Friday, January 18, 2013

Pengguna2 nama 'Allah'

salam jumaat buat semua...

isu penggunaan nama 'Allah' menjadi hangat dewasa ini.
saya tidak tahu, ia kali ke berapa dalam sejarah malaysia diungkit.
saya juga tidak mengira berapa kali isu ini dibahaskan sejak islam menjadi agama rasmi negara.

orang politik akan mempolitikkan isu ini.
orang akademik akan mengakademikkan isu ini.
sudah tentu orang agama sebahagiannya akan bukak kitab dan sebahagiannya bercakap atas ilmu lama.

orang yang cetek agama, lain suaranya.
orang yang pandai agama, lain fatwanya.

maka antara ramai-ramai yang 'cuba' mencari kebenaran...sudah pasti bertemu dengannya.
buat yang mencari kemenangan diri disebalik isu ini...sudah pasti akan terus gelap hati.

tidak sedikit umat islam yang keliru.
tidak sedikit bukan islam yang ingin tahu.
tidak sedikit umat islam yang buat tak tahu.
tidak sedikit bukan islam yang mempedulikan.
---------------------------------------------------

jika kita seorang yang siddiq, amanah, tobligh serta fatonah, kita akan melihat dari mata hati akan isu ini.
orang-orang yang 'mendapat kefahaman' atas perjalanan hidup sangat berbeza dengan mereka-mereka yang sekadar menghafal ilmu tanpa melaksanakan.

Allah Maha Yang Esa atau Sa.
Tiada Dia beranak dan tiada Dia diperanakkan.

sejak zaman dahulu kala, nama Allah ini digunakan manusia.
nama Allah ini suci, bersih dan terpelihara.
ada yang menggunakannya kerana ikut-ikutan atau 'baqa'.
ada yang menggunakannya kerana tahu, yakin lagi berserah.
---------------------------------------------------

Maha Suci Allah yang 'mengizinkan' isu nama Allah ini 'timbul'.
dan Allah Maha Mengetahui betapa tidak sedikit hamba-hambaNya yang sangat jauh dariNya.
maka dengan isu ini, berbondong-bondonglah manusia mendekati Allah.

jika manusia itu mahu membersihkan diri dengan taubat..moga memperoleh keampunan.
namun jika manusia itu hanya berlakun seolah mempertahankan sekadar nama Allah tetapi pada hakikatnya ibadah sudah jauh dari perintahNya dan sunnah RasulNya....maka tunggulah hari akhir nanti.

-----------------------------------------------------

18 hari sudah Januari berlalu...

salam sejahtera semua,

saya masih beralasan 'sibuk'.
atas alasan sibuk dengan kerja/tugasan, sibuk melayani FB, sibuk melayani Twitter, sibuk melayani Whatsap.

hingga blog saya sudah lama tidak diupdate.
bukan mahu meninggalkan penulisan 'panjang' ini... itu pasti.

tetapi mencari jalan 'pintas' agar semua perkara tidak terabai dan diri tidak hidup dalam beralasan.

.................................................................

saya suka bercerita tentang perubahan.
bagi saya perubahan itu 'wajib'.
dan bagi saya 'perubahan' itu adalah kehidupan.
hanya beberapa perkara yang tidak berubah...antaranya ialah tarikh & waktu kematian kita.

hari ini, sudah 18 hari kita menyusuri januari 2013.
apa perubahan yang telah kita lakukan pada diri, keluarga serta masyarakat?

adakah kita masih ditakuk lama...mengulangi perkara yang sama serta menikmati hasil/imbuhan yang sama?
atau kita telah membuat satu perubahan yang drastik serta sedang menikmati imbuhan yang memuaskan diri?

berubahlah... kerana ianya adalah lumrah alam.
hanya yang mati sahaja tidak berubah.

bertemu lagi...... :-) salam hormat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails