Tuesday, January 15, 2008
Jenayah di Malaysia : Dah sampai masa gunakan DNA
salam semua....
jenuh, letih, sangap, penat, tak larat.... apabila memikirkan perihal kejadian jenayah yang berlaku di dalam negara kita...
balik-balik cerita sama.... takda bukti, jenayah terlepas, bukti hilang, gambar kabur dsbnya...
dalam masa yang sama...penjenayah semakin berani dan semakin 'sophisticated' berbanding 'police force' kita...
mereka semakin gila dan polis semakin pening...
saya teringat semasa bekerja di sebuah syarikat di mana berlaku jenayah 'pecah masuk' ke dalam gudang milik syarikat tersebut...
kami, kakitangan semua boleh lihat dengan jelas kesan-kesan 'cap jari' penjenayah tesebut....
apabila pihak polis sampai... hanya dengan beberapa 'snap' dan ambil laporan...kes itu senyap sampai hari ini...
pelik tapi benar...
saya pun jadi hairan jugak... mana satu priority dan mana satu secondary?... nak soal lebih-lebih nanti ke kamunting saya 2 tahun tanpa bicara...
anyway...
kalau kita lihat tv hari-hari.... banyak cerita perihal kelicikan para penjenayah... dan tidak kurang juga cerita perihal betapa canggihnya pasukan-pasukan polis dalam menyelesaikan kes-kes rumit...
saya minat cerita csi...
mungkin peralatan mereka sangat canggih namun bagi saya untuk 'invest' atau melabur kepada peralatan tersebut ianya sangat berbaloi berbanding membeli 'bangkai soyuz' untuk tatapan kita semua...
saya mungkin tidak arif perihal menyelesaikan isu jenayah, namun sebagai rakyat, saya syorkan agar negara kita melalui badan-badan berkenaan memulakan inisiatif untuk merekodkan DNA setiap rakyat yang berada di negara kita... dan langkah ini juga perlu diperluaskan kepada pendatang-pendatang dengan izin atau tanpa izin tidak kira dari mana mereka datang...
ini berdasarkan kes adik nurin.... DNA ada pada adik nurin tapi nak 'match'kan pada 'database' yang mana satu tak boleh... sebab?... sebab kita memang takda database DNA setia rakyat atau orang-orang yang ada di Malaysia...
kalau takda database... mana nak matching kan DNA yang kita jumpa tu?...
nak harap cctv... cctv pun tak berfungsi... kalau adapun yang beli kat kedai komputer harga rm50 satu... lepas 3kali pakai..kong kali kong...
letaklah seberapa banyak cctv kat keliling rumah... mereka ni (penjenayah) tahu camner nak tutup muka...
satu jer cara... DNA... sebab DNA ini sama macam cap jari yang tak sama bagi setiap manusia dalam dunia ni...
tapi... kalau cap cari pun malas nak tengok... tak tahulah apa lagi...
sabar-sabarlah beli kapal selam, bangkai soyuz, projek besar sana-sini... tumpukan perhatian dan beri sedikit masa dan pelaburan wang ringgit untuk keselamatan rakyat jelata...
dan dah berulang kali saya bangkitkan... kita ni ada satu sikap yang paling 'buruk' iaitu, kena tunggu ada nyawa yang melayang baru terhegeh-hegeh nak kelam-kabut sana-sini...
dan paling buruk lagi... lepas tu.........sonyap jor....
anyway, pihak yang berwajib... yang telah diberi mandat untuk memerintah... jangan sibuk dengan slogan sahaja... lunaskan amanah yang diberi dengan sebaiknya...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment