Tuesday, December 21, 2010

Malaysia Harmoni...

salam semua..

semua orang impikan kebahagiaan.
semua orang impikan keamanan.
semua orang impikan kebebasan.
semua orang impikan kasih sayang.
semua orang impikan cinta abadi.
semua orang impikan kedamaian.

namun tidak semua orang mampu memiliki apa yang diimpikan.
ada yang hanya mampu memiliki sebahagiannya.
ada yang hanya mampu memilikinya sebentar cuma.

dalam negara ini, ya negara yang bergelar malaysia ini semua mimpi seolah mudah dimiliki.
namun pada hakikatnya ianya hanya mampu dimiliki hanya di dalam alam mimpi.

saya mengimpikan malaysia yang harmoni.
saya mengimpikan malaysia yang damai.
saya mengimpikan malaysia yang progresif.
saya mengimpikan malaysia yang aman.
saya mengimpikan malaysia yang maju.
saya mengimpikan malaysia yang makmur.

namun semua mimpi saya itu hanya sekadar mimpi.

saya yakin untuk beberapa dekad di hadapan, semua mimpi itu akan terus jadi mimpi.

di luar sana saya lihat gejala sosial makin membusuk.
di luar sana saya lihat pemimpin terus bertelagah.
di luar sana saya lihat media terus mengapi-apikan.
di luar sana saya lihat rakyat terus berprasangka.
di luar sana saya lihat rasisme menjadi asam garam perjuangan.

saya yakin realiti yang ada di luar sana akan berterusan selagi hasad dengki khianat iri masih ada dalam sanubari.

kita masih hidup di alam 'plastik' yang 'real'.
semua kita berlakun dengan hebat demi mempertahankan sesuatu tidak kira benar ataupun salah.
semua kita terus berlakun dengan hebat demi mempertahankan apa yang dikatakan sebagai 'prinsip' walau ianya bertentangan dengan agama.

bukan sedikit yang melanggar adat tatasusila kemanusiaan.
bukan sedikit yang melanggar hukum hakam agama yang dianuti.
bukan sedikit yang hilang dalam kebabrukan haloba dunia.
bukan sedikit yang mulanya baik tapi akhirnya jahat.

ini realiti.

malaysia tidak akan harmoni kerana tiada siapa yang mahu memulakannya.
malaysia tidak akan aman kerana tiada siapa yang mahu memikirkannya.
malaysia tidak akan damai kerana tiada siapa yang mahu peduli akannya.

satu kelompok terus membaham.
satu kelompok terus menerkam.

kita hidup laksana zaman barbarian.
kita makan daging manusia sesama kita, daging yang mentah lagi busuk.
kita menghiris hati rakan dan kawan.
kita sudah tiada harga diri dan terus menjadi tawanan syaitan.

siapa yang akan memulakan langkah keharmonian?
siapa yang akan memulakan tapak keamanan?

tiada.

kerana semua sibuk mempertahankan kuasa, harta dan jawatan.
kerana semua sibuk melawan dan terus melawan.

sedang semua lupa, diri terus menjadi tawanan nafsu serta syaitan lantas membenihkan kebinatangan diri.
hingga hanya napak cantik dari luaran tetapi jijik dari dalaman.

kita akan terus bermimpi.
kita akan terus jadi tawanan.

tiada siapa yang mampu membebaskan.
kecuali kita yang terang mata hati, tajam telinga, peka perasaan.

dan paling penting, ikhlas serta berkasih sayang....

Monday, December 20, 2010

Tahun Baru Hijrah 1432 vs Tahun Baru Masihi 2011..

salam semua...

alhamdulillah, kita telahpun dengan izinNya melewati 14 hari di tahun baru hijriah 1432.
dan dalam masa yang sama kita akan menerobos ke tahun baru masihi 2011.

ramai yang peduli dan ramai yang tak 'tangkap pot' pun dengan tarikh-tarikh penanda perubahan masa ini.

yang peduli, mungkin jenis yang suka merancang dan menetapkan satu-satu perancangan dengan tarikh-tarikh yang besar kununnya senang untuk diingati dan menjadi batu asas kepada kejayaan perancangan yang bakal dilaksanakan nanti.

yang tidak peduli, mungkin jenis yang dah malas nak merancang atau suka melaksananakan perancangan dalam keadaan 'senyap' tanpa mahu melaungkan ke seluruh dunia.

apapun semua orang punya caranya yang tersendiri.

yang peka dengan kehidupan akhirat dengan tidak meninggalkan kehidupan dunia, lebih suka menetapkan permulaan tahun baru mereka pada tarikh awal muharam...golongan ini tidak 'hanyut' dengan alunan kapitalis ataupun 'non muslim' dalam menetapkan perjalanan hidup mereka.

kepekaan diri sebagai seorang islam sudah pasti tidak akan terperangkap dengan permainan dunia hari ini.

adalah sangat berbeza sekali antara dua tahun baru ini.
satu mengikut perkiraan matahari dan satu mengikut perkiraan bulan.

satu ketika dahulu, agama islam menjadi penentu kepada peradaban dunia... tetapi itu dahulu, kini agama materialistik yang menjadi 'leader' dan 'the rest follow'..

kita boleh saksikan betapa hari ini seolah-olah hiburan itu adalah segala-galanya ataupun 'the ultimate of life'.. kalau tak berhibur, seolah dunia ini kelam dan rasa tanpa warna sama sekali.

lambakan program-program hiburan setiap hari diselang-seli dengan program 'gosip @ mengumpat dunia artis' adalah ulaman perjalanan hidup kita dewasa ini.

tak 'best' kalau tak tahu artis mana yang berkahwin, bercerai, skandal, berzina, minum arak, ada anak luar nikah dsbnya... cerita-cerita ini menjadi santapan kita seharian...tidak kira melalui media elektronik mahupun media cetak.

malah ada stesyen yang menawarkan kepada pendengarnya jika tidak puas dengan gosip yang diudarakan, bolehlah 'register' untuk menerima sms gosip dunia artis.
--------------------------------------------------  

apa nak jadi dunia hari ini?

inilah...apa yang sedang terbentang dihadapan kita, itulah yang berlaku.

lewat akhir tahun masihi dan hari-hari awal tahun hijrah menyaksikan betapa krisis sosial di kalangan remaja sudah berada pada tahap yang parah.

remaja yang 'hilang dara' sebelum berumur 15 tahun tidak payahlah kita bincangkan kerana ianya sudah menjadi perkara biasa.

hari ini, remaja sudah jadi pembunuh... menikam, membunuh malah hidup tanpa pegangan agama sama sekali.

ini bukan cerita khayalan, ini adalah hasil kepesatan dunia materialistik yang kita kejar.

acuan yang terhidang pada hari ini adalah berada pada tangan kita.

kita merelakan kehancuran ini berlaku... dan ianya tidak berlaku sekelip mata, ianya telah kita acu dan bina puluhan tahun yang lampau... dan hasilnya kita boleh lihat hari ini.

apa yang ketuanan melayu boleh lakukan dengan gejala sosial ini?
tepuk dada tanyalah ketuanan...

kerana penghujungnya bukanlah iman tetapi kebendaan, kemewahan, hiburan, kekayaan dan kekuasaan...

kembalilah & bertaubatlah....

sama-sama kita insaf dan lakukan perubahan...

sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat kepada mereka yang mahu kembali kepadaNya..

Thursday, December 09, 2010

Harga Minyak Terus Naik

salam...

entah apa yang berlaku di putrajaya sebelum pengumuman kenaikan harga barang-barang keperluan terutamanya minyak petrol, tidaklah kita ketahui.

apa yang pasti; akhirnya 'minyak murah' ron 95 dinaikkan juga setelah kita dijanjikan bahwa ianya tidak akan naik sewaktu pengumuman kenaikan 'minyak mahal' ron 97 beberapa bulan yang lepas...

apahal? tak tahu???

orang yang berjanji tetapi tidak mengotai janji mereka adalah munafik.
lebih dahsyat lagi, yang berjanji itu adalah pemimpin negara.
maka kadar munafiknya bolehlah diukur dengan menipu 26 juta rakyat negaranya.

lebih parah, ada pula yang kata kenaikan ini adalah untukl bendung penyeludupan... entahlah.

buka mata, buka telinga.... buka hati dan lihat dari dalam... sampai bila himpitan-himpitan ini akan terus berlaku? dalam masa yang menghimpit terus mabuk kuasa serta harta....

wasalam..

Friday, November 26, 2010

Kehendak Allah vs Kehendak Diri???

salam semua,

sebagai orang islam aku mesti solat 5 kali sehari semalam.....itu bukan sahaja kehendak Allah malah ianya adalah perintah Alla

alah malas nak sembahyanglah, susah......letih..... buang masa...itu bukan sahaja kehendak diri tetapi ianya adalah satu perlakuan seorang yang menolak perintah... dan orang yang menolak perintah Allah ini kategorinya 'kuff @ menolak' ataupun bahasa mudah, kafir.

namun ada juga yang takut untuk membuat penolakan secara terbuka, maka dengan berat hati pergilah jugak ambil wuduk dan bersolat, namun dalam keadaan yang 'terpaksa' kerana mungkin malu kepada orang ramai atau takut dimarahi.... maka golongan ini kategorinya ialah 'munafik' atau bermuka-muka atau hipokrit.

ada juga yang ok solatnya tetapi tidaklah memperoleh kekhusyukkan di dalam solatnya kerana sering lalai dan 80% dari kandungan solatnya, dia memikirkan hal-hal yang luar dari batas gerakkerja solat sehingga Allah menegaskan dalam firmannya 'neraka wel lah orang-orang yang lalai dalam solatnya...'

--------------------------------------------------------------------------------

ramai juga yang terperangkap dengan alasan jenis macam ini...'nak buat camner, memang kehendak Allah aku jadi penyamun, perompak, perogol, penzina dsbnya...'

jika kita terperangkap atau hampir terperangkap, maka segeralah bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.. kerana, tiadalah Allah itu berkehendakkan hal-hal yang buruk berlaku, dikerjakan oleh setiap makhluk ciptaanNya kecuali, apa yang berlaku itu hanyalah datang dari kezaliman makhluk itu sendiri.

malah Allah berfirman dalam surah Ar-Rad, 'tidak Aku ubah nasib seseorang/sesuatu kaum itu kecuali dia/mereka yang mengubahnya sendiri'...

firman ini begitu jelas menunjukkan betapa manusia itu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan dan apa yang berlaku pada diri mereka.

---------------------------------------------------------------------------------

kita sering diberi cetusan hati atau gerak yang menjentik hati agar melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan ini; cetusan hati atau gerak inilah yang memandu tumpuan kita kepada kehendak Allah. contoh, cetusan hati mahu menyegerakan solat, menderma, melakukan kebaikan, membantu orang dsbnya.

ianya berbeza dengan dengusan luaran hati yang berbentuk halangan kepada cetusan hati tadi; contoh, dengusan agar melewat-lewatkan solat dengan alasan waktu panjang lagi, pentingkan diri sendiri dsbnya, kerana dengusan hati ini ialah bisikan nafsu yang liar tidak bertambat kerana kita gagal untuk membezakan antara kehendak Allah dan kehendak diri.

maka kegagalan menuruti kehendak Allah akan mengakibatkan diri seseorang itu berada dalam keadaan resah, serba tak kena, sering beralasan, malas, membuang masa dsbnya....apatahlagi mahu memenuhi kehendak diri yang buas lantaran dorongan nafsu yang liar tidak terkawal.

----------------------------------------------------------------------------------

akhirnya kegagalan membezakan antara kehendak Allah dan kehendak diri, akan meletakkan manusia itu berada di dalam kawalan syaitan yang memang mahukan setiap anak adam masuk ke neraka bersama-sama mereka.

fikir-fikirkan & lakukan tindakan...

Monday, November 22, 2010

Muslim Sesat & Engkar

salam semua...

firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat ke 100;

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman"

ayat di atas sangat terang lagi nyata akan amaran dari Allah Azzawajalla akan keadaan orang-orang islam lagi beriman tentang faktor ketaatan mereka.

ayat ini merujuk bagaimana seorang islam yang telah beriman yakni yakin kepada Allah serta Rasul juga kitab, para malaikat serta hari kebangkitan BERPOTENSI untuk mengubah ketaatan mereka kepada apa jua yang diiklankan atau disyorkan oleh golongan kafir terutamanya puak-puak yahudi & kristian.

ayat ini juga jelas menunjukkan betapa puak-puak yahudi & kristian ini begitu cenderung untuk memesongkan ketaatan umat islam dari seorang mukmin menjaid seorang muslim dan seterusnya menjadi seorang kafir yakni menolak kebenaran yang dahulunya menjadi pegangan diri sebagai seorang islam.

jika kita lihat kiri dan kanan kita, bolehlah kita faham dan mendapat penjelasan akan firman Allah ini, di mana kita akan dipertontonkan oleh Allah akan keadaan orang yang hanya tinggal naman sahaja islam tetapi perjalanan serta cara hidup tidak ubah seperti orang kafir.

tipulah kita jika kita tidak pernah bertemu dengan golongan islam budaya atau islam nama ini yang begitu banyak di sekeliling kita, hatta ada yang antaranya ialah dari golongan saudara serta ahli keluarga sendiri.

seterusnya Allah berfirman di dalam ayat 101 surah Ali Imran juga, sambungan dari ayat di atas;

...dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).

lihat bagaimana Allah melontarkan persoalan dengan jawapannya sekali tentang bagaimana orang-orang islam ini menjadi kafir..jawapannya ialah mereka-mereka ini tidaklah berpegang teguh kepada agama islam.

memang menghairankan kerana umat manusia khususnya umat islam diutuskan seorang Rasul yang bergelar Rasulullah sebagai suri taulan atau contoh atau benchmark atau sebagai idola untuk diikuti, namun umat islam masih lagi mahu mencari idola-idola ciptaan orang-orang kafir yang turut dibantu mengiklankannya dalam media massa kita setiap hari.

sedangkan kisah atau sirah Rasulullah hanya boleh kita dengar atau terpaksa dengar setahun sekali iaitu ketika sambutan Maulid.

maka orang-orang islam yang berpegang teguh ini Allah menekankan sesungguhnya mereka-mereka ini telah beroleh petunjuk serta hidayah ke jalan yang benar.

kebutaan umat islam tentang keindahan agama islam itu sebenarnya berlaku atas hasil perang saraf tersusun yang dilancarkan oleh golongan kafir sejak perang salib lagi.

kita mungkin tahu atau tudak tahu tentang kejayaan umat islam dalam mendapatkan kota jurusalem dari golongan kafir dan asa kepada kekuatan serta kejayaan ini ialah kemantapan iman umat islam itu sendiri.

keyakinan umat islamn terhadap agama islam jauh 'superior' dari keyakinan golongan kafir terhadap agama mereka apatahlagi agama mereka sudah hancur diputar belitkan oleh golongan mereka sendiri.

dan apa yang dialami oleh golongan kafir ini tidak mustahil akan dialami juga oleh umat islam secara keseluruhannya iaitu, umat islam sendiri akan memecah belahkan diri mereka sendiri samada mereka sedari ataupun tidak.

hiburan yang melampaui batas serta tiada sekatan adalah salah satu elemen yang akan membantu menghancurkan umat islam.
perebutan kuasa dalam politik juga adalah satu elemen yang akan menghancurkan umat dengan lebih pantas lagi tanpa perlu sebarang bantuan dari puak kafir.
perangai malas serta sifat bertangguh yang melanda umat islam juga akan turut memainkan peranan menghancurkan umat islam dengan pantas.
buta atau kurang ilmu juga adalah faktor yang menyokong kehancuran ketamadunan gemilang islam.

maka tidak hairanlah kita bahawa dalam seribu umat islam, 800 darinya adalah golongan yang dhaif dari segi ilmu agama, miskin cinta ilahi, fakir kasih sayang sesama sendiri dan melarat dari segi ekonomi.

maka kualiti umat islam yang ada sekarang disekeliling kita ini tidaklah boleh kita bangggakan sama sekali...ini dikuatkan lagi dengan alasan bahawa selagi ada umat islam yang pergi ke gereja memohon bantuan dari para padri kerana masjid terkunci rapat dan imam sibuk berniaga...maka janganlah kita hairan jika kita bertemu dengan ramai muslim yang engkar lagi sesat dari jalan yang lurus..

maka firman Allah dalam ayat 104 surah yang sama;

...dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

...menjadi arahan atau cabaran atau kewajipan keatas golongan islam yang sentiasa sedar serta peka akan permasalah ini.

perjuangan puak-puak yang sedar ini sudah tentu menjadi satu jihad sehingga ke akhir zaman.
maka janji Allah kepada puak-puak yang berdakwah, berjihad ini ialah kejayaan atau lebih tepat lagi mereka-mereka ini adalag golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.

seterusnya dalam ayat 106, Allah memperjelaskan keadaan 2 golongan;

...(ingatlah akan) hari (kiamat Yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

golongan pertama yang berwajah putih berseri yakni golongan yang berjaya.
golongan satu lagi yang berwajah hitam legam kerana kufur ingkar dan berpaling dari kebenaran.

kita golongan yang mana? fikirkan...

Thursday, November 11, 2010

Suami Isteri : Memberi Ruang & Bersabar...

salam semua...

antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah bersabar.
sabar dirujuk kepada satu sikap/sifat orang-orang yang beriman.
sabar juga merujuk kepada sikap/sifat orang-orang yang menduduki syurga.

kita cepat hilang sabar...benarkah ungkapan tesebut atau sabar itu memang tiada dalam kamus kehidupan kita?

jika kita rajin solat dan sering membaca surah Al-Asyr, kita akan ketemu firman Allah dalam ayat yang penghabisan iaitu "...mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran."...

surah keseluruhan : demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman & beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran & berpesan kepada kesabaran.

--------------------------------------------------------------------


mengapa suami isteri mudah hilang kesabaran?
jangan pula kita sangka pasangan kita yang kurang bercakap itu seorang yang penyabar...
dan jangan pula kita fikir pasangan kita yang gemar berlawak atau bersikap 'jovial' adalah seorang yang penyabar sifatnya.

apabila kita berfikir tentang sesuatu yang tiada asas maka kita akan terjerumus keperangkap 'berprasangka'.. dan hampir pasti prasangka yang berlaku itu adalah lebih besar kesan negetifnya berbanding positif dan secara tidak lansung, kita akan terentap mental, emosional, spiritual dan fizikal tatkala prasangka kita itu tidak menepati 'ramalan diri' sendiri.

mari kita fikirkan;

sepanjang kita hidup, adakah kita merupakan seorang hamba tuhan yang taat?
sepanjang kita mengenal sejadah, adakah kita merupakan seorang hamba yang sabar, taqwa & redho akan ketentuan ilahi?

fikirkan...

adakah kita merupakan seorang hamba yang sering engkar dalam kontek ibadah serta keyakinan dalam bertuhan?

berapa banyak peluang & ruang yang tuhan kita berikan kepada kita untuk bertaubat serta kembali menjadi hambaNya yang beriman?

tidakkah kita perasan bahawa kita sering mengenepikan arahan, firman dan saranan hatta petunjuk yang tuhan berikan?

tidakkah kita terfikir betapa tuhan terus memberi ruang & peluang kepada kita semua hingga ke tahap akhir untuk kita bertaubat? dan siapalah kita yang tidak boleh memberi peluang serta ruang kepada orang lain untuk memperbaiki diri dan kembali kelandasan yang betul?

fikirkan...

buat suami isteri yang sering bercakaran; berilah peluang untuk pasangan kita 'catch-up' dengan 'benchmark' yang ditetapkan... sekiranya masih jauh dari 'benchmark'..bimbinglah serta pimpinlah dan bersabarlah kerana Allah suka hamba-hambaNya yang tetap bersabar... apatahlagi sikap/sifat sabar ini ialah sifat para kekasih Allah...

insyaallah..

Thursday, October 14, 2010

Life : Make It Simple...

salam semua..

kehidupan; permudahkanlah...

kita selalu berdoa ke hadzrat Allah s.w.t agar mempermudahkan perjalanan kehidupan kita, namun apa yang berlaku adalah disebaliknya....kehidupan menjadi semakin sempit, semakin sukar dan amat perit.

mengapa terjadi demikian?

setiap manusia mempunyai 'set' kehidupan masing-masing yang perlu mereka hadapi.
'set' kehidupan tersebut amat lengkap dan tiada kekurangan dari setiap sudut.
perlu kita sedari bahawa kehidupan kita mengandungi elemen-elemen suka, duka, riang serta tangis...itu pasti.
menghadapi kehidupan yang mempunyai elemen-elemen kejutan tersebut sangatlah indah jika kita adalah jenis yang 'berbaik sangka'.

saya sering melontarkan ayat ini; alangkah indahnya kehidupan, penuh dengan warna-warna yang melingkarinya...maka rugilah sesiapa yang gagal mengesan, melihat atau merasai keindahan warna-warna tersebut.

berapa ramai di antara kita yang melihat suka dan duka itu satu anugerah sangat berharga kurniaan Ilahi?
berapa ramai di kalangan kita yang gagal menginterpretasi ilmu serta kefahaman dari perjalanan kehidupan ini?

tatkala kita mati atau meninggal atau lebih tepat lagi 'kembali ke rahmat Allah', yang faham maksud kehidupan serta elemen yang terkandung di dalamnya termasuk elemen-elemen ujian demi ujian yang perlu kita hadapi agar kembali kita itu benar-benar kembali ke rahmat Allah?

melihat keindahan pada kehidupan adalah ciri orang beriman.
memperoleh ilmu dari setiap ujian adalah ciri orang yang peka serta bijaksana.
mendapat kefahaman dari setiap langkah dalam perjalanan kehidupan ini adalah ciri insan cemerlang.
memperbaiki diri dari masa ke semasa adalah ciri orang yang bertaqwa.

apalah nak disusahkan dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang?

berfikiran positif atau berbaik sangka terhadap Allah dalam menghadapi setiap ujian adalah kunci 'dipermudahkan' kehidupan.

sifat 'membentak-bentak' tatkala menghadapi ujian adalah sikap munafik.
tidak puas-hati dengan ujian hidup adalah sifat manusia yang engkar serta derhaka.
tidak bersyukur dengan ujian adalah sifat manusia yang lalai lagi leka.

maka, pohonlah kehadzrat Allah agar dipermudahkan setiap ujian ke atas kita.
maka, berusahalah bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik dalam setiap langkah kehidupan.
maka, terimalah dengan penuh keredhoan akan ujian, ilmunya serta kefahamannya untuk menafaat diri dan sekeliling.

hidup ini terlalu singkat untuk kita tangisi serta ratapi.

bersyukurlah & bangkit untuk terus menjadi yang terbaik setiap detik dan ketika.

wasalam

Tuesday, September 28, 2010

Islamophobia : Liberal vs Ekstrem

salam,

heboh satu dunia malaysia (malaysia sahaja) bahawa PM Najib akan membantu Presiden Obama untuk mengatasi Islamophobia (iaitu ketakutan terhadap Islam).

PM Najib memang punya ramai penasihat disamping isteri tersayang yang menjadi penasihat utama.
dan dalam konteks pentadbiran serta halatuju negara berkenaan Islam, beliau dinasihati oleh menteri agama iaitu jamil khir baharom.

apa itu islamophobia?

islamophobia ialah ketakutan orang-orang kafir terhadap islam atas beberapa alasan, antaranya;

1) label esktrem yang dikenakan ke atas orang-orang islam dari sudut tingkahlaku serta perbuatan mereka.
2) kejumudan ilmu yang ada pada orang-orang islam yang tidak mahu berubah walaupun difirman oleh Allah dalam surah Ar-Rad:11
3) ketulian orang-orang islam yang gagal memahami maksud surah Al-Asr (Demi Masa) tentang keadaan mereka pada setiap detik dan masa.
4) kejendulan orang-orang islam yang gagal memahami maksud tasawuf serta memilih untuk menjadi sekular dengan memisah-misahkan syariat, hakikat, tarikat & makrifat.
5) kebutaan orang-orang islam dalam melihat keagungan tuhan dengan mata hati mereka.
6) kecintaan yang amat dahsyat terhadap dunia yang penuh dengan keasyikan memuaskan nafsu serakah terhadap wanita, harta serta kedudukan.
7) kejauhan rasa cinta terhadap Allah & Rasulullah.
8) kejanggalan tentang sifat-sifat agung Rasulullah yang menjadi kunci hamba beriman yang bertaqwa serta bertawakkal.

mari kita lihat maksud islamophobia yang saya ambil dari wikipedia:

Islamophobia (ie. Islam+phobia, "fear") is prejudice against, or an irrational fear of Islam or Muslims.

The term seems to date back to the late 1980s,but came into common usage after the September 11, 2001 attacks in the United States to refer to types of political dialogue that appeared prejudicially resistant to pro-Islamic argument.

In 1997, the British Runnymede Trust defined Islamophobia as the "dread or hatred of Islam and therefore, to the fear and dislike of all Muslims," stating that it also refers to the practice of discriminating against Muslims by excluding them from the economic, social, and public life of the nation.

It includes the perception that Islam has no values in common with other cultures, is inferior to the West and is a violent political ideology rather than a religion.

Professor Anne Sophie Roald writes that steps were taken toward official acceptance of the term in January 2001 at the "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", where Islamophobia was recognized as a form of intolerance alongside Xenophobia and Antisemitism.
--------------------------------------------------------------------------

PM Najib bukanlah orang yang layak mempromote islam kepada orang kafir seperti Obama kerana peribadinya yang bergelumang dengan pelbagai isu-isu.
PM Najib boleh promote islam untuk orang-orang kampung yang belum dibekalkan api & air.

kita memang sering lupa & akan terus lupa.
Rasulullah sudah memberi pesanan yang terakhir buat semua sahabat serta ummat Baginda, di mana pesanan itu sudah cukup untuk menjadi pedoman serta ingatan malah ilmu buat semua hingga akhir dunia.

Pesanan Rasulullah di hujung khutbah adalah jelas; ikut 2 perkara nescaya umat islam tidak akan sesat; Al-Quran & Sunnah.

Al-Quran adalah firman-firman Allah buat semua hamba-hambaNya yang terus segar hingga ke hujung dunia.
Sunnah adalah cara hidup terbaik yang telah Rasulullah tunjukkan buat semua ummatnya hingga ke hari akhirat.

Ramai yang mahu jadi femes.
Ramai yang mahu jadi masyur.
Ramai yang mahu jadi hero.
Tidak kurang yang jadi munafik (cakap lain buat lain; berjanji tetapi ingkari)
Tidak kurang yang jadi fasik
Tidak kurang juga yang jadi zindiq.

Islam yang Rasulullah bawa dahulu tetap sama seperti islam sekarang, tiada yang berubah kecuali ummatnya.
Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasulullah 1400 tahun dahulu juga tetap sama hingga akhir dunia dan tidak berubah walauapapun berlaku.
di dalam Al-Quran termaktub perihal setiap perkara kehidupan para hambaNya, tiada yang tertinggal (melainkan hamba itu buta, tuli serta pekak untuk mendapat ilmu, pengetahuan serta kefahaman darinya)

islamophobia bukanlah satu isu tetapi ianya ialah hasil dari tangan-tangan orang islam itu sendiri yang pekak, tuli serta buta akan agamanya sendiri.

kita baca quran tetapi tidak tahu makna.
kita ikut berzikir tetapi tidak faham maksud zikir.
kita sibuk bertahlil tetapi tidak mendapat kefahaman tentang tahlil.
kita tahu ucap siddiq, amanah, tabligh & fatonah, tetapi kita tak terapkan pada diri.
kita lafaz 'lailahailla anta subhanaka ini kuntum minazzolimin..' tetapi kita tidak tahu maksud dan tidak mendapat keinsafan darinya.
kita lakukan taubat tetapi kita terus-terusan duduk di dalam kemaksiatan.

sampai bila?

suka saya berkongsi khutbah wida', mudah-mudahan ianya membuka pintu hati kita untuk 'kembali' kejalan yang lurus sebagaimana kita lafazkan setiap masa (ihdinas sirotol mustaqeem) dengan izin Allah, insya allah.

Khutbah Wida'

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

---------------------------------------------------------

akhir kata; orang islam sepatutnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.
namun tiadalah yang dapat dibanggakan, kerana orang islam turut melakukan segala maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh orang kafir.

bagaimana orang kafir boleh hormat kepada orang islam, sekiranya ada di dalam fikiran mereka 'alah nama aja islam, kasi rasuah mesti ambil punya...'

fikir-fikirkan....

Monday, September 13, 2010

Salam Eid Fitri Al Mubarak buat semua..


di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri Al Mubarak buat semua yang mengenali kami tidak kira di mana jua anda berada.

mudah-mudahan Eid Fitri kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.

sama-samalah kita berdoa agar perjalanan ke Eid Fitri 1432 dihadapan ini lebih bermanafaat berbanding yang lepas-lepas; di atas iman, taqwa serta tawakkal hanya kepada Allah s.w.t.

marilah kita sama-sama berazam untuk beribadah bersungguh-sungguh kali ini dengan keyakinan yang mantap serta keredhoan yang bulat agar ibadah kita itu benar-benar dilakukan serta diterima oleh Allah sebagaimana yang Dia kehendakki, insya allah.

Allahhuakhbar...Allahhuakhbar...Walillahhilham..

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan: Saat terbaik untuk Berubah!

salam ramadhan buat semua...

sejak zaman Qabil & Habil lagi, manusia terus-terusan mahu berubah.
perubahan yang didambakan ialah perubahan positif.
berubah dari suatu sifat atau suasana yang negatif kepada sifat atau suasana positif adalah 'tabie' manusia atau sifat semulajadi mereka.
tiada manusia yang mahu jadi jahat melainkan faktor sekeliling serta corakan yang diterimanya meng'acuan'kan diri mereka sebegitu.
tiada kita dengar perompak mahukan zuriat mereka turut mewarisi kerjaya perompak mereka itu.

si peminum, si penzina, si penjudi, si pemakan rasuah/politik wang, si pembunuh; semuanya mahu jadi baik, semua mahu 'kembali' bersih serta suci, semua mahu insaf, semua mahu berubah, semua mahu memulakan hidup baru...

ada beberapa persoalan yang akhirnya menjadi halangan yang mereka wajib lalui; bila waktunya hendak berhenti dan berubah & bagaimana untuk memulakannya sedang sifat-sifat negatif ini seolah sudah sebati dengan diri dan seolah hampir mustahil untuk jadi baik semula.

lantaran kegagalan menemui jawapan kepada persoalan di atas; maka manusia akan terus-terusan mewarisi sifat-sifat negatif yang ada sehingga akhir hayat.


berpesta muda-mudi; di mana batas-batas yang perlu diikuti?, 
dari mana mereka mewarisi kehidupan berpesta ini? 
adakah mereka mampu untuk berubah melupakan ketagihan arak yang telah diteguk selama beberapa tahun? adakah kita mampu kembali bersih dan tidak ketagih pesta apabila berumahtangga kelak?
boleh berehat menenangkan fikiran dengan mendengar lagu dsbnya tetapi biarlah ianya di dalam parameter agama dan batas-batas keimaman.
hindarilah titik-titik percikan yang boleh meragut kerapuhan iman lantas melontar separuh diri ke dalam neraka.



anak yang lahir ibarat kain putih menanti untuk dicorakkan; siapa yang mencorakkan? 
ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak masing-masing. manakala persekitaran, prasarana, rakan taulan, hiburan disekeliling, kerajaan yang memerintah juga terbabit dalam pencorakkan ini namun pada kadar yang tidak melebihi kadar tanggungjawab ibubapa.
maka jika anak-anak kita terbabit dalam gejala sosial, maka tudingan jari wajib ke arah kita; tiada apa yang kerajaan atau pemerintah boleh lakukan selagi sistem perjalanan adalah berkiblatkan selain dari Allah.





anak luar nikah & pembuanganya; satu fanomena hasil dari kegagalan sistem sosial sesebuah negara. 
rata-rata mereka yang melahirkan anak diluar nikah ini berumur antara 13 - 18 tahun di mana purata umur ibubapa mereka adalah sekitar 45 - 55 tahun. 
ini bermakna ibubapa mereka lahir sekitar hujung 1950an-60an. dan bolehlah kita ketahui bahawa tahun-tahun tersebut, pelajaran agama sangatlah kurang dititik beratkan oleh orang-orang melayu di semenanjung ini.
jika adapun yang 'kuat agama'nya, mereka adalah yang berketurunan alim ulama, dan selebihnya ramai yang belum beriman sepenuhnya walaupun islam pada nama. 
maka asas agama yang boleh diturunkan kepada anak-anak amatlah rapuh.



lantaran tipisnya pengetahuan agama di kalangan suami isteri maka hiasan rumahtangga ialah pertengkaran, makian, hamunan dan carutan, malah ada yang bertukar-tukar tamparan atau tempelengan hatta tumbukan atau penerajangan.
asas kehidupan adalah agama.
asas diri adalah iman.
asas taqwa adalah amal.
asas tawakkal adalah redho.
apa yang boleh kita katakan; jika dari ambang perkahwinan lagi si lelaki sudah mula mengajar bakal isteri perkara-perkara yang menyimpang atau terkeluar dari batasan agama.
apa yang boleh kita katakan; jika dari awal lagi bakal suami gagal mengajar bakal isteri tentang aurat serta batas-batas pergaulan.
apa yang boleh kita katakan; jika dari awal lagi sang suami memperlekeh-lekehkan agama di depan isteri dan anak-anak.
apa yang boleh kita katakan; jika sang suami adalah pelengah, peninggal serta pemalas akan solat & puasa.
apa yang boleh kita katakan; jika 'knowledge' sang suami mengenai perkara-perkara keduniaan sangat hebat tetapi tidak tahu makna surah Al-fatehah.


salah seorang dari anak-anak muda ini adalah anak seorang menteri.
perdana menteri, menteri, timbalan menteri, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, ketua kampung, ketua jkk, ketua jkkp, imam, pengerusi surau dan seterusnya adalah pemimpin kepada rakyat atau komuniti masing-masing.
sebagai pemimpin, mereka adalah contoh kepada masyarakat mereka, mereka adalah ketua dan setiap langkah perbuatan mereka diperhatikan.
bagi masyarakat, apa yang pemimpin ini cakap atau janjikan boleh dipegang sekiranya 'mereka cakap serupa bikin.
jika cakap 'tak serupa bikin' maka pemimpin atau ketua itu adalah ketua 'cap ayam' atau ketua 'politik wang'.
kayu ukur untum merka ini mudah sahaja; kalau keluarga tidak boleh dididik dan dinasihat, maka tak payahlah nak kecoh sana-sini.
memang tiada masalah bagi seorang suami untuk tidak takut isterinya; tetapi adalah satu masalah sekiranya isterinya itu tidak takut pada suami...


mereka di atas adalah gadis-gadis melayu yang sudah lama terpedaya, diperdaya dan akhirnya tetap dan kekal dalam perdayaan.
siapa yang memperdaya mereka?
rancangan tv? datuk-datuk di kelab-kelab dangdut, hotel-hotel 6 bintang? mamasan? papasan? ahli-ahli politik yang suka mengumpan 'keramaian' majlis dengan daging-daging mentah lahapan nafsu?
siapa yang mampu menegur gadis-gadis ini? mereka pasti tidak takut dengan sebarang teguran atau ambil tak endah tentang apa pandangan masyarakat kerana bagi mereka, mereka cukup selamat dan mereka punya khalayak untuk dihibur dengan dedahan tubuh badan mereka.
sampai bila?


tidak perlu untuk orang melayu islam atau bangsa lain pergi keluar negara untuk  melihat 'tiger show' atau 'pole dancer'.
kerana di malaysia ianya mudah terhidang.
dan hidangan itu diadakah secara 'ekslusif' untuk jemputan-jemputan khas.
bagi 'gelandangan-gelandangan' kali lima yang mahukan show-show sebegitu, ada juga tetapi kurang ekslusif dan terdedah kepada 'serbuan-serbuan' pihak berkuasa.
waimanya, di malaysia wujud pentas-pentas untuk pameran daging-daging yang bakal menjadi bahan-bahan bakar di akhirat kelak.



wanita islam yang tidak menutup aurat adalah berdosa.
wanita islam yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat adalah berdosa ganda 2.
wanita islam yang menutup aurat adalah mendapat pahala.
wanita islam yang menutup aurat dan melakukan maksiat adalah berdosa ganda 1.
jenis yang pertama; samada dia fasiq atau engkar
jenis kedua; samada dia faham atau hanya mengikut
aurat & maksiat adalah perkara yang berbeza tetapi berkait rapat antaranya.
aurat wajib ditutup, maksiat wajib dijauhi.
aurat yg terdedah boleh mengundang maksiat.
aurat yang dittutup tetapi nampak susuk dikira tidak ditutup kerana ia boleh mengundang maksiat.
maksiat hadir kerana dorongan nafsu yang gagal dikawal.
nafsu gagal dikawal kerana didorong oleh aurat yang dilihat.
maka berusahalah untuk meredupkan nafsu yang bergelora dengan menutup aurat serta merendahkan pandangan terhadap aurat orang lain. 
maka jangan beri ruang kepada nafsu untuk beri kita berbagai idea untuk melakukan maksiat. 

------------------------------------------------------------------------------

ramadhan adalah bulan terbaik di kalangan yang terbaik untuk kita berubah, melaksanakan perubahan kepada diri kita.

bagaimana?

ada banyak cara.

dengan syarat, kita faham apa yang telah kita lakukan dimasa lalu dan mendapat ilmu darinya serta kita benar-benar mahu berubah...

selamat berubah...selamat berjaya!

Monday, August 23, 2010

Benar kita cintakan Allah?


salam sejahtera buat semua....

suka saya berkongsi satu kisah menarik untuk ikhwan semua...

-----------------------------------------------------------------

Pada suatu saat, Tuhan berbisik kepada Nabi Musa a.s, dalam keheningan hatinya, "Wahai hamba pilihan-Ku, Aku mencintaimu!"

Musa menjawab dengan pertanyaan, "Wahai Sang Maha Pemurah, katakan padaku, sifat apa dari diriku yang membuat-Mu mencintaiku, supaya aku dapat senantiasa mempertahankan dan menghiasnya."

"Ku mencintaimu karena engkau seperti anak kecil," jawab Tuhan, "Anak kecil yang berada dalam naungan ibunya. Meskipun sang ibu mengusirnya, ia tetap bergantung padanya. Untuknya, tak ada orang lain di dunia ini selain sang ibu. Semua sedih dan bahagia hanya bersumber dari ibunya.

"Meskipun sang ibu memukulnya, ia tetap memburu dan memeluk ibunya. Ia tak pernah meminta pertolongan selain kepada sang ibu. Ibunyalah sumber segala sesuatu, baik maupun buruk.

"Begitu pula hatimu. Dalam suka atau pun duka, ia tak pernah berpaling dari-Ku.
Dalam pandanganmu, makhluk lain hanyalah bebatuan dan bongkahan tanah...."

------------------------------------------------------------------------

masya Allah...

pernahkah kita terfikir, memikirkan, memuhasabah diri, mencari jalan, berusaha bersungguh, merenung barang sebentar tentang cinta yang kita tujukan kehadzrat Allah?

bersungguh kita lafazkan kata-kata cinta....namun tiada balasan diterima... apa rasanya?
ibarat seorang pemuda melafazkan cinta kepada gadis yang dicintainya, namun gadis tersebut diam membisu tanpa sebarang jawapan ataupun riaksi.

layakkah seorang hamba Allah itu mendapat cinta Allah sedang hatinya penuh dengan gelora dunia?
layakkah seorang hamba Allah itu mendapat cinta Allah sedang hatinya masih terpaut dengan keasyikkan dunia yang fana?
layakkah seorang hamba Allah itu mendapat cinta Allah sedang dirinya terikat dengan cinta kepad makhluk lain?
layakkah seorang hamba Allah itu mendapat cinta Allah sedang dirinya terikat dengan cinta kepada harta benda wang ringgit?

adakah iktiqad, lafazan dan perbuatan kita menunjukkan kita benar-benar mencintai Allah?
adakah kita masih sangsi dengan keyakinan atau keimanan yang ada pada diri?

akhir zaman hamba-hamba Allah sanggup menduakan cinta Allah dengan cinta kepada harta benda & keluarga, sahabat handai dsbnya.

apa yang berlaku ini adalah lantaran dari 'kecetekkan asas' tentang keimanan, keislaman dan ketasaufan (ihsan).

sistem pembelajaran tidak menjurus kepada lapisan kedua tentang hakikat ketuhanan.
sistem pembelajaran hanya mengajar bagaimnana untuk mengerjakan solat tetpi tidak mengajar hakikat solat dan ruh solat tersebut.
sistem pembelajaran hanya menekankan niat puasa, niat naik kenderaan & doa makan berbanding ruh puasa, ilmu dissebalik puasa itu, kefahaman yang kita dapat dari ilmu puasa itu,

cinta adalah perkara yang dalam.
ia wujud muncul dan terbit dari hati setiap hambaNYa.
cinta tidak boleh dipaksa tetapi ianya boleh dipupuk.

bagaimana kita boleh memupuk cinta dihati agar ianya mendalam dan utuh dari masa kesemasa?

kita kata kita cinta Allah... sedalam mana cinta kita itu? seutuh mana cinta kita itu?
adakah ianya satu kepuraan atau setipis kulit bawang atau setitis air dihujung kuku labah-labah?

fikir-fikirkan..

Monday, August 16, 2010

Berkelana Menagih Kasih Suci



esok genap 7 keping hari-hari yang berlalu di bulan mulia Ramadhan Al-Mubaraq ini..

apa natijah yang boleh kita pelajari dari detik-detik masa yang berlalu?
apa ilmu yang boleh kita menafaatkan buat sekelian alam?
 
bermula dengan solat maghrib 1 Ramadhan yang lepas, disuruti oleh solat Isya' terus solat terawih serta witir dan ada yang istiqomah dengannya, tidak kurang yang hanya suam-suam kuku ibadah jemaahnya.

dunia ini memerlukan kita berupaya menjadi manusia yang cemerlang.
dunia akhir zaman ini tidak mampu menunggu manusia yang masih lagi berdiri di tapak yang sama untuk sepuluh tahun yang berterusan.

dunia akhir zaman ini sangat kompleks... sungguh kompleks.

lupakan dulu isu buang bayi yang semakin hari semakin menjadi jadi...
saya malas mahu bicara soal itu kerana bagi saya pemegang kuasa pentadbiran negara masih belum cukup bersungguh mahu menanggani masalah sosial hatta membendungnya...yg disibukkan ialah lorong-lorong dosa serta nista yang terhidang dengan halus bertopengkan integrasi nasional melalui pergaulan bebas lagi jahilyyah.

bagaimana mungkin seorang manusia itu mahu dan boleh berubah menjadi insan cemerlang yang kamil lagi mukkammil di dalam kekalutan dunia akhir zaman ini?

fikirkan, tatkala si polan ingin bertaubat menyuci diri dari segala nista..adakah dia bisa melakukannya dalam masa dia masih dikelilingi oleh manusia yang sama, situasi yang sama, wajah yang sama, nasihat yang sama, kekuatan yang sama dan hampir pasti semuanya sama kecuali niat & tekad di hati nurani.

maka sebab itulah faktor hijrah adalah satu elemen yang signifiken atau penting dalam kehidupan setiap insan yang mahukan perubahan.

tiada perubahan tanpa penghijrahan.
hijrah yang berlaku wajiblah merangkumi elemen-elemen asas diri; mental, emosional, spiritual & fizikal.

insan yang berhijrah adalah insan yang berani.

dan hijrah yang agung adalah hijrah yang benar-benar dilakukan atas tagihan cinta serta kasih suci yang didambakan setiap saat detik & ketika oleh jiwa-jiwa yang benar-benar tenang suci dan mulus.

wasalam.

Bila Tabie Diri Menyerlah di bulan Ramadhan..


salam ramadhan buat semua..moga Ramadhan tahun ini menjadi pemangkin kepada perubahan diri ke arah kecemerlangan...insya Allah.
ucapan ringkas dari saya ini memang berbeza dengan tahun-tahun yang lepas.

saya sebenarnya mengalami demam panas, dihidrasi dan sedikit cirit 2 hari sebelum 1 Ramadhan minggu lepas, maka segalanya jadi 'pegun' dan saya banyak menghabiskan waktu dengan berbaring menanti ketibaan Ramadhan.

Alhamdulillah saya berupaya melaksanakan solat terawih pada 1 Ramadhan berjemaah bersama-sama keluarga, namun 3 malam berikutnya saya hanya berbaring menahan bisa-bisa sendi akibat dihidrasi.

waktu menulis ini, jari jemari masih ada lagi kekebasan sedikit dan insyaallah dengan izinNya saya akan sembuh sepenuhnya beberapa hari lagi.

----------------------------------------

antara bulan-bulan dalam kalendar islam, Ramadhan adalah bulah yang saya suka, suka dari sudut keistimewaannya dan keunikkannya.

istimewa kerana semua umat islam yang sempurna syarat, diwajibkan berpuasa.
unik kerana pada bulan ini, segala bentuk sifat-sifat diri akan terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi.

seperti biasa, malam pertama solat terawih, masjid serta surau penuh berasak-asak... dan fanomena ini akan berakhir untuk seminggu sahaja di mana, saf-saf akan berkurangan semula bila masuk minggu kedua, ketiga dan sebelum raya.

fanomena ini dinamakan fanomena 'hangat-hangat tahi ayam'...
dan ianya telah berjaya dibudayakan oleh penjajah dalam & luar negeri dan dinamakan budaya 'ikut aje, fahamnya tidak'..

-----------------------------------------

sedar atau tidak, kita sudah menghampiri seminggu melunaskan ibadah puasa...
sedar atau tidak, kita ada melalui beberapa peristiwa atau situasi atau keadaan yang 'luarbiasa'..
luarbiasa maksud saya ialah, kita jarang-jarang lakukan sebagai contoh, tiba-tiba mahu menyendiri atau tidak mahu diganggu sedangkan sebelum puasa, dialah 'raja menyibuk' sana-sini.

sifat-sifat ini merujuk kepada sifat-sifat 'hipokrasi' yang kita amalkan diluar bulan Ramadhan...maksudnya ingin menyendiri itu adalah 'permainan diri' yang akan merosakkan.

semua arif, syaitan dibelenggu disepanjang Ramadhan, maka jika ada kejahatanpun yang timbul, ianya adalah dari sifat 'kesyaitanan' diri yang telah lama dipupuk dengan bantuan nafsu serta syaitan dan iblis sebelum ini.

pendek kata, diri kita yang gagal menjadi khalifah sebenar, telah dilatih atau direkrut oleh syaitan dan iblis untuk menjadi tentera meraka.

sebab itu kita boleh lihat, walaupun seseorang itu lagaknya macam mahu muhasabah atau menyendiri dsbnya, lagaknya itu seolah-olah tidak 'natural' dan dibuat-buat.

Maha Suci Allah yang menurunkan rahmat yang melimpah ruah di bulan Ramdhan ini. maka sudah tentu Allah mencintai hamba-hambaNya yang benar-benar mencintai Allah dengan penuh keikhlasan dan beribadah pada setiap detik & masa tidak mengira Ramadhan atau Syawal atau apa sahaja bulan.

kerana hamba-hamba yang memperoleh cinta serta keredhoaan Ilahi adalah hamba-hamba yang beribadah tanpa sebarang syarat atau ikatan atau ugutan kepada Tuhan mereka.

--------------------------------------------

wasalam

Friday, July 16, 2010

Kuasa Adalah Kemusnahan!

hari ini barang terus naik.
ramai yang celaru, tidak kurang yang keliru.

hari ini petrol, gas dan gula naik.
ramai yang celaru, tidak kurang yang haru biru.

hari ini semua menjadi mahal.
roti canai, nasi lemak, kue tiaw sup jadi mahal.
ramai yang celaru, tidak kurang yang termanggu.

minda pergi jauh menyelak kitab sejarah masa.
tatkala umar cucu umar memerintah negara.
hanya 2 tahun 5 bulan memegang kuasa.
racun hinggap diusus meragut nyawa.


apa salah umar cucu umar?
salahnya kerana terlalu adil.
salahnya kerana tidak ikut nafsu serakah juak keliling.
salahnya kerana memakmurkan seluruh rakyat.
salahnya menyamaratakan harta semua.
salahnya kerana memerintah dengan adil saksama.

benar lagi maha benar firman Allah.
anak & isteri kamu akan mengheret kamu ke neraka.
tatkala gagal mentadbir mereka.
diri tergadai jiwa sengsara.

benar lagi maha benar firman Allah.
nasib hamba tidak akan berubah
selagi hamba tidak mahu mengubah.
tunggu adalah barah, pasrah adalah kalah.

benar lagi benar sabda Rasul.
fitnah menjala di akhir zaman.
ibarat semut hitam di malam gulita di atas batu gelap.
bila yg salah menjadi benar, bila yang benar menjadi salah.

apa masalah dengan kita?
harga elektrik terus naik
harga air terus naik
harga petrol terus naik
harga tepung terus naik
harga gula terus naik
harga segalanya turut naik.

tidak cukupkah hasil kurniaan Allah?
tidak cukupkah segala cukai dikutip?

apa masalah dengan kita?
bina stadium runtuh.
bina stesen bas runtuh.
bina surau runtuh.
bina jembatan runtuh.
bina parlimen runtuh.
bina lebuhraya runtuh.

kurang bijakkah pemimpin kita?
kurang agamakah permimpin kita?

apa masalah dengan kita?
siaran tv penuh dengan kemaksiatan.
hiburan tidak putus putus
maksiat bermaharajalela
rasuah menjadi ulaman hidup
anak luar nikah menjadi kebiasaan
seks bebas adalah santapan
rompak & ragut ibarat hiburan

kemana arah yang kita tuju?
kemana hujung hidup kita?

mana dia ruh qudsi kita?
tengelam dalam gelora nafsu?
atau hilang kerana kegelapan dosa?

ikan busuk dari kepalanya.
rakyat celaru kerana pemimpinnya.
negara hancur kerana kepimpinannya.
tatkala halal & haram tiada sempadan.

apa yang boleh kita banggakan?
sekadar sebuah banglo berjuta ringgit?
harta bertan-tan beratnya
tanah beribu-ribu ekar
anak & isteri yang bertopengkan islam beraqidahkan kafir

apa yang boleh kita katakan?
bila gagal menjinakkan nafsu
harta adalah lambang status quo
pangkat adalah kuasa untuk membeli hamba
rasuah ibarat hadiah yang tiada dosa
zina adalah ubat stress moden.
anak luar nikah adalah najis yang perlu dibuang.

sampai bila?

renung & renung...

kuasa adalah kemusnahan
terlalu berkuasa adalah kemusnahan yang pasti.

uluyambaru
jumaat
16julai2010 

Tuesday, July 13, 2010

Ramai jadi Tebusan Jin & Syaitan

salam semua..

ramai di antara kita yang tanpa disedari telahpun menjadi tebusan jin serta syaitan dan yang seangkatan dengannya.
hal ini berlaku kerana beberapa sebab;

pertama - ceteknya pengetahuan agama yang asas iaitu iman, islam & ihsan.
kedua - tewas dengan dorongan serta bisikan nafsu yang tidak pernah puas-puas untuk memperoleh segala kemahuan diri sehingga tidak terkawal.
ketiga - lemah atau pasrah dan mengikut sahaja kehendak atau saranan atau suruhan orang ketiga samada rakan, saudara dsbnya.

akibat dari sebab di atas, manusia mula lupa kepada Allah; manusia mula lupa kepada kekuasaan Allah; manusia mula lupa kepada qada & qadar; manusia mula lupa akan kesyirikan (menduakan Allah) dalam setiap niat, lafaz & perbuatan mereka.

lantaran dari itu, manusia mula mencari-cari cara-cara lain yang boleh mereka bergantung selain dari bergantung kepada Allah.

maka wujudlah pembantu-pembantu di sepanjang perjalanan mereka mencari pergantungan itu yang terdiri daripada hamba-hamba yang benar-benar boleh membantu, termasuklah manusia-manusia yang mengambil kesempatan dan juga manusia-manusia yang telah diperalatkan oleh jin atau syaitan.


pengalaman menderita penyakit misteri atau penyakit spiritual adalah satu pengalaman yang sukar untuk diceritakan kerana ianya berbentuk 'ghaib' dimana ianya tidak boleh dibuktikan dengan sains moden.

maka sesiapa sahaja yang menderita penyakit 'spiritual' sudah pasti akan mencari pakar-pakar yang mampu membantu meringankan penderitaan ataupun mampu menyembuhkan dengan cara-cara tertentu.

ada jutaan para pengamal ilmu perubatan spiritual di luar sana.
ada yang dilihat kemas dan cantik pada luaran, namun pada hakikatnya mereka sangat 'hitam' pada dalaman serta penuh dengan kemistikan yang nyata.

ada juga yang begitu hebat menghafaz al-quran serta mentera-mentara yang diselitkan dengan ayat-ayat al-quran namun dipertengahan perubatan, muncul kemusykilan yang nyata sehingga ramai yang terdorong atau terjebak dengan guru-guru ini.

ramai juga guru-guru atau pengamal perubatan jenis ini yang 'bogus' atau pelakun hebat dan tidak kurang juga yang tertipu dengan mereka sehingga bertahun-tahun, malah ada yang sampai melahirkan anak luar nikah dan ada yang jadi papa kedana kerana habis harta dicurahkan kepada mereka-mereka ini.


samada kita pernah terbabit atau tidak pernah; perlulah kita ingat, bahawa setiap perkara yang kita lakukan hendaklah kita faham, memahami serta mendapat kefahaman darinya.

contoh; jika kita dibawa bertemu dengan para pengamal perubatan ini, maka kita perlulah meningkatkan kepekaan diri dan jangalah diketepikan 'rasa tidak sedap' yang muncul di dalam hati apabila berhadapan dengan mereka ini atau beberapa hari sebelum berjumpa.

juga perlulah kita tahu setiap apa perkara yang dilakukan oleh pengamal perubatan itu, bertanyalah kepadanya akan setiap yang dilakukan, bertanyalah kepadanya akan setiap barang-barang dan kegunaannya agar kita tidak terjebak membawa pulang atau memakai barang-barang yang ber'tuan'.

seorang pengamal perubatan yang benar; ialah seorang yang akan menerangkan setiap perkara yang akan dilakukan disepanjang proses perubatan dan akan menerangkan setiap barang-barang yang akan digunakan disepanjang proses perubatan tanpa berselindung.

fikir-fikirkan...

adakah kita sedang menjadi tebusan jin atau syaitan akibat tangkal, wafaq, cincin, susuk, pagar, pendinding dsbnya yang kita perolehi dari sumber yang diragui akibat kekalutan diri?

masih belum terlambat..

Tuesday, July 06, 2010

Eagle Nest Outbound Adventure Eco Resort, Ulu Yam



salam semua,

maaf kerana lama tak mengupdate blog ini.
saya dan rakan-rakan di Baitulummah Holdings Sdn Bhd sedang sibuk 'membanting tulang empat kerat' menyiapkan 'infra' untuk sebuah pusat latihan 'outdoor' yang bakal dikendalikan oleh Baitulummah.

resort yang bakal menyediakan fasiliti-fasiliti program latihan aktiviti luaran berbentuk 'back to nature' terletak berdekatan dengan air terjun Sungai Sendat dan di tepi Sungai Kalong, Ulu Yam, Hulu Selangor bakal memulakan operasi pada pertengahan bulan Julai 2010.

Eagle Nest Outbound Adventure Eco Resort adalah nama penuh resort dan singkatannya ialah Eagle Nest.

berkemampuan untuk menampung kapasiti 300 peserta program pada satu-satu masa dan mempunyai 20 aktiviti termasuk 15 obstacles course points.

turut menempatkan kawasan 'war zone' untuk aktiviti 'paint ball', jungle trekking, rock climbing, beach soccer, volleyball dsbnya.

Eagle Nest yang meliputi kawasan seluas 4 ekar, penuh dengan pokok-pokok buah-buahan turut membuka pintu untuk para individu dan kumpulan-kumpulan kecil yang mahu turut serta menikmati kehijauan alam semulajadi.

Jeram Sungai Kalong yang bersempadan dengan Eagle Nest menghidangkan kenyamanan yang asli untuk pengemar 'terapi air terjun'.

saya dan rakan-rakan di Baitulummah berasa bertuah kerana dapat memulakan sesuatu yang baru dengan berbekalkan pengalaman kami menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dalam dan luar kelas, Eagle Nest sudah pasti akan muncul sebagai sebuah resort latihan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Insya Allah.


'giant tent' yang boleh menempatkan 16 orang peserta menjanjikan keselesaan kepada perjalanan program yang dijalankan.


salah satu 'jeram' yang menanti pengunjung ke Eagle Nest.

mudah-mudahan segala usaha yang dijalankan dipermudahkan oleh Allah. Insyaallah.

Friday, June 18, 2010

Pahala Bercampur Dosa..

salam semua...

ada di antara kita yang menyedari dan ramai di antara kita yang membiarkannya.

apa itu? ianya ialah percampuran antara pahala & dosa.

sebagai orang islam perkara pahala & dosa ini adalah perkara asas yang wajib diketahui sebelum seseorang itu terus memahami serta mendapat kefahaman tentang iman, taqwa, tawakkal, sabar, tawaduk dsbnya.

dari kecil kita sudah diajar atau didedahkan dengan perkara pahala & dosa; bagaimana kita memperolehnya.

kita diberitahu serta diajar, kalau buat baik dapat pahala, kalau buat jahat dapat dosa.

dan ramai diantara kita yang terus-menerus mendalami bab-bab pahala & dosa ini untuk mendapat lebih kefahaman dari apa yang sudah difaham serta difahaminya.

Allah berfirman di dalam surah At-Taubah;

102. dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

103. ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

104. tidakkah mereka mengetahui Bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? 


ayat 102 menceritakan tentang manusia yang mencampur adukkan amalan baik dengan buruk.
ayat 103 menceritakan bagaimana cara untuk mensucikan diri dari kekusutan percampuran amalan baik dan buruk serta perbuatan mendoakan kesejahteraan buat golongan tersebut.
ayat 104 menekankan bahawa hanya kepada Allah kita bertaubat dan hanya Allah penerima taubat.

seringkali kita termanggu dan terfikir di manakah kesudahan hidup kita.
kita juga terfikir bagaimankah kesudahan hidup kita nanti.
juga kita terfikir dan binggung mengapakah keluarga kita hidup dalam keresahan walau harta serta wang ringgit tidak menjadi masalah.
malah kita juga tertekan memikirkan tentang hubungan suami isteri yang tidak mesra walau segala-galanya sudah ada samada sederhana atau melampaui batas.

fikir sahaja tidak boleh membawa kita kemana jika kita tidak sertakan dengan zikir.

kerana orang yang hebat berfikir adalah orang yang mantap berzikir.

apa itu fikir & apa itu zikir?

kita berfikir untuk mencari jawapan kepada satu-satu keadaan atau isu yang kita hadapi.
kita juga berfikir untuk merancang sesuatu tindakan yang akan kita ambil.

kita berzikir untuk mengingati Allah... zikir adalah mengingati Allah... manakala wirid adalah sebutan yang kita lafazkan berulang-ulang kali untuk menyucikan hati agar terpancar nur dari hati yang mungkin sudah kelam atau penuh dengan kezulumatan kehitaman dosa & noda.

apa yang kita wiridkan bergantung kepada keperluan diri kita.
dan wirid yang hendak kita amalkan hendaklah menpunyai talian yang tidak putus serta ianya 'beraqad' dengan guru yang arifbillah.

orang yang berfikir tanpa berzikir adalah orang sekular yang memisah-misahkan agama dengan kehidupan seharian.

memang ramai yang lupa pada Allah.
mereka ini lupa ayat "hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenteram"..

ramai juga yang berfikir hingga jadi gila atau tidak betul.
mereka jadi begini kerana fikir itu dibuat bukan atas zikir.

maka apa sahaja yang kita lakukan tanpa menyertakan dengan zikir atau mengingati Allah adalah satu kemusnahan besar ke atas diri dan ianya bermula dengan satu titik hitam di hati.

apabila sudah banyak titik hitam itu, maka mudahlah diri itu diperdaya oleh nafsu serta hasutan syaitan.
apabila sudah banyak titik-titik hitam itu, maka diri sudah jadi tidak peka dan hilang punca...maka jadilah manusia itu seperti hantu penanggal, ada kepala tetapi tiada badan.

manusia-manusia ini berjalan di atas bumi tapi tidak jejak ke tanah, mereka senyum tetapi senyuman mereka tawar, mereka mandi tetapi wajah mereka tetap nampak keruh, mereka cuba menyembunyikan keresahan diri serta gundah namun perlakuan mereka sangat mudah dikesan.

minyak dan air tidak boleh bersatu; begitulah juga dengan pahala dan dosa.
jika minyak dan air cuba untuk dicampurkan dan digunakan untuk menjalankan satu-satu mesin, maka rosaklah enjin atau motornya.

begitu juga pahala dan dosa; ianya tidak boleh bersatu.
jika kita cuba untuk mencampur-adukkan dosa dan pahala, maka tidak keruanlah kehidupan kita.
nampak pada zahir macam bahagia, namun dalamannya serba tidak kena.
dan hasil hujungnya ialah, kita akan meninggalkan segala perbuatan baik dan terus menggandakan perbuatan tidak baik.

berapa umur kita sekarang?

berapa jangkamasa yang kita rasa kita akan hidup lagi?

agak-agak bila kita akan mati?

sampai bila kita mesti terus melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ini dalam keadaan kita masih terus solat, berpuasa & mengucap dua kalimah syahadah?

sampai bila kita mesti terus melakukan maksiat demi maksiat samada kecil atau besar sedangkan kita tidak tahu bila nyawa kita akan kembali kerahmat Allah?

tidakkah kita percaya kepada syurga & neraka?

mampukah kita terus menidakkan 'hidayah' yang selalu membisik ke dalam lubuk hati kita disetiap masa agar kita kembali bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa hasil kemaksiatan serakah kita?

sampai bila?

Tuesday, June 08, 2010

GAZA terus menangis..

salam buat semua..

syabas buat misi kemanusiaan bantuan ke Gaza.
walaupun gagal, namun sekurang-kurangnya kalin telah membuktikan bahawa ada usaha dari satu perspektif untuk membantu saudara islam yang ditindas di sana.

pejuang-pejuang palestine yang hanya bersenjata biasa (tidak secanggih senjata tentera israel) yang terus berjihad mempertahankan sisa-sisa tanahair yang ada.



tiadalah boleh diharap bantuan ketenteraan dari negara-negara islam yang lain, terutamanya yang berhampiran.. maka anak-anak inilah terpaksa diajar untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanahair.


sudah beribu keranda kita saksikan dengan berpeluk tubuh serta mungkin sedikit tangisan di dalam dada. mereka-mereka ini dizalimi dalam saat saudara seislam yang lain berbahagia di rumah masing-masing.


apalah erti kehidupan jika tanahair dirampas dan hanya mampu melihat tanpa dapat mempertahankan.


kematian adalah perkara biasa di Gaza.. sekurang-kurangnya mereka berusaha mempertahankan masjidil aqsa dari tindakan kebinatangan regim zionis israel.


regim zionis israel tidak kira siapa sahaja untuk menjadi mangsa peluru mereka. kerana mereka percaya bahawa bangsa israel adalah bangsa yang mulia dan manusia lain adalah hina.


Allah berfirman di dalam surah Al-Imran ayat ke 142:

142. Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

adakah kita sudah menyangka kita akan masuk syurga dengan apa yang telah kita lakukan?
adakah kita malu untuk berjihad di atas nama Allah dalam mempertahankan agama?
adakah kita sudah bersungguh-sungguh berjihad membantu saudara seislam kita yang ditindas oleh puak zionis regim israel?
adakah sudah terang dan nyata kita hanya beribadah, berjihad ke jalan Allah?
atau kita masih sibuk dengan diri, harta serta kuasa yang tidak habis-habis perkiraannya?
atau kita jenis bangsa yang tumpang selit dan bersifat munafik dalam perjuangan?
adakah sudah nyata sifat sabar kita serta cekal dalam perjuangan menegakkan agama Allah?
atau kita masih terus beremosi menonton cerekarama, akademi fantasia, mentor dsbnya?

fikir-fikirkan..

wasalam

al-fatihah buat semua pejuang islam tidak kira di mana sahaja anda berada.

Wednesday, May 19, 2010

Bayangan Dosa-dosa...



salam semua..

di dalam Al-Quran, Allah berfirman menerusi surah Al-An'am ayat ke 54;

54. dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

ayat di atas secara jelas memperlihatkan keadaan manusia/hamba Allah yang mahu bertaubat itu adalah antara ciri-ciri orang-orang yang 'beriman' kepada ayat-ayat Allah (firmanNya di dalam Al-Quran).

beriman kepada ayat-ayat Allah adalah bermaksud beriman keseluruhannya (6 rukun iman)..dan golongan ini sudah pasti golongan yang amal maaruf nahi mungkar dan sudah tentu jenis yang 'samia'na wa atokna' atau kami dengar kami patuh.

maka apabila golongan ini (yang menyatakan hasrat untuk bertaubat dan kembali kepada Allah) datang kepada kita, maka hendaklah kita memberi kata-kata positif serta peransang dan juga khabar gembira buat mereka tentang rahmat Allah, pengampunan Allah serta Kasih Allah kepada mereka.

manusia/hamba Allah ini mahu bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini tidak kiralah apa dosa mereka (melainkan syirik), maka sewajibnya kita memimpin serta membimbing mereka dengan dorongan serta kata-kata nasihat agar semangat mereka kembali pulih dari bayangan-bayangan dosa yang telah dilakukan.

benar, setiap hamba Allah itu mempunyai intrepestasi atau pandangan terhadap dosa masing-masing; namun dosa adalah dosa dan dosa akan tercuci bersih dengan taubat yang sebenar-benar taubat serta bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut.


untuk lari dari bayangan dosa-dosa lampau; kita perlulah bertaubat dengan sebenar-benar taubat, memaafkan diri kita, cintai dan sayangi diri kita dan bangkit semula dengan diri yang baru.

apa yang sudah berlalu, jadukanlah satu ilmu yang berguna buat diri untuk masa hadapan.

jangan sesekali berharap apa yang ada dihadapan kita ini akan merubah bayangan dosa lalu kerana yang berlalu tetap tidak akan boleh diubah.

yang boleh diubah hanyalah diri kita iaitu siperlaksana; maka janganlah melaksanakan dosa-dosa itu semula...sungguh tidak bersyukur serta jauh dari keimanan sekiranya seorang itu membiarkan tangannya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.

pohonlah kekuatan dari Allah.
pohonlah perlindungan kepada Allah dari bisikan nafsu serta hasutan syaitan samada yang jelas atau tersembunyi.
hanya kepadaNya lah kita bergantung.

di dalam surah An-Nisa' ayat ke 31, Allah berfirman;

31. jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga).

dan di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 159 & 160, Allah menunjukkan tanda-tanda orang-orang yang diterima taubatnya.


159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

ayat ke 159 menerangkan sifat orang-orang yang dilaknat oleh Allah & sekelian makhluk iaitu mereka yang berdusta serta menyembunyikan kebenaran yang Allah turunkan. Mereka-mereka ini adalah pendusta dan sahabat kepada syaitan serta iblis.

ayat ke 160 menerangkan golongan yang Allah terima taubat mereka, iaitu mereka yang bertaubat dan insaf, mereka terus berusaha memperbaiki amalan mereka serta mereka menerangkan apa yang mereka sembunyikan (keterangan-keterangan) tentang kebenaran yang Allah nyatakan serta apa yang mereka tahu.

moga kita tidak dibayangi dosa-dosa lampau..insya Allah.

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails