Monday, October 02, 2006
Ramadhan Oh Ramadhan...
Ramadhan Oh Ramadhan
Ramadhan kali ini begitu indah sekali
Indahnya pada ketibaan yang tiada ku bersedia
Sudah ku renung berkali-kali
Mencari makna bersedia atau tidak itu
Di ufuk barat berhampiran kiblat kami
Sebuah Watan diserang Yahudi
35 ribu laskar bintang enam
Merobek 1,500 nyawa hamba Tuhan
Di ufuk utara negaraku
Menyaksikan seorang diktator moden tersungkur
Meninggalkan Negara bergelar ‘Gajah Putih’
Membawa lari harta 50 billion
Di ufuk timur sudut matahari terbit
Menteri Perdana Nipon menyerah kuasa
Menjadi menteri paling popolar
Ketika lahir seorang waris jantan Maharajanya
Di ufuk selatan sedikit dari Negara Singa
Negara Sukarno dengan Panca Sila nya
Masih menanti kelahiranseorang Ulama ternama
Kalau boleh lah… mahunya sehebat HAMKA
Di Negara ku….Keadaan masih terkawal
‘Bulan Puasa’ di sini macam dulu-dulu juga
Mat Rempit & Minah Rempit masih camtu juga
Dalam pada ketika gula menjadi emas
Di Forum Tuah tempat ku singgahi sesekali
Suasananya sedikit ‘tenang’ dan terkawal
Mungkin kerana ‘syaitan’ yang ditambat
Atau kerana penumpuan kepada ibadat
Di celah seribu kisah keluarga & percintaan
Semua berjiwa ikhlas tetapi berlainan warna kehidupan
Berbagai cara tetapi sering mengundang erti yang salah
Apapun ianya terkawal dengan niat yang satu
Di Forum Masjid yang sering ku lewati
Rancak cerita tiba-tiba berlaku
Mungkin kerana ‘syaitan’ yang juga ditambat
Atau kerana hati terpanggil membuat pahala
Di celah berbagai kisah akhirat
Tetap ada selitan undangan untuk kaya raya
Baguslah kalau boleh mimbina umat
Bukan hanya puncak pyramid yang berupaya
Di Madinah 1400 tahun dahulu
Aku diberitahu ada satu peperangan yang berlaku
Berlaku dalam bulan Ramadhan juga
Bilamana berbukanya mujahid dengan seketul kurma sahaja
Seketul kurma dengan syarat tidak boleh digigit
Hanya boleh dihisap sedikit dengan begilir-gilir
Sehinggalah kekenyangan semua mereka
Berkat doa Kekasih Allah
Di Makkah 1400 tahun dahulu
Seorang ‘ummi’ yang Al-Amin menjadi Rasul
Ditolak mentah-mentah oleh sanak saudara
Hanya isteri kesayangan menerima dengan setia
Al-Amin bergelar Rasulullah
Menerima Kalam menerusi Jibrail a.s
Tiba-tiba kunjungan Jibrail terhenti 48 purnama
Hati Rasul sedih tidak terkira
Rupanya hadiah menanti si sabar
Yang terus berdakwah dengan istiqomah
Walau jiwa sebak dan syahdu
Keyakinan mengatasi segala perasaan
Isra’ & Mikraj menjadi penawar
Buat Kekasih Allah yang penyayang
Hadiah solat menjadi habuan & kegembiraan
Rupanya ia amat berat buat umatnya
Kata UrangLAMA solat tiang agama
Katanya lagi ‘It ta qul lah’ itu takut kepada Allah
Ada pula yang berkata itu ‘taat’ kepada Allah
Ada juga berkata itu ‘ingat’ kepada Allah
Sudah 1400 kali umat menjalani ibadah ‘syiam’
Maknanya 1400 kali umat meredah Ramadhan
Jadi 1400 kali datangnya malam Ganjil itu
Siapa yang bertuah pasti mengetahui
Tinggal kurang lebih 20 hari lagi Ramadhan
Malam-malam masih seperti dulu juga
Langit cerah awan berkepul-kepul
Terang bulan menyinari alam
Masihkah kita sibuk dengan fana ini?
Atau sudah bersedia untuk barzah dan akhirat?
Atau masih mencari-cari siapa diri?
Ataupun menanti 1,000 bulan percuma itu?
Ramadhan kali ini begitu indah sekali
Indahnya pada ketibaan yang tiada ku bersedia
Sudah ku renung berkali-kali
Rupanya tidak bersediaku itu ialah sudah sedia…
desakaloiuluyambaru
oktober22006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment