Friday, December 15, 2006

Jumaat datang lagi dengan berita tol akan naik....



salam Jumaat Yang Mulia buat semua...

Jumaat datang dan pergi..
kali ini Jumaat datang dengan berita kadar tol akan naik mulai 1 Januari 2007..

dalam Berita Harian...Menteri Kerja Raya mengatakan..

"Kerajaan tidak boleh terus membayar pampasan kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan infrastruktur lain yang bermanafaat kepada rakyat (jelata)"

saya menambah perkataan 'jelata' itu kerana menteri ini selalu menggunakannya dalam setiap sesi ucapan atau soal jawab dengan pemberita...

dan selalunya jelata itu adalah perkataan yang digunakan oleh seorang Raja....cth. "Beta amat berbangga bahawa rakyat jelata sekelian begitu taat kepada kerajaan Beta"....

kadar yang naik dari serendah 30sen sehingga semaksima RM1 itu sudah tentu akan memberikan 'tekanan' baru buat semua rakyat yang menggunakan jalanraya yang ber'tol'...

satu perkara yang menarik ialah berkenaan dengan 'pampasan'....apa itu pampasan? mengapa perlu ada pampasan kepada syarikat konsesi yang mengutip tol itu? adakah pampasan itu memang telah dunyatakan di dalam perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi?....dan tidak pula dinyatakan kepada rakyat tentang perihal pampasan itu?.... hujung jatuhnya kita terimalah 'kepanasan' atau 'bahang' akibat kenaikan kadar tol itu...

minyak sudah naik...
letrik sudah naik...
air juga naik.......
kini tol pula naik..

dengan tekanan yang dialami oleh rakyat dari bentuk wang ringgit, dan dalam masa yang sama rakyat ditekan dalam bentuk emosi oleh pembikinan banglo-banglo berjuta ringgit oleh para penguasa... adakah ini wajah terbaru negara kita?

wajah-wajah penguasa yang sedikitpun tidak merasa bersalah... apa nak bersalahnya, rm50 bagi mereka ialah seperti 50sen sahaja...

saya teringat dan sering teringat bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu cermat menggunakan amanah yang diberi oleh rakyat sehingga pelita yang digunakan juga diambil kira....

kita juga amat arif bagaimana, jika rasuah wang ringgit atau rasuah kedudukan berleluasa, sesebuah negara itu boleh rebah dan sudah tentu masyarakatnya juga akan berberantakkan...hilang punca dan akan wujud huru hara....

huru hara itu perkara besar dan tidak perlu dipikirkan.... kita fokus pada masalah kecil di dalam rumahtangga.... bagaimana sepasang suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak boleh membesarkan anak dengan keadaan tekanan?...tidak cukup wang utk meneruskan kehidupan dsbnya....

saya sendiri merasakan bagaimana peritnya kehidupan 'orang-orang susah' ketika saya memberi kursus kepada asnaf-asnaf Lembaga Zakat Selangor....

purata pendapatan mereka hanya sekitar 1,000 ke rm1,200 sebulan.... anak paling kurang 3 orang... boleh kita bayangkan....

bukan mereka tidak berusaha...mereka keras berusaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan itu...namun jurang di antara mereka dengan si kaya semakin besar dan mustahil untuk dirapatkan....

saya turut berfikir...adakah ini 'perjalanan' alam?....
dan saya tidak pernah terlupa untuk berfikir bahawa semua kisah-kisah penguasa yang rakus, fakir miskin serta seorang penguasa yang baik dari sejuta penguasa yang korup memang sudah termaktub di dalam Al-Quran.....dan ini adalah perjalanan seorang musafir yang berkelana mencari KEKASIH....

sampai bila?.... hanya Allah Maha Mengetahui....

kita?... teruslah yakin dan berusaha.... kerana buih dilautan boleh bertukar menjadi intan berharga dengan syarat, buih itu tahu, faham serta yakin 'kedudukan' dirinya dengan penciptanya....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails