Friday, June 29, 2007

Tahniah & Syabas Warga SPNB....




salam buat semua...

hari ni kembali semula ke ofis setelah 3 hari 2 malam bersama warga-warga SPNB untuk program peribadi Mantap, Kerjaya Hebat & Organisasi Cemerlang di Eagle Ranch, PD, N. Sembilan...

sambil menanti sesi 'coaching' bersama pimpinan Hicom Yamaha, saya suka berkongsi foto-foto semasa di PD...





Sunday, June 24, 2007

Sepapan Uphamol.....

salam semua....

sejak Jumaat pagi minggu lepas, sebaik saya pulang dari sekolah anak saya bertemu guru kelas dan mengambil kad laporan prestasi..... saya rasa 'panas' badan sudah berada di kemuncakknya....

meletak belakang tapak tangan ke atas dahi sendiri.... tak rasa panas pun.... tapi hembusan nafas yang hangat sekali, dan sendi-sendi agak sengal... merupakan 'indicator' kepada kemunculan 'demam panas' yang panjang.....

saya jarang 'demam' tapi jika mengidap 'demam'..maka untuk 'kebah', paling kurang saya perlukan 3 - 4 hari... dan untuk ok sepenuhnya...saya perlukan at least 7 hari.... anyway hari ini dah masuk hari ke 3....

uphamol yang saya terus-terusan telan sekali 2 bijik setiap 4 jam nyata tak memberikan kesan, ia hanya mem'fluctuate' suhu badan saya sahaja...dan habis sepapan saya kerjakan...

lalu saya dibawa isteri ke klinik petang sabtu dan bertemu dengan doktor...
seperti biasa, doktor yang belajar begitu lama untuk 'doctorate'nya... bertanyakan saya tentang penyakit yang saya alami....

so... saya katakan, demam, batuk sikit, pening sikit, sakit tekak, ada ulser di dalam mulut...

doktor tu pun ambil 'kayu ais krim' yg besar, tekan lidah dan suluh anak tekak saya...pastu, ambil termometer plastik...mmmm, panas lagi 39.5 katanya...

"ya... tonsil bengkak, ada flam, masih panas.... so saya bagi ubat, kalau masih panas on monday, datang utk check darah...."(saya tahu, sekarang sibuk kes denggi...)

ok...thanks doc.... wasalam...

itu cerita demam....atau kepanasan badan.....

namun dalam kepanasan itu..... saya merasakan ini adalah penyucian buat diri ini... cerita pasal dosa..... banyak dosa yang dilakukan....samada kecil atau besar.... paling dirisaukan, dosa kepada Allah.... dosa mensyirikkan Allah......

teringat kisah Nabi Allah Ayub ketika diuji akan kesakitan yang membuatkan seluruh tubuh Baginda dimakan ulat.... dan baginda sendiri mengutip ulat yang jatuh dan diletakkan semula di badan Baginda.......

terus-terang, saya memang 'flat' habis.... dan ketika menulis ni... adalah sedikit tenaga kembali..... kepala masih berpinar.... sendiri masih sengal sikit-sikit....

alhamdulillah..... saya pasti, setiap perjalanan yang meruntut kekuatan rohani dan jasmani pastinya memerlukan proses penyucian yang berterusan....samada berkala atau tanpa diduga oleh kita....

sedia atau tidak.... 'pedang jihad' tidak perlu ada dalam sarung sekarang....ia per diangkat tinggi.....

jihad?...ya jihad melawan hawa nafsu....
jihad....mendaki tingkatan nafsu dari Amarah hingga Kamilah...
jihad....menggunakan sepenuhnya 7 keupayaan manusia kurniaan Allah...

insya Allah....

apalah sangat harga sepapan Uphamol (RM2.40) berbanding ketaqwaan, keampunan, kerahmatan dan keredhoaan Allah pada hambaNya...

wasalam

Lagi Jiran Kembali Ke Rahmatullah....

salam semua,

minggu lepas, saya dikejutkan oleh satu berita pemergian seorang jiran saya ke rahmatullah...

ustaz khairuddin, yang saya kenali meninggal dunia selepas 4 hari di hospital kuala lumpur.... punca kematian ialah sakit jantung...

al fatihah buat beliau.....

dan malam hari beliau meninggal, saya bermimpi bertemu beliau dan bertanya khabar... khabarnya beliau sihat-sihat belaka...

mmmm....dalam termanggu di hari ahad ini selepas 'pekena biskut lemak cecah nescafe'... saya duk kira...rupa-rupanya sudah masuk 3 orang jiran selorong saya meninggal dunia..di tahun ini....

begitulah putaran alam....

isteri ustaz khairudin (semasa menziarahi beiau)..berulang2 kali menceritakan 'tabiat' akhir ustaz... di mana ustaz baru membeli tanah kebun, beli mesin rumput..dan bercadang untuk balik ke kota bharu untuk cari anak pohon buah....

rentetan hari...(diceritakan oleh ustazah kpd saya..)

jumaat = ustaz selesai bayar 'cash' duit kebunnya.... dan dinamakan atas nama ustazah sebagai hadiah....
sabtu = beli mesin rumput.....
ahad = bercadang untuk balik ke kota bharu hari jumaat akan datang untuk beli anak pokok....
isnin = 'collapse' dalam perjalanan menghantar ustazah...(ustaz dah pencen, ustazah masih mengajar..)
selasa - khamis 1.10pm.... = di hospital..koma & tiada respon...
khamis 1.20 (zuhur)... menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga...
khamis 8.00pm = selamat dikebumikan di tanah perkuburan, taman desa kaloi ulu yam...

dari Allah kita datang...
kepada Allah kita kembali...

ajal maut, jodoh pertemuan, rezki telah ditentukan....
redho?... insya Allah redho...

wasalam

Thursday, June 21, 2007

Ego: Sifat Nafsu Amarah...

salam semua...

berbicara tentang ego adalah perbicaraan yang meruntut masa yang tidak berkesudahan..

cukup sekadar kita tahu bahawa ego adalah salah satu sifat yang paling Allah benci dan kedudukan ego adalah di tahapan nafsu yang paling bawah iaitu nafsu amarah..

ego boleh dikawal dan boleh juga hilang kawalan...
setiap manusia tidak mengira lelaki atau wanita mempunyai tahapan ego masing-masing...

ego yang terpimpin memang diperlukan agar seseorang itu tidak mudah diperlekeh atau diperkotak-katikkan....
manakala ego yang hilang kawalan ialah 'bencana' bagi seseorang manusia itu...

ego ada yang terbit secara kasar dan mudah untuk dilihatnya.. dan ego juga boleh lahir secara halus dan ianya berbentuk ujub....

ego adalah 'lagak' atau perlakuan seseorang itu.... dan sudah semestinya lagak itu dipertontonkan kepada orang lain...
ego 'halus' atau ujub, tidak diketahui oleh orang lain namun diri sendiri juga terkadang 'tidak perasan' ianya wujud dalam diri....

mengawal ego memerlukan ilmu, pemahaman serta pengertian....
apa itu ego?
apa akibat jika ego?
apa baik buruknya bersikap ego?

nafsu amarah ialah level yang paling bawah.... dan jika mengikut turutan warna-warna diri ianya berwarna merah dan berfrekuensi rendah... sama rendah dengan frekeunsi 'hantu serta syaitan'....

so?....dari segi ilmu mantiq..... jika kita ego sesangat.... maknanya macam 'hantu & syaitan' lah kita....

wasalam

Manusia Yang Tegar....

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana langkahnya makin karut
langkah karut itu menyemakkan emosi
emosi yang tersemak menjadi kabut

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana lidah memacul kemaksiatan
lidah tanpa tulang terus bergetar tanpa henti
hingga getaran itu di panggil Illahi

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana sombong, riak dan takbur
didatangai pula si ujub dari dalam diri
terus-terusan memuji dengan lahapnya

sesekali manusia itu tersedar
tersedar betapa kerdilnya kejadian
namun bisikan hawa nafsu terus-terusan
meninggalkan Tuhan jauh di belakang

sesekali....janganlah degil..

Wednesday, June 20, 2007

P.Ramlee.....Siapa penggantinya?.....



salam semua...

pagi ini sewaktu menghabiskan 'nescafe tarik' bersama rakan, tiba-tiba tajuk perbualan ringkas berkisar kepada cerita Allahyarham Prof. Dr. Tan Sri P.Ramlee... kami membandingkan 'moral' of each film yg P.Ramlee lakonkan dan arahkan.... perbandingan antara kualiti 'moral of the story' beliau dan 'moral of the story' cereka-cereka zaman sekarang....

kesimpulannya, 'Tanah Melayu' atau Malaysia masih belum menemukan pengganti Tan Sri P.Ramlee...

Filem-filem P.Ramlee nampak ringkas tapi sarat dengan moral dan pengajaran...
filem-filem beliau apabila memperlihatkan 'seorang isteri melawan suami' terus melapikkan situasi tersebut dengan pengajaran yang perlu kita ambil...

cereka sekarang penuh dengan impian.... mimpi yang indah-indah belaka.... kekayaan, kereta hebat, swimming pool, perabut jati, langsir itali, vase kristal dsbnya... dan keegoan lelaki dan kekurang ajaran isteri yang engkar..... namun, kosmetik-kosmetik tersebut hanya 'membuai' hati dan perasaan kita....lalu lewat atau tiada pengajaran lansung apabila ada 'scene' si isteri berkurang ajar dengan suami atau suami tidak bertanggungjawab dengan isteri.....

saya suka mengkategorikan filem-filem P.Ramlee di buat atas dasar memberi tunjukajar, pengajaran, ilmu dan sedikit hiburan.... manakala cereka sekarang lebih banyak mengenengahkan nilai komersial yang masyuk dengan penuh 'energy-energy negetif'...

jika kita perasan cereka-cereka atau drama-drama bersiri yg sedang atau sudah habis penayangan...kita akan dapati acapkali, setengah atau satu jam yang di'bazir'kan untuk menonton adalah masa yg sia-sia.....

dalam suasana sekeliling yang haru-biru, tekanan perasaan, tekanan kehidupan, masalah remaja yang kelam-kelibut, seks bebas, seks sumbang (isteri & suami orang)...dan banyak lagi.... kita sebenarnya memerlukan insan-insan yang ada sifat-sifat cemerlang untuk memimpin kita...memberi tunjukajar melalui 'channel-channel' masing-masing....

seorang pengarah filem yang benar, amanah, berkongsi ilmu dan bijaksana...
seorang guru yang juga benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang imam yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang ahli korporat yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang pemimpin yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana....

bukan seorang....kalau boleh ratusan atau ribuan....

susah untuk kita cari sekarang.... sebab?...sebab sejajat dengan hadis Rasulullah, umatku di akhir zaman, mereka asyik dengan kekayaan yang tidak cukup-cukup, mereka ayik melayan hawa nafsu yang tidak habis-habis... dan mereka umpama buih-buih di lautan, banyak dari segi bilangan namun terlalu sedikit dari segi kualiti...

mana dia Abu Bakar As Siddiq?
mana dia Umar Al Khattab?
mana dia Uthman Affan?
mana dia Ali Abi Talib?
mana dia Abdul Rahman Al Auf?
mana dia Umar Abdul Azeez?
mana dia Salahuddeen Al Ayubbi?

jangan dicari mana dia mereka..... kerana pancarian hanyalah sia-sia.... kerana kehebatan diri yang dilupa.... membangga hingga lupa dunia...

tak perlu di cari mana dia Al-Ghazali...
tak perlu di cari mana dia As-Syafie...
tak perlu dibongkar kitab suci...

jika mata yang ada sudah tidak boleh menilai mana yang haq dan mana yang batil...
jika telinga yang ada sudah pekak dari nasihat-nasihat.....

layanilah nafsu serakah hingga ke liang lahad...
kelak ketahuilah balasannya jika tiada taubat...

wasalam

Tuesday, June 19, 2007

Awas Perangkap Nafsu....

salam petang hari....

sebelum berangkat pulang, sudi saya menitipkan sedikit nasihat buat diri saya dan semua yg saya sayangi....

semua sudah tahu bahawa nafsu ada 7 lapis atau tingkatan....

paling bawah ialah amarah
atas satu tangga ialah lawwamah
atas satu tangga lagi ialah mulhima
atas satu tangga lagi ialah qonaah...

sepatutnya kita berada di tangga qonaah di mana penyerahan 'total' berlaku di sini dan keredhoan kepada Pencipta adalah amalan harian....

di atas qonaah, ialah tangga nafsul muthmainnah... iaitu jiwa yg tenang lagi yakin...

apa yg nak saya titipkan ialah.... walau kita sudah berada di level 'qonaah'.... jgnlah sesekali beranggapan bahawa kita sudah tidak diuji dengan rasa marah, bongkak, sombong dan takbur.... malah di sinilah ujian 'ujub' sering bermain...

ujub?... ya, ujub ialah rasa 'bagus' yg terbit dalam hati dan tidak diketahui oleh orang lain selain diri kita & Allah...

ujub ialah perangkap yg berbisa dan sering menjunamkan ahli-ahli ibadah ke jurang bawah semula....

namun begitu....atas dasar telah melalui semua level bawah hingga ke qonaah maka, pendakian untuk naik semula tidaklah sepayah peringkat awalan pendakian...

namun, tekanan ujub itu tetap datang dan tidak ramai yg berjaya mengharunginya...

ingat.... jika kita sudah merasakan kita sudah bersih.... dan Allah melindungi kita... mari kita periksa semula.... periksa dengan teliti... kerana ada perangkap memfitnah Allah di sana..... dan manusia akan beralasan.... 'aku sudah ok ya Allah, kenapa aku diuji lagi dengan ujian peringkat 'bawahan'...?...

ingatlah, tidak Allah jadikan jin dan manusia itu selain dari menyembahNYA dan melakukan ibadah kepadaNYA siang dan malam....

dan sesungguhnya, kehendak Allah itulah perlu kita lunaskan saat demi saat... bukannya asyik sibuk melunaskan kehendak diri serta nafsu serakah yg tak habis-habis kesudahannya....

sama-sama kita mengambil iktibar...
moga mendapat kesedaran dan bertaubat serta memahami setiap ilmu dan pengetahuan...

wasalam

Jangan suka beralasan...nanti jadi bangau...

salam semua....

'lately' ni saya banyak jumpa manusia-manusia yg banyak sangat alasan....

contoh;

kalau dah ok dari segi ekonomi....baru nak bantu orang
kalau sihat & segar...............baru nak double-up effort buat ibadah
kalau tenang......................baru nak menuntut ilmu
kalau dah kahwin..................baru nak berhenti merempit
kalau jalan ak jem................baru tak tension kerja
kalau ada kereta 2................baru mudah nak bergerak tambah rezki
kalau, kalau, kalau.....macam-macam kalau lah....

dan bila kita tengok sekali pandang...memang 'macam' logik kalau-kalau tu...

tapi bila selitkan iman bila memikirkannya..... memang 'haprak'lah si kalau-kalau ni...

persoalan?...sampai bila nak ber'kalau'?

saya selalu bertanya pada peserta kursus saya..... agak-agak sekiranya kita berniat untuk melakukan perubahan..contoh, start minggu depan aku nak ubah sikap aku yg pemalas.... agak-agak boleh ubah tak?

ramai yg tak berani jawap.....

dan saya tolong mereka jawapkan....

jawapan saya mudah.... 'sekiranya hari ini, kita malas...dan niat nak jadi rajin minggu depan ker atau bulan depan ker atau lepas kahwin ker.... memang tak akan tercapailah cita-cita itu!'....

jawapan saya berdasarkan Hadis Rasulullah iaitu...berusahalah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya....

so?.... kalau nak berubah.... perubahan itu perlulah dibuat sekarang! now! la ni!... bukan kejap lagi.... bukan 3 hari dsbnya....

sebab?...

sebab, kita tak boleh 'confirm' bahawa kita akan hidup sekejap lagi.....

siapa yg boleh confirmkan saya bahawa kita boleh hidup sekejap lagi?.... kalau boleh, hebatlah awak yer.....

then?.... nak berubah, kenalah berubah sekarang!...jgn tunggu-tunggu.....

jangan jadi bangau yg beralasan...
jangan jadi bangau yang relaks ajer...

bangun... bingkas.....

mulakan perubahan anda hari ini juga...sekarang....

insya allah...berjaya...

Masuk 'opis' semula.....

salam semua...

hari ni pepagi lagi dah masuk opis...
mengeledah 'benda-benda' administration yg perlu diselesaikan...

biasalah...asalkan ianya atas 'choose to' bukan 'have to'...

minggu ni 'relax' sikit...relaks dari segi takda program...namun, kena prepare jugak untuk minggu hadapan dan minggu seterusnya yang sudah tersusun program-program..antaranya 3 hari 2 malam di eagle range, pd.... 2 hari di perodua dan 2 hari di kota kinabalu, sabah untuk inspen.....

oleh kerana firma saya tidak megamalkan 'cut & paste' maka setiap program itu memang perlu dirangka khusus untuk menepati matlamat dan objektifnya.... dan persediaan dari segi nota-nota dan slide presentation memang menjerihkan....

namun apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah dahulu....

kata orang, 'ini baru sikit....'....
ya saya akur....perjuangan yang saya lalui ini amatlah sekelumit dari perjuangan besar Rasulullah dalam meneruskan dakwah....

'me re-tune' peserta agar memulakan langkah-langkah melakukan perubahan adalah satu usaha yang berterusan dan memerlukan kekuatan minda, emosi, spiritual dan fizikal yang mantap....

mmmm.... rehat jap...

nanti sambung yer...

Monday, June 18, 2007

Bersama adik-adik dari Miyazu (M) Sdn. Bhd....

salam...

dari Jumaat hingga Ahad lepas, saya bersama rakan-rakan mengendalikan sesi 'The Power Of Team Building' untuk kakitangan 'fresh' Miyazu (M) Sdn Bhd.

sesi yang melibatkan 80% aktiviti dan 20% kuliah sangatlah menakjubkan...

menakjubkan dari segi saya perlu 'menyesuaikan' diri semula dengan keadaan 'eco resort' tersebut (Riverstone Resort, Sungai Tua)...dan kembali ke alam ambang merdeka....suasana kampung, toilet di luar (jarak 70 meter)..., bekalan elektrik hingga 12 malam sahaja... turun naik bukit untuk ke dewan makan, bilik kuliah, surau dan bilik tidur...

di tambah dengan suasana yg 80% hujan di sepanjang program...

anyway.... 'redah saja...', 'lalu saja....'..byk hikmah tersembunyi...

paling penting....semua peserta program mendapat menafaat 200% dari apa yg disampaikan...

tahniah untuk anda semua...!!
saya doakan anda semua terus cemerlang, hebat & mantap...

wasalam

Tuesday, June 12, 2007

Selsema Bangau....uupsss..selsema burunglah...

salam....

belum habis cerita negeri Selangor dilanda demam denggi...kini ada pula unggas di negeri ini yang membawa penyakit selsema....

alhamdulillah...tiada rakyat yang terjangkit buat masa ini....

virus tersebut di bawa oleh unggas dari negara jiran (Mynmar ada beberapa kes manusia dihinggapi selsema itu di sana...)

tetiba saya terdengar satu saranan agar penternak-penternak atau bakal penternak dibuat satu undang-undang untuk mengawal selia unggas ternakan mereka....

ini pun kes bangau oh bangau.....

kesian Pak Mat yang duduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul..... nampak gayanya Pak Mat kena pergi klinik haiwan setiap bulan untuk dapatkan 'suntikan' pada ayam, itiknya..agar tak dijangkiti oleh penyakit selsema....

so Pak Mat kenalah gunakan teknik 'bercakap' pada ternakannya....."kau janganlah sakit selsema..nanti aku rugi...."...tetiba ayamnya bercakap..."Manalah aku tahu, dah aku nak kena selsema....."...

kesian Pak Mat...

wasalam

Smart Tunnel : Yang Tak Berapa Smart....

salam semua....

saya sambung cerita simpati pada mangsa banjir...
dan saya sedih bila dengar penjelasan pihak pengurusan 'Smart Tunnel' yang hanya mengatakan bahawa 'tunnel' itu hanya boleh sedut limpahan air sungai kelang dan di limpahkan ke sungai kerayung....

so sapa-sapa yang duduk kat sungai gombak...mintak maap lah yer...

tertarik dengan kos pembinaan tunnel tersebut yang melibatkan RM1.9 billion...

juga tertarik dengan para pengguna jalan raya yang dah 'cuba' tunnel tersebut tetapi masih terperangkap di penghujung jalan Tun Razak.....

kalau inilah gamaknya..berlaku 'bottle neck' sebaik keluar dari tunnel tersebut maka suka saya sarankan...lebih baik buat tunnel air sahaja utk sedut limpahan itu dari buat tunnel 3 tingkat yang boleh sumbat kereta dalam tu sekali....

anyway..tolnya RM2 ringgit...sebab kata Menteri yang terlibat...kosnya mahal so rakyat jelata kena tanggunglah...

adios...wasalam

Monday, June 11, 2007

Banjir....mari nyanyi lagu bangau oh bangau...

salam semua....

alhamdulillah bertemu kita lagi hari ini...
syukur atas segala peluang, rezki, taufik dan hidayah NYA...

pagi tadi saya mengikuti Buletin Pagi dan Warta Pagi sambil bersiap untuk ke pejabat dan terpanggil untuk meneliti berita perihal 'banjir kilat' yang berlaku di Kuala Lumpur...

banyak visual yang menyaksikan 'kesusahan & kepayahan' yang di alami oleh mangsa-mangsa banjir tersebut...

hari tu.... bila Brickfield kena banjir...banyak mempersoalkan terowong SMART... dan keesokkan harinya, jurucakap terowong SMART mengatakan bahawa terowong itu hanya untuk kegunaan 'Thunder Flood' dan bukannya 'Flash Flood'.... dan muncung penyedutnya terletak di 2 sungai di Kuala Lumpur dan berfunsi untuk menyedut limpahan sungai tersebut....

barulah saya tahu, terowong 1.9 bilion ringgit itu hanya mampu menyelesaikan masalah banjir yang berskala besar dan bukanya kecilan.... (kecik-kecik tak main... sebab dia mahal dan hanya untuk banjir besar ajer...)

jadi mangsa banjir dipersalahkan kerana tidak menjaga longkang-longkang dan pemaju hartanah di seret sama untuk bertanggungjawab 'menyumbatkan' longkang-longkang kecik dan besar di sekitar Kuala Lumpur...

itu cerita 2,3 hari lepas....
semalam...Kampung Baru dilanda banjir...., kalau tengok visual..dalam jugak sehingga ada mangsa yang dipindahkan....
dan seperti biasa... lagu bangau oh bangau berkemundang... mencari salah siapa...

beginilah ceritanya..kalau semua pihak bukan mahu mencari solusi..tetapi terus mencari salah atau fokus pada masalah sahaja....

maaflah kepada penguasa-penguasa yang terpaksa dikejutkan dari tidur yang lena di tilam empuk banglo-banglo mewah....
maaflah kepada petugas-petugas bandaraya, perbandaran dan bandaran yang hanya mengikut arahan demi arahan yang terus berubah-rubah yang terus-terusan menyentap motivasi dan semangat bekerja....

bangun dan sedar diri....sedar akan beza tanggungjawab dan amanah....

Saidina Umar adalah seorang contoh penguasa yang begitu amanah sehingga 'melakukan penyamaran' untuk mengetahui masalah masyarakatnya... dan bukannya menimbun harta dan mencari kontrak serta projek berjuta ringgit untuk memenuhi tembolok yang tak pernah-pernah penuh....

dan saya pasti begitulah sikap manusia yang lupa dan tak reti matlamat kehidupan ini... dan ianya akan berterusan hingga ke hari kiamat....

apa yang pasti lagu bangau oh bangau akan terus berkemundang setiap kali ada masalah yang timbul.....

manusia oh manusia....
bilalah kamu semua mahu menjadi 'insan'?...

wasalam

Friday, June 08, 2007

Jangan susah hati dengan ujian....Tapi kena terus melakukan perubahan..!!

salam buat semua....

apa khabar anda hari ini?...
doa saya...anda semua hebat dan berjaya mengharungi hari semalam dengan jayanya...
dan pastikan hari ini lebih baik dari semalam...kerana ia adalah petanda kehebatan diri seseorang itu....

nak bercerita sedikit tentang kesusahan hati atau kehidupan...

sejajar dengan firman Allah dalam surah Al-Baqaroh: 286..."Tidak Aku uji seseorang itu selain dari kesanggupannya..." ianya bermaksud..Allah Yang Maha Adil tidak akan memberi ujian-ujian ke atas kita sekiranya kita tidak berupaya untuk mengharunginya...itu sudah pasti....

dan atas sifat Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Memahami.... Dia tahu 'degree' ujian yang patut dan mampu kita harungi dan lepasi berdasarkan kemampuan diri kita masing-masing....

itu belum lagi dipertontonkan 'buku perjanjian' kita dengan Allah di Loh Hul Mahfuz di mana segala-gala perjalanan hidup ini telah kita redho dan diredhoi oleh Allah...

dan 'buku perjanjian' itu berdasarkan perjalanan hidup kita dari saat ke saat... hatta ke milisaat..atau perhitungan sebesar zarrah.... begitu detail sekali...amat detail.... percayalah..

selepas kita memahami akan ujian yang datang itu sememangnya kita mampu untuk harungi...maka perlulah kita bersedia dengan segala kemampuan yang ada....sertakan seluruh tujuh anggota kita untuk digembeling bersama dan sudah tentu dengan tujuh keupayaan diri iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, samaq, basar dan qalam....

sudha pasti Allah permudahkan segalanya...dengan syarat...berserta niat dan dilakukan secara siddiq, amanah, tobligh dan fatonah....

dan perlu juga diingat.... jangan sesekali 'duduk diam', buntu, atau 'stalemate'... dalam erti kata mudah...dah tak tahu nak buat apa....
kerana itu adalah sifat-sifat manusia yang kecewa seterusnya menafikan kekuasaan Allah dan boleh jatuh 'syirik' secara tidak disedari....

kenapa jadi begitu?...

kerana ianya bertentangan dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad:11 ..."Tidak Aku ubah nasib seseorang itu KECUALI dia yang mengubahnya sendiri...."

Perubahan yang dimaksudkan itu ialah perubahan dalaman dan luaran.... perubahan dalaman adalah aspek penting iaitu ianya melibatkan perubahan SIKAP....

sikap yang paling memusnahkan manusia ialah sikap Malas dan Marah... kedua-dua sikap itu tidakakan membantu dalam proses melakukan perubahan demi perubahan ke arah kebaikan diri....

payahlah kalau kita masih bermain dengan sikap atau sifat malas dan marah itu...

dan tanpa kita sedari ianya terletak di lapisan paling bawah antara 7 lapisan nafsu iaitu Nafsu Amarah....
dan dari segi sains metafizik ianya terletak dilokasi 'buntut'...paling bawah dan berfrekuensi rendah sekali......

sekali lagi saya berpesan.... jangan rasa letih, penat atau kecewa dengan ujian yang sememangnya kita boleh harungi....
dan pastikan diri kita terus melakukan perubahan demi perubahan....

insya Allah dengan niat yang baik, tulus dan mulus..... segalanya dipermudahkan oleh Allah....

wasalam...

salam hebat...

Thursday, June 07, 2007

Kesaktian : Buruan Manusia....

salam buat semua.....

nak cerita pasal minat dan 'buruan' manusia.....
'spesifikali' bab-bab kesaktian....

telah menjadi lumrah bagi setiap manusia yang senantiasa tidak pernah puas dengan apa yang ada....

sikap ketidakpuasan itu jika di'manage' dengan baik...maka baiklah jadinya...
dan jika tidak dimanage dengan baik.... hancuslah akibatnya.....

contoh ketidakpuasan positif;
1. ketidakpuasan dalam 'menyedari' betapa perlunya penambahan ilmu di dada...
2. ketidakpuasan dalam mempertingkat mutu ibadah kepada Allah...
3. ketidakpuasan dalam memperbaiki kefahaman dalam hubungan dengan Allah...
4. dan seterusnya senarai 'baik' atau positif ketidakpuasan terhadap diri & kehidupan...

contoh ketidakpuasan 'tak baik' atau negetif;
1. ketidakpuasan kerana tidak 'terer' melebihi orang lain...
2. ketidakpuasan kerana harta yang sikit beranding jiran tetangga..
3. ketidakpuasan kerana tidak ada 'ilmu sakti' yang boleh orang lain kata kita hebat...

oleh kerana diri melayan 'ketidakpuasan' negetif tersebut maka manusia akan 'resort' kepada mencari-cari di mana boleh belajar ilmu-ilmu....

akhirnya....bertemulah ilmu-ilmu yang 'menjanjikan' kesaktian yang boleh membuatkan diri nya 'atas' sikit dari orang lain..... dan ilmu tersebut boleh memastikan seluruh manusia memuji-muji diri dia....

masya Allah.....!!

sedangkan segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah s.w.t....

apa yang kita perlu dalam hidup ini?... puji-pujian?.... sanjungan?....

soalan yang perlu ditanya kepada diri dan perlu dijawab dengan ikhlas...

sama-samalah kita 'check' balik diri.... muhasabah diri....

paling penting kalau tak tahu tanya..... sebab kalau tak bertanya nanti sesat jalan....

wasalam...

Reiki : Antara Realiti, Fantasi dan Mistik....

salam sejahtara buat semua.....

ramai di kalangan anda yang mungkin tahu perihal Reiki....
ramai juga yang pernah dengar dan ramai juga yang tak pernah dengar...

Reiki adalah satu kaedah atau teknik penyembuhan menggunakan tenaga dalaman diri.
atau secara ringkasnya 'self healing technique' through internal force....

Reiki = Rei adalah 'Universal Life Force' dan Ki adalah 'Energy'

kita manusia yang hidup ini mempunyai 'Tenaga Dalaman' yang kuat dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara...dan yang pasti ianya adalah bertujuan untuk memastikan tubuh atau diri seseorang itu terus memberi tindakbalas kepada setiap perkara meliputi 4 elemen-elemen diri iaitu; Mental, Emosional, Spritual dan Fizikal.

tenaga dalaman yang ada pada diri ini di 'charge' atau menerima penambahan aliran tenaga dari tenaga alam semulajadi.... atau Universal Life Force...

universal life force boleh dirujuk kepada tenaga-tenaga luaran yang wujud seperti tenaga cahaya matahari atau lebih tepatnya cahaya atau pun 'NUR'....

tenaga matahari atau NUR tadi adalah bersifat lutsinar dan ianya 'menerobos' kedalam diri manusia melalui 7 poin penerimaan yang ada pada diri kita....

poin-poin tesebut terletak di ubun-ubun, antara kening, leher, dada, perut, kemaluan dan dubur...

dan poin-poin tersebut mempunyai keupayaan penerimaan mengikut kadar-kadar tertentu atau frekuensi-frekuensi tertentu...

poin yang paling tinggi kadar penerimaan tenaga ialah ubun-ubun atau lebih dikenali sebagai crown poin.... dan cahaya atau Nur yang akan masuk ke situ juga adalah Nur yang mempunyai frekuansi yang paling tinggi iaitu Nur berwarna putih atau silver atau emas....

seterusnya purple, biru, hijau, kuning, oren dan yang paling bawah atau frekuensi yang paling rendha ialah warna merah...

kita boleh melihat warna-warna Nur tersebut melalui percikan air di udara (sama seperti kita membuat pelangi tiruan).... dan perlu diingat warna pelangi itu ialah refleksi turutan warna yang sebenar....maksud saya, pelangi itu adalah 'terbalik' atau pembalikan kepada susunan warna sebenar.... di mana turutan warna Nur yang sebanar ialah bermula dengan putih di atas dan seteursnya purple hinggalah merah di bawah...(sama seperti turutan warna diri manusia...) tetapi oleh kerana pelangi ialah pembalikan warna Nur tadi maka ia akan meletakkan merah di atas dan seterusnya putih di bawah....

ini baru bab menggenal warna..... dan apa kaitannya dengan Reiki?....

para pengamal Reiki, berupaya dengan izin Allah menyalurkan tenaga Nur tadi melalui 2 tapak tangan...malah mereka berupaya 'memindahkan' tenaga yang lemah atau lebih dikenali sebagai negetif vibration keluar dari tubuh manusia....

apa kaedahnya?.... contoh...seseorang itu mengalami 'migrain'.... dan simptom migraine itu dikenali sebegai 'negetif vibration ' atau 'tenaga lemah' yang wujud di dalam diri oleh kerana beberapa faktor.... dan dengan meletakkan tapak tangan di lokasi migrain itu...(tenaga akan mengalir dari tapak tangan masuk menuju ke destinasi tenaga lemah itu dan memberikan 'charging' yang diperlukan....' secara otomatiknya tenaga lemah tadi akan keluar atau hilang dari lokasi tersebut....

kaedahnya memang mudah....tetapi 'praktis' will make u perfect!...

saya selalu berjumpa dengan master-master reiki yang masih belum berupaya menyalurkan energi dengan baik.... ini berlaku 'mungkin' kerana faktor keyakinan, kurang mahir, kurang sensitif atau kurang praktis.....

dan paling sedih..mereka-mereka mereka ini mencipta satu ajaran reiki yang baru dan diberi nama lain.... dan mereka mula memasukkan 'teori-teori' sendiri yang kesudahannya 'memeningkan' anak-anak buah...

ok setakat ini...

nanti saya sambung lagi......

berminat utk belajar Reiki?....

saya akan mulakan kelas Reiki dalam masa yang terdekat.... sila alert dengan memasuki blog saya untuk mengetahui tarikhnya....

kos?... hanya RM150 untuk Reiki Level 1.....

jumpa lagi..wasalam....

Meneruskan Misi Memberi Kefahaman kepada Manusia....

salam ceria buat semua....

alhamdulillah saya baru sahaja selesai pulang dari satu 'medan jihad'...
sememangnya niat untuk 'gugur syahid' tetap ada di dada sebaik memulakan langkah pertama keluar dari pintu rumah setiap kali hendak ke medan jihad...

namun saya terima ketentuan Allah bahawa saya masih lagi bernafas....

medan jihad terbaru saya ialah di Perodua, Sungai Choh, Rawang...

bersama-sama sekumpulan 'pelajar-pelajar' yang hebat juga.... variasi komponen yang hadir mewarnai medan tersebut.... dari status penolong pengurus hinggalah ke eksekutif....

khususan medan kali ini ialah tentang 'Perancangan dan Pengelolaan'.....atau bahasa 'mat saleh'nya ialah 'Planning & Organizing'...

rata-rata dari maklum balas yang diterima, Alhamdulillah hampir 90% 'mendapat menafaat' dan menyarankan ianya dihadiri oleh teman-teman.... 10% yang 'tak dapat bersama-sama' meneroka isi kandungan program.....saya hargai 'feedback' anda....

insya Allah, saya doakan anda semua berjaya dunia & akhirat....

dan saya?.... terus tidak puas hati dengan persembahan dan akan terus dengan izin Allah memperbaiki mana-mana 'sektor' yang perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi....

jumpa lagi warga Perodua pada 3 & 4 Julai nanti....insya Allah

wasalam

Monday, June 04, 2007

'Improvising' Self Competency....

salam semua...

wah tajuknya 'macam bagus'....
wa i ma nya...ianya berkenaan dengan peningkatan tahap kecekapan kita...

memperbaiki tahap kecekapan merangkumi tahap ilmu di dada, tahap pengalaman kerja dan kehidupan, tahap kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam suasana kerja atau kehidupan yang semakin mencabar...

kesedaran untuk memperbaiki diri ini adalah sejajat dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad:11........'Tidak Aku ubah nasib............'

sejauh mana timbul kesedaran dalam diri itu bergantung kepada tahap kefahaman dan ketaqwaan serta kehambaan kepada Allah Azza Wajalla....

manusia-manusia yang terolong kedalam kumpulan yang berilmu akan senantiasa diuji dari 'rasa cukup' dan 'rasa bagus'....lalu termasuk kedalam perangkap bahawa 'sudah terer' dan tiada orang yang terer atau bagus sepertinya....

maka apabila tiba di simpang 'rasa cukup' itu...manusia akan menjadi 'malas' dan cahaya keimanan menjadi kelam...tanpa disedari.....

kesedaran menjadi kecelaruan...
kefahaman yang ada menjadi benteng utama untuk maju kehadapan...
tiada manusia yang boleh menegurnya...
sikap rasa bagus mula menguasai jiwa....

akhirnya.... tindakan meng'improve' diri menjadi terbantut.... dan sudah tentu ianya berlawanan dengan saranan Rasulullah iaitu 'Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.....'...

maka manusia itu akan menjadi manusia gagal yang hidup dibawah tempurung yang direka sendiri....
dan paling sedih..mereka akan 'ditinggalkan' bersama teori serta doktrin yang dicipta sendiri....

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails