Friday, October 25, 2013

Ahli Syurga

tidaklah sama orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk masuk ke syurga..

dengan...

orang-orang yang merasakan dirinya ahli syurga.

bezanya antara kedua golongan ini adalah pada taqwa yakni usaha di atas keyakinan.

ada yang berusaha tetapi kurang yakin.
maka, golongan ini hanya melepas batuk ditangga malah boleh jatuh tahap menipu diri sendiri atau munafik.

perlu diingat, keyakinan itu melebihi kepercayaan.

:-)

Wednesday, October 23, 2013

Brunei Laksana Hudud

Alhamdulillah.

Tahniah ke bawah DYMM Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hasanal Bolkiah.
Syabas buat semua rakyat Brunei Darussalam.

Moga Allah Merahmati kalian semua.. In Sya Allah.




Tuesday, October 22, 2013

Hamba Allah yang baik.

berusahalah untuk menjadi hambaNya yang baik.
berusahalah untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

hidup ini adalah ujian.
ujian buat setiap hambaNya untuk membuktikan diri mereka hidup seperti yang dikehendakiNya.

sabar dan cekallah dalam menghadapi setiap ujian dengan baik.
mohonlah kekuatan dariNya agar setiap ujian dipermudahkanNya dan kita berjaya mengharunginya dengan sempurna.

tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.
setiap kesilapan memberi pengajaran dan ilmu serta kefahaman buat diri kita untuk terus berjaya dalam ujian seterusnya.

terima, redho dan usaha untuk ikhlas dalam setiap amal perbuatan.
in sya Allah hidup akan terpandu.

Friday, October 18, 2013

Allah

selain Allah ada lagi 99 namaNya yang termaktub di dalam kita suci Al-Quran.

baik sekali mempertahankan nama Allah oleh orang-orang islam.
sangat baik mempertahankan nama Allah oleh orang-orang islam yang beriman.
namun orang-orang yang bertaqwa bukan setakat menjaga nama Allah, mereka malah mengikut setiap perintah Allah yang diturunkan menerusi Baginda Rasulullah saw.

dalam sesebuah negara, terutama negara Islam.. adalah menjadi keutamaan pemimpinnya memelihara nama Allah dengan baik dengan cara menurut perintah agama pada setiap ketika dan setiap keadaan.

adalah malang jika nama Allah itu hanya dijaga oleh perlembagaan atau undang-undang tanpa sebarang pengisian oleh hamba-hambanya.

itu perspektif saya.

Wednesday, October 16, 2013

Pilihan Hanya Satu : Agama atau Bangsa?

tiada perjuangan hebat selain dari berjuang menegakkan agama Allah yakni Islam.

jika ada perjuangan yang lebih hebat dari perjuangan menegakkan agama Allah serta menerappakai segala hukum-hukumNya, itu perjuangan yang sia-sia.

seorang manusia itu benar-benar merdeka seandainya mereka itu muslim.
seorang muslim itu benar-benar bertaqwa seandainya mereka itu mukmin.
seorang mukmin itu benar-benar hamba yang kamil seandainya mereka itu ikhlas.

dan hamba-hambaNya yang ikhlas itu adalah hamba-hambaNya yang redho lagi mencintai Allah.

kesyirikan berlaku setiap detik dan saat bilamana tercetusnya niat akan sesuatu itu selain dari kerana Allah.
kesyirikan berlaku setiap detik dan saat bilamana lafazan terungkap akan sesuatu melebihkan yang lain selain Allah.
kesyirikan berlaku setiap detik dan saat bilamana perbuatan itu menjurus kepada kepentingan selain Allah.

tolong peka dan ambil perhatian kerana perjuangan selain menegakkan agama Allah ini disukai oleh musuh-musuh Allah baik dari golongan jin serta manusia yg jelas atau tersembunyi keengkarannya.


Eid Adha : Korban, Berkorban & Pengorbanan

salam Eid Adha Al Mubarak buat semua.

..tiadalah daging, darah serta tulang itu sampai kepada Robbul Jaleel.
..yang sampai adalah ketaqwaan setiap hambaNya yang bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam beribadah.

apa pengorbanan kita yang paling hebat yang pernah kita lakukan?
adakah pengorbanan itu dapat mencapai tahap pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail, atau pengorbanan Siti Hajar?

adakah 'tahap' pengorbanan yang kita lakukan semakin meningkat atau semakin menurun?
atau kita masih dibelengu oleh kecintaan terhadap dunia yang tidak putus-putus?

cukuplah 'mensyirikkan' Allah dengan pelbagai alasan demi alasan... kerna dikhuatiri kita akan sampai ketahap menyembah diri sendiri yang merasakan sangat hebat dengan jawatan, kuasa serta harta juga pangkat dan keturunan.

sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.... dan tiadalah dikatakan taubat sekiranya kita masih melakukan perkara yang sama dan mengulangi lafaz taubat yang serupa..

kita tidak lebih dari 'menghina' Allah dan Rasulullah... sedang kita tanpa segan berpijak di bumiNya.

Wednesday, October 09, 2013

Salam Ketemu kembali.. :-)

Assalamualaikum..

lama tak ketemu.
saya ingin 'pulihkan' hubungan kita kembali dengan titipan dato' kadir jasin..
saya tak mahu mengulas tetapi bacalah sendiri..

http://kadirjasin.blogspot.com/2013/10/pemilihan-umno-peluang-terakhir.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails