assalamualaikum.
terlalu banyak berfikir - sangat merbahaya kepada diri kerana ia perangkap agar diri tidak melakukan apa-apa selain berfikir.
terlalu banyak beralasan - juga halangan yang dicipta oleh kemalasan diri yang mahukan segalanya 'otomatik' berlaku untuk diri.
terlalu banyak bersoalan - antara perbuatan yang menjadi penghalang kerana banyak masa akan terbuang tanpa ada apa-apa pergerakan.
di atas adalah antara sifat-sifat negatif yang menjadi penghalang kejayaan diri.
sifat-sifat ini boleh dibuang tetapi memerlukan semangat yang kuat, kesabaran yang tinggi serta kecekalan yang padu.
ada cara untuk keluar darinya;
1. pilih kawan yang bermotivasi.
2. selalu muhasabah dan kenalpasti tindakan yg perlu diambil.
3. rekod setiap pergerakan dan check dengan pelan perancangan.
4. seeloknya adakan pelan tindakan harian.
dan sebagainya.
jika kita berserah dalam kehidupan, kita bukan redho tetapi terpaksa redho kerana hidup adalah ujian, hidup adalah perjuangan.
wasalam.