Monday, January 07, 2008
Anak; Amanah & Ujian buat diri kita....
salam semua....
ibu mana yang tidak sayang kan anaknya...
emak mana yang tidak kasih akan zuriatnya..
anak... zuriat.... siapa mereka?.... milik kita? atau amanah Allah?
ada pasangan yang kepinginkan zuriat tetapi perlu menanti hingga bertahun-tahun untuk mendapatkannya...
ada pasangan yang sihat tubuh badan tetapi melakukan perancangan demi perancangan malah ada yang bertindak untuk 'menamatkan' perjalanan janin yang dikendung...
begitulah manusia.... tidak pernah puas dengan apa yang ada, tidak pernah mahu menilik setiap penciptaan Allah, tidak pernah mahu mengambil ilmu dari yang tersirat, tidak pernah mahu faham tentang kejadian setiap peristiwa dan seterusnya...
anak adalah satu anugerah buat pasangan suami isteri..
anak ialah satu amanah buat pasangan suami isteri..
dan anak adalah merupakan ujian buat pasangan suami isteri...
adakah anugerah pemberian Allah itu kita hargai sepenuhnya?
adakah amanah tugasan dari Allah itu kita lunaskan sepenuhnya?
adakah ujian yang Allah berikan itu kita tangani sebaiknya?
tidak kiralah berapa jumlah anak yang dianugerahkan kepada kita... seorang, dua orang, tiga orang dan seterusnya... semuanya itu tidak lain, tidak bukan hanyalah amanah, anugerah dan ujian buat kita...
pernahkah kita terfikir... sepanjang perjalanan atau kehidupan kita sebagai anak, kita merupakan seorang anak yang baik?...taat? patuh kepada orang tua kita?...
pernahkah kita membantah cakap ibubapa kita sepanjang kita menjadi anak dahulu?
ianya semudah dengan berkata 'uhh'..atau 'ahh'...atau tanpa berkata-kata sekalipun yakni dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan nasihat ibubapa? hatta niat di dalam hati sekalipun yang berbentuk penolakkan terhadap perintah ibubapa kita juga termasuk kedalam golongan yang derhaka...
pernahkah kita memohon ampun kepada dua ibubapa kita apabila kita menderhaka dahulu?
adakah permohonan ampun itu beserta dengan keikhlasan dan keinsafan di dada?...
saya 'sengaja' membawa persoalan ini berdasarkan betapa beratnya hukuman apabila kita menderhaka kepada dua ibubapa kita...
cuba kita perhatikan...anak atau zuriat itu adalah kombinasi 'perangai' kita suami isteri... separuh mengikuti kita separuh lagi mengikuti pasangan kita... pernahkah kita memerhati dan mengamatinya?...
berdasarkan surah al-baqarah ayat 286; "Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupannya..."
bermaksud.. anak yang datang kepada kita itu, selain menjadi anugerah dan amanah, ia juga menajdi ujian ke atas diri kita... dan bagaimana 'teruknya' ujian itu janganlah kita putus harap atau putus asa atau kecewa, berdasarkan;
1. kita lebih memahami perangai anak itu yang mana sebahagiannya adalah perangai kita dan sebahagiannya adalah perangai pasangan kita yang kita cintai... sudah tentu kita tahu bagaimana untuk menguruskan perangai kita...
2. salah satu cara penyucian diri dari dosa-dosa atau kesalahan yang telah kita lakukan terhadap ibubapa kita dahulu ialah melalui 'proses' mengalami perjalanan semula siri-siri kelakuan 'buruk' kita atau penderhakaan kita terhadap ibubapa kita dahulu dan merasakan betapa 'gurisan demi gurisan' yang kita telah lakukan dahulu...
3. firman surah al-baqarah di atas tadi... di mana, asas kehidupan di muka bumi ini antaranya ialah untuk diuji agar kita memahami matlamat kehidupan sebenar, agar kita memahami erti cinta, kasih dan sayang, agar kita memahami betapa tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah itu tidak boleh dilunaskan dengan sambil lewa atau acuh tak acuh sahaja...
terdapat banyak formula-formula dalam mendidik anak-anak... antara formula yang saya sering syorkan ialah;
1 - 7 tahun = manjakan; dengan belaian kasih dan sayang agar anak itu tahu betapa kasig dan sayang itu adalah satu anugerah yang maha agung, agar anak itu tahu bagaimana membalas kembali kasih dan sayang itu, agar anak itu tahu bagaimana kasih dan sayangnya Pencipta terhadap hambanya.
7 - 15 tahun = penuh disiplin; di mana pada peringkat ini penyusunan diri berlaku, sistem kehidupan mengambil tempat; perbezaan di antara salah dan benar berlaku; pemahaman tentang amar maaruf, nahi mungkar mengambil tempat di dalam sanubari... di sinilah berlakunya pembentukan sahsiah diri dan akhlak seseorang itu. (jika di peringkat ini masih bermanja-manjaan maka berlakulah kisah 'anakku sazali' dalam episod duka kita..)
15 - 21 tahun = jadikan sahabat; diperingkat ini... kita memberi didikan dengan mood yang memberi 'signal' kepada anak-anak bahawa kitalah sahabat sejati mereka dan tempat mereka meluahkan segala-galanya kepada kita... pada peringkat ini, perubahan yang ketara ialah anak-anak menuju ke alam dewasa dan diri mereka memerlukan tempat untuk berkasih sayang... maka kita perlu memainkan peranan dalam membentuk kasih sayang itu agar ianya benar-benar di'gunakan' ditempat yang betul... (jika kita masih mengunakan metod disiplin di tahap ini, maka malanglah diri kita apabila anak-anak mencari orang lain untuk mencurahkan kasih sayang 'separuh masak' yang akhirnya berlakulah kekecewaan pada ibubapa apabila kedegilan anak mengambil tempat menjadi perantara di antara hubungan kita dengan mereka...)
21 ke atas = cukup segala syarat-syarat, maka bolehlah dikahwinkan.
ramai ibubapa yang menerima 'nasib' kerana 'kunun'nya mereka mempunyai seorang lebih anak-anak yang 'kununnya' juga 'derhaka atau tidak dengar kata....
soalan.... siapa yang mendidik anak-anak ini agar tidak mendengar kata?
soalan.... siapa yang mengasuh anak-anak ini agar derhaka kepada kita?
adakah sanggup kita menyalahkan Tuhan apabila anak-anak kita tidak mendengar kata atau derhaka?
apa yang boleh kita buat terhadap anak-anak yang menderhaka atau tidak mendengar kata?
jika anak-anak tersebut berumur di bawah 21 tahun maka adalah menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya untuk memperbetulkan keadaan dengan langkah-langkah yang penuh dengan hikmah...
tetapi jika anak-anak kita tersebut telah melebihi tahap umur 21 tahun, maka telah putus tanggungjawab kita terhadap mereka dan mereka bertanggungjawab penuh ke atas kehidupan mereka sendiri....
apa yang boleh kita lakukan terhadap anak-anak lebih umur ini?...
atas dasar kita telah mendidik anak-anak ini dengan sebaiknya kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu, riak, sombong, kebendaan juga atas dasar 'hak pemilikan kekal', maka redholah dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku...
'hak pemilikan kekal'?... ya, ramai ibubapa yang menganggap anak-anak itu adalah milik mereka melebih dari pemilikan Allah ke atas anak-anak itu... dan ini boleh dilihat apabila berlaku sesuatu keatas anak-anak tersebut di mana 'nampak jelas dan nyata' rasa kekecewaan, marah, sakit hati dsbnya...
apa ini?...
ini ialah situasi di mana, manusia yang bernama ibubapa ini tidak boleh menerima hakikat kehidupan yang sebenar... tidak faham apa itu 'dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali'....
sedih?...dengan perangai anak?... yes, boleh...
terasa?... dengan kedegilan anak?.. yes, boleh...
redho?.... redho sebenar atau terpaksa redho? (terpaksa redho ialah keadaan apabila manusia itu sudah tidak boleh menerima hakikat kejadian atau peristiwa atau situasi dan sudah sampai ke tembok maka untuk menutup segala kelemahan dan masih lagi angkuh kepada Tuhan, maka diucaplah ungkapan terpaksa redho itu...sedangkan hatinya tidak pernah redho dari awal sehingga akhir...)
manusia yang redho sebenar ialah manusia yang redho di awal, pertengahan dan akhiran atas setiap perkara atau perancangan atau perjalanan hidup ini...
(contoh; kita ingin melakukan satu perkara, setelah melakukan segala perancangan maka dengan penuh keredhoan kita memulakan tindakan... berlakulah banyak ujian dalam perjalanan tindakan yang dirancang itu...kita menerimanya dengan hati terbuka dan meneruskan tindakan-tindakan dengan penuh keredhoan.... dan akhirnya tidak kira apa hasil yang datang...samada ianya baik atau buruk, kita tetap redho kerana kita yakin... Allah telah menetapkan hasil tersebut untuk kita... baik hasilnya, Alhamdulillah.. berlaku disebaliknya...juga Alhamdulillah...kerana di situlah perbezaan keimanan setiap kita diukur...
menerima hakikat ujian demi ujian yang diberi kepada kita oleh Allah menerusi anak-anak adalah satu perjuangan atau jihad yang sangat dituntut...
memohon selain dari Allah untuk 'kunun'nya mengubat anak-anak yang degil atau tidak mendengar kata boleh memungkinkan kita menjerumuskan diri ke lembah kesyirikan yang halus dan boleh menjadi nyata...
anak-anak yang telah dewasa telah Allah anugerahkan anak dan fikiran masing-masing, di mana mereka boleh membuat pertimbangan dalam kehidupan mereka sendiri... sudah jadi lumrah manusia yang belajar...ada 'perlu' melalui kesilapan demi kesilapan dan belajar darinya... kerana manusia itu perlu merasa untuk mendapat rasa yang sebenar barulah tahu bagaimana perasaannya di hati...
sebagai ibubapa yang memahami, cukuplah dengan memberi tunjukajar kepada anak-anak dewasa ini, cukuplah dalam memberi contoh-contoh mana yang baik, mana yang buruk kepada anak-anak ini dalam mereka meneruskan perjuangan hidup mereka...
anak-anak dewasa ini sudah ada dunia mereka sendiri... dunia yang kita tidak lansung punya hak walau seincipun namun jika pendidikan yang kita lakukan dahulu tidak berdasarkan kepada mentauhidkan Allah & Rasul, maka kita adalah pemegang saham-saham di atas setiap 'ajaran songsang' yang kita berikan...
mohonlah kepada Allah agar anak-anak 'derhaka' atau tidak dengar kata ini 'kembali' kepada Allah dan terbuka pintu hati mereka... itu adalah sebaik-baik permintaan berbanding mencari tukang-tukang ubat atau dukun-dukun yang menggunakan jin-jin untuk membolak-balik hati anak-anak kita...sehingga akhirnya anak-anak ini merana dalam kehidupan mereka... dan secara tanpa disedari, kitalah penyumbang kepada kecelaruan kehidupan anak-anak kita....
niat yang kita lihat baik pada awalnya, rupanya tidak ubah seperti seekor tikus yang membaiki labu...
buat ibubapa; lihat kembali kepada asal usul kejadian hamba Allah ini, tugasan dan amanahnya.. agar kita tidak tersesat hatta dalam mendidik anak... janganlah kita nanti mendapat dosa sedangkan kita sepatutnya meraih pahala dan nikmat atas doa-doa dan ibadah anak-anak yang soleh atau solehah...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment