Friday, January 11, 2008

Tokoh Maal Hijrah : Tan Sri Syed Mokhar Al Bukhary..



salam hijrah buat semua...

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat Tokoh Maal Hijrah kita; Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary...

satu pemilihan yang baik berdasarkan perjalanan beliau dari awal dahulu hingga sekarang ini yang boleh dijadikan contoh kepada umat Islam di Malaysia...

memotong separuh gaji untuk diberikan kepada para fakir miskin adalah satu pengorbanan diri yang amat besar apatah lagi nafsu nafsi yang selalu membujuk diri untuk terus angkuh dan ego pada apa yang kita perolehi... (antara ciri-ciri kisah syed mokhtar yang boleh dijadikan pedoman..)

saya juga ingin mengucapkan tahniah buat anda, kerana berjaya menjadi tokoh-tokoh maal hijrah untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat... walau ianya tidak di'perasan' di peringkat nasional atau antarabangsa namun, hijrah agung yang kita lakukan pada diri sendiri adalah lebih atau sama hebat dengan kisah syed mokhtar tersebut...

ianya merujuk kepada kekuatan mental, emosional, spiritual serta fizikal yang kita gabungkan dalam melakukan hijrah-hijrah diri ini..

tahniah dan syabas buat diri kita...

wasalam

1 comment:

Anonymous said...

tapi Tan Sri Syed Mokhtar ada hutang dengan tuan-tuan tanah dekat kompleks Masjid dan pendidikan AlBukhary di Jalan Langgar Alor Setar dan sesetengah tuann tanah dah meninggal dunia dan menyimpan perasaan kesal dan marah terhadap beliau...wallahualambissawab....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails