Tuesday, February 22, 2011

Andainya Kau Mengetahui...

sudah masuk 2 tahun Rahmad membujang semula.
Rahmad berpisah dengan isteri tercinta setelah tiada titik sehaluan dalam kehidupan rumahtangga mereka.
Isteri Rahmad jenis 'modern' dan Rahmad dulunya jenis 'modern' juga.
Dihujung saat sebelum berpisah, berbagai cara yang Rahmad dan isteri lakukan namun mereka terpaksa akur bahawa berpisah adalah jalan terbaik pada ketika itu.

Rahmad sebenarnya terlalu sayangkan isterinya.
Rahmad mahu isterinya berubah menjadi muslimah sejati, meninggalkan kelab-kelab yang sering dikunjungi dan berhenti dari meminum arak.
Rahmad berusaha memujuk isterinya siang dan malam, semuanya dilakukan dengan lembut agar isterinya boleh menerima hasrat dan kehendaknya.

Rahmad sedar yang dahulunya dia juga yang bersalah membiarkan isterinya malah turut bersama-sama isterinya mengunjungi kelab-kelab bersama rakan-rakan.
Kesedaran Rahmad berada pada tahap yang tinggi lantas ianya tidak mahu mengulangi kesilapan lampau.
Usaha Rahmad memujuk isterinya ibarat mencurah air di daun keladi.
Isteri Rahmad terus dengan kehidupan 'modern'nya.
Rahmad walau masih menaruh harap agar isterinya kembali kepadanya dengan perubahan namun masa terus berlalu.

------------------------------------------------

Syukri masih terus bersabar dengan karenah isterinya yang terus memberontak tidak dapat menerima perubahan dirinya.
Sesekali Syukri turut merasa hairan mengapa perubahan yang dilakukan ini tidak boleh diterima oleh isterinya.
Dahulunya Syukri kaki ponteng solat.
Dahulunya Syukri kaki temberang dan pemboros.
Namun sikap Syukri yang dahulu tidak pernah menerima bantahan dari isterinya.

Kini Syukri rajin bersolat, berzikir dan bermunajat.
Syukri juga rajin ke masjid dan sering berkongsi perjalanan perubahan dirinya itu pada rakan-rakan.
Hidup Syukri yang dahulunya 'enjoy' dan bebas membuatkan beliau digemari oleh rakan-rakan.

Kini Syukri telah berubah dan perubahan itu sangat memberikan kesan terhadap dirinya.
Syukri sedikit demi sedikit mula meluangkan masa dengan anak-anak.
Syukri mula fokus akan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya.
Namun setiap perubahan Syukri itu terus tidak digemari oleh isterinya.

Kini Syukri pasrah.
Syukri akan terus berusaha agar isterinya menerima perubahan diri yang dilakukan.
Syukri akan terus bersabar dan mendidik anak-anak agar tidak mengulangi perjalanan hidupnya terdahulu.

---------------------------------------------------------

Rahmad dan Syukri berlaga bahu ketika sama-sama melangkah keluar dari Masjid Nabi di Madinan.
Masing-masing tersenyum dan bermaafan walau mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Rahmad terus berjalan menuju ke hotel penginapannya, begitu juga Syukri.
Dalam hati masing-masing, terlintas.... 'andainya kau mengetahui......wahai isteriku...'

Tuesday, February 08, 2011

Tak Perlu Tiru Tunisia & Mesir...

salam semua,

Allah berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Zukhruf

51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"

54. (dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum Yang fasik - derhaka.


55. setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, Iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

56. maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang Yang datang kemudian.


Allah juga berfirman di dalam surah Al-Anam;

44. kemudian apabila mereka melupakan apa Yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu Segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat Yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana Yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).


45. lalu kaum Yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, Dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

46. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan ia pula memeteraikan atas hati kamu? siapakah Tuhan selain Allah Yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" lihatlah Bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), Dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

47. Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah Dengan tiba-tiba, atau Dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda Yang menunjukkan kedatangannya), siapakah Yang akan binasa, selain dari kaum Yang zalim?".

48. dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa Yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

49. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka akan dikenakan azab seksa Dengan sebab mereka berlaku fasik.


50. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiKu, dan Aku pula tidak mengetahui perkara-perkara Yang ghaib; Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya Aku ini malaikat, Aku tidak menurut melainkan apa Yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang Yang buta Dengan orang Yang celik? tidakkah kamu mahu berfikir?"


--------------------------------------------------------------------------------

beberapa ayat di atas yang dikongsikan adalah untuk kita berfikir dan beramal soleh dengannya... maka tidaklah kita perlu meniru rakyat Tunisia & Mesir kerana percikan kesedaran itu datangnya dari sudut hati yang dikuasai sepenuhnya oleh Allah Azza Wajalla..

perjuangan yang berlandaskan nafsu-nafsi akan hancur pada satu masa nanti.
perjuangan yang ikhlas hanya kerana Allah akan mendapat balasan yang setimpal malah berkali ganda dari Allah.

pemimpin serta rakyat malaysia hanya perlu kesedaran hakiki akan matlamat kehidupan serta hala tuju diri dan umat.

telah sempurna ajaran yang Rasulullah s.a.w bawa...
telah cantik sifat terpuji yang Rasulullah tunjukkan...

lihatlah hakikat mata hati yang sebenar..insyaAllah ketemu sinar cahaya abadi.

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails