Friday, January 25, 2008

24th & 25th : Syabas Warga MBSB!... all of you are great!


semuanya hebat-hebat belaka...


khusyuk bersama tugasan yang diberi...


pikir jangan tak pikir... & pikirlah diluar kotak....


berkenal-kenalan...


dari beberapa branch, sejauh alor star...mereka berkumpul untuk satu misi..


'energizing' @ memberi energy positif kepada rakan-rakan..


as minutes goes by...everyone understand better bout themselves..


individual & group assignment 'in action..

doa saya; semua yang hadir dalam program ini terus cemerlang & fokus kepada memantapkan diri, kerjaya, organisasi & keluarga...

wasalam

21st & 22nd.... with the Great Leaders of MiDF..


the 'thin' building in front of midf building..


the midf 'old' building...


mimi 'in action'..


roziah presenting her group work..


iskandar & ray...


the midf coachs..


'reiki pun ada'...

all the best to all participants...

"Back to Back"...Great Program with great participants..!

salam semua....

lama tak 'mengetuk keyboard' untuk update blog ni... maaf lah yer...
nak tarik nafas..(doing the deep breathing lah gamaknya...)
dapatkan 'energy' balik & move forward....

Friday, January 18, 2008

Syabas Warga Hume...!

salam semua...

alhamdulillah, selesai sudah program 'tenaga tinggi' @ high frequency program berjudul 'Positive Working Culture' untuk warga kerja Hume Cemboard Industries, Chemor, Ipoh, Perak pada 16 & 17 Januari lepas...

saya sangat bersyukur, peserta yang hadir berjaya mengikuti program dengan cemerlang dan pastinya mengadaptasi segala ilmu yang dipelajari untuk diri, kerjaya, organisasi dan keluarga mereka...

saya doakan mereka terus berjaya & cemerlang...

terima kasih juga untuk En. Khzian & pihak pengurusan Hume atas peluang yang diberikan...


"the great organization..."


"the biggest 'vacum machine"...


"the production line..& withholding area.."


"the great participants.."


"in-action..doing presentation.."


"discussing & brainstroming..."


"positive statements session..."


"thinking out of the box...."


"presenting their 'new logo, slogan, vision, mission & commitments' to ''bod'..


"transmitting +ve energy to 'beloved friends.."


"charging their friend's 3rd eye point...using Reiki Techniques"...

Wednesday, January 16, 2008

'Berjihad' di Chemor, Ipoh, Perak

salam semua,

ketika menulis ni, saya sedang berada di'medan pertempuran'; lokasinya chemor, ipoh, perak...

meninggalkan kampung halaman untuk menyahut panggilan jihad memang memerlukan pengorbanan keseluruhan; mental, emosional, spiritual & fizikal...

berkelana seorang diri mematangkan ilmu..., meluaskan pemandangan dan menajamkan pemikiran...


"..."salah sebuah bukit yang menghasilkan batu marmar rumah atau opis kita"...



"menghampiri kawasan medan pertempuran"

oklah...nanti sambung lagi... nak masuk medan semula...

wasalam

Tuesday, January 15, 2008

Reiki : Teknik Pernafasan



salam semua...

buat sudent-student saya yang telah menerima attunement Reiki Level 1, 2 dan advance suka saya mengimbas kembali beberapa cara untuk 'mengecas' tenaga dalaman diri kita..

ada dua cara;

pertama ialah dengan melakukan teknik pernafasan dalaman yang terbaik
kedua dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan di kawasan kemasukan tenaga pada tubuh badan.

teknik pernafasan yyang pernah saya beri aialah antaranya 4 2 4, 6 4 6, 7 4 7..

suka saya mensyorkan satu lagi teknik iaitu 4 2 7 2 iaitu;

tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 4
tahan nafas tersebut dalam kiraan 2
hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 7
tahan nafas dalam kiraan 2

dan terus sambung pernafasan tersebut...

lakukan pernafasan ini pada pagi hari, sebaiknya selepas subuh dan sebelum pukul 9 pagi...
boleh dilakukan di mana-mana, dalam keadaan duduk bersila, posisi tahyat awal atau duduk di atas bangku....

pastikan jari kita iaitu ibu jari dan jari tangah bersentuhan untuk memastikan pengaliran tenaga lancar ke dalam tubuh.

perlu diingat, apabila melakukan pernafasan ini, sewaktu menyedut... kita hendaklah 'membayangkan' menyedut sifat-sifat atau perkara-perkara yang positif seperti penyabar, pemurah, baik hati dsbnya...

dan sewaktu menghembus, kita menghembus keluar sifat-sifat atau perkara-perkara yang negetif seperti sifat pemarah, kurang sabar, sakit hati, dengki dsbnya...

lakukan pernafsan ini dalam sekurang-kurangnya 5 minit sehari...
dan perhatikan perubahan diri kita dalam masa seminggu...

teknik pernafasan ini juga dikenali sebagai 'deep breathing' dan ianya amat baik untuk mengawal mental, emosional, spiritual dan fizikal kita.

dengan melakukan teknik pernafasan ini, tubuh badan kita terutamanya organ otak, paru-paru dan jantung akan menerima bekalan oksijen yang bersih serta suci dan sekaligus bertindak untuk mengusir keluar segala sisa-sisa carbon dioksida yang boleh mendatangkan penyakit seperti kanser, toksin dsbnya...

untuk teknik kedua; sebaik selepas kita melakukan teknik pernafasan, maka eloklah kita melekapkan dua tapak tangan kita pada ke tujuh-tujuh poin kemasukan tenaga pada tubuh satu persatu... mulakan dari crown poin dan seterusnya hingga ke root atau base poin...

untuk setiap poin, masa melekapkan tapak tangan itu biarlah sekitar 2 hingga 3 minit bergantung kepada keselesaan diri...

dan paling penting ialah niat kita... nat kita ialah untuk kesihatan tubuh badan, memberi caj-caj positif kepada diri dan mengeluarkan caj-caj negetif yang ada...

insya Allah, segala usaha kita akan diberkati dan dirahmatiNya...

nanti sambung lagi...

wasalam

Jenayah di Malaysia : Dah sampai masa gunakan DNA



salam semua....

jenuh, letih, sangap, penat, tak larat.... apabila memikirkan perihal kejadian jenayah yang berlaku di dalam negara kita...

balik-balik cerita sama.... takda bukti, jenayah terlepas, bukti hilang, gambar kabur dsbnya...

dalam masa yang sama...penjenayah semakin berani dan semakin 'sophisticated' berbanding 'police force' kita...

mereka semakin gila dan polis semakin pening...

saya teringat semasa bekerja di sebuah syarikat di mana berlaku jenayah 'pecah masuk' ke dalam gudang milik syarikat tersebut...
kami, kakitangan semua boleh lihat dengan jelas kesan-kesan 'cap jari' penjenayah tesebut....
apabila pihak polis sampai... hanya dengan beberapa 'snap' dan ambil laporan...kes itu senyap sampai hari ini...

pelik tapi benar...

saya pun jadi hairan jugak... mana satu priority dan mana satu secondary?... nak soal lebih-lebih nanti ke kamunting saya 2 tahun tanpa bicara...

anyway...

kalau kita lihat tv hari-hari.... banyak cerita perihal kelicikan para penjenayah... dan tidak kurang juga cerita perihal betapa canggihnya pasukan-pasukan polis dalam menyelesaikan kes-kes rumit...

saya minat cerita csi...
mungkin peralatan mereka sangat canggih namun bagi saya untuk 'invest' atau melabur kepada peralatan tersebut ianya sangat berbaloi berbanding membeli 'bangkai soyuz' untuk tatapan kita semua...

saya mungkin tidak arif perihal menyelesaikan isu jenayah, namun sebagai rakyat, saya syorkan agar negara kita melalui badan-badan berkenaan memulakan inisiatif untuk merekodkan DNA setiap rakyat yang berada di negara kita... dan langkah ini juga perlu diperluaskan kepada pendatang-pendatang dengan izin atau tanpa izin tidak kira dari mana mereka datang...

ini berdasarkan kes adik nurin.... DNA ada pada adik nurin tapi nak 'match'kan pada 'database' yang mana satu tak boleh... sebab?... sebab kita memang takda database DNA setia rakyat atau orang-orang yang ada di Malaysia...

kalau takda database... mana nak matching kan DNA yang kita jumpa tu?...

nak harap cctv... cctv pun tak berfungsi... kalau adapun yang beli kat kedai komputer harga rm50 satu... lepas 3kali pakai..kong kali kong...

letaklah seberapa banyak cctv kat keliling rumah... mereka ni (penjenayah) tahu camner nak tutup muka...

satu jer cara... DNA... sebab DNA ini sama macam cap jari yang tak sama bagi setiap manusia dalam dunia ni...

tapi... kalau cap cari pun malas nak tengok... tak tahulah apa lagi...

sabar-sabarlah beli kapal selam, bangkai soyuz, projek besar sana-sini... tumpukan perhatian dan beri sedikit masa dan pelaburan wang ringgit untuk keselamatan rakyat jelata...

dan dah berulang kali saya bangkitkan... kita ni ada satu sikap yang paling 'buruk' iaitu, kena tunggu ada nyawa yang melayang baru terhegeh-hegeh nak kelam-kabut sana-sini...
dan paling buruk lagi... lepas tu.........sonyap jor....

anyway, pihak yang berwajib... yang telah diberi mandat untuk memerintah... jangan sibuk dengan slogan sahaja... lunaskan amanah yang diberi dengan sebaiknya...

wasalam

Faizal Tahir: Apa masalah dia ni?



salam semua...

sementara menanti 'flight' ke chemor, ipoh, perak untuk satu program di sana, saya nak ngomel sikit...

kali ni pasal si Faizal Tahir ni...

hari tu ada kontroversi pasal 'mengelunsur' atas pentas, yang mana perbuatan itu 'seolah-olah' keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh khalayak...
dia ni pun sempat di'tazkirah' oleh bapanya yang mengatakan 'cool lah sikit' kalau yer pun heppi...

semalam, bila baca harian metro... melihat sahaja si faizal ni dengan 2 keping foto tanpa baju... saya 'cuba' untuk menelan apa cerita dia ni lagi?...

oooo..rupanya dia ni tanggal jacket pastu t-shirt pastu tali pinggang dan dilontarkan kepada penonton dalam satu konsert 'live telecast' anjuran 8tv...

saya memikirkan pada masa tu beberapa perkara... antaranya dia ni 'sakit' kut... sebab orang 'sakit' akan melakukan beberapa perkara yang dilihat orang lain sebagai keluar dari batas normal...

apalah sangat nak 'khusyuk' sampai begitu sekali perlakuan dalam menghiburkan orang...
tidakkah boleh bersederhana?...

keadaan sebegini hanya saya lihat di konsert-konsert luar negara... dan penyanyi rock heavy metal atau underground yang akan melakukan perkara sebegini...

faizal...faizal...
walaupun ada pihak yang mengatakan anda lebih baik dari mawi... namun dengan melakukan perbuatan sebegini...

sebagai orang islam... teruklah sikit gamaknya kelihatan...
sebagai orang melayu.. biasalah sangat sebab tak seteruk mat rempit dan minah bohsia..

tapi... beringatlah sikit yer dik....

langit tak selalu cerah...

wasalam

Monday, January 14, 2008

Masa memang bukan milik kita..



salam semua....

Firman Allah dalam surah Al Ashr (103: 1- 3)

Demi Masa

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali;

orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,
dan nasihat menasihati supaya;
mentaati kebenaran dan supaya menetapi kesabaran.

----------------------------------------------------

masa memang bukan milik kita... dan kita memang tidak pernah memiliki masa...
apa yang kita miliki?...

pada hakikatnya kita tidak memiliki apa-apapun hatta diri kita...
segala-galanya milik Allah Azza WaJalla, Tuhan sekelian alam semesta ini...

pada hakikatnya kita adalah seorang hamba...ya, hamba... tetapi kita adalah seorang hamba yang merdeka... merdeka?... ya merdeka dalam erti kata, berupaya memilih jalan-jalan ke syurga atau jalan-jalan ke neraka...

melalui Firman Allah di atas... fahamilah kita bahawa perjalanan tempoh, detik dan masa sememangnya telah disempurnakan sejak dari azali lagi.... ianya telah termaktub di dalam kitab kita di Loh Mahfuz sana...

dan melalui Firman Allah itu juga, Allah telah menerangkan 2 situasi berbeza buat menjadi pedoman para hambaNya dalam melayari kehidupan di dunia ini;

situasi pertama; keadaan manusia-manusia yang mengalami kerugian
situasi kedua; keadaan manusia-manusia yang tidak rugi atau beruntung...

1. Golongan manusia yang beruntung

- manusia yang beriman
- manusia yang beramal soleh
- manusia yang saling menasihati tentang kebaikan
- manusia yang saling menasihati tentang kesabaran

2. Golongan manusia yang rugi

- manusia yang tidak beriman atau tiada keyakinan sebenar yakin
- manusia yang beramal hanya utk diri dan bukan kerana Allah
- manusia yang pentingkan diri dalam perkara kebaikan
- manusia yang tidak boleh membezakan antara marah & sabar

mengapa masa tidak kita miliki?...

manusia sering lalai dan leka... leka dengan bujukan nafsu, leka dengan harta dan wang ringgit, leka dengan wanita keliling pinggang, leka dengan pangkat dan kuasa dan banyak lagi barang-barang yang membuatkan manusia leka...

kisah kelekaan manusia ini telah Allah pertontonkan semasa 'perjalanan mikraj' Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha... di mana Baginda telah dipertontonkan beberapa golongan-golongan penghuni neraka dan dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s tentang perihal golongan tersebut...

antaranya; bagaimana seorang yang sedang mengikat bebanan kayu untuk dipikulnya... setiapkali beliau cuba untuk mengangkat bebanan kayu itu dan tidak berjaya, beliau akan menambah satu lagi kayu ke dalam ikatan tersebut dan terus cuba mengangkatnya.. ianya berterusan...

apabila ditanya oleh Baginda kepada Jibril, kisah atau hikmah untuk difahami dari peristiwa itu, Jibril menerangkan begitulah keadaan ummat Baginda, di mana amanah dan tanggungjawab yang telah sekian banyak ada dibahu beliau tidak terpikul namun beliau cuba untuk menerima atau menambah lagi amanah lain...

realiti kini, sering kita temui betapa ramainya umat Muhammad yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah dan tanggungjawab di dalam masyrakat, tempat kerja dsbnya gagal untuk melunaskan setiap tugasan itu dengan baik...namun masih tercari-cari lagi amanah atau tugasan lain untuk dipikul... dan kesan secara lansung ialah betapa hasil-hasil dari tugasan separuh masak ini sangat menyedihkan dan merugikan masyarakat...

dan paling pasti... tiada atau terlalu sedikit sangat yang sanggup melaksanakan satu-satu amanah atau tangungjawab tanpa dijanjikan sebarang imbuhan atau 'masyukkk'...

takda masyuk.... sori.. ada masyukkk, kerja bole jalan...

begitulah realiti manusia kini...

atas dasar masa bukan milik kita maka kita perlu segera melihat ke dalam dada tentang keimanan... tentang amalan...tentang kebenaran...tentang kesabaran...

kerana... sememangnya kita tidak pasti bila 'tarikh luput' diri kita di dunia yang fana ini.... apakah ianya sedetik lagi? atau seminit lagi? atau sejam lagi? atau sehari lagi? atau seminggu lagi? atau sebulan lagi? atau setahun lagi?...

itulah hakikat tentang masa... tiada kepastian tentangnya melainkan pada Allah...

tepati masa...
hormati masa...
jangan buang masa...
masa itu emas...

antara pepatah atau bidalan tentang masa.... untuk kita renungi dan jadikan pedoman... jika kita mahu....

wasalam

Friday, January 11, 2008

Di Mana Nini?...




salam semua...

sedang semua ummat Islam bersedia melangkah ke tahun baru dengan penuh azam dan iltizam.. negara dikejutkan sekali lagi oleh berita penculikan 2 kanak-kanak dalam masa 48 jam...

satu sudah dilepaskan dan satu masih lagi hilang....

tidak pasti samada yang terlibat menculik kanak-kanak ini adalah orang yang sama terlibat dalam kes nurin dahulu atau kanak-kanak pertama itu... namun dari keterangan polis, modus operandinya (cara perlaksanaan penculikan itu) lebih kurang sama sahaja...

kini anak-anak kita semakin tidak selamat, dunia menjadi tempat curiga dan mencurigai antara satu sama lain... semakin besar jurang curiga itu...

manusia memilih untuk jadi 'syaitan' menuju ke neraka jahannam sedangkan perjalanan yang lurus ke syurga telah terbentang di hadapan mata...

berhati-hatilah ketika ini... perhatikan pergerakan anak-anak kita... di mana sahaja kita berada hatta di hadapan rumah sekalipun sudah tidak selamat.... kunci pagar hadapan atau gril pintu rumah... dan kurangkan pergi merayau-rayau ke shopping-shopping comlex kerana di sana juga tempat yang berpotensi utk kehilangan anak...

sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita selamat dan nini (kanak-kanak foto di atas) dikembalikan kepangkuan keluarganya...

wasalam

Tokoh Maal Hijrah : Tan Sri Syed Mokhar Al Bukhary..



salam hijrah buat semua...

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat Tokoh Maal Hijrah kita; Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary...

satu pemilihan yang baik berdasarkan perjalanan beliau dari awal dahulu hingga sekarang ini yang boleh dijadikan contoh kepada umat Islam di Malaysia...

memotong separuh gaji untuk diberikan kepada para fakir miskin adalah satu pengorbanan diri yang amat besar apatah lagi nafsu nafsi yang selalu membujuk diri untuk terus angkuh dan ego pada apa yang kita perolehi... (antara ciri-ciri kisah syed mokhtar yang boleh dijadikan pedoman..)

saya juga ingin mengucapkan tahniah buat anda, kerana berjaya menjadi tokoh-tokoh maal hijrah untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat... walau ianya tidak di'perasan' di peringkat nasional atau antarabangsa namun, hijrah agung yang kita lakukan pada diri sendiri adalah lebih atau sama hebat dengan kisah syed mokhtar tersebut...

ianya merujuk kepada kekuatan mental, emosional, spiritual serta fizikal yang kita gabungkan dalam melakukan hijrah-hijrah diri ini..

tahniah dan syabas buat diri kita...

wasalam

Wednesday, January 09, 2008

Salam Maal Hijrah 1429



salam semua...

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429 buat semua ummat Islam di seluruh dunia terutamanya para pengunjung blog saya ini...

saya memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran bahasa dan tingkah laku selama ini...

doa saya anda semua terus-terusan memperoleh taufiq, hidayah serta rahmat dari Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla di masa-masa hadapan... Insya Allah...

dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...

"ana faqir ana misqin ana abdul"

wasalam

Muhasabah Diri...



salam semua...

tidak sampai bebarapa jam lagi, semua ummat Islam akan melangkah ke tahun baru hijrah 1429.

ianya merupakan satu detik yang bermakna buat semua ummat islam apabila memperingati betapa perjuangan Rasulullah menuntut hijrah yang berterusan dari setiap diri ummatnya.

Rasulullah memanifestasikan 'geraklaku hijrah' tersebut dalam satu peristiwa di mana Baginda bersama Saidina Abu Bakar r.a berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Panji-panji Allah di muka bumi ini.

keseluruhan perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Agama Allah ini menuntut begitu banyak pengorbanan demi pergorbanan dari segi mental, emosional, spiritual serta fizikal... ianya satu proses perjuangan yang berpanjangan sehinggalah Baginda wafat.

peristiwa hijrah yang berlaku lebih 1429 tahun yang lepas sewajibnya kita ambil untuk menjadi pedoman dalam kehidupan kita dari segi melunaskan setiap amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan ummat Rasulullah s.w.t...

kini hijrah yang perlu kita lakukan ialah hijrah diri yang meliputi elemen mental, emosional, spiritual dan fizikal.... penghijrahan ini perlu atau wajib dilakukan oleh setiap ummat Islam tanpa mengira warna kulit atau bangsa...

dalam menyusun strategi untuk melakukan hijrah diri ini.. setiap dari kita perlulah melakukan muhasabah diri...

muhasabah diri ini perlu kita lakukan kerana ianya akan membuat/memberi kita mengenalpasti kedudukan diri kita sekarang atau ketika ini, agar boleh dilakukan segala perancangan dan strategi bagi 'melonjakkan' diri kita untuk menjadi diri yang lebih baik di masa hadapan...

di atas saya sertakan 'Model Muhasabah diri - ARP' untuk anda amati dan lakukan penilaian ke atas diri dan mengenalpasti perletakan diri kita sekarang...

dan matlamatnya sudah tentu untuk mencapai tahapan Insan Sempurna atau Insan Kamil... Insya Allah..

sama-samalah kita melakukan muhasabah ini pada setiap masa agar kita sentiasa sedardiri dan mampu membaikpulih diri agar 'kembali' ke Rahmatullah dalam keadaan yang sempurna...

wasalam

Matematik & Sains dlm Bahasa Ingeris : Input selamba Pak Ungku..



salam semua...

dalam detik-detik menuju tahun hijrah yang baru.. beberapa hari yang lepas, kalau tak silap saya hari ahad, malamnya saya mengikuti lapuran berita dari satu siaran televisyen 'percuma' melalui saluran berbayar astro...

siaran berita televisyen sensasi ini ada menyelitkan segmen bersama Prof. DiRaja Ungku Aziz... dan soalannya menjurus kepada meminta pandangan dan pendapat prof. tentang pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa ingeris...

pak ungku ini saya amat arif, sebagai seorang terpelajar dan intelek beliau sedaya upaya tidak mahu 'diseret' ke kancah politik oleh mana-mana pihak...

namun soalan yang ditujukan kepada beliau ada keberatan untuk menarik beliau agar memberi pandangan yang memihak kepada mana-mana posisi.. samada bersetuju atau tidak...

apabila ditanya tentang kebaikan mengajar 2 subjek ini dalam bahasa ingeris; pak ungku menjawab dengan penuh hemah... beliau memulakan input beliau dari segi konteks bahasa yang diguna itu... kata beliau tidak menjadi masalah untuk menggunakan samada bahasa melayu atau bahasa inggeris dalam mengajar dan belajar 2 subjek tersebut... namun pak ungku memberi penekanan tentang bahasa itu sendiri...

penekanannya ialah dari sudut mengusasi 'vocab' utk bahasa inggeris dan 'nahu' untuk bahasa melayu... katanya jika diikutkan dari segi bahasa, nahu bahasa melayu lebih sukar dari mengusasi 'vocab' bahasa inggeris...

beliau menekankan bahawa penguasaan nahu atau vocab ini perlu dimulakan seawal kanak-kanak berumur 3 tahun... dan proses ini akan berterusan sehingga dewasa di mana vocab atau nahu ini akan terus diperkayakan dengan proses pembelajaran yang betul...

tanpa penguasaan vocab atau nahu ini, apa sahaja pelajaran yang diajar tidak akan dapat mencapai objektifnya...

contoh mudah beliau ialah bagaimana seorang pelajar itu tahu untuk menyebut 'TREE' jika beliau tidak disuntik dengan perkataan dan sebutan tersebut dari awal.... dan bagaimana pula untuk menambah 'A GREEN TREE' atau 'A beautiful green tree in front of the headmaster room' sedangkan sebutan TREE tidak dikuasainya?...

prof juga ditanya tentang 'revolusi' kerajaan tentang penyediaan Modal Insan... Pak Ungku menjawab ianya merupakan 'Evolusi' bukan 'Revolusi'...sambil membetulkan perkataan si bertanya @ wartawan siaran...

jawapan atau input ringkas Pak Ungku ialah.... ianya hanyalah tidak lain tidak bukan hanyalah berbentuk 'slogan-slogan' yang di bawa atau diucapkan oleh banyak pihak atau sesiapa... dan ianya tidak memberi sebarang kesan yang sebenarnya kepada dunia realiti...

dan 'wawancara singkat' dicelah pembacaan berita berakhir di situ sahaja...dengan kesan yang mendalam buat yang mahu membuka minda atau mengaku mempunyai minda kelas pertama... untuk memikirkan pengajaran yang boleh diambil buat pedoman kehidupan...

sistem pendidikan negara memang menjadi satu strategi yang amat penting buat sesebuah negara itu...

jika kita mahu melahirkan rakyat atau pengisi kemerdekaan dengan manusia yang berfikiran jauh serta berminda kelas pertama... maka ianya bermula dari satu sistem pendidikan yang juga ber kelas pertama...

kerana satu-satu penukaran kepada sistem yang sediaada tanpa melihat kesannya dari segi jangka pendek dan panjang akan mengakibatkan kecelaruan yang dahsyat... dan lebih menjadi malapetaka lagi apabila penukaran yang dilakukan itu bersifat atau dilakukan setelah 'mereka-mereka yang di amanahkan' tersalah bangun dari tidur atau ada agenda tersirat...

dan kesan salah bangun atau ada ubi sebalik batu itu akan memberi kesan yang besar pada masyrakat... dan saya pasti mereka-mereka ini akan menerima 'habuan' masing-masing di akhirat nanti apabila semua mulut-mulut terkunci rapat....

selamat berhijrah 'membuka minda'...

wasalam

Tuesday, January 08, 2008

Akhirnya semua naikkkk....



salam semua...

seperti yang di'war-war'kan pada tahun lepas bahawa tahun 2008 akan menyaksikan pelbagai kenaikan terutamanya dari segi kos kehidupan rakyat Malaysia.... kini ianya secara diam-diam atau terang-terangan telah pun berlaku...

yuran persekolahan yang beberapa ringgit itu walaupun telah dihapuskan... namun nilainya tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar perbelanjaan yang ibubapa perlu 'korek kering' pada setiap kali bermulanya sesi persekolahan di awal tahun.

heboh sana-sini 'jerik pekik' betapa yuran-yuran 'sampingan' yang dikenakan oleh pihak sekolah dan pibg sangatlah memeritkan... namun ianya sudah jadi alah bisa tegal dek biasa kerana ianya sudah berlansung bertahun-tahun... lama dahhh... cuma kecohnya ialah dari segi 'slogan' (pinjam kata Prof. DiRaja 'Pak Ungku' Aziz..) yang dilaungkan 'kunun'nya yuran yang dimansuhkan itu 'seolah' akan meringankan beban ibubapa....

kini rakyat kepeningan.... minyak masak yang 'hilang' dari pasaran... sehingga terpaksa atau memaksa Memanda Menteri kita 'Pak Lah' ambil alih tugas Menteri BarangNiaga membuat kenyataan bahawa ada pihak yang diberi subsidi telah menyalahgunakan 'privilage' tersebut dan menyebabkan pasaran minyak jadi huru-hara... dan jika keadaan ini tidak dikawal maka sudah tentu harga minyak masak juga akan dinaikkan...

pengusaha bas sekolah juga tidak mahu ketinggalan dalam siri 'naik menaik' ini... mereka menggunakan alasan keadaan semasa, harga minyak, kos operasi dsbnya yang menjadi faktor pendorong atau tekanan untuk menaikkan tambang sehingga 80%... ya jika keadaan ini tidak dikawal, para ibubapa kenalah mencari duit tambahan untuk memastikan anak-anak mereka sampai ke sekolah dengan selamat walaupun ada bas-bas sekolah yang begitu nazak macam lori kutip sampah...

turut mengambil kesempatan ialah para pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang mereka atas alasan 'penetapan kerajaan agar mereka memasang alat GPS' memerlukan mereka berbelanja 'besar' dan beban ini memungkinkan mereka menaikkan tambang untuk menanggung kos tersebut.... yang ini saya musykil... sebab? sebab hari-hari ke kena pasang alat itu?... its a 'one-off investment' dan boleh dicover dari keuntungan operasi... dan 'idea' nak naikkan tambang ini memang menggarut... kalau dulu masa pengguna duduk bawah tempurung bolehlah bagi alasan sebegini...

dan ya... kita masih menunggu dengan penuh sabar adakah harga minyak petro dan diesel akan naik... kerana setiap hari samada melalui berita radio atau tv, kita dihidangkan dengan cerita sumbatan telinga tentang harga pasaran minyak dunia yang terus-terusan naik...

cerita-cerita menarik di awal tahun ini membuatkan kita leka, lalai dan lupa semula pada kisah adik Nurin, kisah AlTantuya, kisah banjir besar, kisah menteri & dvd seksnya, kisah hindraf, kisah Bersih, kisah hadiah penyapu, kisah angkasawan, kisah tol yang naik.............banyak lagi...

apapun...bak kata 'Pak Hasyam' dalam iklan tv... "ingat nak...melangkah mesti ke hadapan..."

so bersedialah kita semua ya...

yang naik tetap akan naik...
tapi biarlah yang naik itu sejajar dengan semua faktor-faktor berdasarkan kemampuan diri, keluarga, masyarakat dan negara...

wasalam

Hijrah; Apa yang kita faham?



salam 'hijrah' buat semua...

kurang 48 jam kita akan melangkah ke tahun 1429 hijriah...
cepat benar masa berlalu....

apatahlagi masa memang bukan milik kita...

dan banyak yang diperkatakan tentang masa...

"hargailah masa..."
"tepatilah masa...."
"jangan buang masa..."

dan sebagainya...

masa adalah 'jarak di dalam vacum'... ianya tidak mempunyai bunyi tetapi ianya boleh diukur samada kehadapan atau kebelakang...

apa yang kita tahu atau faham tentang hijrah? soalan yang lebih memerlukan kita untuk berfikir diluar kotak pemikiran yang biasa...

hijrah selalu dikaitkan dengan satu keadaan di mana berlaku satu 'evolusi' (bukan revolusi) ke atas diri dan ianya melibatkan perubahan secara total samada dari segi mental, emosional, spiritual juga fizikal...

dan perubahan itu tercerna secara luaran dan dalaman...

proses hijrah yang mengikut hukum alam ialah hijrah ke satu tempat, keadaan, situasi yang lebih baik dari sebelumnya...

kalau dari segi masa, kita meninggalkan satu titik masa yang lalu dan melangkah ke satu titik masa yang baru... di dalam vacum...

penghijrahan secara total merangkumi ke empat-empat elemen diri yang di atas (mental, emosional, spiritual dan fizikal)...

bila masa kita dituntut untuk melakukan hijrah?
berapa kali sudah selama hidup ini kita telah melakukan hijrah?

hijrah adaah merupakan satu yang dituntut oleh agama (selalu kita dengar istilah ini...) walau pada 'hakikatnya' ianya dituntut oleh Allah s.w.t...

adakah ada waktu-waktu tertentu untuk kita melakukan hijrah?... jawapannya tiada... kerana?, kerana hijrah adalah wajib dilakukan oleh orang-orang yang mengaku diri mereka beriman, dan ianya dilakukan pada setiap masa detik dan ketika...

apabila hijrah ini dituntut oleh Tuhan, maka ianya menjadi satu kepentingan untuk kemaslahatan diri dan ummat... perlu dan perlu...

maka atas keperluan ini (apatahlagi ianya dituntut..) maka hijrah ini adalah satu perlakuan yang dikategorikan sebagai 'jihad'...

jihad dalam melawan hawa nafsu untuk melakukan perubahan...
dan sudah menjadi janji Allah bahawa orang-orang yang berjihad ke jalanNya, apabila mereka gugur... maka gugur itu adalah 'syahid'....

suka juga saya berkongsi kisah di mana pada zaman Rasulullah dahulu ada ketikanya apabila semboyan atau laungan keluar berperang dilaungkan... ada juga di antara mereka-mereka yang menemui Rasulullah dan enggan turut berperang dengan alasan sudah ada semuanya dan hidup senang... maka golongan ini adalah golongan munafik... apatahlagi Rasulullah turut mengambarkan ummatnya di akhir zaman, ada di antaranya yang islam pada paginya dan kafir pada petangnya...

maka kumpulan-kumpulan munafik ini memang ada dan wujud di antara kita... mantap dari segi 'persembahan diri' dan 'gah' dengan kata-kata namun apabila datangnya tuntutan jihad... semuanya memalingkan wajah ke arah yang lain...

kerana apa mereka jadi sebegini?... tiada lain melainkan 'cinta kepada dunia'... itu jawapan Rasulullah kepada para sahabat...menerangkan sikap keengganan kaum ini untuk nelakukan jihad...

bagi mereka semua yang ada, harta, keluarga dan anak-pinak adalah cukup serta milik mereka dan itu adalah pemberian Allah dan tidak perlu lagi bersusah payah...sedangkan mereka lupa...bahawa Allah terus menguji setiap hambaNya pada setiap detik dan masa...

adalah kita tergolong ke dalam golongan yang melakukan hijrah?

kita ada jawapannya....

wasalam

Monday, January 07, 2008

Anak; Amanah & Ujian buat diri kita....




salam semua....

ibu mana yang tidak sayang kan anaknya...
emak mana yang tidak kasih akan zuriatnya..

anak... zuriat.... siapa mereka?.... milik kita? atau amanah Allah?

ada pasangan yang kepinginkan zuriat tetapi perlu menanti hingga bertahun-tahun untuk mendapatkannya...

ada pasangan yang sihat tubuh badan tetapi melakukan perancangan demi perancangan malah ada yang bertindak untuk 'menamatkan' perjalanan janin yang dikendung...

begitulah manusia.... tidak pernah puas dengan apa yang ada, tidak pernah mahu menilik setiap penciptaan Allah, tidak pernah mahu mengambil ilmu dari yang tersirat, tidak pernah mahu faham tentang kejadian setiap peristiwa dan seterusnya...

anak adalah satu anugerah buat pasangan suami isteri..
anak ialah satu amanah buat pasangan suami isteri..
dan anak adalah merupakan ujian buat pasangan suami isteri...

adakah anugerah pemberian Allah itu kita hargai sepenuhnya?
adakah amanah tugasan dari Allah itu kita lunaskan sepenuhnya?
adakah ujian yang Allah berikan itu kita tangani sebaiknya?

tidak kiralah berapa jumlah anak yang dianugerahkan kepada kita... seorang, dua orang, tiga orang dan seterusnya... semuanya itu tidak lain, tidak bukan hanyalah amanah, anugerah dan ujian buat kita...

pernahkah kita terfikir... sepanjang perjalanan atau kehidupan kita sebagai anak, kita merupakan seorang anak yang baik?...taat? patuh kepada orang tua kita?...

pernahkah kita membantah cakap ibubapa kita sepanjang kita menjadi anak dahulu?
ianya semudah dengan berkata 'uhh'..atau 'ahh'...atau tanpa berkata-kata sekalipun yakni dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan nasihat ibubapa? hatta niat di dalam hati sekalipun yang berbentuk penolakkan terhadap perintah ibubapa kita juga termasuk kedalam golongan yang derhaka...

pernahkah kita memohon ampun kepada dua ibubapa kita apabila kita menderhaka dahulu?
adakah permohonan ampun itu beserta dengan keikhlasan dan keinsafan di dada?...

saya 'sengaja' membawa persoalan ini berdasarkan betapa beratnya hukuman apabila kita menderhaka kepada dua ibubapa kita...

cuba kita perhatikan...anak atau zuriat itu adalah kombinasi 'perangai' kita suami isteri... separuh mengikuti kita separuh lagi mengikuti pasangan kita... pernahkah kita memerhati dan mengamatinya?...

berdasarkan surah al-baqarah ayat 286; "Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupannya..."

bermaksud.. anak yang datang kepada kita itu, selain menjadi anugerah dan amanah, ia juga menajdi ujian ke atas diri kita... dan bagaimana 'teruknya' ujian itu janganlah kita putus harap atau putus asa atau kecewa, berdasarkan;

1. kita lebih memahami perangai anak itu yang mana sebahagiannya adalah perangai kita dan sebahagiannya adalah perangai pasangan kita yang kita cintai... sudah tentu kita tahu bagaimana untuk menguruskan perangai kita...

2. salah satu cara penyucian diri dari dosa-dosa atau kesalahan yang telah kita lakukan terhadap ibubapa kita dahulu ialah melalui 'proses' mengalami perjalanan semula siri-siri kelakuan 'buruk' kita atau penderhakaan kita terhadap ibubapa kita dahulu dan merasakan betapa 'gurisan demi gurisan' yang kita telah lakukan dahulu...

3. firman surah al-baqarah di atas tadi... di mana, asas kehidupan di muka bumi ini antaranya ialah untuk diuji agar kita memahami matlamat kehidupan sebenar, agar kita memahami erti cinta, kasih dan sayang, agar kita memahami betapa tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah itu tidak boleh dilunaskan dengan sambil lewa atau acuh tak acuh sahaja...

terdapat banyak formula-formula dalam mendidik anak-anak... antara formula yang saya sering syorkan ialah;

1 - 7 tahun = manjakan; dengan belaian kasih dan sayang agar anak itu tahu betapa kasig dan sayang itu adalah satu anugerah yang maha agung, agar anak itu tahu bagaimana membalas kembali kasih dan sayang itu, agar anak itu tahu bagaimana kasih dan sayangnya Pencipta terhadap hambanya.

7 - 15 tahun = penuh disiplin; di mana pada peringkat ini penyusunan diri berlaku, sistem kehidupan mengambil tempat; perbezaan di antara salah dan benar berlaku; pemahaman tentang amar maaruf, nahi mungkar mengambil tempat di dalam sanubari... di sinilah berlakunya pembentukan sahsiah diri dan akhlak seseorang itu. (jika di peringkat ini masih bermanja-manjaan maka berlakulah kisah 'anakku sazali' dalam episod duka kita..)

15 - 21 tahun = jadikan sahabat; diperingkat ini... kita memberi didikan dengan mood yang memberi 'signal' kepada anak-anak bahawa kitalah sahabat sejati mereka dan tempat mereka meluahkan segala-galanya kepada kita... pada peringkat ini, perubahan yang ketara ialah anak-anak menuju ke alam dewasa dan diri mereka memerlukan tempat untuk berkasih sayang... maka kita perlu memainkan peranan dalam membentuk kasih sayang itu agar ianya benar-benar di'gunakan' ditempat yang betul... (jika kita masih mengunakan metod disiplin di tahap ini, maka malanglah diri kita apabila anak-anak mencari orang lain untuk mencurahkan kasih sayang 'separuh masak' yang akhirnya berlakulah kekecewaan pada ibubapa apabila kedegilan anak mengambil tempat menjadi perantara di antara hubungan kita dengan mereka...)

21 ke atas = cukup segala syarat-syarat, maka bolehlah dikahwinkan.

ramai ibubapa yang menerima 'nasib' kerana 'kunun'nya mereka mempunyai seorang lebih anak-anak yang 'kununnya' juga 'derhaka atau tidak dengar kata....

soalan.... siapa yang mendidik anak-anak ini agar tidak mendengar kata?
soalan.... siapa yang mengasuh anak-anak ini agar derhaka kepada kita?

adakah sanggup kita menyalahkan Tuhan apabila anak-anak kita tidak mendengar kata atau derhaka?

apa yang boleh kita buat terhadap anak-anak yang menderhaka atau tidak mendengar kata?
jika anak-anak tersebut berumur di bawah 21 tahun maka adalah menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya untuk memperbetulkan keadaan dengan langkah-langkah yang penuh dengan hikmah...

tetapi jika anak-anak kita tersebut telah melebihi tahap umur 21 tahun, maka telah putus tanggungjawab kita terhadap mereka dan mereka bertanggungjawab penuh ke atas kehidupan mereka sendiri....

apa yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak lebih umur ini?...

atas dasar kita telah mendidik anak-anak ini dengan sebaiknya kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu, riak, sombong, kebendaan juga atas dasar 'hak pemilikan kekal', maka redholah dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku...

'hak pemilikan kekal'?... ya, ramai ibubapa yang menganggap anak-anak itu adalah milik mereka melebih dari pemilikan Allah ke atas anak-anak itu... dan ini boleh dilihat apabila berlaku sesuatu keatas anak-anak tersebut di mana 'nampak jelas dan nyata' rasa kekecewaan, marah, sakit hati dsbnya...

apa ini?...

ini ialah situasi di mana, manusia yang bernama ibubapa ini tidak boleh menerima hakikat kehidupan yang sebenar... tidak faham apa itu 'dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali'....

sedih?...dengan perangai anak?... yes, boleh...
terasa?... dengan kedegilan anak?.. yes, boleh...

redho?.... redho sebenar atau terpaksa redho? (terpaksa redho ialah keadaan apabila manusia itu sudah tidak boleh menerima hakikat kejadian atau peristiwa atau situasi dan sudah sampai ke tembok maka untuk menutup segala kelemahan dan masih lagi angkuh kepada Tuhan, maka diucaplah ungkapan terpaksa redho itu...sedangkan hatinya tidak pernah redho dari awal sehingga akhir...)

manusia yang redho sebenar ialah manusia yang redho di awal, pertengahan dan akhiran atas setiap perkara atau perancangan atau perjalanan hidup ini...

(contoh; kita ingin melakukan satu perkara, setelah melakukan segala perancangan maka dengan penuh keredhoan kita memulakan tindakan... berlakulah banyak ujian dalam perjalanan tindakan yang dirancang itu...kita menerimanya dengan hati terbuka dan meneruskan tindakan-tindakan dengan penuh keredhoan.... dan akhirnya tidak kira apa hasil yang datang...samada ianya baik atau buruk, kita tetap redho kerana kita yakin... Allah telah menetapkan hasil tersebut untuk kita... baik hasilnya, Alhamdulillah.. berlaku disebaliknya...juga Alhamdulillah...kerana di situlah perbezaan keimanan setiap kita diukur...

menerima hakikat ujian demi ujian yang diberi kepada kita oleh Allah menerusi anak-anak adalah satu perjuangan atau jihad yang sangat dituntut...

memohon selain dari Allah untuk 'kunun'nya mengubat anak-anak yang degil atau tidak mendengar kata boleh memungkinkan kita menjerumuskan diri ke lembah kesyirikan yang halus dan boleh menjadi nyata...

anak-anak yang telah dewasa telah Allah anugerahkan anak dan fikiran masing-masing, di mana mereka boleh membuat pertimbangan dalam kehidupan mereka sendiri... sudah jadi lumrah manusia yang belajar...ada 'perlu' melalui kesilapan demi kesilapan dan belajar darinya... kerana manusia itu perlu merasa untuk mendapat rasa yang sebenar barulah tahu bagaimana perasaannya di hati...

sebagai ibubapa yang memahami, cukuplah dengan memberi tunjukajar kepada anak-anak dewasa ini, cukuplah dalam memberi contoh-contoh mana yang baik, mana yang buruk kepada anak-anak ini dalam mereka meneruskan perjuangan hidup mereka...

anak-anak dewasa ini sudah ada dunia mereka sendiri... dunia yang kita tidak lansung punya hak walau seincipun namun jika pendidikan yang kita lakukan dahulu tidak berdasarkan kepada mentauhidkan Allah & Rasul, maka kita adalah pemegang saham-saham di atas setiap 'ajaran songsang' yang kita berikan...

mohonlah kepada Allah agar anak-anak 'derhaka' atau tidak dengar kata ini 'kembali' kepada Allah dan terbuka pintu hati mereka... itu adalah sebaik-baik permintaan berbanding mencari tukang-tukang ubat atau dukun-dukun yang menggunakan jin-jin untuk membolak-balik hati anak-anak kita...sehingga akhirnya anak-anak ini merana dalam kehidupan mereka... dan secara tanpa disedari, kitalah penyumbang kepada kecelaruan kehidupan anak-anak kita....

niat yang kita lihat baik pada awalnya, rupanya tidak ubah seperti seekor tikus yang membaiki labu...

buat ibubapa; lihat kembali kepada asal usul kejadian hamba Allah ini, tugasan dan amanahnya.. agar kita tidak tersesat hatta dalam mendidik anak... janganlah kita nanti mendapat dosa sedangkan kita sepatutnya meraih pahala dan nikmat atas doa-doa dan ibadah anak-anak yang soleh atau solehah...

wasalam

Manusia Oh Manusia....



salam semua....

menerusi surah al-mulk (kerajaan).. Allah berfirman;

"Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sesekali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?

Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.

Sesunguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala."

(al-mulk; 1-5)
-------------------------------------------

manusia akan jadi lupa...
manusia akan jadi alpa...
manusia akan jadi leka...
manusia akan jadi 'buih-buih di lautan'...

kerana...

manusia itu terus lupa asal usul kejadian...
manusia itu terus lupa siapa diri mereka sebenarnya...
manusia itu terus lupa siapa yang menjadikan mereka...

sebaik sahaja...

manusia itu mengenali 'diri yang satu lagi'...
manusia itu mengenali nafsu masing-masing...

bermulalah episod...

menolak ketentuan Illahi...
menolak suratan kehidupan...
menolak sahutan perubahan...
menolak dakwah dan ilmu...

atas alasan...

'tidak sesuai dengan diri'...
'tidak sesuai dengan zaman'...
'tidak logik pada akal'...

sedangkan mereka lupa...

siapakah yang menciptakan mereka...
siapakah yang menjadikan mereka terus hidup...
siapakah yang memberi rezqi saban detik & masa...

------------------------------------

manusia oh manusia....

di kala kamu mencari pedoman.... pedoman sudah lama di depan mata...Al-Quran
di kala kamu mencari contoh taulan... contoh taulan sudah cukup buat kamu... Rasulullah

masih lagi tergapai-gapai...

mengapa jadi begitu?....

kerana manusia itu mempunyai satu sifat....iaitu 'Angkuh'... angkuh apabila merasakan dirinya sudah cukup...
angkuh apabila merasakan dirinya sudah besar...
angkuh apabila merasakan dirinya sudah boleh menguasai manusia lain...

dan lupa bahawa... Yang Maha Besar ialah Al-Khaliq, Yang Maha Mencukupi ialah Al-Khaliq, Yang Maha Menguasai ialah AlKhaliq....
------------------------------------

moga mendapat iktibar...

wasalam

Syabas Warga Kopetro!

salam semua...

alhamdulillah...& syukur ke hazrat Illahi, program 'tenaga tinggi' selama 3 hari 2 malam bersama warga-warga koperasi kakitangan petronas (KOPETRO) yang berlansung di agrotek garden & chalet resort berlansung dengan jayanya...

saya yakin dengan komitmen yang tinggi dalam menyahut perubahan demi perubahan ke atas diri dalam kehidupan peribadi, kerjaya dan organisasi..para peserta yang hadir insya Allah akan dapat melakukannya dengan langkah-langkah yang terbaik...

saya doakan semua mereka yang hadir..terus cemerlang...

berikut adalah di antara foto-foto untuk dikongsi bersama...



bon-voyage...memulakan pelayaran perubahan diri


makan time...


memikirkan 'solusi' kepada isu-isu at workplace...


posing dengan sampan 'sakti'...


presenting 'new logo' vision, mission & staff commitments...thinking out of the box..


of course..all pax getting their reiki level 1 attunement...


great kopetro's coo with his great participants..


marveles pax..walking thru the specially designed program..


agrotek garden & chalet resort...


eager to start 'building boat' activity...


'in-action'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails