Thursday, November 29, 2007

Ice Berg : Teori Diri zaman berzaman....



salam semua....

suka saya berkongsi teori yang sering digunakan oleh pakar-pakar serta pemikir-pemikir agung berkenaan 'ice berg'....

'ice berg' selalu merujuk kepada bahagian kecil yang boleh dilihat berbanding bahagian besar tang tersembunyi.... malah nisbah biasa yang digunakan ialah 10% boleh dilihat atau timbul, dan baki 90% yang tersembunyi...

teori ice berg ini saya ingin kaitkan dengan diri....

apakah 'nilai-nilai' diri kita yang terserlah? dan apakah yang tersembunyi?..
teori ini boleh membantu diri kita dalam mengenal potensi diri, melakukan muhasabah diri serta mengira risiko-risiko yang ada...

contoh: diri

1. apakah potensi diri yang telah kita serlahkan?.... kecantikan, kemahiran, pengetahuan, kecerdikan?

2. apakah potensi diri kita yang tersembunyi?........ penyabar, baik hati, rajin, kreatif, bersungguh-sungguh, taat dsbnya?

ada manusia yang menyembunyikan potensi diri masing-masing hingga ianya 'berkarat' dan tidak dapat di'manupulasi' untuk kecemerlangan diri..... dan apabila ditanya apakah alasan menyembunyikan potensi-potensi tersebut?... alasannya hanya satu iaitu 'malu', atau 'kurang yakin', atau 'rendah diri'....

berkali-kali saya ulangi, untuk menjadi seorang manusia yang hebat, kita perlulah berani... dan jika berani itu boleh di'skala' kan, biarlah ianya pada awalnya di skala 2 atau 3 sahaja... tidak perlu skala 8 atau 9...

sedikit keberanian akan menjana atau menjadi pemangkin kepada perjalanan hidup yang hebat...
ingat, 1000 langkah itu bermula dengan 1 langkah pertama...

bagaimana untuk melangkah?... sudah tentu dengan menggunakan kaki.... tidakkah kaki itu satu anugerahNYA untuk kita?....

jika kita tidak tahu mengggunakan kaki untuk melangkah.... amatlah malang sekali diri ini...

mengapa malang?... kerana kaki yang akan digunakan ialah kaki kita... kita yang mengawalnya...bukan orang lain... kita berhak ke atas kaki kita itu.... malanglah kita jika hendak melangkah pun kita perlu bantuan orang lain....

berbalik kepada teori ice berg...

mari lihat balik kepada diri... senaraikan potensi diri yang terserlah dan senaraikan potensi diri yang tersembunyi...
gerakkan yang tersembunyi atau tidur itu untuk bangun dan 'bertugas' dengan sebaiknya...

kita nescaya akan memperoleh menafaat yang sangat dahsyat cemerlang! percayalah...

melihat gambar ice berg satu hal...
mendapat ilmu darinya satu hal...
faham akan ilmu yang kita dapat satu hal...
mempraktikkan apa yang kita faham satu hal...

apa yang pasti... Tuhan tidak sesekali menjadikan sesuatu itu sia-sia...
melainkan manusia itu yang selalu kata "ni best.." "tu tak best..."... sedangkan mereka amat jahil untuk mencungkil apa 'hikmah @ ilmu @ kefahaman' yang Allah cuba sampaikan....

untuk memperoleh syurga, kita perlu 'bekerja keras'...
kat mana nak kerja keras tu?.... kat dunia ini...

jika tidak... senang ajer hidup ini.... :-)

saya doakan kita semua berjaya dengan cemerlang dan hebat!

wasalam

Tuesday, November 27, 2007

UPSR: setengah juta / limapuluhribu / limaribu....

salam semua...

tahniah buat semua calon-calon UPSR yang telah menerima keputusan masing-masing tempohari...

dari satu sudut saya melihat betapa memperoleh 5A bukan lagi tiket untuk ke sekolah berasrama penuh....

dari statistik.. 1/2 juta mengambil peperiksaan upsr, 50 ribu mendapat 5A dan hanya 5 ribu sahaja yang berpeluang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh...

untuk layak masuk ke sekolah berasrama; seorang pelajar itu perlu ada beberapa ciri lain seperti aktif dalam sukan selain mendapat 5A... dan yang pasti nisbahnya ialah 1 dari 10 pelajar layak ke asrama....

sangat, sangat, sangat kompetetif!! selalu kita dengar.... its the cream of the cream...

ya, begitulah ceritanya 'pertandingan' di alaf baru ini... sangat-sangat kompetetif dan sengit sekali.....

dan jika kita mengadaptasi 'kisah benar' di atas... dan apply di tempat kerja atau perniagaan kita... betapa kita perlu sedar... kita senantiasa berada di jurang perlumbaan yang sangat hebat....

mendapat A saha tidak menjanjikan apa-apa melainkan kita mendapat A plus plus plus (sepuluh kali plus)... barulah kita boleh memenangi perlumbaan hidup ini...

dahsyatkan..... kalau ikut hukum dunia... pergh... ini boleh buat 'mati'.... dan ada juga yang menggunakan ayat 'redho' terpaksa iaitu 'alah kat dunia biarlah mereka menang..nanti akhirat kita pulak yang menang..." itu ialah ayat 'kawah redho'...

jika tidak bermula di sini (dunia).... mana akan berakhir di akhirat?...
jika kita tak bagus di sini (dunia)... agak-agak kita akan bagus di sana?...

kita perlu menerima hakikat....
hakikat bahawa hidup ini satu 'jihad'... dan jihad mendambakan 'kematian'... dalam ertikata pengorbanan seluruh jiwa dan raga untuk mendapatkan terbaik... yang selalu dikatakan sebagai syurga firdaus....

dalam pekerjaan, rumahtangga, perniagaan.... memerlukan jihad... barulah kita jadi the cream of the creams.... the excellent among the excellents....

yakin?... insya Allah...

wasalam

Bersama Warga MBSB : 22 & 23 Nov '07

salam semua...

memula maaf kerana 'absent' lama dari menulis...
bukan apa... sebaik saya habis satu program 'certification', saya perlu bersedia untuk satu lagi program 'pembangunan sumber manusia'.....

program-program ini memerlukan saya 'bertukang' dalam erti kata menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk program dsbnya...

anyway... syabas buat semua warga MBSB yang telah dengan jayanya mengikuti program selama 2 hari di ibupejabat MBSB, Damansara, Kuala Lumpur....

warga-warga MBSB ini telah memberikan yang terbaik dari mereka..dan saya yakin, perjalanan mereka yang jauh (sejauh dari KK, Sabah) amatlah berbaloi dengan menggunapakai segala teknik, ilmu dan pendekatan yang telah sama-sama dikongsi...

doa saya mereka terus sukses dan menjadi insan hebat..insya Allah





Saturday, November 17, 2007

Pemimpin Terbilang : Khalid Al Walid


Khalid ibni al-Walid
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
خالد بن الولي
Khalid ibni al-Walid
592 - 642
Gelaran Pedang Allah
Tempat lahir Mekah, Arab Saudi
Tempat wafat Homs, Syria
Kesetiaan Khulafa' Ar-Rasyidin

Khalid ibni al-Walid (592-642) (Bahasa Arab: خالد بن الوليد) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Bizantin dan tentera Parsi pada kurun ke tujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengapalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah Abu Bakar dan Uthman.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Bizantin dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibni Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraish yang pernah suatu menentang nabi Muhammad. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tantera Sassanid Parsi dan tentera Bizantin Rom.
--------------------------------------------------------------------------

salam,

serba ringkas sejarah salah seorang pemimpin terbilang yang mendapat gelaran "Pedang Allah"... beliau ialah Khalid Al Walid, seorang pemimpin perang yang sangat hebat di zaman Rasulullah dan khalifah berikutnya...

seseorang pemimpin akan diukur dari segala segi untuk mendapat pengiktirafan terbilang.... antara yang diukur ialah 'competancy' beliau dalam satu-satu bidang; sebagai contoh, skil pentadbiran, skil kepimpinan, skil, komunikasi dsbnya...

mengapa saya kategorikan Panglima Perang Islam ini sebagai pemimpin terbilang?...

saya berasaskan kepada rekod pencapaiannya...atau dalam bahasa terkini 'Balance Score Card' beliau, terutamanya dalam memimpin pasukan tentera dalam peperangan dan bilangan kemenangan yang diperolehi...

rekod beliau sangat cemerlang hatta niat serta hasrat beliau untuk 'syahid' tidak kesampaian apabila hanya wafat di atas tempat tidur...(ini bermakna, beliau berjaya dalam melaksanakan amanah Allah dengan sebaiknya dengan cara memenangi setiap peperangan yang ditempuhinya)...

bukankah untuk mengukur prestasi diri kita; ianya selalu merujuk kepada setiap tugasan diri?...

mengukur tahap prestasi diri bermula dari dalam diri sendiri... kita ukur skil kepimpinan kita samada sebagai suami, bapa, ketua pejabat, ketua masyarakat, ketua negara dsbnya...

bagaimana?.... 2 cara... kita ukur sendiri dan kita benarkan pihak ketiga (pihak luar) mengukur prestasi diri kita...
beri skala dan pastikan ada elemen-elemen yang perlu diukur... cth: sebagai suami, dari skala 1 hingga 10 di bawah elemen 'meluangkan masa bersama isteri'... berapa agaknya score kita?.... dan di bawah elemen 'memastikan penyediaan semua perkaras asas seperti makan, pakai untuk keluarga'...berapa scorenya?...

dengan melakukan 'muhasabah' ini, dapatlah kita mengukur kemampuan diri di masa sekarang dan seterusnya melakukan pelan perancangan untuk 'menambahbaik'kan lagi elemen-elemen yang perlu...

berbalik kepada kisah Khalid Al Walid.... peristiwa paling besar yang jarang dijadikan rujukan oleh ramai pemimpin terutamanya para pemimpin Islam ialah sikap dan tindakan beliau apabila jawatan beliau di'turun'kan...

kisah ini berlaku ditengah-tengah satu peperangan yang beliau tempohi...
sedang sibuk bertempur dengan musuh dengan segala pengalaman dan strategi yang ampuh... beliau diarahkan oleh khalifah untuk digantikan dengan Abu Ubaidah, juga seorang sahabat....

tanpa sebarang soal, beliau terus menyerahkan jawatan 'Jeneral' perang tersebut kepada Abu Ubaidah... dan tetap terus berperang dan menerima kepimpinan baru tersebut...

sudah tentu beliau di'tanyai' atau disoal oleh rakan-rakan bawahan yang merasa kehairanan ataupun merasa tergugat sebab 'boss' sudah turun pangkat dsbnya...

Khalid Al Walid yang mempunyai aqidah tinggi tidak teruja dengan segala ABC (angkat bodek cucuk) ini, hanya menjawab... kita berperang kerana Allah.. dan aku akan dapatkan penjelasan kemudian dari khalifah selepas amanah atau tugasan (perang) ini selesai....(itu ialah unsur 'sami aqna wa atoqna..= kami dengar kami patuh.)

dipendekkan cerita... apabila bertemu dengan Khalifah setelah tamat peperangan untuk mendapatkan penjelasan....Khalifah menjelaskan maksud atas tindakan yang diambil... tindakan menurunkan jawatan Khalid bukan dibuat atas sebab irihati dengan kejayaan-demi kejayaan Khalid atau atas sebab peribadi.... keputusan itu dibuat atas sebab iman iaitu atas sebab 'kasih & sayang' Khalifah kepada Khalid...di mana Khalifah tidak mahu Khalid 'hanyut' dengan diri dengan pengaruh dan kejayaan dunia... dan Khalifah tidak mahu Khalid akan bertemu satu situasi di mana memimpin bala tentera dan memenangi setiap peperangan itu adalah kerana diri beliau.... dan bukannya kerana Allah....

mendengar penjelasan Khalifah, Khalid terus menangis dan memeluk Khalifah... memanjat kesyukuran atas ingatan dan kasih sayang Khalifah kepada beliau....

Khalid wafat dengan tubuh yang penuh dengan liang-liang luka di tubuh badan akibat dari tikaman pedang atau senjata musuh....dikatakan tiada ruang yang tidak ada kesan luka pada tubuh beliau....

Khalid Al Walid adalah satu contoh pemimpin yang terbilang, menunaikan setiap amanah dan tuntutan demi Agama... menerima nasihat dengan hati yang terbuka, menganggap jawatan hanyalah amanah dan bersifat sementara dan paling penting meletakkan Allah di atas segala-galanya termasuk kemasyuran, kekayaan, pengaruh dsbnya....

adakah kualiti Khalid Al Walid di dalam diri kita?

insya Allah ada......

wasalam

Expanding Posibilities.....

Self Potrait

Friends of Trainers

In action doing presentation

"Being 2nd among the best!"

salam sejahtera buat semua...

maaf kerana seminggu saya "menghilang kan diri"....

reason?...i'd attended one Certification Course or Program for trainers..in order for me to enhance the scope of certification needed in certain field of training & consultancy..

such a great experience and lots of 'drilling' work being done throughout the programme...
'drilling'?...yup, i use the word drilling... kira-kira macam 'cungkil' atau bongkar (elok sikit dari 'korek') segala idea, pengalaman dan ilmu termasuk skills dari facilitator, rakan trainer yang hadir dalam kursus tersebut...

tu yang english jadi berabuk sikit kat sini...

anyway, as i said... we need to alway expand the posibilities and test ourself in term of our capabilities, knowledge, skill plus attitude every single seconds, minutes, hours, days, months and years...(they put it as 'every now & then')

program yang saya hadir boleh dikatakan sangat 'padat'...
all participant were needed to endure series of presentations, discussions, roleplay, assignment plus tests & exam individualy or in group....

alhamdulillah... being 2nd best memberikan satu kepuasan bagi diri saya... the 1st place goes to Mr. Quah (a senior lecturer from a private college....he's realy 'otai' sebab umurnya pun dah 63 tahun...masih terus belajar, bersemangat dan sangat berilmu dan penuh pengalaman)

program ni rata-rata dihadiri oleh ceo, md, comp director, consultant, trainers, hr managers, training managers yang sangat berpengalaman...

saya suka mencari cabaran.... kerana hanya dengan menyahut cabaran barulah kita tahu di tangga mana kita berada...

teringat saya pada kata-kata Mr. Kumar (trainer/fasilitator program).."di dalam kekeruhan ada kejernihan...." dan kata-kata itu mengingatkan saya kepada surah Al-Insyirah (alam nasyrah)....

anda bagaimana?... sedia untuk menyahut cabaran?...

wasalam

Friday, November 09, 2007

Syabas Warga Jab. Kesihatan Negeri Selangor...

salam semua...

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk satu program peningkatan prestasi diri, kerjaya & organisasi di bawah topik Peribadi Mantap Kerjaya Hebat Organisasi Cemerlang..

selama 2 hari bersama-sama mereka... saya membuat kesimpulan betapa potensi diri peserta program tersebut berada pada tahap yang terbaik untuk melakukan perubahan demi perubahan diri ke arah kecemerlangan....

terima kasih kepada JKNS...
terima kasih kepada Dr. Izzah & Dr. Fadzilah...
& tahniah kepada semua peserta... saya doakan anda terus berjaya... insya Allah







Monday, November 05, 2007

Let's make some progress in life.....

salam semua...

tup tap tup tap.... bila melihat kalender... rupanya dah tinggal 2 helai ajer lagi...
kurang 60 hari, kita akan bertemu dengan angka 'bertuah' 2008...

sedar tak sedar... 2007 telah hampir tiba ke penghujungnya...

banyak kisah 'semasa' yang memenuhi warna-warna diari kita tahun ini...
banyak azam-azam yang kita ikrarkan pada tahun ini.... ada yag menjadi, ada yang terbarai ditengah jalan dan ada yang terkubur sebelum bermula...

namun atas segala-galanya, jom kita lihat.... adakah sebarang 'progress' berlaku pada diri kita tahun ini?...

bagi yang menggangur.... sudahkah dapat pekerjaan?
bagi yang memakan hasil isteri.... sudahkah boleh berdiri semula atas kaki sendiri?
bagi yang turun-naik dalam perniagaan... sudahkah perniagaan anda stabil?
bagi yang mencari 'diri sebenar diri'?....sudahkah anda berjumpa?
bagi yang menuntut ilmu.... sudahkah anda fahami ilmu yang dituntut itu?
bagi yang baru berkahwin.... sudahkah anda bersedia untuk menerima zuriat?
bagi yang baru berpisah..... sudahkah anda melakar hidup baru yang lebih bermakna?
bagi yang caca marba....... sudahkah anda berfikir untuk mengemaskan hidup dan diri semula?
bagi yang tak habis-habis ditimpa 'musibah'.... sudahkah anda lakukan muhasabah diri, taubat serta tahhajud?
bagi yang masih teraba-taba.... sudahlah tu... jgn bermain dengan perasaan sebab perasaan itu syaitan...
bagi yang telah rasa cukup..... cuba check balik diri... kerana itu perangkap nafsu..
bagi yang malas..... sudahkah anda pasti bila kematian anda dan kedudukan anda samada syurga atau neraka?

dan list ini akan berterusan hingga hembusan nafas terahkir....

kita semua akur... terpaksa akur.... bahawa dari segi kos kehidupan.. tahun 2008 adalah tahun yang segala-galanya akan meningkat...

minyak & gas akan naik.... maka apabila 2 perkara asas dalam mengerakkan ekonomi meningkat maka keseluruhan kos-kos lain juga akan turut naik...

hatta tepung gandum utk dibuat 'kodok' atau 'lempeng' juga sudah naik... inikan pula makan minum seharian kita, belanja seharian turut akan memberi impak besar pada diri kita tahun depan....

adakah melakukan beberapa kerja dalam satu masa atau 'part time work' akan menyelesaikan semua isu kenaikan kos hidup?.... ya untuk jangka masa pendek... dan tidak untuk jangka masa panjang....

satu pelan diri perlu dirangka, dibentang dan dilaksanakan untuk memastikan diri kita terus 'berdaya saing' dan berjaya mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih gemilang...(gemilang = excellent)

apa pelan yang ada?.... mungkin banyak... namun pelan yang terbaik adalah pelan-pelan yang dirangka berdasarkan 'progress' yang kita alami ketika ini...

adakah diri kita menunjukkan sebarang 'progress'?...

hanya kita yang tahu...

wasalam

Friday, November 02, 2007

Syabas Warga MPSJ

salam semua...

dua hari lepas saya diberi kesempatan untuk memberi 'coaching session' untuk warga Majlis Perbandaran Subang Jaya...

Alhamdulillah, warga MPSJ yang hadir begitu bersemangat serta mempunyai banyak ruang potentsi untuk cemerlang...

...di bawah tajuk Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat, Organisasi Cemerlang.... masa yang diperuntukkan amat mencemburui sekali.. saya hanya mampu menghabiskan lebih kurang 30 slide dari keseluruhan 50 slide yang saya sediakan...

apapun, syabas serta tahniah buat mereka yang hadir...
bagi yang tidak dapat hadir, sama-samalah kita bedoa agar bertemu semula di lain waktu dengan keizinan Allah S.W.T...




Monday, October 29, 2007

Special Insert: SDAR 50 Years...

salam semua..

this is a special insert;

last weekend, saya hadir ke majlis makan malam perdana sempena jubli emas sekolah saya di seremban.

mengimbau kembali nostalgia masa berada di boarding school memang mengasyikkan..
ramai juga yang attend dinner tu...
termasuk cikgu-cikgu & guru besar, pibg, alumni serta current student dan tak ketinggalan juga kakitangan sokongan...

kalau nak cerita, memang panjang...

just to share photo's yang mempunyai seribu satu makna & pengertiannya yang tersendiri...

to my batch 8286... you all memang marveles...










"once a sdarian always a sdarian"

Thursday, October 25, 2007

Selamatkanlah diri & keluarga dari bencana rasuah...



salam semua....

tahukah kita bahawa salah satu gejala yang akan memusnahkan diri, masyarakat dan negara ibarat 'barah'ialah gejala rasuah.

kita selalu mendengar, melihat atau mengalami sendiri gejala rasuah dalam kehidupan seharian kita... namun ianya kadang-kala kita endahkan kerana 'mungkin' ianya tidak sebesar atau sepenting 'nyawa' atau keluarga kita...

amalan rasuah telah menyebabkan negara jiran Indonesia mundur sejak sekelian lama... mundur mereka ialah dari segi keseluruhan ekonomi negara namun, para pengamal rasuah sudah pasti hidup dalam keadaan senang lenang...

jika kita perhatikan sejak dari dahulu, apabila setiap kerajaan mendapat mandat baru dalam satu-satu pilihanraya... azam ketua negaranya ialah untuk memerangi rasuah...

negara kita juga tidak ketinggalan; slogan bersih, cekap & amanah ialah antara banyak slogan demi slogan yang menunjukkan betapa wujudnya 'perang' dalam melawan wabak rasuah ini...dan apabila berlaku peperangan maka ianya menunjukkan betapa merbahayanya perkara yang diperangi itu.....

rasuah boleh muncul dari secawan teh...
rasuah boleh terbit dari pemberian sesuatu...
rasuah boleh wujud dari kenaikan jawatan...
rasuah boleh timbul dalam kekuasaan...

para pemberi & penerima rasuah sama sahaja hukumannya.. jika di dunia mereka boleh dihukum penjara.... manakala di akhirat kelak, mereka akan ditempatkan di neraka jahannam.... na u zu billah...

hadiah atau pemberian berubah menjadi rasuah apabila wujudnya unsur ingin mendapatkan sesuatu dari penerima rasuah itu....

contoh; si A inginkan sesuatu dari si B dan untuk mendapatkannya, si A memberikan sesuatu pemberian kepada si B....

pemberian atau hadiah selepas sesuatu pekerjaan atau perkhidmatan bukanlah rasuah sekiranya tidak wujud sebarang 'perjanjian' sebelum di antara si A dan si B....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, maka si A berjanji kepada si B, sekiranya beliau dapat, maka si B akan beroleh habuan.... maka di sini wujudlah unsur rasuah....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, dan si A berjaya mendapatnya lalu berniat (tanpa diketahui oleh si B) untuk memberi hadiah kepada si B, maka ianya bukanlah rasuah....

mat saleh selalu kata..."you scrub my back, i scrub your back.."... "you give me what i wanted, i give you something..."

gejala rasuah ini dalam agama adalah haram... dan ianya perlu dihindari walau apa cara sekalipun...

si pemberi rasuah akan mendapat bahana...
si penerima rasuah juga akan mendapat celaka...

hidup tidak senang, tidak bahagia, rumahtangga berberantakkan, anak-anak tidak mendengar kata, anak-anak tidak berapa pandai dalam pelajaran dsbnya... (antara kesan-kesan pada diri dan keluarga..)

dan kesan kepada negara pula, wujud monopoli oleh kelompok-kelompok tertentu, jurang kemampuan penduduk menjadi semakin luas; si kaya terus kaya dan si miskin terus melarat... keseimbangan sosial wujud dan sukar dikawal dsbnya....

mari kita lihat semula betapa amalan rasuah ini perlu dihindari dari diri dan keluarga kita....

ianya sangat menjijikkan... dan telah kita saksikan negara-negara yang musnah akibat rasuah... antaranya negara filipina yang satu ketika dahulu di gelar Tiger of Asia kerana kehebatan ekonominya yang terus-terusan meningkat pada kadar minimum 9% setiap tahun... namun akhirnya segala terbongkar betapa amalan rasuah oleh Presiden Marcos dan kuncu-kuncunya telah memusnahkan negara tersebut dan mengakibatkan hidup rakyat negara tersebut melarat...

kita semua beragama... dan dalam agama wujud 'samiaq na wa atoq na'... iaitu 'kami dengar kami patuh akan suruhan Allah'....

maka apabila Allah mengatakan rasuah ini haram, adakah kita mampu mengubah hukuman itu? atau kita mencari istilah lain selain rasuah untuk menghalalkannya?...

tepuk dada tanya selera... kerana kita semua akan bertemu di akhirat kelak dalam keadaan 'berbogel' dan tatkala itu mulut kita terkunci dan para anggota akan menjadi saksi akan perbuatan kita...

sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang kita beli hasil dari rasuah? beranikah kita berjalan-jalan dengan kereta hasil dari wang rasuah? mampukah kita duduki rumah besar hasil duit rasuah?...

kita ada jawapan masing-masing

sama-samalah kita memerangi rasuah...

wasalam

Wednesday, October 24, 2007

Depresi : Kegagalan mengurus diri....



salam semua...

salah satu 'point' terakhir sebelum seseorang itu 'hilang kawalan' sepenuhnya ke atas diri atau menghidap penyakit 'jiwa' ialah depresi atau depression atau tekanan maksima....

seperti mana yang telah kita ketahui, semua manusia mengalami tekanan dalam kehidupan..
tekanan yang dialami itu samada berpunca dari faktor dalaman (diri sendiri) ataupun dari faktor luaran (keluarga, rakan atau musuh...

tekanan datang dalam 'regangan' yang berbeza-beza dan ianya tidak mengira masa dan ketika untuk muncul...

dalam manusia menghadapi tekanan, banyak metod atau kaedah yang boleh diaplikasikan untuk 'mengatasi' tekanan tersebut...

dan saya begitu optimis serta yakin bahawa setiap manusia boleh 'melepasi' tahap tekanan yang datang menimpa mereka berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud 'Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupan mereka sendiri'...

maksudnya untuk kefahaman kita ialah; Allah meletakkan ujian demi ujian kepada hambaNya adalah berdasarkan keupayaan hambaNya menyerap ujian itu serta mengatasinya dengan keupayaan yang sediada....

apa keupayaan kita yamg sediada?.... kita dianugerahkan oleh Allah 7 keupayaan istimewa...

keupayaan kita yang telah dianugerah sejak lahir lagi ialah; tenaga, kehendak, ilmu, hidup, penglihatan, pendengaran dan percakapan...

adakah kita telah menunaikan atau menggunakan semua keupayaan yang diberi itu dengan penggunaan maksima?.... amatlah rugi buat hamba-hambaNya sekiranya hanya menggunakan sebahagian sahaja atau tak guna lansung keupayaan yang dianugerahkan tersebut...

pengggunaan keupayaan itu juga berkait rapat dengan cara kita menguruskannya... bagaimana kita mengurus tenaga kita, bagaimana kita mengurus kehendak-kehendak kita, bagaimana kita mengurus ilmu kita, kehidupan kita-keluarga dsbnya, mata, telinga serta lidah kita?...

kegagalan dalam menguruskan anugerah tersebut akan menjurus kepada hilangnya punca dalam mencari jalan keluar bagi setiap ujian-ujian yang di hadapi lantas keadaan akan menjadi tertekan maka manusia itu akan menghadapi satu situasi yang digelar 'tekanan'....

apa yang menekan?
siapa yang menekan?
sebab apa tertekan?
siapa yang tertekan?

perlukah kita tertekan sedangkan kita acapkali melafazkan 'La haw lawala qu wa ta illa billa hil aliyul azeem'....Tiada daya upaya akan diri ini kecuali Allah yang Maha Besar...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep redho sejak dari awal...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa hanya mereka sahaja yang berkuasa dalam mengendali kehidupan mereka...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep hamba & Tuhan...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa mereka boleh menguasai sesuatu keadaan atau hatta manusia pada setiap masa...

dan banyak faktor lagi ataupun boleh saya ringkaskan sebagai manusia itu gagal mengenal diri, keupayaan, matlamat kehidupan, hubungan dengan Tuhan serta PesuruhNya...

kehidupan ini ialah berkenaan dengan mengurus atau pengurusan.... (life is about managing..)

sebagai hamba Allah.. setiap detik dan ketika dalam hidup kita ialah berkenaan dengan pengurusan.... bagaimana kita megurus diri kita, bagaimana kita mengendalikan setiap ibadah harian kita... dan bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu samada sebagai masalah atau ujian atau bala atau azab atau sebagainya...

ianya melibatkan 'pemahaman' akan kehidupan... dan pemahaman memerlukan ilmu... oleh sebab itu umat Islam dituntut untuk mencari ilmu... antaranya;

"..tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina..."
"..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..."
"..menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap Umat Islam..."

begitu pentingnya ilmu dalam diri kita...

tanpa ilmu, kita bukan sahaja akan depresi... malah kita akan jadi hilang pertimbangan, hilang punca, hilang arah, hilang segalanya... dan tak tahu nak ke mana...

adilkah kita terhadap diri kita? apabila ini berlaku?... sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rad.." Tidak Aku ubah nasih seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri..."

sama-samalah kita mengambil langkah untuk berubah...

wasalam

Tuesday, October 23, 2007

Ayam Belanda oh Ayam Belanda...



salam semua....

zaman silih berganti...masa terus berlalu...
manusia semakin kompleks dalam kehidupan masing-masing...

kanak-kanak sudah pandai 'berbunuhan'...

suasana serta kisah sayu dan pilu menyelimuti keluarga adik Mohamad Khairulnizam 7 tahun yang 'dibunuh' oleh jirannya, si empunya ayam belanda....

takziah buat keluarga adik Mohamad Khairulnizam... dan Al Fatihah buat roh anak kita itu...

bagaimana ini boleh terjadi???

adakah ianya disebabkan oleh didikan?
adakah ianya disebabkan oleh ketidak akraban semangat kejiranan?
adakah ianya disebabkan oleh pengaruh persekitaran?
adakah ianya disebabkan oleh kurangnya agama?
adakah ianya disebabkan oleh perasaan cemburu?

begitu banyak persoalan yang timbul di kepala kita.... dalam masa dan ketika negara kita telah maju selangkah kehadapan dengan program angkasawan... kita dihidangkan oleh pembunuhan kanak-kanak oleh kanak-kanak....

saya suka ulangi teknik dan cara pendidikan saranan Rasulullah;

umur 1 hingga 7 tahun, didiklah dengan penuh kasih sayang & kemanjaan
umur 7 hingga 15 tahun, didiklah dengan penuh disiplin
umur 15 hingga 21 tahun, didiklah dengan cara menjadi rakan kepada anak-anak
umur 21 tahun ke atas, kahwinkanlah jika telah sampai jodoh & cukup syarat...

dalam kes ini... yang terbunuh adalah seorang kanak-kanak yang dalam proses didikan kemanjaan dan ke arah disiplin... dan yang membunuh ialah seorang yang perlukan didikan disiplin dan didikan teknik menjadi rakan (agar tidak terpengaruh dengan rakan lain)...

adakah ibubapa masing-masing telah memainkan peranan mereka?...

maaf kata, saya rasa tidak... jika adapun, terlalu banyak teknik-teknik atau cara 'lepas pandang' dan 'biarlah budak-budak memang camtu'...

dan mengharukan, akhir kesudahan cerita.... anak yang tidak berdosa menjadi korban, anak yang sepatutnya menjadi anak yang soleh telah bertukar menjadi pembunuh..

adakah anak-anak atau adik-adik kita selamat hari ini?....
kita semua tahu akan jawapannya...

dan jawapan itu adalah 'hasil' dari timbal balik di atas kemajuan yang tidak 'seiring' dengan keupayaan minda, emosi, spiritual serta fizikal manusia yang mengejarnya...

sama seperti apabila berlaku peperangan.... ada manusia yang ketawa berjalan ke bank mengutip keuntungan hasil jualan senjata pembunuh dan ada ramai manusia yang menangis hiba meratap akan kematian anggota keluarga dsbnya....

inilah wajah kita...
inilah wajah hasil kemajuan kita...

dan wajah ini akan terus menjadi hodoh hasil kerja tangan kita juga...
(manusia itulah yang melakukan kerosakan di muka bumi....)

wasalam

Monday, October 22, 2007

Tahniah & Syabas Malaysia...




ucapan tahniah & syabas buat seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya naik ke satu tahap lagi dalam bidang penerokaan angkasalepas...

walaupun buat masa ini kita semua terpaksa akur untuk 'menumpangkan' angkasawan kita namun ianya boleh dikira satu pencapaian yang agak tinggi buat kita semua...

program ini adalah hasil kerjasama kerajaan Malaysia dan kerajaan Rusia di atas pembelian pesawat juang 'sukhoi'...

rata-rata di musim hari raya ini, saya dapat saksikan 'impak' yang agak besar atau 'significant' kepada golongan pelajar-pelajar serta belia kita dalam reaksi mereka terhadap program ini...

secara lansung, matapelajaran sains menjadi kegemaran ramai anak-anak kita di sekolah dan semuanya bercita-cita untuk menjadi angkasawan... (anak kedua saya turut menyatakan hasrat untuk menjadi angkasawan yang ke 34 negara..... mana datang angka 34 itu pun saya tak tahu tapi nampak jelas ianya sudah tersemat ke dalam hati serta menjadi cita-cita anak-anak kita)...

apa yang pasti, Dr. Sheikh Muszaphar telah mencipta sejarah buat negara dan kejayaan beliau adalah kejayaan kita semua dan sememangnya boleh kita banggakan...

buat anak-anak kita semua.... jadilah manusia hebat... dan kehebatan itu jelas serta nyata atas hasil kerja keras serta istiqomah diri...

kerana, tiada yang mustahil.....insya Allah...

wasalam

Apa Selepas Syawal?



Alhamdulillah....

Syukur ke Hazrat Allah Subhanahuwataala di atas segala limpah kurnia taufiq, hidayah, rezqi, rahmat serta kenikmatanNya dapatlah kita sampai ke hari yang dinanti-nanti dan disambut oleh seluruh umat islam di seluruh dunia iaitu hari kembali kepada fitrah atau lebih dikenali sebagai hari raya....

tidak kira di mana sahaja kita berada.... laungan taqbir serta tahmid memuji-muji Allah berkumandang bersahut-sahutan oleh hamba-hambaNya....

Alhamdulillah juga... walau apa juga keadaan kita, susah senang, bahagia atau hiba, miskin atau kaya, berkemampuan ataupun tidak.... kita tetap mengecapi nikmat hari raya itu.....walau seketika....

Syukur ke hazrat Allah.... suasana hari raya ini cukup berwarna warni dan diisi dengan penuh kemeriahan sekadar keupayaan diri kita....

Hari Raya ini juga secara tanpa kita sedari memberi seribu natijah atau pengajaran untuk kita semua....setelah 'berperang' dengan nafsu di bulan ramadhan.... ada yang kecundang dan bangun balik, ada yang kecundang serta tewas dan tidak kurang juga yang terus-terusan kecundang tidak bangun-bangun....

saya sendiri berpeluang bertemu dengan berbagai-bagai jenis 'situasi' manusia semasa raya ini....

ada antaranya yang 'menelan air liur' sahaja...
ada antaranya yang berduka dan cuba untuk ketawa...
ada antaranya yang ketawa ria tetapi menangis di dalam hati...
ada antaranya yang benar-benar bahagia....zahir & batin...

dan berbagai-bagai lagi situasi yang tidak mampu untuk manusia itu sembunyikan di saat seluruh 'tenaga' atau aura hari raya itu memenuhi angkasaraya pada 1 syawal tersebut...

namun bagi mereka-mereka yang benar-benar mempunyai iman di dada... keredhoan adalah segala-galanya...

redho dari awal hingga akhir...
redho sebelum melakukan sebarang usaha atau ikhtiar...
redho semasa melakukan pekerjaan atau usaha...
redho menerima setiap keputusan atas ikhtiar atau usaha tersebut...

tetap @ istiqomah dalam kehidupan....
tetap @ istiqomah dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan...
tetap @ istiqomah dalam melakukan ibadah kehidupan ini...

menyediakan pelan-pelan 'pembaikan diri' setelah bermuhasabah adalah tanda-tanda keimanan di dada...
mengorak langkah melaksanakan pelan-pelan tersebut adalah bibit-bibit kekuatan iman di dada...
bersabar dalam setiap ujian dalam perlaksanaan pelan-pelan tersebut adalah pancaran iman tersebut...

insya Allah....

seperti yang telah kita ketahui...

manusia itu gagal jika hari ini lebih teruk dari semalam...
manusia itu alpa jika hari ini sama seperti semalam...
manusia itu hebat jika hari ini lebih baik dari semalam...

tanyakan pada diri... adakah hari ini lebih baik dari semalam?
tanyakan pada diri... adakah kita masih hilang punca?
tanyakan pada diri... adakah kita mulai nampak keupayaan diri kita?
tanyakan pada diri... 'what is next after this?'...

masa terus berlalu.... pastikan kita lebih hebat di syawal akan datang....insya Allah...

wasalam

Monday, October 15, 2007

Berhari Raya 450 kilometer dari rumah...

salam semua...

tahun ni giliran untuk beraya di rumah mertua di Bandaraya Islam Kota Bharu @ Serambi Mekah...

bertolak ke KB pada malam raya lepas berbuka pukul 9 malam (isteri masih bekerja hingga pukul 3 petang hari Jumaat)...dan selamat tiba pada pukul 3.30pagi

insya Allah akan berada di KB hingga hari Khamis dan akan terus ke Seremban untuk beraya di sana pula...

KB; cuaca baik, Alhamdulillah...banyak jemputan ke rumah2 terbuka yang perlu dihadiri.. dan pastinya...buah duku langsat & dokong adalah 'pencuci mulut'....


"ke masjid india dengan LRT utk 'shopping sakan' dua minggu sebelum raya"


"tahun ni...bertemakan warna 'orange'....."


"permintaan anak-anak untuk berbuka di KFC 2 hari sebelum raya...(merasa bagaimana orang islam di Amerika berbuka puasa...)


"bermain di tepi 'tali air' di sebelah rumah tok mek mereka....(raya ke dua)"

Friday, October 12, 2007

Ahlan wa Sahlan Eid Fitri Al Mubaraq....



saya dengan rasa rendah hati dan penuh keinsafan ingin memohon ampun dan maaf dari semua insan yang saya kenali ataupun tidak kenali yang pernah atau selalu singgah di blog ini...

syukran jazilan kerana sudi mengikuti buah pikir saya selama ini...

doa saya, anda semua selamat sejahtera dan bahagia hendaknya di sisi keluarga tercinta di hari mulia dan penuh kebesaran ini...

'kembali'nya kita semua kepada fitrah yang asal adalah objektif ramadhan al mubaraq... dan hari raya - maknanya kurang tepat berbanding eid fitri yang lebih tepat(eid fitri = hari kembali kepada fitrah)...

selama sebulan kita 'mencuci', menyuci, meng'clorox', bermuhasabah dan melakukan checklist diri luaran dan dalaman...

kita semestinya diuji dengan ujian yang ada antaranya yang tidak pernah kita hadapi...

namun Alhamdulillah...kesan yang diperolehi atau pengajaran yang kita dapati begitu memberi bekas ke atas diri kita dalam menuju pembentukan seorang insan yang terus berubah ke arah yang terbaik dari masa ke semasa...insya Allah...

buat yang berjaya memperolehi Al Lail Al Qadar, ucapan tahniah dan syabas dari saya buat anda....

salam hormat dari saya...

wasalam

Wednesday, October 10, 2007

Kembali kepada Fitrah kah kita kali ini?



salam semua...

Alhamdulillah... kita akhirnya berjaya menyambut kehadiran bulan Syawal setelah menempuh segala ujian di bulan Ramadhan dengan jayanya...insya Allah

apapun keadaan kita, bersedia ataupun tidak, berharta ataupun tidak, berada ataupun tidak, berduit ataupun tidak, berkeluarga ataupun tidak, bersanak saudara ataupun tidak.....raya tetap raya... detik-detik kemenangan perlu dihayati dengan sepenuhnya....

suka ataupun tidak..... raya tetap berlabuh selepas Ramadhan...
terima ataupun tidak... raya tetap terus berlalu

soalan penting buat diri-diri kita yang hebat ialah; adakah kita sudah kembali kepada fitrah?..... mudah-mudahan kita kembali kepada fitrah diri kita yang sebenar...insya Allah

hari raya ialah hari kemenangan.... hari keriangan.... hari kemerdekaan.... hari semangat.... hari kebahagiaan....

jika kita meletakkan kemenangan itu pada nilai harta.... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'kurang harta' maka sudah tentu senyuman kita tidak selebar seperti biasa...

jika kita meletakkan keringan itu pada nilai wang ringgit... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'semput ringgit'maka sudah tentu salaman kita dengan tetamu tidak seerat seperti biasa...

jika kita meletakkan kemerdekaan itu pada nilai bebas melakukan apa sahaja... maka jika raya ini kita dalam keadaan 'kurang bebas' maka sudah tentu pergerakan kita tidak selincah biasa....

begitulah seterusnya jika kita meletakkan 'sesuatu nilai' kepada 'eid fitri' ini...

apa yang pasti eid fitri yang kita sambut setiap tahun adalah merupakan 'tanda' kemenangan diri dalam mengurus diri dari sudut pengawalan hawa nafsu dan meletakkan kedudukan nafsu serta diri pada tempat yang betul...

acapkali kita 'tewas' dengan nafsu.... nafsulah yang meletakkan 'nilai' pada setiap perkara yang kita lihat, kata, dengar serta lakukan... dan perletakan 'nilai' inilah yang membuatkan ianya menghakis 'keikhlasan' @ 'lillah hi taala' itu...

lakukanlah 'yang terbaik' setiap masa dan ketika... setiap apa yang kita kata, dengar dan ucapkan.... dan imbuhannya sudah pasti baik... insya Allah....

sebagaimana yang saya sering tanyakan kepada peserta kursus saya; jika gaji kita itu RM2,000... dan RM2,000 itu ialah 100% output tenaga yang perlu kita curahkan dalam tempoh tertentu (biasanya sebulan @ 8 jam sehari).....

isu yang timbul ialah, jika kita tidak sempurnakan 8 jam itu seperti yang telah kita 'aqad'kan masa mula-mula menerima kerja dulu.... macamana?....

layakkah kita utk menuntut 100% sedangkan kita hanya mengeluarkan 'output' hanya 80% sahaja?.....

apa terjadi dengan 20% itu....jumlah yang kita 'curi tulang'?... layakkah kita membelanjakan wang tersebut...? sedangkan kita secara nyata 'melanggar' kontrak @ aqad awal menerima kerja?....

perkara ini nampak kecil tetapi 'impak'nya amat 'significant'.... dan akan melibatkan 'darah serta daging' @ apa yang kita gunakan, beli serta makan dengan wang tersebut....

begitulah seadanya....

muhasabah perlu berterusan...
tindakan perlu diambil setelah keputusan muhasabah diketahui...
dan tanyalah kepada diri... apa langkah seterusnya?...

melangkah kehadapan itu perlu & wajib....

salam eid fitri & wasalam
kota bharu 4 syawal

Tuesday, October 09, 2007

Puisi Nurulainsha buat adik Nurin....

salam semua....

suka saya berkongsi puisi nukilan Nurulainsha yang didedikasikan buat adik Nurin Jazlin....

Dedikasi untuk arwah adik Nurin Jazlin Jazimin (2)



‘Ibu, Nurin keluar sekali lagi yea’
Tutur manja dari bibir merah itu kedengaran
Matanya memancar cahaya kegembiraan
Dalam larian anak menuju ke destinasinya
Hajat dihati akan ditunainya

Saat berlalu pergi
Jam menggantikan waktu yang berlalu
Langkah si puteri tiada kelihatan
Naluri si ibu bagaikan ombak yang mengganas
Nyilu makin menikam
Bagaian memanah kegalauan hati
’Kemanakah puteriku?’ tertanya si ibu
Pencarian bermula, kegelisahan kian terasa
Si ayah nanar mencari
Si ibu berdoa pasti
Seyakinnnya puteri akan kembali
Mengembalikan kebahagiaan yang berseri

Hari bertukar ganti
Minggu melangkah berbulan
Debaran merantai kegelisahan
Doa tak pernah lekang
Namun...
Ketentuan Ilahi tiada pernah terduga
Sekujur badan birat membiru ditemui
Si ibu terduduk diam tersentak kaku membisu
Si ayah kian kalut mencari
Menafikan itu si puteri yang dikasihi
Walaupun telah terbukti
Si puteri telah kembali pada penciptaNYa
Dengan tubuh diseksa ngeri...

Dalam kepasrahan si ibu ayah meredhai
Dalam segala kepayahan yang sukar diucapi
Pemergian puteri tersayang yang dizalimi
Hanya berdoa siputeri aman abadi
Tinggal di sana
Syurga yang pasti


(syukran jazilan Nurulainsha kerana sudi menyumbangkan puisi ini...ianya original dan tiada suntingan)

moga kita dapat menghayati puisi ini dan memperoleh titisan ilmu dari peristiwa tersebut...

wasalam

Friday, October 05, 2007

Malam-malam yang 'Ganjil'....




salam & selamat bertemu kembali...

Alhamdulillah...diizinkan Allah untuk kita bertemu lagi di ruang siber yang serba canggih ini.

Maaf jika ada yang ternanti-nanti 'kata 2 sen', 'perkongsian rasa', 'motivasi', 'ngomelan', 'tulisan', 'perlian' dsbnya dari saya...

