Tuesday, January 08, 2008
Akhirnya semua naikkkk....
salam semua...
seperti yang di'war-war'kan pada tahun lepas bahawa tahun 2008 akan menyaksikan pelbagai kenaikan terutamanya dari segi kos kehidupan rakyat Malaysia.... kini ianya secara diam-diam atau terang-terangan telah pun berlaku...
yuran persekolahan yang beberapa ringgit itu walaupun telah dihapuskan... namun nilainya tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar perbelanjaan yang ibubapa perlu 'korek kering' pada setiap kali bermulanya sesi persekolahan di awal tahun.
heboh sana-sini 'jerik pekik' betapa yuran-yuran 'sampingan' yang dikenakan oleh pihak sekolah dan pibg sangatlah memeritkan... namun ianya sudah jadi alah bisa tegal dek biasa kerana ianya sudah berlansung bertahun-tahun... lama dahhh... cuma kecohnya ialah dari segi 'slogan' (pinjam kata Prof. DiRaja 'Pak Ungku' Aziz..) yang dilaungkan 'kunun'nya yuran yang dimansuhkan itu 'seolah' akan meringankan beban ibubapa....
kini rakyat kepeningan.... minyak masak yang 'hilang' dari pasaran... sehingga terpaksa atau memaksa Memanda Menteri kita 'Pak Lah' ambil alih tugas Menteri BarangNiaga membuat kenyataan bahawa ada pihak yang diberi subsidi telah menyalahgunakan 'privilage' tersebut dan menyebabkan pasaran minyak jadi huru-hara... dan jika keadaan ini tidak dikawal maka sudah tentu harga minyak masak juga akan dinaikkan...
pengusaha bas sekolah juga tidak mahu ketinggalan dalam siri 'naik menaik' ini... mereka menggunakan alasan keadaan semasa, harga minyak, kos operasi dsbnya yang menjadi faktor pendorong atau tekanan untuk menaikkan tambang sehingga 80%... ya jika keadaan ini tidak dikawal, para ibubapa kenalah mencari duit tambahan untuk memastikan anak-anak mereka sampai ke sekolah dengan selamat walaupun ada bas-bas sekolah yang begitu nazak macam lori kutip sampah...
turut mengambil kesempatan ialah para pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang mereka atas alasan 'penetapan kerajaan agar mereka memasang alat GPS' memerlukan mereka berbelanja 'besar' dan beban ini memungkinkan mereka menaikkan tambang untuk menanggung kos tersebut.... yang ini saya musykil... sebab? sebab hari-hari ke kena pasang alat itu?... its a 'one-off investment' dan boleh dicover dari keuntungan operasi... dan 'idea' nak naikkan tambang ini memang menggarut... kalau dulu masa pengguna duduk bawah tempurung bolehlah bagi alasan sebegini...
dan ya... kita masih menunggu dengan penuh sabar adakah harga minyak petro dan diesel akan naik... kerana setiap hari samada melalui berita radio atau tv, kita dihidangkan dengan cerita sumbatan telinga tentang harga pasaran minyak dunia yang terus-terusan naik...
cerita-cerita menarik di awal tahun ini membuatkan kita leka, lalai dan lupa semula pada kisah adik Nurin, kisah AlTantuya, kisah banjir besar, kisah menteri & dvd seksnya, kisah hindraf, kisah Bersih, kisah hadiah penyapu, kisah angkasawan, kisah tol yang naik.............banyak lagi...
apapun...bak kata 'Pak Hasyam' dalam iklan tv... "ingat nak...melangkah mesti ke hadapan..."
so bersedialah kita semua ya...
yang naik tetap akan naik...
tapi biarlah yang naik itu sejajar dengan semua faktor-faktor berdasarkan kemampuan diri, keluarga, masyarakat dan negara...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment