,
moga kita peroleh menafaat serta kefahaman tentang agama kita...
Monday, December 19, 2011
Thursday, November 24, 2011
Melonjak Lebih Jauh!
salam semua,
saban hari kita bercerita atau berbincang atau memikirkan atau merancang untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih hebat dari sekarang.
berbagai-bagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam merangka perancangan demi perancangan yang melibatkan perubahan demi perubahan terhadap diri serta elemen-elemen yang akan menjadi ajen kepada pembaikan diri.
kita tahu, 3 perkara penting dalam memastikan diri kita berada dalam keadaan 'kompetetif' atau berdayasaing; iaitu sikap, kemahiran & pengetahuan (attitude, skills & knowledge).
berfikir berhari-hari lamanya atau berminggu-minggu lamanya atau berbulan-bulan lamanya atau bertahun-tahun lamanya tidak akan memberikan sebarang kesan, kerana kita masih dalam keadaan 'stand still' atau tiada sebarang pengemblingan mental, emosional, spiritual & fizikal secara bersepadu.
perlu diingat - sebarang perubahan yang mahu diambil ke atas diri agar menjadi lebih baik adalah melibatkan 'gerak kerja' yang berterusan oleh 4 elemen diri di atas tadi.
---------------------------------------------------------------------------------------
jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu berjaya dengan berpeluk tubuh?
jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu jalan pintas dalam mengecap kejayaan?
jenis manusia apa yang kita tergolong di dalamnya sekiranya kita hanya mahu jalan mudah tanpa sebarang pengorbanan untuk jadi hebat?
di mana kita? ke mana arah tuju hidup kita? apa yang kita mahukan dari kehidupan ini? apa yang telah kita lakukan untuk berjaya? apa bentuk pengorbanan yang telah kita buat untuk meletakkan diri kita sentiasa berdaya maju?
-----------------------------------------------------------------------------------------
kemalasan berfikir akan membenakkan minda kita...
keegoan diri yang meninggi dan rasa bagus yang melampau akan mengundah gulanakan emosi kita...
kemalasan maksima akan membekukan semangat kita...
kepasifan anggota fizikal kita akan merantai pergerakkan kita...
-----------------------------------------------------------------------------------------
apakah patut kita mahu jadi bagus tetapi malas segalanya?
apakah patut kita mahu jadi hebat tetapi tiada sebarang kemahiran diri?
apakah patut kita mahu berjasa tetapi miskin pengetahuan?
-----------------------------------------------------------------------------------------
melonjak diri lebih jauh perlukan keberanian!
melonjak diri lebih jauh perlukan keyakinan!
melonjak diri lebih jauh perlukan usaha yang berterusan!
melonjak diri lebih jauh perlukan semangat yang tinggi!
mari kita melonjak lebih jauh & lebih tinggi...
dan semoga lonjakkan itu sebagai satu tanda pentaubatan kita kepada Allah dan rasa syukur dijadikan sebagai hambaNya untuk memakmurkan bumi & alam semesta ini!
wasalam.
Monday, November 21, 2011
Gamitan 1433 hijriah....
salam semua...
kurang 7 hari lagi, kita akan bertemu dengan titik mula tahun 1433 hijriah...
sudah 1433 tahun peristiwa hijrah berlaku...
peristiwa yang memberi impak besar kepada diri Rasulullah, para sahabat, ummat & dunia Islam keseluruhannya...
hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah & para sahabat Baginda adalah satu perintah dari Allah.
hijrah yang dilakukan oleh Baginda & para sahabat merupakan satu titik tolak kebangkitan Islam dan satu mercu tanda akan hubungan hambaNya dengan Pencipta mereka.
hijrah yang dilakukan juga merupakan siri-siri pengorbanan para hambaNya terhadap Pencipta langit, bumi dan seluruh cakrawala...
begitu indahnya peristiwa hijrah jika dilihat dari satu sudut kecintaan antara hamba & Al-Khaliq.
--------------------------------------------------------------
apa sinonimnya peristiwa hijrah dengan perjalanan hidup kita?
apa iktibar yang boleh kita ambil dari peristiwa hijrah tersebut?
apa petunjuk yang boleh kita tamsilkan buat pengajaran hidup kita?
apa ilmu yang boleh kita amalkan buat bekalan dalam perjalanan hidup ini?
banyak persoalan yang ada dalam sedetik berlakunya peristiwa tersebut...
-------------------------------------------------------------
hijrah berkisar tentang perubahan.
hijrah berkisar tentang melakukan sesuatu yang menuntut pengorbanan diri serta segalanya...yang meliputi pemikiran, perasaan, semangat serta fizikal.
hijrah merupakan satu titik tolak perubahan diri serta persekitaran yang ada.
hijrah merupakan satu tanda pentaubatan serta kesyukuran atas kurniaan nikmat, taufiq serta hidayahNya..
-------------------------------------------------------------
jika kita sudah hidup selama 30 tahun... bermakna, sudah 30 kali kita melalui titik peringatan hijrah ini.
jika kita sudah hidup selama 40 tahun... bermana, sudah 40 kali kita melalui titik tanda akan perlunya hijrah dilakukan kepada diri & persekitaran kita...
sudahkah kita berhijrah?
sudahkah kita berubah?
dengan sebenar-benar hijrah hanya kerana Allah Taala...?
atau hijrah kita kerana selain dari Allah... sebagaimana hijrahnya seorang sahabat Nabi kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya...
---------------------------------------------------------------------
moga kita memahami hijrah sebenar-benarnya.... :-)
wasalam
Thursday, November 03, 2011
Qurban Al-Qubro....
qurban al-qubro.....pengorbanan terbesar.
di sepanjang perjalanan hidup kita, apakah pengorbanan paling besar yang telah kita lakukan?
bentuk pengorbanan apakah yang telah kita jalani sehingga ianya memberi kesan paling dalam pada diri kita?
ada orang berkorban wang ringgit...
ada orang berkorban tenaga keringat...
ada orang berkorban hati & perasaan...
ada orang berkorban kuasa & jawatan...
ada orang berkorban ilmu & kefahaman...
berapa ramai yang sanggup berkorban seluruh jiwa & raga?
berapa ramai yang sanggup berkorban segala-galanya?
mungkin ramai antara kita yang sanggup berkorban segala-galanya untuk mendapatkan sesuatu...
sehingga ramai yang 'terperangkap' mengorbankan jiwa & raga kepada nafsu serta syaitan & iblis.
tatkala kita 'terperangkap' menjadi tawanan nafsu serta syaitan & iblis....di saat itulah kita menuju kehancuran.
----------------------------------------------------------------------
berkorbanlah kerana Allah s.w.t
kerana sekiranya pengorbanan yang kita lakukan itu adalah selain dari kerana Allah s.w.t, maka ianya adalah pengorbanan nafsu nafsi....pengorbanan yang hanya mahu memuaskan kehendak diri.
pengorbanan adalah 'amali' di atas setiap ujian yang kita lalui.
pengorbanan adalah 'kertas final exam' yang perlu kita duduki dan penentu tahapan diri kita.
setiap ujian dalam kehidupan mendambakan pengorbanan.
tiada ujian yang tidak hadirnya pengorbanan.
jika kita masih memikirkan tentang setiap pengorbanan yang kita lakukan, maka kita masih belum menyempurnakan hakikat pengorbanan diri.
--------------------------------------------------------------
siapalah kita di sisi Allah s.w.t....
apakah perkara pada diri atau sekitar yang menjadi milik kita?
semuanya milik Allah s.w.t....
hakikat pengorbanan ialah keupayaan memisahkan diri dari segala-galanya termasuk diri sendiri dan hanya kepada Allah lah tempat kita bergantung harap & memohon pertolongan...
--------------------------------------------------------------
hanya Rahmat Allah yang berupaya mengangkat korban @ qurban yang kita lakukan...
maka adalah sedih jika kita sering menadah tangan mengangkat doa agar dicucuri rahmat sedangkan dalam masa yang sama, kita masih bernafsu-nafsi atau mengikut kehendak diri dalam melaksanakan pengorbanan..
wasalam.
Tuesday, November 01, 2011
Mati Tapi Beri Manafaat...
salam semua,
tiada siapa antara kita yang mengetahui bilakah nyawa kita akan dicabut.
tiada siapa antara kita yang boleh melewatkan sakratul maut dan mempercepatkan sakratul maut.
semuanya di tangan Allah Azza Wajalla.
kematian adalah satu nikmat serta rahmat dari Allah.
kematian boleh menginsafkan semua orang disekeliling.
tidak kiralah kadar keinsafan itu pada takat mana, ia tetap menginsafkan.
adakah kita bersedia untuk mati?
mungkin rata-rata di antara kita memang mahu mengelak untuk membicarakan kisah kematian kerana ramai yang 'kalau boleh' mahu mengelak kematian.
kullin nafsin za iqotil maut... setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
maka kematian adalah satu kepastian.
yang tidak pastinya ialah kemana kita selepas mati? ke syurga atau ke neraka...
semuanya bergantung kepada rahmat Allah.
amalan yang kita lakukan adalah mandatori sebagai hamba yang bertuhan.
untuk menggunakan amalan kita sebagai koleteral untuk ke syurga, kita tidak mampu melakukannya apatahlagi kita mengetahui setiap kudrat, iradat, ilmu, hayyat, samaq, basar & kalam ini adalah kurniaan Allah Robbul Jaleel.
maka janganlah kita mendabik dada dengan amalan yang dilakukan.
tunduk serta tawadduklah dalam beramal serta istiqomah dengan ikhlas dengan mengharap keredhoan Ilahi dalam melaksanakan amal ibadah hanya kepadaNya.
--------------------------------------------------------------------
persoalannya.... adakah mati kita nanti dapat memberi menafaat kepada yang lain?
mati yang bagaimana boleh memberi menafaat kepada orang lain?
ianya persoalan diri.
jika kita melaksanakan segala amal kehidupan ini hanya kerana Allah dengan gerakkerja memakmurkan ummah, maka insyaallah..mati kita nanti akan dapat memberi menafaat kepada ramai ummah.
jika kita melaksanakan segala ibadah amal kehidupan ini hanya kerana Allah dengan gerakkerja hanya disekitar diri & keluarga... mati kita nanti insyaallah juga dapat memberi menafaat kepada orang-orang yang terhampir dalam konteks memberi sedikit keinsafan dan kesedaran.
--------------------------------------------------------------------
pokoknya mudah, sentiasalah bekerja untuk Allah, hanya kerana Allah dan gerakkerja itu memberi menafaat kepada ummah.
sedekah jariah, ilmu dan anak yang soleh adalah 3 perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w yang dapat 'membantu' seseorang itu selepas ianya mati.
sedekah yang memberi menafaat, sedekah yang ikhlas utk melihat ummah berkembang maju (bukannya sedekah utk dilihat dan dipuji puji).
ilmu yang diajar kepada ummah dan ianya memberi menafaat dan berantai hingga ramai mengamalkannya.
serta anak yang soleh, yang dapat meneruskan 'legasi' bekerja kerana Allah & untuk Allah... anak yang meneruskan titisan 'dna' bapa yang 'serve others'..
----------------------------------------------------------------------
begitulah kisah kematian yang kita takuti tetapi sebenarnya ianya adalah satu Rahmat buat kita dan semua hambaNya yang mengetahui.
wasalam.
Friday, October 28, 2011
Semut dan Manusia...
salam semua,
agak lebih sebulan saya tidak menulis di blog ini...
pelbagai kisah yang mahu dikongsi bersama.. namun kepadatan masa membuatkan saya hanya sempat berkongsi di laman mukabuku atau facebook.
di facebook saya ada beberapa page yang berfungsi menterjemahkan bicara minda dan gerakkerja diri ini.
selain dari page saya sendiri, saya ada mewujudkan page 'Peledak Nafsu Nafsi' bertujuan membantu diri-diri yang sering di'kacau' oleh nafsu nafsi dalam melaksanakan perubahan diri dari masa ke semasa.
saya juga ada mewujudkan page 'Tassawuf For Dummies...(age 40 and below)', khusus untuk golongan belia atau pemuda & pemudi yang ingin mengenal islam secara dekat tetapi melalui perspektif kehidupan biasa, kerana dalam biasa itulah terkandung keluarbiasaannya.
juga page 'Merawat Hati' yang berfungsi sebagai satu R&R buat diri-diri yang mengalami kelukaan hati serta mencari cara bagaimana untuk mengubatinya.
anda semua dijemput kesana...
---------------------------------------------------------------------
foto di atas adalah salah satu dari perkongsian 'bidang' baru yang saya ceburi... sebenarnya tak baru juga kerana saya meminati fotografi sejak dari kecil lagi... minat itu saya teruskan di alam persekolahan, terutamanya di sekolah menengah dengan menjadi ahli kelab fotografi...sebab? kerana di situ saya boleh pegang 'kamera besar' dan canggih serta boleh cuci filem sendiri.... :-)
kini setelah 42 tahun, dengan izin Allah..dapatlah saya memiliki sebuah kamera 'besar' sendiri dan moga saya boleh memenafaatkannya untuk semua.
----------------------------------------------------------------------
sedikit kisah tentang semut & manusia...
semut adalah ciptaan Allah yang turut diceritakan dalam satu surah di dalam Al-Quran; surah Al-Namhl
semut bertahan sejak 6 juta tahun yang lampau.
kita tahu, umur semut ialah sehingga 60 hari, kecuali ratunya yang boleh hidup selama 20 tahun.
ada 3 kasta dalam golongan semut, ratu, semut jantan, semut pekerja & semut tentera.
di dalam surah Al-Namhl; ada banyak kisah para Nabi & ummat mereka, kisah Nabi Allah Sulaiman, Nabi Allah Dawud, Nabi Allah Luth, Nabi Allah Saleh.... dan kisah semut dalam surah ini ialah;
pada ayat ke 18: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, 'wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari'.....
pada ayat seterusnya 19: Maka dia (sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh"..
2 ayat dari surah al-namhl yang mempunyai banyak petunjuk & ilmu buat kita manusia.
lihat bagaimana dalam kehidupan betapa kita masih lagi 'selfish' atau pentingkan diri sendiri serta tidak peka kepada persekitaran sedang kita hidup menumpang di dalam dunia yang punya banyak ciptaan-ciptaan Allah di sekitar kita, samada kita sedari atau tidak.
lihat pada ayat 19 yang menunjukkan satu contoh baik doa orang-orang yang terpilih dan doa tersebut boleh kita jadikan panduan dalam kita berdoa memohon kepada Allah akan 'petunjuk', 'pimpinan', 'ilham' untuk kita terus duduk di dalam mensyukuri nikmat Allah.
Juga doa kesyukuran atas anugerah pada diri kita seta buat ibubapa dan keturunan-keturunan kita dan terus meminta agar diri kita terus berbuat kebajikan yang Allah redhoi.
dan akhirnya, Rahmat Allah lah penentu ke mana hala tuju kita. Lihat bagaimana seorang nabi yang telah punya banyak kelebihan & mukjizat, masih terus memohon, meminta dan setiap keadaan dan ketika.
------------------------------------------------------------
adakah kita juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri kita yang sering hanyut dengan sifat riak, sombong serta taqbur? maka teruslah melakukan taubat dan memanjat doa serta melaksanakan 'amal maaruf nahi mungkar dalam kehidupan kita'...kerana kita sendiri amat memerlukan rahmat Allah setiap detik setiap masa lantaran ceteknya pengetahuan kita tentang bila akan terangkat nyawa kita...
wasalam.
Thursday, September 15, 2011
Hari Malaysia & Sejarah...
salam semua...
esok malaysia akan menyambut hari malaysia yang kedua setelah malaysia ditubuhkan sejak 1963.
mengapa setelah 48 tahun baru kita menyedari perlunya hari malaysia ini disambut?
terima kasihlah kepada kelompok manusia dan parti yang menamakan kumpulan mereka 'Pakatan Rakyat' kerana telah berjaya memberi kesedaran kepada satu lagi kelompok manusia dan parti yang menamakan diri mereka 'Barisan Nasional'.
begitu juga cuti yang dikecapi untuk hari sabtu... terima kasihlah kepada TG Nik Aziz yang telah memperkenalkannya di kelantan dan secara lansung menberi tekanan untuk pihak kerajaan 'of the day' a.k.a barisan nasional memperkenalkannya ke seluruh negara.
terima kasih juga kepada Dr. Mahathir dengan gaya 'autokratik'nya yang telah berjaya meletakkan batu asas penting buat negara iaitu wawasan 2020 sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.
dan banyak lagi jasa-jasa pemimpin-pemimpin negara tidak kira dari partai mana mereka wakili yang telah membantu 'menambah baikkan' perjalanan kehidupan rakyat keseluruhannya.
manusia-manusia yang hidup di negara malaysia ini kesemuanya unik... mereka mempunyai potensi yang sangat hebat... sebagai buktinya ialah 'lidah' orang melayu... menurut kajian, lidah orang melayulah yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dengan begitu baik, malah lebih baik dari empunya bahasa itu sendiri.
keunikkan orang malaysia tidak boleh dipertikaikan.
kehebatan orang malaysia juga tidak boleh diremeh-temehkan.
ianya telah terbukti sejak dulu lagi sehingga sekarang...dalam beberapa bidang, orang malaysia mendahului negara-negara lain di dunia.. cthnya bidang sukan, datuk nicole david & datuk lee chong wei.
boleh kata semua yang kita ingini boleh kita dapatkan di bumi bertuah ini...
apa kurangnya bagi negara kita ini?
kurangnya ialah kasih sayang.
sangat kurang kasih sayang sesama kita.
kita lebih suka dengki mendengki, hasut menghasut hanya kerana kita berlainan pendapat dan berlainan parti politik.
pemimpin parti politik juga asyik sibuk mengumpul harta dan secara tidak lansung mempergunakan pengikut-pengikut dengan menerbitkan elemen-elemen kebencian antara sesama.
kurangnya kejujuran dalam melaksanakan sistem pemerintahan.
kejujuran sangat penting dalam memastikan semua elemen dalam pemerintahan telus dan dapat memberikan kefahaman tanpa selindung.
kejayaan satu-satu kerajaan ialah ketelusan pemerintahannya.
kejayaan satu-satu kerajaan ialah pemimpinnya 'lead by example'.
adakah sangat berdosa rakyat-rakyat yang tidak menyokong kerajaan 'of the day'?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan PAS kelantan & kedah?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan Melaka & Negeri Sembilan?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan Malaysia?
tidak menyokong tidak bermakna patriotik
menyokong juga tidak bermakna patriotik
ada yang tidak menyokong kerana lebih cintakan negara dan mahu melihat negara lebih baik dari sekarang..
ada yang menyokong kerana 'al fulus fid dunya wal mamfus fil akhirah'....
maka saya sangat yakin selagi rakyat malaysia ini terus memegang status kerayatan negara malaysia, maka semua mereka mahu melihat negara Malaysia ini maju, aman & makmur.
rakyat malaysia tidak ada yang mahu melihat negaranya mundur.
jika ada tuduhan sedemikian, maka yang menuduh itu sepatutnya dipertikaikan bukan yang kena tuduh.
keharmonian negara ini sering kali dicalarkan oleh pemimin-pemimpin yang tamak serta haloba.
keharmonian negara ini sering kali dicemarkan oleh sistem-sistem ciptaan pemimpin serta ahli keluarga yang menyibuks serta berat sebelah.
keharmonian negara ini sering kali dimusnahkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang punya agenda tersendiri.
keharmonian negara ini seringkali diremukkan oleh badan-badan yang sepatutnya berkecuali tetapi memihak kepada satu-satu puak.
maka eloklah sejarah negara malaysia ini bermula dengan sejarah tanah melayu atau jika boleh pergi jauh sehingga sejarah aceh riau, langkasuka, kerajaan campa cermin dsbnya.
kita perlukan sejarah untuk meningatkan kita akan perjalanan ketamadunan, sosio ekonomi, penjajahan yang dialami, perjuangan dsbnya.
dalam menulis atau memperbukukan sejarah, kita perlulah jujur & ikhlas mengiktiraf setiap perjuangan tidak kiralah apa partai politik pemimpin itu...selagi mereka berniat & bertindak untuk memerdekakan tanahair dari penjajah.
buku sejarah kita banyak menidakkan perjuangan pemimpin-pemimpin hebat seperti Dr. Burhanudin Al-Helmy yang popular dengan rangkap "Atas robohan kota melaka, kita dirikan jiwa yang merdeka.."
kita juga patut mengangkat Datok Sagor yang membunuh J.W.W Birch sebagai hero & pahlawan tanah air dan bukannya turut 'terperangkap' melabel beliau sebagai pengganas (kerana kita terpaksa iktu telinjuk british)
kita juga jangan lupa perjuangan Datok Mat Kilau, Datuk Bahaman serta ramai lagi pejuang serta ulama-ulama yang turut berjuang menuntut kemerdekaan dari mana-mana pihak termasuk portugis, belanda, british dan lain-lain.
anak-anak kita tidak sepatutnya dinafikan hak untuk mengetahui sejarah sebenar pejuang tanahair selain hanya berkisar kepada perjuangan satu parti sahaja.
dunia semakin maju, dan kita tidak boleh menipu lagi...lagi banyak kita menipu, lagi banyak kubur-kubur yang akan dikencing oleh anak-anak kita.
maka dengan penuh keikhlasan, sama-samalah kita berganding bahu bersama-sama tanpa ada rasa hasad serta dengki atara kita untuk memajukan negara tercinta ini demi masa depan zuriat dan keturunan kita di hadapan...
selamat hari malaysia buat semua rakyat malaysia yang jujur serta cintakan negara.

Wednesday, September 14, 2011
Setitis Manis Selaut Pahit....
salam semua..
kata orang lama 'rasa adalah rahsia'...
maka benarlah apa yang dikata...
se teko teh jika dijamu kepada 5 orang dan ditanya tentang rasanya... maka kita akan mendapati jawapan yang berbeza antara ke semuanya... tiada jawapan yang sama.
begitu juga dalam menzahirkan rasa 'zuk' atau nikmat atau 'asyik' dalam beribadah kepada Allah.
tiada satu rasa pun yang akan sama antara setiap 1 billion lebih ummat islam di seluruh dunia dewasa ini.
masing-masing punya rasa yang tersendiri.
Maha Suci Allah yang begitu hebat kekuasaannya meliputi seluruh cakrawala dan alam semesta ini.
lihat saja 'cop ibu jari'....tiada satupun persamaan hatta antara yang masih hidup atau yang telah mati... tiada yang sama...
maka mampukah kita menolak kehebatan Allah?
maka mampukah kita kurang yakin kepada Allah?
maka mampukah kita derhaka kepada Allah?
maka mampukah kita memperlekehkah segala firman, perintah & hukum Allah?
hanya manusia yang buta hati sahaja yang sanggup berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan menderhakai Allah dan seluruh tenteraNya...
pernah kita dengar kisah tentang tentera Ahzab yang dimusnahkan Allah dengan tentera-tenteraNya?
jika tidak pernah, janganlah kita ambil tak kisah tentangnya... bersungguhlah mencari ruang & peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan keadaan suci & murni yakni dalam keadaan penuh pentaubatan...
pernah kita merasakan kesenangan hidup? jika pernah alhamdulillah...namun rasa kesenangan kita itu berbeza takrifnya dari orang lain... mungkin kesenangan hidup kita itu merupakan kemewahan buat orang lain...atau mungkin kesenangan hidup kita itu ditakrifkan sebagai ke'daifan' oleh sebahagian orang lain...
maka takrif kesenangan hidup sebenar-benarnya ialah cukup makan, minum serta pakai dan boleh bergerak ke sana-sini dengan baik.....tidak kiralah berapa isi tanggungan yang kita ada.
namun jika ada elemen berlebih-lebihan hingga boleh mencetus pembaziran maka tidaklah kita boleh dikatakan senang kerana ianya sudah jatuh kategori mewah dan membawa kepada bermewah-mewahan.
maka berwaspadalah sentiasa akan 'rasa-rasa' yang boleh menipu lantaran bisikan nafsu yang sentiasa mengajak kepada berlebih-lebihan.
mungkin kita pernah melihat satu keadaan di mana satu keluarga yang susah dari mata kasar, namun hidup bahagia dan senang....apa rahsia mereka?
mereka mungkin telah mengecap setitis kemanisan di dalam lautan kepahitan sehingga nikmat kemanisan setitis itu diungkapkan sebagai rahmat yang tidak ternilai di sisi Allah.
kepahitan yang dialami dan dilihat orang lain sebagai kepayahan sebenarnya ialah kehidupan biasa yang mereka lalui yang lansung tidak memberi bekas kerana mereka berjaya 'menukar' nilai biasa yakni kesukaran itu menjadi kesenangan anugerah Allah.
adakah hidup kita yang serba-serbi cukup ini masih kita kategorikan sebagai susah, sukar dan pahit?
jika ya...maka carilah setitis kemanisan di dalam kepahitan ini....agar kita boleh menilai dengan baik betapa rahmat Allah itu datang dalam berbagai-bagai bentuk samada kita suka atau tidak...samada kita sedari atau tidak...

Monday, September 05, 2011
Mengecap Sinar Syawal
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
La Ila Ha Illah Huwallah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar Walillah Hilamd....
kurang seminggu gema takbir, tahmid serta tasbih berlalu, namun kehangatan syawal masih terus menusuk ke dalam diri kita.
usai kuliah ramadhan selama sebulan dengan pelbagai kisah-kisahnya yang penuh dengan ilmu pengajaran, kita dihadiahkan oleh Allah akan syawal yang penuh dengan keberkatan.
ramadhan mengajar kita erti pengorbanan.
syawal mengajar kita erti kesyukuran.
ramadhan adalah bulan terbaik untuk hamba-hambaNya menyuci diri sebersih-bersihnya agar sebelas bulan selepas itu, diri menjadi suci dalam menerima serta melakukan pembaharuan demi pembaharuan ke arah pemantapan dalam kontek memahami ibadah serta memahami hakikat pengabdian kita kepada Allah.
wang ringgit harta benda bukanlah kayu pengukur akan kejayaan seseorang hamba itu dalam melepasi ujian-ujian ramadhan.
amal ibadah serta ilmu pengetahuan dan pemahaman yang kita perolehi disepanjang ramadhanlah yang menjadi aset berharga buat setiap diri-diri yang benar-benar ingin kembali kepada Robbul Jaleel.
sekiranya ada rasa 'tak best' berhari raya, maka periksalah ibadah ramadhan kita.
sekiranya ada rasa 'tak heppi' berhari raya, maka segeralah lihat pengisian ramadhan kita.
berbahagialah sesiapa di antara kita yang mengecap sinar syawal lantaran kesungguhan jihad di bulan ramadhan.
namun Allah Maha Besar, sekiranya kita rasa 'tak best' lantaran kegagalan kita memenafaatkan ramadhan, maka bertaubatlah bersungguh-sungguh dan bangkit bangun dari tidur dengan melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan di bulan-bulan kehadapan ini....insyaallah, bertemu kita dengan ramadhan yang dihadapan nanti dengan persediaan yang lebih teratur.
tidaklah sama sambutan syawal atau hari raya kita dengan golongan selain islam...kerana ruhnya.
sebagai orang islam kita arif akan ruh & jasad...begitu juga ibadah yang kita lakukan... ia umpama yang tersurat & yang tersirat..
ruh ramadhan terletak kepada penyucian diri yang kita lakukan
ruh syawal terletak kepada kesyukuran terhadap Allah Azza Wajalla
maka kesungguhan kita menyucikan diri dengan pentaubatan serta keredhoan, ianya memberi kesan yang mendalam terhadap perubahan yang akan kita lakukan.
cubalah kita melihat setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita dalam kehidupan ini sebagai satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah buat setiap hambaNya...
memungkinkan kita melihat semua itu sebagai anugerah Allah ialah sifat berbaik sangka kita sesama makhluk serta Pencipta.
buangkanlah jauh-jauh sifat-sifat yang merosakkan diri seperti marah, haloba, dengki, khianat, malas dsbnya agar perjalanan serta usaha dan ikhtiar yang kita lakukan untuk menjadi hamba sebenar hamba tidak terganggu di tengah jalan.
yakinlah akan perjalanan ini.
yakinlah akan kehidupan di masa ini dan selepas ini.
yakinlah kepada Allah & Rasulullah.
mudah-mudahan hidup kita penuh dengan keberkatan dan rahmatNya... insyaallah
salam eid mubarak dari saya buat anda, di mana sahaja anda berada..

Friday, August 26, 2011
Tebing Ramadhan 1432h....
salam semua,
ya..malam ini Ramadhan sudah memasuki helaian ke 27nya...
maknanya tinggal 3 hari sahaja lagi umat islam berpeluang untuk menghayati, membersihkan diri, memohon ampun serta taubat, melaksanakan perubahan diri dan menggandakan ibadah-ibadah malam.
samada kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan, hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang mengetahuinya...mudah-mudahan.
sekiranya ini Ramadhan yang terakhir, maka mudah-mudahan segala ibadah 'xtra ordinary' yang kita lakukan memperoleh ganjaran yang setimpal atas kehendak Allah.
suka duka asam garam sepanjang Ramadhan kali ini sudah tentu akan memberi kesan atau bekas buat diri kita yang tunduk sujud beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
buat yang terus-terusan bersifat seperti bulan-bulan sebelum Ramadhan, maka mudah-mudahan baki hari yang tinggal ini akan dimenafaatkan dengan sebaiknya kerana janji Allah akan keampunan terhadap setiap hambaNya yang berusaha membersihkan diri mereka zahir & batin.
bukankah puasa itu merupakan satu-satunya ibadah yang berupaya menawan serta meredupkan nafsu diri yang bergelora...?
kerana itulah puasa adalah satu-satunya ibadah yang haqnya adalah milik Allah...haq yang dituntut oleh Allah atas setiap hamba-hambaNya yang wajib dilunaskan hanya kerana Allah...
apapun tafsiran kita terhadap ibadah puasa, bulan Ramadhan hatta malam istimnewa Lailatul Qadar - semua kita telahpun diberi peluang serta ruang yang cukup secukupnya untuk melakukan ibadah umum & khusus di atas kemampuan terbaik diri sendiri serta jemaah.
kisah lama seperti masih berperangai seperti sebelum Ramadhan itu, tidaklah perlu kita perbesarkan kerana itulah tanda-tanda kejayaan syaitan serta hawa nafsu mendidik diri kita selama 11 bulan sebelum itu..makanya di bulan Ramadhan, perangai serta sifat-sifat kita sama sahaja dengan tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penambahbaikan di bulan mulia ini.
apapun, Ramadhan sudah kelihatan tebingnya... Syawal mula menggamit kita...
persoalan.... adakah diri kita serupa seperti yang dinyatakan? telah kembali kepada fitrah manusia atau insan atau malangnya fitrah syaitan?
matlamatnya ialah untuk kembali kepada fitrah manusia - suci, murni, bersih, tulus serta mulus....
mudah-mudahan ibadah kita disepanjang Ramadhan ini akan memungkinkan kita memperoleh kejayaan untuk kembali kepada fitrah sebagaimana yang dikehendakki oleh Allah.

Wednesday, August 03, 2011
Apa Nak Kata? Kekal Kuasa, Negara Hancur....
salam semua,
terkini, heboh terbongkar strategi spr dan jpn dalam memastikan undian memihak kepada kerajaan.
kalau dulu sibuk dengan undi pos, tapi kini undi pos tidak cukup untuk kekalkan kemenangan kerajaan memerintah, maka para PATI (pendatang tanpa izin) seramai 4 juta di malaysia boleh digunakan nama-nama mereka atau mereka dibenarkan turut serta mengundi dalam PRU13 nanti.
PRU13 dicanangkan akan diadakan pada tahun ini...
berita di bawah ada bukti bagaimana sangat 'bahaya'nya kerja-kerja pengekalan kuasa ini.
jika ianya benar, maka tiadalah maruah kerajaan yang ada sekarang ini untuk terus mengemudi negara serta tidak layak untuk masuk pilihanraya kerana kerja-kerja busuk ini.
--------------------------------------------------------------------------------------
SURUHANJAYA PERLU SIASAT – PAGI MYPR PETANG MYKAD – harakah daily
Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.
Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.
Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.
"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.
Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).
Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.
Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :
Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.
------------------------------------------------------------------------------------
apa yang kita khuatirkan akan berlaku sekiranya kita percaya ianya akan berlaku.
negara kita akan jatuh ke tangan 'orang lain' yang bukan orang malaysia pun sekiranya nasihat-nasihat untuk mengerjakan kejahatan ini didengar & diikuti.
memang jelas, segala perlanggaran akan berlaku demi mengekalkan kuasa.
kita rakyat hanya mampu bertindak dengan menyampaikan berita, menasihati sahabat handai, rakan taulan, dan terus berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran.
sebagai warganegara sebuah negara yang berdaulat, kita perlu hentikan kerja-kerja terkutuk ini... mana mungkin seorang PATI boleh senang-senang dapat PR lepas tu utk layakkan dia mengundi, bagi taraf WARGANEGARA sesuka hati....
masyaallah.... beginikah caranya ya Allah?
insyaallah...... Engkau Maha Mengetahui, Maha Perancang, Maha Pengampun.. Engkau lebih berhak ke atas segala-galanya hatta ianya sesuatu yang ghaib..

Wednesday, July 27, 2011
Didik Anak Jadi Pejuang Agama...
salam sejahtera,
cuba perhatikan anak-anak kita...
bagus pelajaran mereka?
bagus akhlak mereka?
pandai mereka di sekolah?
cerdik mereka di kalangan rakan-rakan?
dah 'frame' sijil kejayaan anak-anak menerusi upsr, pmr, spm & stpm?
dah 'frame' sijil diploma, ijazah, master, phd anak-anak sebesar-besarnya?
bapa borek anak rintik...
benar, ilmu itu satu perkara penting dalam kehidupan...
Rasulullah s.a.w juga bersabda...'tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad..' 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri china' 'menuntut ilmu itu satu kefarduan bagi setiap orang islam'...
persoalan...
berapa tinggi ilmu yang kita tuntut yang telah kita menafaatkan untuk ummah keseluruhannya?
berapa banyak ilmu yang telah dituntut itu 'lenyap' dari kotak fikir atau kepala kita?
berapa banyak ilmu yang dituntut itu benar-benat telah diamalkan dan memberi menafaat kepada hamba-hambaNya yang lain?
berapa banyak hasil dari ilmu yang dituntut itu telah dapat memberi makan pada orang-orang yang memerlukan?
berapa banyak ilmu-ilmu yang ada itu telah benar-benar memberi kita kefahaman tentang kehidupan?
berapa banyak ilmu itu telah mendekatkan kita kepada Allah & Rasulullah?
atau...
berapa banyak ilmu yang telah kita gunakan untuk memenuhi kehendak diri yang tiada penghujungnya?
berpa banyak ilmu yang telah kita gunakan untuk menipu orang lain?
berapa banyak ilmu yang telah kita gunakan untuk merebut kuasa tahta serta harta?
fikirlah...
kepentingan ilmu itu adalah prasyarat bagi orang yang bertaqwa.
orang yang ada ilmu tetapi menggunakannya ke jalan selain jalan Allah, akan terus memperoleh rezki tetapi dalam bentuk yang lain...
anak-anak kita tidak perlu pandai ilmu agama sehingga menjadi ulama.
anak-anak kita hanya perlu berupaya untuk mengaitkan ilmu yang dipelajarinya dengan kebesaran Allah.
namun jika kita sendiri gagal melihat ada hubung kait setiap ilmu itu dengan Allah, maka apalah sangat untuk kita mahu anak-anak kita menghubung-kaitkannya dengan Allah.
jika kita sendiri telah dari mula mendidik anak-anak kita menjadi 'selfish' atau pentingkan diri sendiri, maka apalah sangat yang kita boleh harap akan anak-anak kita untuk menjadi pejuang agama...
jika kita sendiri gagal memahami setiap ilmu yang kita ada, maka apalah sangat untuk kita pastikan anak-anak kita menghargai ilmu itu adalah hak milik Allah.
dunia ini jika dikejar, tiada akhirnya...
dunia ini jika dikejar, tiada kesudahannya...
lihatlah diluar sana... betapa banyak fitnah-fitnah yang bertindan-tindan antara satu sama lain.
jika kita gagal memahamkan anak-anak kita tentang hubung kait ilmu dengan Allah, maka anak-anak kita itu nanti akan menjadi ajen-ajen menfitnah agama...malahan tidak mustahil akan menjadi penentang agama walaupun secara halus...
ingatlah..ilmu itu penting...dan lebih penting lagi, ianya hendaklah dihubungkaitkan dengan Allah... kerana setiap ilmu yang ada di dada itu semuanya dengan keizinan Allah...
jika kita gagal memenafaatkannya ke arah jalan Allah, maka tunggulah nanti hari kebenaran yang tiba...
moga kita berniat agar anak-anak kita menjadi pejuang agama, yang arif lagi Ahlullah...

Adakah Melayu terkecuali dari Azab Allah?...
salam semua,
sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, eloklah kita membuka kembali tafsir Al-Quran yang dah lama berabuk dan dah lama tidak kita ikuti ajarannya serta jadikan panduan hidup kita.
eloklah juga dengan kehadiran Ramadhan ini, kita sedar sudah lebih 335 hari kita menggunapakai saranan-saranan 'mat saleh' dalam kehidupan kita...
marilah kita sama-sama menyusuri surah Al-Qamar ini sebagai satu tanda bahawa tidak kira apa bangsa di dunia ini yang akan lepas lari dari azab Allah sekirannya mereka menidakkan Al-Quran & dakwah Rasul mereka..
Al-Qamar
1. telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
2. dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
3. dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan Yang ditentukan oleh Allah).
4. dan sesungguhnya! telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat Yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
5. (yang demikian ialah) pengajaran Yang cukup sempurna; Dalam pada itu, Segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka Yang ingkar).
6. oleh itu, berpalinglah dari mereka (Wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (ingatlah) masa (malaikat) Penyeru menyeru (Mereka pada hari kiamat) kepada perkara Yang tidak diingini (oleh orang Yang bersalah);
7. (pada saat itu) masing-masing Dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang Yang terbang bertebaran.
8. masing-masing Dengan cepatnya menuju kepada Penyeru itu. (pada saat Yang demikian), orang-orang Yang kafir berkata: hari ini ialah hari Yang amat sukar!
9. sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); Iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya Dengan berkata: Dia seorang gila dan Dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
10. lalu Dia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: Sesungguhnya Aku ini dikalahkan (oleh kaumku Yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
11. maka Kami bukakan pintu-pintu langit, Dengan menurunkan hujan Yang mencurah-curah.
12. dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara Yang telah ditetapkan.
13. dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera Yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
14. Yang belayar laju Dengan pemeliharaan dan pengawasan kami; (Kami melakukan Yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang Yang kufur ingkar!
15. dan Demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda Yang menjadi pengajaran, maka Adakah orang Yang mahu beringat dan insaf?
16. oleh itu, perhatikanlah Bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
17. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
18. (demikian juga) kaum Aad telah mendustakan RasulNya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, Bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
19. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang kencang, pada hari nahas Yang berlanjutan; -
20. Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma Yang terbongkar.
21. maka perhatikanlah, Bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
22. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
23. (demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi soleh).
24. lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi Yang berseorangan? jika demikian, Sesungguhnya kita berada Dalam keadaan sesat dan gila!
25. tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang Yang lebih layak ada) di antara kita. bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
26. mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya Yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
27. Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): tunggulah (Apakah Yang mereka akan lakukan) serta Bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
28. dan khabarkanlah kepada mereka, Bahawa Sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka Dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh Yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
29. (Mereka selepas itu merasa Bosan Dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), Dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
30. maka perhatikanlah, Bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
31. Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun Yang pecah hancur, Yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
32. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
33. (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).
34. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
35. sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur.
36. dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
37. dan Demi sesungguhnya! mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
38. dan Demi sesungguhnya! mereka telah ditimpa azab Yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
39. lalu (dikatakan kepada mereka): rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
40. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
41. dan Demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
42. mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha perkasa, lagi Maha Kuasa.
43. Adakah orang-orang kafir kamu (Wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir Yang tersebut itu? atau Adakah kamu mempunyai sebarang Bukti Dalam Kitab-kitab suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
44. (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum Yang bersatu, Yang sudah tentu dapat membela diri!
45. kumpulan mereka Yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
46. (bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari Yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan Yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
47. Sesungguhnya orang-orang Yang berdosa berada Dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api neraka.
48. semasa mereka diseret di Dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): rasalah kamu bakaran api neraka.
49. Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
50. dan hal Kami (dalam melaksanakan apa Yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata
.
51. dan Demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang Yang sama keadaannya seperti kamu; maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
52. dan tiap-tiap perkara Yang mereka lakukan, adalah tertulis di Dalam Kitab suratan amal;
53. dan tiap-tiap perkara Yang kecil dan Yang besar tetap tercatit.
54. Sesungguhnya orang-orang Yang bertakwa, di tempatkan Dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
55. di tempat Yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang berkuasa melakukan sekehendakNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------
mudah-mudahan kita mendapat iktibar akan Firman-firman Allah buat para hamba-hambaNya yang celik mata hati.
melayu juga tidak terkecuali dari menerima azab Allah tidak kiralah apa parti yang di anggotainya.
jika parti itu mengajak kepada mengesakan Allah & mengikut sunnah Rasulullah...maka Alhamdulillah.
jika parti itu mengajak kepada kemungkaran & berlawan dengan sunnah Rasulullah...maka bertaubatlah sebelum nyawa terlepas dari ghar-ghar...
mudah-mudahan kita semua mendapat taufiq, hidayah serta rahmat dariNya dan tidaklah kita tergolong kedalam golongan yang menzalimi diri sendiri serta golongan yang sibuk memanjang-manjangkan fitnah tanpa usul periksa sehingga kita lupa fitnah yang kita sebarkan itu mengenai orang-orang yang benar-benar beriman & bertaqwa di kalangan kita..

Tuesday, July 26, 2011
Adakah Kita Bertuhan Selain Allah...
salam sejahtera,
kita cuba mencari keadilan dalam kehidupan.
moga kita menemui keadilan sejati sebagaimana adilnya Allah terhadap setiap makhlukNya.
namun keadilan yang kita cari semasa kita berada di dalam ruang kezaliman sudah pasti tidak akan kita temui.
kita cuba berlaku adil pada diri dalam satu masa dan dalam masa yang sama kita tidak berlaku adil pada orang lain.
hidup kita yang tidak berpandukan Al-Quran serta Sunnah mahu kita jadikan sandaran kayu ukur akan keadilan.
ianya sudah pasti akan menyesatkan walau kita hidup seribu kali, kita akan terus tidak nampak kepada keadilan.
kita pasti tidak berlaku adil jika diri masih ada memihak kepada sesuatu perkara.
untuk berlaku adil, kita perlu melihat semua aspek secara jujur, namun ianya sukar untuk kita perolehi kerana hati kita sudah berpihak kepada sesuatu.
dan di saat itu sebenarnya, Allah telah memusingkan hati kita mengadap ke arah mana yang kita suka.
untuk berlaku adil, keikhlasan adalah kunci utama.
bolehkah kita ikhlas membantu sekiranya kita tidak mampu memberi dalam keadaan kita mahukan penerima mendapat terbaik lebih dari kita?
adilkah kita jika, Allah Robbul Jaleel tetap memberi peluang kepada hambaNya yang engkar untuk terus hidup dan kembali bertaubat..sedangkan kita sudah ada sedikit prasangka terhadap orang yang tidak sehaluan dengan kita?
pernahkah kita terfikir, adakah kita ini hidup sehaluan dengan apa yang Allah kehendakki?
pernahkah kita terfikir, adakah kita benar-benar mengikuti sunnah Rasulullah dalam diri & kehidupan?
sebenarnya kita sudah lama hidup dalam kesyirikan...menduakan Allah setiap detik, setiap masa.
kita hina orang yang mengikuti sunnah semata-mata kerana dia tidak sehaluan dengan kita.
kita hina orang yang cuba mendekatkan diri dengan Allah hanya kerana dia tidak sebulu dengan pandangan kita.
kita terus berprasangka dengan orang-orang yang tidak menerima pendapat kita...
bukankah kita sendir yang mencipta ketidakadilan dan dalam masa yang sama kita kununnya mencari keadilan?
saya pernah bertanya soalan pada semua; siapakah di antara 2 orang yang mengucap kaliamah syahadah lalu berbunuhan sesama sendiri yang akan masuk ke syurga?
ya, 2 orang islam yang mengucap dua kalimah syahadah - seorang berusaha memperbaiki diri dan seorang terus hidup dalam kemaksiatan...namun keduanya mengucap dua kalimah syahadah..
dalam keadaan dunia yang penuh fitnah, janganlah kita sibuk untuk menjadi penyebar fitnah yang sama-sama tidak kenal halal haram...dosa & pahala.
Rasulullah sendiri tidak pernah mengatakan siapa akan ke syurga dan siapa akan ke neraka... Baginda hanya menunjukkan ciri-ciri ahli syurga dan Baginda secara terang telah ditunjukkan ahli-ahli neraka semasa isra' & mikraj.
ini pulak kita... baru kenal tikar sembahyang/sejadah selama setahun, sudah pandai menunjuk siapa ke neraka & siapa ke syurga... sedangkan kita tahu ciri-ciri ahli neraka & ciri-ciri ahli syurga namun kita tidaklah boleh menentukan penghujung hidup seseorang itu... maka atas dasar itu, semasa dia menunjukkan ciri-ciri ahli neraka, maka janganlah kita ikut...dan ikutilah seseorang yang ada ciri-ciri ahli syurga...
jelas terang lagi nyata, semakin kita berilmu semakin serabut untuk kita memahami hakikat kehidupan, hakikat ibadah & hakikat pengabdian diri kepada Allah.
adakah kita ada 'udang disebalik batu' dalam kehidupan ini?
kita takut untuk menyatakan pendirian, dan menunggu di saat-saat akhir untuk kita nyatakan pendirian kita...
jika sedemikian, maka kita ini tidak ubah bersifat dengan sifat orang-orang munafik dan tidak tetap pendirian.
hidup ini berpandu kepada kehendak Allah.
maka jika ada kehendak lain selain kehendak Allah yang kita ikuti...maka itulah manifestasi bahawa kita bertuhankan selian dari Allah.
dan orang yang bertuhan selain dari Allah itulah orang-orang yang syirik yakni menduakan Allah, dan merekalah orang-orang yang kuff/kafir serta munafik, lagi zindiq serta fasik...
moga kita segera bertindak melaksanakan muhasabah diri dan segera bertaubat agar kesesatan yang kita lalui tidak jauh dan dapat kembali semula ke jalan yang lurus...insyaallah.

Monday, July 25, 2011
Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak....
salam semua,
Alhamdulillah, insyaallah dengan keizinan Allah s.w.t dapatlah kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak setelah setahun ia meningggalkan kita.
sementara masih ada masa berbaki di bulan Syaaban ini, maka teruskanlah solawat & salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah dengan penuh iltizam agar dapat menghayati, mencontohi serta mengadaptasi sifat-sifat agung Rasulullah s.a.w ke dalam diri kita kerana Bagindalah sebaik-baik contoh serta role model untuk setiap umat manusia.
apa persiapan Ramadhan kali ini?
adakah kita bersedia atau Ramadhan kali ini akan kita lalui sama seperti Ramadhan tahun tahun lalu?
persediaan yang harus kita lakukan ialah persediaan mental, emosional, spiritual serta fizikal.
apa yang ada di bulan Ramadhan ini?
bulan Ramadhan ini adalah bulan seribu rahmat, penuh dengan hadiah-hadiah buat hamba-hambaNya yang benar-benar taat & ikhlas dalam beribadah dan benar-benar mahu berubah menjadi insan kamil...
hidupkanlah Ramadhan kali ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah dengan penuh kesungguhan dan hiasilah rumah-rumah dengan cahaya-cahaya zikrullah serta wirid-wirid yang berpanjangan serta hidupkanlah ibadah malam dengan penuh kekusyukkan demi mendapat keredhoan dari Allah dunia & akhirat... insyaallah.
jangan sama sekali menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita beristirehat kerana tatkala tiba sakratul maut nanti tanpa dalam pengetahuan kita, maka kita akan menyesal sepenuhnya kerana gagal memenafaatkan Ramadhan yang dilalui.
moga kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan Nur Ilahi..insya allah.
salam Ramadhan buat semua..

Monday, July 04, 2011
Nak tolong Melayu bukan dengan cara gertak!
salam semua...
menghampiri tarikh 9 julai 2011, keadaan atau suasana rencana atau berita atau kempen media massa kongkongan kerajaan memerintah sangatlah memualkan.
dari pujukan mesra, hingga ke tahap mengertak dengan amaran demi amaran.
saya tidak mengikuti propaganda kerajaan-kerajaan yang tumbang diserata pelesok dunia sebelum ini... saya tidak tahu samada kerajaan mesir menggunakan semaksimanya media-media massa yang mereka kawal, saya juga tidak pasti samada kerajaan tunisa menggunakan media massa mereka dengan cara gertakkan demi gertakkan terhadap rakyat yang digolongkan sebagai puak penentang.
apapun...semua kerajaan mempunyai strategi tersendiri dalam mengekalkan kuasa dan menghadapi tentangan dari pencabar mereka.
kalau di myanmar, kerajaan junta tentera mengamalkan sistem komunis, maka mesir pula mengamalkan sistem demokrasi kongkongan....
pokok pangkal, semua kerajaan akan menggunakan semua 'avenue' atau cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya.
di malaysia, kaum utama ialah melayu... melayu di malaysia bersiasah menerusi parti-parti pilihan mereka sendiri, samada mereka menyertai umno, pas atau pkr, ada juga yang menyertai dap, gerakan dsbnya... pokok pangkalnya mereka percaya apa yang mereka lakukan untuk sebab-sebab serta tujuan tertentu yang hanya mereka menyakininya.
menghampiri tarikh 9 julai 2011, media massa di malaysia sudah mula kempen gertak mengertak... gertak untuk ditahan di bawah ordinan akta rahsia rasmi atau ISA, gertak tak dapat bantuan atau tarik balik bantuan dsbnya... pokok pangkalnya ialah kalau kau tak sokong kami, SIAP!....
begitulah manifestasi cara kerajaan memerintah untuk mengekalkan kuasa yang ada.
di awal perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu, umat melayu bersatu semata-mata mahukan kemerdekaan.
pasca kemerdekaan, umat melayu mula melahirkan aspirasi-aspirasi tersendiri mengikut kehendak yang diyakini, maka timbullah parti-parti siasah untuk menjadi platform perjuangan mereka.
pasca kemerdekaan juga menyaksikan betapa, parti-parti melayu yang tidak sebulu dengan umno akan diperas dan digertak dengan quantum tertentu.
kuasa adalah segala-galanya....terlalu berkuasa, maka jurang korupsi serta kronisme serta mengaut kekayaan semakin meluas.
segelintir pemimpin melayu tidaklah mudah lupa, namun dorongan untuk menghimpun harta membuatkan mereka lupa akan matlamat utk memajukan kaumnya sendiri.
pemimpin ini dikelilingi oleh tauke-tauke dari tanah besar china yang mempunyai banyak modal untuk menjalankan perniagaan.
nafsu yang membara untuk hidup senang setelah susah dijajah membuatkan 'melepaskan diri sendiri' dulu adalah keutamaan dalam setiap transaksi perniagaan.
maka jurang melayu kaya dengan melayu miskin semakin luas...buktinya, 30% penguasaan melayu dalam bidang ekonomi hanya tinggal mimpi yang ngeri...
melayu penyokong tidak boleh pandai dari pemimpin mereka.
kalau ada yang pandai, akan dicantas atau dipetisejukkan atau diberi suapan dalam bentuk jawatan dan sedikit harta....
yang lain, akan terus digertak-gertak...
berbagai omokan demi omokan dituju kepada bangsa melayu yang kurang cerdik....
adakah ini penyelesaian kepada semenanjung tanah melayu?
atau ini adalah kemestian yang perlu diterima oleh orang melayu?
orang melayu perlu pandai...
orang melayu perlu cerdik dan celik...
orang melayu boleh bangkit...
dengan syarat...
pemimpin melayu perlu jujur, amanah, telus dan bijaksana...
serta paling penting tidak mengamalkan politik gertak...ala-ala gangster....
dan kalau ada masa, pemimpin melayu perlu mendalami agama yang dianutinya... memahami perjalanan sistem pemerintahan Rasulullah dan para sahabat... bukannya mengikut acuan yahudi & nasrani..
begitulah hakikatnya...

Friday, July 01, 2011
Pemimpin Melayu Gagal....
salam buat semua...
coretan ini mungkin tidak disenangi oleh segelintir puak namun ianya adalah hakikat yang perlu diterima walau secara lansung atau tidak.
bercakap tentang melayu di bumi malaysia ini, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa melayu adalah kaum yang paling utama dan pemilik bumi ini sebagaimana nama asal malaysia iaitu semenanjung tanah melayu.
itu adalah bukti kukuh bahawa melayu adalah bangsa yang memiliki secebis tanah di atas dunia ini dan berhak sepenuhnya ke atas tanah itu.
di malaysia, melayu berparti atau bersiasah untuk memerintah kerana itu adalah antara syarat kemerdekaan yang dituntut dari pihak british dahulu.
kaum melayu kemudiannya menubuhkan parti dan menamakannya sebagai united malay national organization ataupun umno.
atas platform parti itu melayu mendapat mandat untuk memerintah dan mengetuai kaum cina & india dalam sebuah masyarakat majmuk.
namun atas dasar demokrasi dan kehendak manusia yang pelbagai, maka muncullah parti-parti lain selain dari umno, tidak kira dari kaum melayu itu sendiri atau cina mahupun india...ini hakikat demokrasi.
sejak 50 tahun lampau parti umno dan gabungannya, yang terbesar iaitu mca & mic yang mewakili kaum cina & india telah memerintah.
segala perbendaharaan negara milik rakyat telah diamanahkan kepada gabungan ini untuk dimanafaatkan agar negara terus maju dan berkembang.
kaum melayu melalui perubahan demi perubahan sejajar dengan perubahan demi perubahan negara.
kaum cina & india juga turut menikmati hasil dari kemajuan negara dari masa ke semasa.
kaum melayu menerusi umno terus mendapat mandat sebagai pemimpin negara dan penentu halatuju negara.
kaum melayu yang sebahagian besarnya bernaung dibawah umno, terus memberikan sokongan kepada parti dengan harapan segala perkara yang melibatkan pembangunan, hal ehwal agama & ekonomi dapat dipertingkatkan serta dimajukan dari masa ke semasa dan dalam keadaan sentiasa berada di hadapan berbanding kaum cina & india.
tahun demi tahun terus berlalu, dasar demi dasar terus dilaksanakan demi memastikan hasarat, tujuan & objektif kaum melayu terjaga dan terus tercapai.
kini, setelah 50 tahun, melayu masih lagi memerlukan tongkat untuk berjalan..tongkat itu bukanlah merujuk kepada 'tak larat'nya berjalan akibat tua atau sakit tetapi merujuk kepada ketidakmampuan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum yang lain.
itu hakikatnya kini.
amanah yang diberi kepada pemimpin kaum melayu ini seolah-olah begitu sukar untuk dipikul walaupun mereka menyedari bahawa melayu adalah pemimpin rakyat negara ini.
apa masalahnya?
masalahnya ialah apabila pemimpin mempunyai banyak kepentingan yang lain selain kepentingan utama iaitu memertabatkan bangsa dari segi kepimpinan, ekonomi dan pegangan agama.
tiada apa yang orang melayu boleh banggakan kerana kini, ekonomi telahpun dikuasai oleh bangsa lain.
50 tahun yang berlalu sangat-sangat dibazir hanya dengan memenuhi kantong diri sendiri serta kroni.
orang melayu masih duduk di tanah-tanah orang lain, di rumah-rumah haram dan yang sedikit mampu, duduk dirumah-rumah pangsa atau flet.
50 tahun penuh dengan kegagalan demi kegagalan.
kemajuan orang melayu bukan boleh diukur dengan ketinggian KLCC.
kemajuan orang kampung bukan boleh diukur dengan kecanggihan KLIA.
orang melayu terus mundur semundur-mundurnya kerana pemimpin-pemimpinnya sibuk memuaskan kehendak selain dari kaumnya sendiri.
begitulah....
pemimpin melayu masih gagal...

Monday, June 20, 2011
Di Hujung Dunia, Di Pintu Barzah, Di Ambang Akhirat...
salam semua,
melihat keadaan dunia sekarang..jelas terang lagi nyata bahawa kita sedang berada di penghujung dunia.
Rasulullah bersabda dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, "Umatku akan ditimpa oleh penyakit-penyakit yang pernah ditimpa oleh umat-umat terdahulu". Sahabat bertanya, "apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu Ya Rasulullah?". Nabi s.a.w menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah 1) terlalu banyak berseronok, 2) terlalu bermewah-mewahan, 3) Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5) Saling marah-memarahi, 6) Hasud menghasud sehingga berzaliman antara satu sama lain."
lihat kiri & kanan kita.... terlalu banyak program-program yang menyeronokkan.
lihat kiri & kanan kita.... ramai dikalangan kita yang hidup bermewah-mewahan
lihat kiri & kanan kita.... amat ramai dikalangan kita yang berebut-rebut menghimpun harta
lihat kiri & kanan kita.... luputnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri lantaran merebut harta-harta di dunia ini sehingga sanggup tipu menipu antara satu sama lain.
lihat kiri & kanan kita.... sudah lenyap budi bahasa dan kehormatan sesama manusia sehingga komunikasi antara sesama ialah dengan mode kemarahan.
lihat kiri & kanan kita.... hasud menghasud adalah lumrah kehidupan dan makanannya ialah fitnah berleluasa sehingga menghasilkan kezaliman antara sesama kita.
benar, kita sedang berada di hujung dunia.... dan sentiasa berada di pintu barzah sementelah kita sedang berdiri di ambang akhirat.
tiada apa yang boleh kita banggakan... melain, dunia serta hawa nafsu benar-benar telah menipu kita.
jarang kita membaca al-quran... jika membacanya sekalipun, ianya tidak kita jadikan sebagai panduan hidup akibat tidak mahu tahu akan makna serta tafsirannya.
membaca al-quran sudah menjadi rutin harian bagi yang selalu membacanya...
jauh sekali mahu memahami maksud yang terkandung di dalamnya...
maka amatlah sukar untuk kita terapkan serta jadikan panduan hidup..
segala yang berlaku di atas dunia ini semuanya ada termaktub di dalam al-quran.
kisah tentang diri serta amanah & tanggungjawab
kisah tentang kekeluargaan..
kisah tentang kenegaraan...
kisah tentang ketaatan...
kisah tentang manusia-manusia yang hanyut dan engkar..
kisah tentang kefasikan dan kemunafikan manusia...
kisah tentang perjalanan kita di atas muka bumi ini...
semuanya ada.....melainkan kita tidak mahu tahu atau menidakkannya...
bilakah masa untuk kita bangkit dari lamunan yang panjang ini?
lamunan haloba dan tergila-gilakan harta, wanita serta tahta ini?
bilakah masanya untuk kita kembali?
kembali kejalan yang lurus, jalan yang penuh dengan onak-duri ranjau berliku di dunia tetapi ianya hanya alasan bagi mereka yang tidak beriman..
hentikan bersikap seperti manusia yang menidakkan al-quran walau mereka membacanya...
jangan ikuti jejak langkah mereka-mereka yang terdahulu yang ditimpa penyakit lalu tidak menjumpai ubatnya kerana mereka sering beralasan...
jangan jadikan alasan itu sebagai jalan-jalan lurus ke neraka.
jangan biarkan kita terus tergolong ke dalam golongan yang rugi...
bangkitlah..sesungguhnya kita benar-benar sedang berada di hujung dunia, di pintu barzah dan di ambang akhirat...
jangan tertipu dengan permainan nafsu yang terus membujuk dengan hiasan yang indah-indah.... kerana semuanya adalah fatamorgana...

Wednesday, May 25, 2011
Aku Solat Kerana 27.....
salam semua...
dari kecil lagi kita diajar serta diasuh tentang perihal solat...
ajaran atau asuhan ini mungkin dari ibubapa sendiri, atuk nenek, rakan taulan mahupun tv atau vcd.
peringkat awal kita di ajar tentang cara bersolat.
peringkat awal juga kita di dedahkan betapa meninggalkan solat itu satu dosa.
kemudian setelah tahu mengerjakan solat, kita didedahkan betapa solat berjemaah itu besar pahalanya.
kita di dedahkan betapa jika kita bersolat berjemaah, kita akan mendapat 27 kali lipat pahala berbanding solat bersendirian.
kemudian, kita sesekali tertanya apakah maksud atau rasanya 'zuk' atau khusyuk dalam solat kita.
kita kemudiannya mencari-cari jawapan atau cara-cara bagaimana untuk 'khusyuk' dalam bersolat.
mungkin kita bertemu guru yang memberi tips-tips khusyuk solat.
mungkin kita bertemu rakan-rakan yang arif lantas berkongsi solat khusyuk mereka.
mungkin kita mula mencari bahan-bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh membantu untuk kita merasai khusyuk dalam solat.
kita terus mencari dan belajar.
dalam pada itu kita terus berpegang kepada pahala 27 jika kita bersolat jemaah.
benar Rasulullah ada bersabda tentang lipatan 27 jika kita bersolat jemaah.
namun apa yang kita boleh saksikan, solat jemaah yang ramai ini hanya berlaku pada bulan ramadhan, solat hari raya dsbnya.
selebihnya kita bersolat sendirian atas pelbagai alasan sendiri.
cuma saranan Rasulullah agar ummatnya mendirikan rumahtangga adalah salah satu lorong yang memungkinkan kita tidak terlepas atau gagal ke mesjid atau surau untuk berjemaah.
elok bersolat jemaah bersama ahli masjid atau surau..
eleok juga solat jemaah bersama ahli keluarga kerana kita boleh berkongsi pelbagai kisah iktibar sebaik kita selesai berjemaah bersama mereka.
persoalan?
adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu adalah hanya kerana Allah s.w.t?
adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu perlu khusyuk?
adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu adalah penyaksian hakikat pengabdian kita kepada Allah Azza Wajalla?
persoalan?
adakah 27 lipat pahala yang kita kejar atau Allah yang sedang menanti untuk disembah perlu kita dahulukan?
adakah kewajipan bersolat itu sudah jadi kebiasaan yang hilang rasa 'nyerr'nya?
atau kita mungkin dari awal lagi tidak nampak keperluan bersolat?
maka...
bersolatlah hanya kerana Allah Azza Wajalla... bukan kerana 27 lipat...
27 lipat itu adalah imbuhan yang akan kita perolehi hanya dengan izinNya..
maka fokus utama ialah...mengerjakan solat hanya kerana Allah sebagai satu kewajiban pengabdian... tanda bahwa kita adalah hamba-hambaNya yang benar-benar rukuk serta sujud sebagaimana yang Dia kehendaki..

Tuesday, May 24, 2011
Menjemput Wali Allah ke rumah...
salam semua...
pernah dengar ungkapan 'Baiti Jannati'? atau rumahku syurgaku?
mungkin kita pernah dengar malah turut serta dalam kempen-kempen 'mensyurga'kan rumah kita.
syurga sebagaimana yang kita ketahui dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih dan segala apa yang Allah janjikan terdapat disyurga.
syurga adalah lokasi tujuan setiap hamba-hambaNya yang benar-benar percaya atau separa percaya.
hatta orang jahat sekalipun, memang mengimpikan untuk masuk syurga sehingga hampir tiada yang sanggup ke neraka walau sejahat manapun manusia itu.
persoalan... adakah rumah kita itu memang menjadi syurga bagi kita? atau ianya adalah neraka yang panas buat diri kita dan keluarga?
syurga dapat kita manifestasikan sebagai satu tempat yang aman, nyaman, tenteram dan seronok serta bahagia buat penghuninya.
apatahlagi Allah telah mencabut 'nafsu' dari setiap penghuninya.
syurga juga adalah tempat tinggal para wali-wali Allah selain hamba-hambaNya yang beriman.
wali-wali Allah adalah insan-insan yang terpilih untuk melaksanakan tugasan-tugasan mereka di dunia ini hatta di alam semesta.
tugasan-tugasan mereka bergantung kepada kekuatan, kepandaian mereka sewaktu di dunia.
wali-wali Allah dipilih oleh Allah berdasarkan kriteria-kriteria yang hampir sama bagaimana Allah memilih para Nabi & Rasul.
maka beruntunglah mereka-mereka yang diangkat atau dipilih oleh Allah untuk menjadi waliNya.
tak perlulah kita hurai lebih lanjut tentang wali-wali Allah ini, cukuplah kita mengetahui bahawa mereka-mereka ini insan-insan istimewa dan terpilih yang sentiasa ada disekeliling kita, memerhati, membantu, menunjukcara dengan cara dan keizinan yang Allah berikan...tidaklah kita boleh mengarah mereka, dan tidaklah boleh mereka mengarah kita..yang boleh hanya sama-samalah kita bersama para wali-wali ini sujud beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki..
persoalan....
adakah rumah yang bergelar syurga akan dikunjungi oleh para wali-wali Allah?
insyaallah..dengan izin Allah, para wali-wali Allah ini selalu mengunjungi rumah-rumah yang sentiasa bercahaya dan berkilauan, yang penuh dengan zikrullah serta aman dan tenteram keadaannya.
perkara ini terhasil tatkala isi rumahnya, tunduk, sujud serta beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki.
jika kita berupaya dengan bersungguh untuk memakmurkan rumah kita dengan ibadah-ibadah yang Allah sarankan, maka insyaallah tiada yang mustahil rumah kita mendapat taraf 'syurga' di dunia ini.
sedikit soalan....
adakah kita sering bersolat jemaah dengan ahli keluarga?
adakah kita sering bertafakur, berzikir dan mentelaah al-quran dirumah bersendirian atau bersama-sama ahli keluarga?
adakah kita sering menjemput para tetamu untuk bersama-sama berzikir, memuji-muji Allah di rumah dan menjamu mereka dengan juadah semampu kita?
adakah kita sering mengadakan majlis-majlis ilmu bersama keluarga selepas solat maghrib sementara menanti isya'?
kita tahu, rumah-rumah yang sentiasa ada isinya memuji-muji Allah...rumah itulah menjadi tumpuan dan kunjungan para malaikat & wali-wali Allah...
maka berbahagialah ahli-ahli rumah yang sering dikunjungi oleh para wali-wali Allah...
wasalam..

Friday, May 06, 2011
Sifir Mudah Kehidupan...
salam hujung minggu buat semua..
tiada apa kepayahan dalam kehidupan ini selain dari melawan seterusnya menakluk hawa nafsu..
nafsu tidak selama-lamanya akan menjadi musuh kita...
bermula dengan mengenali diri kita dari aspek kekuatan serta kelemahan hatta tugasan di atas muka bumi ini dan seterusnya mengenali hawa nafsu serta tabienya sehingga kewaspadaan kita setelah berjaya menakluknya.
sebahagian besar masa yang kita lalui di dalam kehidupan adalah dengan 'melayan' hawa nafsu...
samada kita berjaya melawan atau kita yang tertawan..nafsu tidak boleh dipisahkan dari diri kita.
Rasulullah pernah & sering berpesan tentang hawa nafsu - Baginda berpesan betapa hawa nafsu perlu dilawan dengan sepenuh jiwa & raga dan lawanlah hanya kerana Allah Taala...sehingga ianya berketegori 'jihad' laksana turun ke medan perang.
sukar untuk kita melawan hawa nafsu?
atau sememangnya kita tidak mahu berpisah dengan hawa nafsu.
benar, hawa nafsu bersifat suka membuai-buai sehingga diri seseorang itu hanyut dalam alam 'fantasi' atau fatamorgana.
dan seringkali buaian hawa nafsu itu berakhir dengan kesedihan, kekecewaan, kemarahan serta paling malang kehilangan nyawa.
strategi melawan hawa nafsu tidaklah sesukar yang kita jangkakan.
ianya hanya menuntut kekuatan diri untuk berubah.
ianya hanya memerlukan fokus lebih sedikit dari biasa.
ianya hanya memerlukan tindakan yang berterusan dan berkekalan.
mudah bukan?
atau masih berfikir lagi cara dan perlaksanaan jihad tersebut?
kecekapan diri dari sudut mental, emosional, spiritual serta fizikal memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menakluk nafsu.
seorang yang hanya berfikir sekadar 'satu lapisan' sahaja atau tidak mahu memikirkan hikmah setiap sesuatu perkara adalah seorang yang lemah akal.
seorang yang gagal mengimbangi darjah turun naik emosi dan sering terbawa-bawa dengan perasaan yang melampau adalah seorang yang tidak stabil.
seorang yang rendah keyakinan diri serta rendah semangat untuk membina kekuatan dalaman adalah seorang yang mati sebelum masanya serta tidak berupaya memberi kesan kepada perubahan diri.
seorang yang lemah dari sudut fizikal terutamanya dalam konteks penggunaan anggota dan deria rasa adalah seorang yang riak sombong serta takbur atas anugerah yang diberikan Allah kepada diri.
cuba kita perhatikan bagaimana 'sempurna'nya diri seseorang itu dicipta Allah agar dia dapat memikul tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini dengan cekap dan berkesan.
kehidupan boleh berbelit-belit dan boleh jadi mudah serta ringkas.
apa sifirnya?
sifirnya ialah memahami hakikat kehidupan yang merangkumi 3 perkara;
1. tujuan kita hidup.
2. tugasan yang kita perlu laksanakan.
3. bagaimana cara terbaik untuk kita laksanakan.
bukankah tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah?
bukankah tugasan yang perlu kita laksanakan perlu berlandaskan kepada Al-Quran & Sunnah?
bukankah memberi yang terbaik dan bermula dengan yang mudah itu satu sunnah?
:-)
Tuesday, April 05, 2011
Astaghfirullah..Lailahaillallah!!...Apa nak jadi Malaysiaku??
astawfirullah.....
Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..
Ya Allah...kami telah mencemar bumi ciptaanMu ini Ya Allah..
Ya Allah...kami telah menzalimi diri kami sendiri Ya Allah..
Ya Allah...benar sabda RasulMu Muhammad Rasullullah...kami sedang berada di alam fitnah..
Ya Allah...fitnah kini menjadi asam garam hidup kami Ya Allah..
Ya Allah...keseluruhan hidup kami diselaputi oleh fitnah.. fitnah mata, fitnah hati, fitnah lafaz, fitnah perbuatan, fitnah janji, fitnah hiburan, fitnah ulamak, fitnah umarak, fitnah amanah, fitnah rasuah, fitnah fitnah dan fitnah...
Rosak teruk generasi kehadapan dengan perkara ini...
MasyaAllah..untuk apa ini?
Adakah kita ummat islam yang bersaudara?
Atau jelas kita berpecah dan terus berpecah..
Di mana aqidah kita?
Siapa yang melakukan ini nyatalah bukan seorang muslim mukmin...
Yang bersubahat dengan perkara ini juga turut akan menerima balasan dari Allah...
Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah...
Seorang islam yang beriman serta faham akan agamanya tidak akan melakukan perkara sebegini..
Bagaimana untuk kita keluar dari zaman fitnah ini?
Tidak cukupkah peristiwa-peristiwa berbentuk amaran-amaran dari Allah yang berlaku di sekitar kita dapat memberikan pengajaran serta menginsafkan seterusnya memberi kefahaman akan kekuasaan Allah terhadap semua hambaNya?
Sekiranya perkara sebegini berterusan, maka inilah bukti betapa ceteknya ilmu agama di kalangan pemimpin-pemimpin Islam negara kita...
Bermain dengan perkara fitnah..
Menuduh tanpa siasatan...
Menghukum tanpa bicara..
Maka oleh kerana hamba-hamba itu telah 'mengambil' tugas Allah sebagai Yang Maha Menghukum, maka nantikan saat kehancurannya...sebagaimana dimusnahkan kerajaan-kerajaan terdahulu akibat dari fitnah dan kefasikan serta kejahilan dalam pemerintahan...
Lailahaillallah...Na'uzubillah hi min zalik..
Friday, March 25, 2011
Aku Ingin Sendiri....
Ku renung jauh birai ufuk langit
Tak sejauh itu usiaku berlalu
Darah merah pekat mengalir terus
Tanah basah kering berlumpur lalu
Ku lihat ramai ke hulu ke hilir
Bersama agenda detik dan masa
Ada yang punya dunia di dada
Ada yang hilang dijerat masa
Udara itu masih ku hirup
Nafas ini masih bertali
Tidurku masih bermimpi
Langkahku masih berbekas
Sesekali dahiku berkerut
Tersentak sebak dan sedih
Melihat manusia berkaki empat
Otak di lutut najis di kepala
Ku berhenti di sepohon ara
Bertemu sahabat guru dan aula
Sempat bertanya sepatah dua
Akan jalan kembali ke sana
Berkias cerita hidup sempurna
Memaham maksud cahaya utama
Hilang cahaya dek kerana cahaya
Gemilang kilau tidak tertahan
Ku galas bekal di bahu
Buat suluhan setiap waktu
Kerna hidup tanpa wahyu
Ibarat si buta dengan cahaya
Detik ini pantas berlalu
Tidak menunggu tidak termanggu
Hanya yang peka dapat menelah
Apa tersembunyi di sebalik waktu
Saat ini ku masih sendiri
Membawa diri sebatang kara
Di bumi Tuhan aku berbakti
Kepada Tuhan aku kembali
uluyambharu
23mac2011
Thursday, March 24, 2011
Beribu Suruhanjaya di Malaysia... siasat jgn tak siasat... :-)
salam semua..
mari kita belajar sejarah...
saya ambil dari blog seorang penulis terkenal...
".... ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;
1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lisbian).
13. Siasatan juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasata juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.
Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat....."
baca seterusnya di sini...
mmmm... apa nak buek, taik kambing bulek-bulek, gentil gentil buek ubek..

Sex, Sins & City @ Video 'Auta' vs Fakta....
salam semua,
doa saya moga Allah mengampuni kita semua dari saratan fitnah demi fitnah yang menyelubungi langit bumi Malaysia yang bertuah ini...
doa saya moga Allah menerima taubat-taubat yang kita panjatkan buat sekian kali lamanya lantaran dosa-dosa yang kita lakukan seolah-olah tiada tuhan dalam diri dan kita tidak akan dibicarakan di padang mahsyar...
doa saya moga pintu-pintu hati yang tertutup rapat akan dibuka oleh Allah agar menerima kebenaran walau ianya pahit untuk ditelan...
doa saya moga jihad yang kita laksanakan sentiasa berada pada 'mode' tahap tinggi agar tidak mudah tewas dengan tiupan nafsu yang bergelora yang datang bersama syahwat, duit serta pangkat...
malas nak cerita panjang.... mari kita lihat beberapa fakta yang mungkin kita tidak tahu mengapa jadi kalut perjalanan kehidupan, sistem pemerintahan serta ekonomi keluarga dan negara dewasa ini...
------------------------------------------------------
sedutan tulisan...
" Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.
Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank."
tulisan penuhnya, sila klik di sini...
maka buatlah pilihan... mahu ke mana kita? mahu jadi apa kita? apa nasib anak-anak bangsa? adakah agama akan jadi perkara penghabisan dalam kehidupan kita?...
fikir-fikirkan..

Tuesday, March 08, 2011
Mengejar Impian...
salam semua...
setiap manusia punya impian...
setiap manusia mengejar impian siang dan malam, setiap saat dan ketika...
setiap manusia terus hidup dengan impian...
impian yang dicapai akan terus dibuai oleh impian baru....
adakah impian kita mahu kaya raya??
atau impian kita untuk jadi orang yang berjaya??
atau impian kita untuk melunaskan kehendak hawa nafsu setiap masa??
atau impian kita untuk 'hit jack pot' dengan modal yang sikit tanpa perlu lansung bekerja??
atau impian kita mahu jadi islam yang liberal boleh buat sesuka hati janji tak kacau orang???
adakah impian kita itu berada dalam kerangka diredhoi olehNya juga satu persoalan..
terkadang kita jauh terpesong dalam mengejar impian.
impian mampu direalisasikan oleh sesiapa sahaja.. dengan izin Allah.
impian baik, impian buruk menjana tenaga dalaman untuk dipancarkan...
Allah akan perkenankan setiap impian hambaNya dengan ikatan bahawa hambaNya akan bertanggungjawab penuh di atas setiap impian yang direalisasikan itu...
kita tidak boleh lari dari hakikat ini...
walau seinci...
dan ramai juga yang mengimpikan.....
cahaya keimanan.....
pemimpin yang beriman, bertaqwa dan tawadduk...
serta zuhud...
agar rakyat sentiasa berasa selamat dunia dan akhirat...dan kita tidak boleh ketepikan impian ini...
untuk kurus....
serta paling penting ini....
menjadi hamba-hamba yang tunduk, sujud, beribadah sebagaimana yang dikehendakki olehNYA..
Subscribe to:
Posts (Atom)