Bukan apa, masa tidak mengizinkan untuk saya mencoretkan bahan-bahan buat santapan minda, emosional, spiritual dan fizikal tuan-tuan atas tugas-tugas tertentu di bulan Ramadhan ini..

Alhamdulillah juga, saya sempat juga bersama Wargakerja MBSB untuk sesi 'Afternoon Talk' mereka di ibu pejabat MBSB di Bukit Damansara tempohari... semua yang hadir untuk sesi terngahhari tersebut hebat-hebat belaka...

mmm... hari ini, genaplah 23 hari Ramadhan berlalu...

bagaimana dengan ibadah-ibadah kita?... adakah 'meter prestasi' menunjukkan arah menaik atau menurun?...
selalunya bila dah 'hujung-hujung' ni, apatah lagi bila bangun bersahur tu, tengok nasi pun boleh 'khayal' lama.... selera pun dah hilang... 'mood' raya pula dah datang... maka kita akan merasakan akan kehilangan 'sesuatu' tidak lama lagi...

minggu terakhir ini, seperti janji Allah dan sabda Rasulullah, umat Islam akan bertemu satu malam di antara 10 malam terakhir ini di mana malam tersebut amatlah istimewa ganjarannya... seperti yang kita tahu; imbuhan 1000 malam.... beruntunglah mereka-mereka yang memperoleh kemulian pada malam tersebut....

-------------------------------------------------
AL-QADAR;

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

-------------------------------------------------

pastikan ibadah kita berjalan dengan keadaan baik, tertib, istiqomah dan tuqmaninahnya sekali...

Ramadhan penuh dengan keberkatan dan keistimewaan, antaranya ialah mendisiplinkan diri kita, mengawal nafsu-nafsu kita, meningkatkan ibadah-ibadah, memperbaharui azam dan semangat serta motivasi diri kita....

boleh dikatakan, semuanya adalah berkenaan pembentukan seorang Insan Yang Beriman... dan seolah-olah, kita ini lahir ke dunia semula dengan azam dan niat yang baru, bersama-sama kecekalan dan disiplin diri yang diperolehi di dalam bulan ini...

insya Allah, saya doakan semua pembaca bertambah kekuatan untuk bangun dari tidur yang panjang, bergerak secara progresif dan bermotivasi kehadapan untuk cemerlang...

wasalam

Monday, September 24, 2007

Menyusuri 10 hari kedua Ramadhan....



salam semua...

Alhamdulillah... kita sudahpun memasuki 10 hari kedua dalam bulan yang penuh dengan keberkatan..Ramadhan Al Mubaraq...

Alhamdulillah... kita dengan izinNya telah berjaya mengharungi ujian 10 hari pertama dengan pelbagai perkara yang ada antaranya begitu menyentap dayaupaya mental, turun naik emosi, getaran spiritual serta renjatan fizikal...

Alhamdulilah... berkat kesabaran diri yang tinggi, insya Allah...saya yakin kita semua akan memperoleh rahmat serta pengampunan dari Al Khaliq...

namun seorang manusia muslim yang ingin berubah menjadi mukmin, sudah tentu tidak pernah lari dari menerima ujian demi ujian yang terkadang begitu mengheret diri luaran yang selama 11 bulan yang lalu begitu meruntun segala kehendak nafsu amat mencabar diri...

perkara menurut nafsu adalah perkara pokok sebenarnya... kerana turutan nafsu itu adalah sempadan di antara garis hitam dan putih...

nafsu jugalah yang sering mengheret diri ini untuk menurut garis hitam sedangkan ada garis putih bersebelahan yang begitu lurus kehadapan...

Rasulullah pernah berpesan, jihad yang sebenar ialah jihad memerangi hawa nafsu... dan Baginda juga pernah berkali-kali menyatakan kerisauan perihal umat Baginda di akhir zaman yang amat keliru dengan kehidupan, yang keliru dengan garis hitam dan putih sehingga Baginda mengungkapkan bahawa, di akhir zaman nanti umatku akan berada dalam keadaan fitnah umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap...

begitulah sekali keadaan kita di masa ini....

terkadang, kebenaran itu nyata berada di hadapan kita namun atas beberapa perkara kita menjadi keliru dan terus terjebak ke dalam suasana fitnah... ini berlaku hanya kerana manusia itu sering menidakkan gerak hati serta kata iman dan terlalu banyak menggunakan akal fikiran yang amat terhad....

contoh paling menyedihkan ialah peristiwa Adik Nurin... belum kering air mata, masih merah lagi tanah kubur.... kini ibubapa Nurin pula dipersalahkan... mengapa ini boleh berlaku?... sudah tiadakah lagi pertimbangan dalam diri manusia?... manusia perlu ingat bahawa mereka tidak berkuasa selama-lamanya... manusia juga perlu ingat akan amanah serta tanggungjawab sebenarnya di muka bumi ini....

apa yang berlalu itu biarkanlah berlalu...
ibubapa Nurin pasti sudah insaf dengan kecuaian mereka namun mereka memandang kehadapan dengan harapan apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat kita semua...

cukuplah dengan hukuman Allah terhadap mereka kerana kelalaian itu... insya Allah taubat serta keinsafan yang dipanjatkan akan diberkati serta diterima Allah...

manusia yang tinggal in usahlah cuba untuk menjadi tuhan pula... menuding jari mencari siapa yang patut dipersalahkan....

kita perlu akur betapa sistem maklumat yang menjurus kepada mengenalpasti penjenayah masih lagi terkebelakangan... walaupun kita dapat memperoleh DNA penjenayah, namun tiada 'database' untuk kita 'trace' siapa empunya DNA tersebut...

so?... terimalah hakikat dan usahlah menuding jari... seolah-olah ada di antara kita yang tidak pernah salah dan berat sangat mulut memohon atau menerima kekurangan diri atau sistem yang ada...

manusia yang beriman sudah pasti akan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat peristiwa yang berlaku... apa hikmahnya, apa pengajarannya.... sesungguhnya jika kita benar-benar beriman, kita akan meletakkan banyak pengajaran kepada kiri kita dan sebagai seorang yang beriman sudah tentu kita akan mengorak langkah memperbetulkan mana-mana ruang yang lemah...

begitulah....

10 Ramadhan kedua ini... sama-samalah kita perbanyakkan taubat kita kepada Allah... moga-moga setiap pergerakan kita selepas ini lebih mantap dan padu... moga-moga akal kita 'hidup' kembali untuk berfikir secara lebih sihat... dan boleh membuat pertimbangan agar tidak berharap kepada manusia semata-mata.... kerana perlu diingat, segala harapan hanyalah kepada Allah S.W.T...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails