Tuesday, March 31, 2009

Bapa Mertua Kembali ke Rahmatullah..

salam semua...

Maaf kerana tidak dapat update sebarang entri sehari dua ini..
Saya dan keluarga berada di Kota Bharu sejak Ahad lepas...

Lewat zuhur ahad lepas, isteri menerima panggilan telefon dari pakciknya, berita ringkas tetapi meruntun seluruh jiwa dan raga beliau...'Ayah dah meninggal baru sebentar tadi...'
Saya tika itu baru selesai solat zuhur...maka keputusan dibuat untuk segera pulang ke Kota Bharu...

Bertolak sekitar jam 6 lebih kerana menanti adik isteri yang sedang dalam perjalanan (komuter) dari Bangi ke Batang Kali... kami sampai kira-kira jam 2 pagi..

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan olehNYA...

Saya akan mula bertugas pada hari Khamis, insya Allah..

Thursday, March 26, 2009

Ke Genting View Lagi... :-)

salam semua..

ya.. saya berada di genting view resort lagi... ada program team building di sana.
tapi kali ini, genting berkabus tebal... cuaca sangat dingin..

now you see only cable....

then you will see the car.... yes cable car...

few moment before program start..

suddently the emptiness filled...
with actions... lots of actions..


jumpa lagi sat...
nak gi mangajar jap...

:-)

Wednesday, March 25, 2009

Sampai Bila Mahu Terus Begini??

Hari ini berapa umur kita? 20an? 30an? 40an? 50an? 60an? 70an? 80an?

Adakah kita telah puas dengan kehidupan yang kita lalui?
Adakah kita telah dapat mengapai segala kehendak diri kita yang tak cukup kertas nak tulis (wish list)

Rasa-rasanya kita akan hidup berapa tahun lagi? 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun???

Jika kita berumur 30an... cuba kira berapa tahun kita telah habiskan masa untuk beribadah kepada Allah.. (soalan ini hanya buat mereka-mereka yang naik saksi bahawa Allahlah Tuhan yang berhak disembah..)

Jika kita impikan kekayaan... berapa tahun sudah kita mengejar kekayaan itu?
Jika kita impikan ketenangan... berapa tahun sudah kita kejar saat untuk tenang itu?

Telinga kita pernah dengar mutiara kata Saidina Ali "Dunia ini adalah tidur dan bermimpi, kita akan tersedar dari tidur ini dan menjalani kehidupan sebenar apabila kita mati nanti"

Kita juga pernah dengar; 5 perkara sebelum 5 perkara..

Hidup sebelum Mati
Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Senang sebelum Susah
Tenang sebelum Sibuk

Jika kita pernah dengar perkara-perkara di atas... apa yang kita lakukan kepada;

diri kita
masa kita
keluarga kita
pekerjaan kita
ibadah kita

Kita juga tahu, dunia ini sudah berada pada penghujungnya... apa yang kita lakukan seterusnya?

Adakah kita mahu melihat detik-detik waktu di hadapan kita nanti berlalu sama sahaja dengan detik-detik waktu sebelum ini?

Adakah kita hanya mampu berpasrah dan berpeluk tubuh tanpa mengambil sedikitpun iktibar, ilmu, pemahaman dalam langkah kita untuk mempertingkatkan keyakinan diri?

Yakin?

Yakin kepada diri?
Yakin kepada Allah?
Yakin kepada Rasulullah?

Adakah selama ini kita hanya seorang manusia yang hipokrit? Talam dua muka? Dr. Jackle & Mr. Hyde?

Sampai bila kita perlu untuk menipu diri sendiri dan menidakkan kebenaran yang datang bertiup di qalbu setiap detik serta ketika?

Masa terus berlalu... entah esok, entah lusa kita akan kembali ke rahmatullah... atau mungkin sebentar lagi...

Jangan kita beralasan kita jahil sedangkan khutbah terakhir Rasulullah kepada ummatnya telah menetapkan kesempurnaan Islam untuk kita semua...

Dan paling penting, kita diberi bekal yang akan memastikan kita tidak akan sesat selagimana kita berpegang kepadanya serta memahami maksud kandungan serta pengertian yang ada di dalamnya...

Al-Quran & Sunnahku...

Selamat berubah...

Tuesday, March 24, 2009

Merentas Garis Waktu 40...


Lewat Satu Tiga Puluh Tengahari Ahad
Empat Puluh Tahun Yang Lalu
Di sebuah Rumah Kayu Di sebuah Kampung
Aku Menerjah Ke Alam Fana Ini

Sembilan Purnama Dalam Kegelapan Tanpa Kilau Cahaya
Hanya Berselimut Tipis Kulit Ibuku
Berenang Dalam Lautan Ketuban
Merengkut Tubuh Badan Sesekala

Sepuluh Tahun Pertama Yang Bahagia
Tanpa Sekelumit Derita Lara
Mungkin Tiada Dalan Kamusku
Atau Ibu Sengaja Melindungiku

Sepuluh Tahun Kedua Yang Mengajar
Hidup Berkelana Sebatang Kara
Berteman Rakan-Rakan Sepanjang Masa
Asrama Jadi Teduhanku

Sepuluh Tahun Ketiga Yang Mencabar
Membanting minda serta kudrat
Memposisi diri dalam masyarakat
Bertemu pilihan hati menyambung zuriat

Sepuluh Tahun Keempat Yang Penuh Warna
Dari Tiada Kepada Ada
Dari Ada Kepada Tiada
Hilang Semuanya Dalam Kasih SayangNya

Itu Cerita Empat Gulungan Dekad Yang Lalu
Semuanya Bagiku Indah Belaka
Walau Detik Getir Kerap Melanda
Walau Pahit Senyum Selalu diLontar

Dari Dekad Menuju Separuh Abad
Yang Perlu Dilalui Penuh Tekad
Apa Yang Lansung Tetap Terpahat
Di Dalam Kitab Al-Maksirat

Merentas Garis Waktu 40
Rupanya Sama Sahaja Rasanya
Seperti Rentasan-Rentasan Sebelumnya
Yang Berbeza Hanya Pada Faham & Yakin

Garis Waktu 40 Sangat Istimewa
Kata Orang 'Life Begins At Forty'
Istimewa Kerana Banyak Perkara
Istimewa Kerana Banyak Warna

Apakah Akan Ketemu Garis 50
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Ketemu Ataupun Tidak
Tiada Dalam Kamus Diri Ini

Apa Yang Ada Hanya Satu
Tiada Dua Tiada Tiga
Hanya Satu
Dari Mula Hingga Ke Akhirnya



sifumirza
uluyambaru
230309

Sunday, March 22, 2009

Bersama Sasterawan Negara ; Pak Samad Said

Lokasi : Ampang Park (Ground Floor)
Waktu : 11.18pagi

pagi sabtu yang lepas saya singgah di Ampang Park dalam perjalanan bersama keluarga untuk 'balik kampung' di Seremban.

tujuan singgah itu adalah untuk 'menukar' adapter psp angah...

sebaik selesai urusan, saya dan famili pun mula untuk beredar dan menuju pintu keluar ke parkir kereta...

saya terus terlihat kelibat seorang yang memeng saya kenali, minati hasil sasteranya dan memiliki beberapa hasil beliau antaranya 'Warkah Eropah'...

ya.. beliau ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said...

saya terus menegur beliau dengan memberi salam dan menghulur tangan...

beliau sangat mesra; menjawab salam saya lalu terus menjabat tangan saya dan bertanya saya dari mana... (sudah tentu dalam bahasa baku beliau..)

saya & anak-anak sempat bergambar dengan Pak Samad Said..

anak-anak & isteri terus teruja... betul ke kita bergambar dengan A.Samad Said tadi?...

saya tersenyum... betul, memang tidak bermimpi... itulah Datuk A. Samad Said, seorang Sasterawan Negara yang hebat... tetapi terus 'maintain' sempoi...

Cuti Dengan Anak-anak... "Overtake Tang Last Corner"...

salam semua...

akhirnya di penghujung cuti sekolah saya berpeluang untuk membawa anak-anak 'jalan-jalan'...

kasihan mereka kerana mempunyai ayah seorang 'trainer'...

apa tidaknya, masa cuti sekolahlah banyak program-program latihan yang perlu dilunaskan...
namun sebaik sahaja saya melunaskan program latihan di teluk panglima garang (bersama warga koperasi NEC & warga NEC) pada khamis lepas, saya membuat keputusan untuk 'bercuti' pada hari jumaat untuk bersama-sama anak-anak..

selalunya sebaik selepas selesai satu-satu program saya akan berehat sehari sebelum 'turun' semula untuk program yang lain... namun kali ini saya buat keputusan bahawa saya 'tidak boleh berehat'... dan waktu rehat itu perlu saya lunaskan untuk anak-anak yang dah lama menunggu untuk 'sebarang aktiviti percutian'...

maka hari jumaat saya merancang untuk membawa mereka menonton wayang; cerita Geng (pengembaraan bermula)... @ upin & ipin the movie..

maka segalanya dipermudahkan...

angah... menikmati 'mee goreng mamak' ...

sementara menanti panggung dibuka... kami sempat 'berbowling'... aliah tukang 'arrange' bola yang muncul...

the princess among the prince... aliah nurjannah...

'geng polo'... menanti order sampai...

'tabik spring' utk anak-anak muda yang menghasilkan filem ini... saya dapat maklumat dari akhbar mingguan bahawa filem animasi ini telah mencatatkan satu rekod baru dalam kutipan kasar tiket.. melangkaui 'sembilu' dan 'jangan pandang belakang'... iaitu RM7 juta lebih (hampir RM8 juta)...

syabas buat team muda yang berani... dan syabas kepada pihak yang membantu mereka merealisasikan filem ini..

Thursday, March 19, 2009

16 - 18 March 2009 : After 20 years...

posting asal

"salam semua...

keterbatasan waktu... tengok gambar je dulu yer... :-) ceritanya nanti.."
----------------------------

salam sekali lagi...

ya, alhamdulillah akhirnya saya diberi kesempatan untuk menyambung 'entri' ini... itupun ketika menulis ini saya berada di Taman Beruang Indah, Bukit Beruang, Air Keroh, Melaka... rumah adik saya.. membawa keluarga ke sana dihujung-hujung cuti sekolah ini..

maka dapatlah anak-anak saya bertemu sepupu mereka di sana..

apapun... ke topik entri semula...

sebenarnya pada 16 hingga 18 March yang lepas, saya (syarikat saya) diberi peluang oleh UiTM untuk melunaskan satu program 'Training of Trainers' @ 'Train The Trainers'...

congak-bercongak..rupanya hampir 20 tahun saya meninggalkan UiTM (dulu ITM) untuk meneruskan perjuangan hidup ini...

UiTM Shah Alam sedikit sebanyak telah mencorakkan sebahagian kisah perjalanan hidup saya dan memang sukar untuk saya menidakkan peranan UiTM dalam kejayaan diri ini..

UiTM Shah Alam juga telah menemukan saya dengan isteri saya...apabila saya dan beliau bertemu dalam 'final year' di sana apabila kami ambil 'major in transport'.. isteri saya terus melanjutkan lagi pengajian dengan mengambil 'Chartered In Transport' manakala sama memilih untuk bekerja...

Apapun, UiTM... 'kamu' adalah sebahagian dari kehidupan saya... terima kasih atas segalanya..


pagi 16 March... saya melangkah ke dewan Al-Ghazali dengan sejuta rasa....

seksyen 'two'... lokasi kami di waktu petang untuk minum jika tidak terus ke kompleks PKNS untuk jenjalan atau 'main bowling'... namun gerai di situ gamaknya sedang mengalami major 'facelift'.. tapi mamak kat situ kata.. "sudah 3 tahun ini macam...."

kolej jati yang 'femes' selain kolej delima yang glamour... delima kat dalam, jati kat luar... dulu banyak student kpp dan bebudak 'engine' @ engineering kat situ..

kolej meranti... yang ini seingat saya dulunya flat yang didiami oleh 'public'... tapi kini sudah jadi penempatan student pula... kedudukan berhadapan seberang jalan dengan kolej jati...bersebelahan dengan gerai & kedai seksyen 2..

menara... mercu tanda UiTM... yang gah di atas bukit...

papan tanda yang saya snap foto tatkala berhenti seketika kerana 'lampu merah'..

tuan hj abbas sedang melakukan presentation...

alzura, rabiatul, ismi dan rakan-rakan 'tersengih' kerana gelagat.....?

ezurya... ya, stail yang bersahaja mengusik nizam...
puan ros...'orang kuat' jabatan pembangunan sumber manusia..

ismi dengan 'aktiviti'nya....

imran, teng, syukri dan rakan rakan....

talib, yazed, badriyah, wan nor sedang asyik menyiapkan assignment berkumpulan...

suffian, kamaliyah dan rakan-rakan sedang khusyuk mendengar penjelasan tn. hj abbas..

deretan pc yang ada di bahagian belakang dewan sememangnya memudahkan proses penyediaan bahan-bahan untuk 'presentation'..

rosmaruby, ezurya, rizal dan rakan-rakan sedang berdiskusi....

yazed, anna, mohamed ali dan rakan-rakan...

hajjah sopiah, nusuha, ismi dan rakan-rakan....

Thursday, March 12, 2009

Genting View Resort


mmm.. ya.. saya kini sedang berada di Genting View Resort untuk satu program 'Management Training' bersama-sama warga Canon Opto Malaysia..

program bermula pagi tadi dan akan berakhir pada petang sabtu...

line phone pun gamaknya macam siput... (saya gunakan gprs phone utk 'ke udara' bila di lokasi..)

so.. sabarlah ya..

Tuesday, March 10, 2009

TAG dari Rdhanz (Buku Nota)..


lunasan TAG dari rdhanz (buku nota)...



1. What were you doing five years ago?


five years ago....??.... that was 2004.. at that time i was working with smartshop, in-charge of smartshop's establishment & marketing department.

2. What were 5 things you have to do on your list today?

i. Updating my blog...
ii. Updating Baitulummah forum...
iii. Preparing presentation notes for this thursday training program at Genting View Resort...
iv. Post Training discussion with staff ) after coming back from Kulim, Kedah...
v. Attending Baitulummah Cabinet's Meeting - later this afternoon..
3. What are 5 snacks that you enjoy?

i. Biskut Lemak cap Ping Pong
ii. Maruku pedas
iii. Pringers
iv. Kuaci
v. Kacang Goreng cap Tangan or Pagoda

4. What are 5 jobs you've had?

i. Temporary Accounts Clerk
ii. Junior Accounts Executive
iii. Head Finance & Admin
iv. Manager Marketing
v. Master Trainer

Ahmadu Rasulullah Muhammadu Rasulullah..





Monday, March 09, 2009

12 Rabiul Awal : Final Part - Sejam sesudah Zuhur

Al-Fatihah buat Allahyarham Mubin Hj. Kamal.

dalam pukul 2.47 petang saya menerima panggilan dari imam surau taman saya, saudara Hamdzan... beritanya ringkas, 'Za..dah dapat berita?... Mubin meninggal...' saya jawab..'dah.. saya akan ke sana dalam 10 minit, sheikh ada sana?'.. dia jawab ' ya, ana ada sini...'

dari jenazah sampai... dimandikan, di kafankan hingga dikebumikan... saya ada...

mudah-mudahan Mubin mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah..doa saya...

namun kesuraman hati berada di tanah perkuburan disentak apabila menerima sms dari bekas rakan sekerja yang mubin turut sama bekerja di situ satu ketika dahulu.... sms pemberitahuan tentang kematian mubin disertakan dengan punca kematian (yang memang tidak betul apalagi jauh dari tepat)..

saya mengetahui punca kematian mubin dari ayah beliau sendiri yang mendapat lapuran doktor.. namun saya tidak panjangkan kepada sesiapa kecuali yang tidak sempat bertanya kepada ahli keluarga mubin... selebihnya saya tidak panjangkan...agar tidak menjadi fitnah..

namun sms kedua yang saya terima pukul 8.30pm membuatkan saya membalasnya dengan sedikit nasihat... nasihat saya "Terima Kasih atas berita, saya berada di sana semasa mayat dimandi, dikafan & dikebumikan... punca kematian ini tidak benar dan mohon janganlah panjangkannya... cukup kita menghadiahkan doa serta Al-Fatihah buat mubin"

sedih saya dengan manusia-manusia yang suka mengada-adakan berita yang tidak ada... malah sanggup memanjangkan lagi berita ini... tidakkah itu termasuk dalam menyebar fitnah?...

lebih dahsyat lagi, fitnah itu dilakukan terhadap orang yang sudah meninggal dunia...
mana nak minta maaf?... tunggulah sehingga berjumpa di padang mahsyar nanti...

masya Allah...

12 Rabiul Awal : Part Two - Isnin sesudah Subuh

Isnin 12 Rabiul Awal yang istimewa...

istimewa kerana bermula maghrib semalam..selawat & salam tidak putus-putus dihadiahkan kepada role model, contoh utama, idola pujaan saya iaitu Kekasih Allah yang bergelar Rasulullah...

saya susuri perjuangan Baginda 1400 tahun yang lepas bersama rintikkan hujan yang membasahi bumi ulu yam...

rintikkan hujan yang tidak lebat tidak ringan tetapi sederhana.. dengan cuaca yang mendung serta redup...pandangan saya ke luar rumah menyaksikan titis-titis hujan itu bagai berselawat dan memberi salam kepada insan hebat pembawa rahmat ke sekelian alam...

ahmad nama di langit...
muhammad nama di bumi..

adalah insan teristimewa buat saya...
Baginda bagai terus ada di sisi ke mana saya pergi...

'Ruh' sifat Agung Baginda; Siddiq, Amanah, Tobligh & Fatonah terus ada menyeliputi segenap nadi insan-insan beriman dari kalangan ummatnya..

Ya Rasulullah... diri ini merinduimu...
Ya Rasulullah... selawat serta salam buat mu Kekasih Allah...

diri ini masih di sini... meneruskan perjuanganmu...
diri ini masih di sini... mengangkat tinggi pedang jihadmu...
diri ini masih di sini... dalam pertempuran akhir zaman...
diri ini masih di sini... doakan diri ini Ya Rasul.. Ya Nabi.. Ya Habibullah...

12 Rabiul Awal : Part One - Ahad waktu Maghrib

alhamdulillah...

ketibaan 12 Rabiul Awal kali ini saya sambut bersama keluarga..

bermula masuk waktu maghrib, kami sama-sama solat maghrib berjemaah..

lepas tu kami sama-sama membaca surah yassin..

pastu kami sama-sama berzikir seta berselawat sehingga waktu solat isya'...

menanti sedikit masa sebelum masuk waktu, saya berkongsi cerita Rasulullah, Rasul & Nabi terdahulu dan penerangan akan maksud surah Al-Fatihah kepada isteri & anak-anak...

lepas sahaja solat isya' kami menjamu selera dengan sedikit hidangan...


selawat & salam kami panjatkan kepada Junjungan Besar Kekasih Allah Muhammad S.A.W..

Friday, March 06, 2009

Nak ke Kulim; Terlajak ke Alor Star ;-)

salam semua...

subhanallah... alhamdulillah... allah hu akhbar...

itu sahaja yang dapat saya lafazkan apabila sampai ke alor star tadi...

apa tidaknya... saya dari kuala lumpur menuju ke kulim, kedah untuk melunaskan satu program latihan di sana... namun saya 'terlajak' hingga ke alor star... 80km ke utara kulim... :-)

masya allah... saya belajar banyak perkara akibat dari 'terlajakkan' ini...

1. handphone ada gps... tapi tak gunakannya... :-)
2. melontarkan senyuman apabila dapat tahu bahawa kulim tu adalah sebelum alor star (bila reception officer hotel sri malaysia alor star beritahu saya bahawa saya dah terlajak jauh ke utara)
3. boleh pekena 'cucuq udang' kat medan selera stadium darul aman alor star
4. rahsia.... :-)

apapun saya sempat snap foto-foto utk santapan kita semua...

menara telekomunikasi alor star...

foto ni menjadi saksi sebab masa snap... saya sebenarnya dah menghampiri susur keluar ke kulim... :-)

ni foto gunung jerai.... masa 'patah balik'...

:-)

mmmm... saya & sahabat yang ikut serta hanya mampu tersenyum...

ya.. saya redho... betul betul redho dan bukannya kawah redho atau redho terpaksa... :-)

ya Allah... ini kehendakMu...

ini khilafku... namun aku tahu ada ilmu disebaliknya... ilmu yang menuntut pemahaman bukan penyesalan... pemahaman yang menjurus kepada keyakinan... akan kekuasaanMu...

terima kasih ya Allah...

:-)

Wednesday, March 04, 2009

Kedekut > Bakhil > Kikir

Allah berfirman di dalam surah Muhammad....



[47.36] (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala amal kamu dan Dia tidak akan meminta harta-benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).


[47.37] (Tabiat kamu wahai manusia) Jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu (supaya memberikan semuanya) nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut kikir dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.


[47.38] (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah-lah yang Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedangkan kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.




apa ilmu yang kita boleh perolehi dari Firman Allah di atas?
apa kefahaman yang kita boleh dapat dari Firman Allah di atas?
apa keyakinan yang kita boleh dapat dari Firman Allah di atas?

Maha Suci Allah yang menurunkan Al-Quran kepada hamba-hambanya sebagai pedoman di dalam meniti jambatan kehidupan di dunia ini mudah-mudahan kembalinya kita nanti sebagai seorang insan yang benar-benar sujud, patuh, taat serta memahami maksud ibadah, maksud menghamba abdikan diri kepada Pencipta...

Firman di atas sangat jelas berkenaan dengan hamba-hambanya yang kedekut, bakhil & kikir...

sama sahaja mereka itu.... sifat tamak, haloba menjurus kepada kedekut, bakhil serta kikir...
sedangkan mereka lupa bahawa Allah memiliki semua yang ada di langit dan di bumi serta di antaranya...

manusia lalai.. hanyut dan terus alpa dengan harta benda sehingga tidak dapat atau gagal membezakan kehendak diri dan kehendak Allah...sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...

apabila kita merasakan bahawa titik peluh mencari rezeki itu adalah di atas tulang empat kerat kita, maka bermulalah siri-siri kegagalan diri dalam memahami hakikat pengabdian terhadap Allah...

memahami kehendak diri & kehendak Allah:

contoh mudah:... kita merancang untuk menghadiri satu majlis. dalam rancangan kita tersebut, kita menjangkakan akan hadir tepat pada waktu atau beberapa minit sebelum bermula majlis. namun dalam perjalanan kita menuju destinasi kita tersangkut akibat kesesakan jalanraya dsbnya.

kehendak kita > hendak sampai awal
kehendak Allah > kita tersangkut

soalan; perlukah kita stress, tension dan mengeluh apabila segala perancangan kita tidak menjadi?

soalan; adakah kita 'terpaksa redho' dengan kelewatan kita untuk hadir awal?

terdapat elemen doa, ikhtiar & tawakkal di situ (jika nampak) elemen-elemen tersebut perlulah datang awal sebelum kita memulakan perjalanan. kerana ianya bersangkut dengan iktikad dan perbuatan kita sebelum melangkah.

doa > mudah-mudahan perjalanan dipermudahkan
ikhtiar > merancang jalan yang terbaik untuk dilalui
tawakkal > berserah @ redho akan apa yang akan ditempuhi

maka jika kita faham betul-betul perbezaan di antara kehendak kita dengan kehendak Allah, insya Allah perjalanan hidup ini akan menjadi mudah serta memperoleh rahmat sentiasa..

tiada lagi resah, tiada lagi curiga, tiada lagi merana, tiada lagi redho terpaksa dsbnya...

kikir?... kah kah kah... (saya ketawa...) sebab... amat sukar kita bertemu manusia yang tidak kikir...

bukalah buku kisah sahabat... baca, hayati serta fahami perjalanan mereka.. bagaimana mereka meng'infak'kan harta benda ke jalan Allah... sehingga Saidina Abu Bakar pernah melafazkan "Aku tinggalkan Allah & Rasul kepada keluargaku.." lafazan itu diucapkan apabila beliau menginfakkan begitu banyak harta benda sehingga perbuatan beliau itu membuatkan Rasulullah menitiskan air mata...

kikir?... kah kah kah..(saya ketawa...) sebab ramai yang lupa... ramai yang lara... ramai yang sudah menempah tiket ke neraka (tapi mungkin boleh di'cancel' dengan taubat...insya Allah jika diterima)


kikir?... kah kah kah... cuba kira berapa banyak duit, harta benda yang kita belanjakan di jalan Allah?... 10 sen, 20 sen atau sekadar sesikat pisang pada hari jumaat... dan lebih malang... infaq yang secoet itu pun bersebab... contoh hendakkan sesuatu.... sedih sedih...

cukup di sini dulu yer...

Tuesday, March 03, 2009

Ke Medan Jihad di utara tanahair @ Kulim...

salam semua...

maaf sebab agak lama tak update blog...
bukan takda entri... ada malah banyak...
banyaknya berkisar tentang pemahaman diri, ilmu & perjalanan kehidupan untuk dikongsi...

namun tuntutan 'jihad' memanggil-manggil saya...
saya akan ke kulim khamis ini untuk bersama-sama warga MBSB cawangan utara (Perak, Kedah & Penang) dalam Program Pembangunan Eksekutif...

jika ada kesempatan saya akan menyinggah di 'rumah-rumah' anda..
insya Allah...

wasalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails