Wednesday, December 30, 2009

Taubatan Qubro....




alhamdulillah.

salam semua...

kesedaran diri akan datang beberapa kali di sepanjang hidup kita.
tatkala hadirnya kesedaran ini, kita akan berfikir; apakah tujuan aku hidup di muka bumi ini? apakah tugas-tugas yang perlu aku lakukan di atas muka bumi ini? mengapa aku dilahirkan ke dunia ini?

disamping banyak lagi kesedaran yang hadir, kesedaran di atas adalah antara kesedaran asas atau utama yang menjadi landasan kepada perjuangan hidup di dunia ini.

sudah menjadi lumrah setiap manusia iaitu mahukan kepada satu pegangan hidup. dan sudah di atur oleh Robbul Jaleel bahawa semua hamba perlukan Tuhan atau satu kuasa mutlak yang boleh dijadikan sandaran mutlak dalam menjalani kehidupan seharian.

kita lihat manusia berbondong-bondong masuk atau menganut banyak ajaran atau agama di dunia ini.
kita lihat sejak dari zaman Nabi Allah Adam lagi, manusia terus-terusan mencari tuhan, satu-satunya tempat untuk mengadu segala-galanya.

manusia memang telah Allah beri berbagai-bagai keupayaan sebagai bekalan dalam perjalanan ini; Allah menganugerahkan setiap hambaNya kekuatan upaya, kehendak kemahuan, ilmu pengetahuan, peluang kehidupan, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

anugerah yang Allah beri itu adalah tanda cinta, kasih serta sayangnya kepada setiap hamba-hambaNya.

dengan berbekalkan kekuatan upaya, manusia itu dapat berfikir, menjana dan terus bertenaga untuk mengerakkan setiap perkara;

berbekalkan kehendak kemahuan, manusia itu akan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki setiap perkara yang telah dilakukan dari masa ke semasa;

berbekalkan ilmu pengetahuan di atas setiap perkara baru dan selepasnya, manusia berupaya hidup lebih selesa dan bijak menangani kehidupan dari masa ke semasa;

berbekalkan penglihatan, manusia berupaya menjana tenaga dari alam sekeliling serta dapat memerhatikan setiap perkara disamping mengenal serta mendalami lantas mensyukuri ilmu-ilmu serta anugerah kebesaran Ilahi;

berbekalkan pendengaran, manusia mampu memproses setiap maklumat dengan baik serta membuat pertimbangan yang munasabah dalam setiap keputusan hidup;

berbekalkan pertuturan, manusia berupaya memyampaikan hasrat, kehendak dan menyampaikan sesuatu mesej sesama sendiri.

mampukah kita menyediakan sesuatu yang lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu diri manusia itu sendiri?

tiada perkara di dalam dunia ini yang dicipta oleh manusia... semua perkara di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan dan Allah akan menyempurnakannya.

contoh kereta; setiap bahan untuk membuat kereta telah siap di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan kereta tersebut berdasar kepada keperluan pada satu-satu masa seperti rekabentuk, aksesori dsbnya...dan untuk menyampaikan hasrat bergerak dari satu tempat ke satu tempat, semuanya adalah dengan izin Allah; Dialah yang menyempurnakan segala-galanya.

mampukah kita untuk berpaling dari Allah?
walau palingan kita itu hanya sekadar sebezar biji sawi atau sebezar zarah, maka palingan sekecil itu sudah cukup untuk meletakkan diri kita sebagai mensyirikkan Allah...masya Allah.

mensyirikkan Allah sangat mudah; ianya berlaku tatkala terbit sebesar zarah perasaan tidak yakin atau kurang keyakinan di dalam hati kita terhadap Allah.

ini boleh berlaku apabila kita menerima samada ujian atau musibah ke atas diri.

musibah itu berlaku adalah disebabkan oleh kerja tangan kita sendiri... cth; kita tahu mencuri itu salah, kita tetap mencuri dan ditangkap...maka itu adalah musibah.

ujian itu berlaku dengan kehendak Allah dalam meletakkan tahap keimanan, kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah...cth; kita adalah seorang yang taat menjalankan ibadah, namun kehidupan kita masih tetap susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. maka itu adalah ujian untuk mengenalpasti tahap kesabaran diri.

pernahkah kita bertanya kepada diri kita dalam seharian, berapa minit kita duduk sejenak berfikir tentang kebesaran Allah?.... pernahkah kita melakukan 'calculation' berapa minit dalam sehari kita melakukan ibadah atau kerja seharian semata-mata hanya kerana Allah?....dan pernahkah kita 'tag' dalam sepanjang-panjang 'wish list' tahn baru kita, berapa yang mengikut kehendak diri dan berapa yang benar mengikut kehendak Allah?...

di mana kita letakkan Allah daam diri kita? sebelah kiri, sebelah kanan atau letak jauh-jauh dan hanya mahu dekat bila kita susah?

perkara yang saya nyatakan iini adalah perkara 'real', nyata dan benar-benar berlaku.

bukankah kita wajib mengingati Allah, memanjatkan doa permohonan, memanjatkan kesyukuran, memanjatkan kebesaran kepada Allah tidak kira semasa susah mahupun senang? atau kita hanya ingat Allah semasa susah sahaja?

berapa kali seumur hidup kita, kita melakukan taubat? sebenar-benar taubat? sekali, dua kali, tiga kali atau setiap hari?

apa cara kita mahu menyatakan kesyukuran dan terus berada dalam rahmatNya?

di mana kita hari ini?

sebagai anak, adakah kita meriupakan seorang anak yang soleh?
sebagai suami, adakah kita merupakan suami yang benar-benar mampu membimbing ahli keluarga?
sebagai isteri, adakah kita telah menjalankan tugas serta amanah dengan baik?

di mana kita sekarang?

sama-sama kita teruskan perjalanan ini dengan penuh keinsafan, pemahaman serta keyakinan yang cukup tinggi bahawa segala-galanya adalah milik Allah dan sebagai hambaNya, kita wajib melaksanakan ibadah hanya kepada Allah.

bertaubatlah....ya mari kita sama-sama bertaubat atas segala salah, khilaf serta dosa yang telah kita lakukan dengan menyedari setiap keinsafan yang kita zahirkan serta merangka satu perubahan jitu...sebelum tercabutnya nyawa dari jasad.

wasalam

Tuesday, December 22, 2009

Masih Ada Kecewa?



salam semua...

Alhamdulillah kita semua telah melangkah ke tahun baru hijrah 1431 dengan pelbagai cara dan keadaan.
ada yang menyambut di dalam kereta, ada yang menyambut di pejabat, ada yang menyambut di surau dan masjid, ada yang menyambut di kampung, ada yang menyambut di atas bas malah ada yang menyambut di panggung wayang, pub, kelab dangdut, disko dan sebagainya.

tidak kiralah apa cara sambutan kita, yang pasti masa terus berlalu...detik demi detik.
dan apatahlagi kita sendiri tidak pasti adakah kita mampu untuk hidup sedetik lagi selepas ini kerana ajal & maut itu di tangan dan ketentuan Ilahi.

entri kali ini lebih berkisar tentang manusia.
ianya lebih berkisah tentang perasaan kecewa yang ada pada diri.

kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.

kecewa adalah satu penyakit.... itu pasti, dan setiap penyakit ada ubatnya.

kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita.
ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal.

apabila seseorang tu kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.

maka kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.

mengapa perlu ada kecewa?
patutkah diri mengalami kekecewaan?
bagaimana mengatasi kekecewaan?

rawatan untuk penyakit kecewa adalah sangat mudah.
ianya memerlukan beberapa biji kapsul 'keyakinan', 'kefahaman', 'ilmu' serta 'amalan'.

untuk mengubat kekecewaan, kita perlu bermula dari akar umbi iaitu pemahaman diri tentang apa itu 'kecewa'.

kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur kemas/atau tak kemas dengan mengikut kehendak diri kita gagal terlaksana.
maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala 'effort' adalah sia-sia sahaja.

benarkah segala 'effort' yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja?

hakikat utama kehidupan : kita adalah hamba dan (tugasan) kita dijadikan hanyalah untuk beribadah serta sujud menghamba abdikan diri kepada Tuhan atau Tuan atau Pencipta kita.

soalan.... masih adakah perkara-perkara yang kita lakukan yang kita gelar ibadah itu, kita lakukan selain dari kerana Allah? contoh; kita lakukan hanya untuk diri kita?...

jika masih ada, maka kita sudahpun melanggar ikrar kita seharian yang kita lafazkan sebanyak 5 kali sehari paling kurang di dalam doa iftitah (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala..)

apabila perlanggaran ikrar berlaku, maka apa yang datang akibat perbuatan kita itu adalah dikira musibah di atas kerja tangan-tangan kita sendiri... maka layaklah kita mendapat penyakit kecewa...

untuk terus kekal 'sihat' maka kita perlu setia atau taat kepada ikrar kita.

kecewa adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri tetapi lupakah kita bahawa dalam setiap perbuatan itu perlulah kita sertakan dengan tawakkal?
tahukah kita bahawa tawakkal itu adalah penyerahan bulat atau total di mana kita bersedia untuk menerima segala kemungkinan dalam hasil perbuatan kita tadi?

maka jika kita masih kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja... seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah....dan jika kita tidka yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidka yakin dengan Allah.

nah.... di mana kefahaman kita sekarang?

ubat keterlanjuran atas perbuatan kita yang bertentang dengan arahan Allah ialah taubat.

kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini?
berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman, taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat, ilmu, hayat, samaq, basar dan kalam)

ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita.

perlukah ada kecewa?

apabila kita melakukan sesuatu perkara atau tindakan tanpa 'kerana Allah' atau mendahulukan Allah maka tunggulah kehadiran penyakit kecewa.

cukuplah kita 'jahil' atau tidak mengerti akan diri serta kehidupan sebelum ini... pastikanlah hidup-hidup kita di hadapan di penuhi dengan penuh ilmu, kefahaman, keyakinan dan amalan yang berlipat kali ganda.

ilmu yang kita perolehi itu milik Allah... dan apa yang kita belajar secara formal itu adaah kurang 1% dari keseluruhan ilmu-ilmu Allah....selebihnya ada di sekeliling kita.... kerana kita perlu sedar bahawa kita belajar dari manusia, kita belajar dari alam, dan paling penting kita belajar dari perjalanan hidup kita.

sedikit pesanan... jika kita melakukan sesuatu untuk dipuji.... hentikanlah sikap itu kerana segala puji-pujian hanyalah milik Allah.... lebih-lebih lagi kerana manusia yang memuji itu akan mengecewakan anda pada satu hari nanti...

wasalam

Wednesday, December 16, 2009

Ambang 1431H....



salam semua....

lebih kurang 24jam dari sekarang, kita akan melangkah ke tahun baru 1431 hijriah lalu meninggalkan tahun 1430 hijriah.

begitu pantas masa berlalu.

rasanya baru semalam kita menyambut 'maal hijrah 1430'.

dan 12 bulan 1430H berlalu dihadapan kita samada kita sedari ataupun tidak sedari.

begitulah masa...yang benar-benar bukan milik kita walau kita hidup 1000 tahun lagi.

apa yang kita boleh belajar dari peristiwa hijrah Rasulullah dan juga sambutan tahun baru hijriah ini?

kita boleh belajar bagaimana hebatnya perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan dakwah sehingga Islam menguasai 2 per 3 dunia pada suatu masa dahulu.
kita boleh belajar bagaimana strategi yang Rasulullah gunakan dalam perancangan dan perlaksanaan hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menyusun keperluan masyarakat, kekuatan ekonomi dan keakraban atau ukhwah sesama umat Islam di Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah dan para sahabat merancang strategi mempertahankan Madinah serta menakluk semula Mekah setelah mantap di Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah sentiasa 'istiqomah' atau tetap atau 'consistent' dalam setiap niat, lafaz serta langkah Baginda di sepanjang hayat.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah 'menyelimuti' setiap ibadah umum dengan ibadah khusus dan meletakkan asas Iman, Islam dan Ihsan sebagai pegangan ummatnya.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menjadi 'role model' dengan 'attributes' atau sifat Baginda yang empat yakni siddiq, amanah, tobligh dan fatonah kepada ummatnya.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menekankan kepada kepentingan ibadah khusus yang berkait rapat serta dimanifestasikan melalui ibadah umum seharian.

kita boleh belajar banyak perkara dari peristiwa hijrah Baginda yang telah meletakkan beberapa batu tanda asas untuk kemajuan diri dan ummat.

mahukah kita belajar?

atau adakah kita masih mengeluh dan hanya menanti makbulnya doa-doa yang berbaur 'arahan kepada Tuhan' serta penuh dengan bunyi 'mementingkan diri sendiri' malah sarat dengan 'hasad dengki'?

pernahkah kita terfikir atau memikirkan.......bilakah masanya yang kita dapat merasakan Allah benar-benar berada di hadapan kita?

adakah semasa kita pasrah?
adakah semasa kita susah?
adakah semasa kita mahukan sesuatu?
adakah semasa kita tidak tahu hala tuju?
adakah semasa kita kesempitan?
adakah semasa kita ketakutan?
adakah semasa kita sengsara?
adakah semasa kita banyak hutang?
adakah semasa kita hampir ajal?

bertahun-tahun sudah tahun hijrah berlalu...

berapa kali sudah kita melakukan 'self assessment' di sepanjang tahun-tahun hijrah yang lalu?

di mana kedudukan kita sebagai hamba?
di mana pencapaian kita dalam beribadah?
di mana ukuran kita dalam meyakini Tiada Tuhan Selain Allah?
di mana tahap kita dalam mengadaptasi sifat-sifat agung Rasulullah?

memang sukar untuk kita melakukan 'self assessment' apatah lagi kita masih gagal dalam 'menjinakan' nafsu diri.
bukankah kita tahu bahawa jihad akhir zaman adalah jihad melawan hawa nafsu?
bukankah kita tahu nafsu itu ada tahapannya... dari amarah hingga kamil?

Rasulullah berpesan bahawa jihad akhir zaman adalah jihad melawan 'HAWA' nafsu.... apa itu HAWA yang diperkatakan? dan Rasulullah tidak mengataan jihad melawan nafsu....
kita boleh lihat Baginda Rasulullah menyertakan perkataan 'HAWA' di situ....
apa yang kita boleh faham tentang 'HAWA'?... sudah tentu ianya bukanlah HAWA isteri kepada Adam atau wanita... tetapi ianya merujuk kepada 'BAHANG' nafsu itu sendiri.

manusia yang hebat & tenang dalam hidup juga akan terus-terusan diuji.
maka ujian yang datang itu seringkali dirasakan kepanasannya.... manusia itu tidak terbakar tetapi tahap kepanasan itu boleh dirasai dari HAWA yang mengenai diri manusia itu.

kita akan terbakar sekiranya dihumbankan kedalam neraka jahannam.. itu pasti.
kita tidak akan terbakar sekiranya kita hanya menerima bahang HAWA api neraka tersebut.

kita tahu api neraka itu panas dan membakar.
maka kita diberi peringatan menerusi bahang HAWA api tersebut.

jika kita menurut nafsu dalam kehidupan...maka sudah tentu kita akan menempah tiket untuk ke neraka.
maka neraka itu menjadi peringatan hidup kita sepanjang hayat.
tiada perkara lain yang lebih dahsyat selain dari dibakar oleh api neraka.

maka tiada perkara yang kebih teruk selain daripada kita menurut nafsu diri.

maka HAWA bahang nafsu itu sebenarnya adalah peringatan untuk diri agar kembali ke jalan yang lurus.
sebelum tibanya nafsu, kita menerima HAWAnya terlebih dahulu....

jika kita tidak peka maka kita akan terjerumus.

apa strategi yang kita ada untuk melawan hawa nafsu ini?
apa perancangan yang ada untuk kita menjinakkan nafsu ini?

dan apa yang kita perlu tahu, kita tidak boleh sama sekali mematikan nafsu.
kita hanya perlu menjinakkan nafsu...kerana tanpa nafsu kita tidak mampu untuk hidup di dunia ini.
dan paling pasti, nafsu adalah anugerah Allah untuk setiap hambaNya.

maka beruntunglah hamba-hambaNya yang berjaya dalam peperangan menundukkan hawa nafsu di sepanjang hidup mereka.

selamat tahun baru 1431 Hijriah buat semua...

mudah-mudahan tahun baru ini membuka satu lembaran baru buat diri kita yang telah lama dahaga.... dahaga kasih sayang... dahaga kecintaan.... dahaga kefahaman.... dahaga keyakinan.....

wasalam

Monday, December 14, 2009

Episod Percutian Keluarga...

salam semua...

minggu lepas saya meluangkan masa selama 3 hari untuk bersama-sama keluarga 'berjalan-jalan' sempena cuti sekolah.

pada mulanya saya bercadang untuk keluar dari kuala lumpur...tetapi perancangan bertukar dan 'majlis' yang bersidang memutuskan untuk jalan-jalan sekitar kuala lumpur sahaja..

beberapa lokasi sudah dipilih... antaranya planetrium negara, zoo negara, wet world, taman burung kl, aquaria...



amirul azeez tengah memikir bagaimana untuk makan 'papadom' dengan gigi depan ajer... geraham belum tumbuh lagi... :-)



bergambar dengan suit angkasawan yang agak lusuh (atau memang warnanya camtu..)


angah (amirul yassir) tumpang sekaki untuk mendarat di bulan dengan pesawat Apollo 38..


sedang menanti filem pendek di teater planeterium...agak menarik docu yang ditayangkan... berkenaan perlumbaan angkasa lepas serta sejarahnya yang dimulakan oleh Rusia.


taman burung kuala lumpur...juga satu destinasi menarik untuk kanak-kanak... untuk mak bapak..agak penat tetapi banyak benda juga boleh dipelajari...


berposing di pintu masuk kl birds park...



semasa di zoo, anak-anak sempat melihat animal show yang melibatkan ikan lumba yang bernama 'bard'.. dan kalau anda ke zoo, pastikan anda tidak terlepas dari menonton show ini...


anak-anak tengah suspen bergambar dengan gajah sekor ni... gajah ni agak aktif menanti pengunjung membeli sebatang tebu dengan harga rm3, utk disuapkan kepadanya.... gajah ni agak proaktif jugak sebab sesekali dia menyedut air dan menyembur badannya yang mungkin panas... so anak-anak takut kena sembur...


inilah 'kasim' burung kakak tua yang pandai berbicara...


suasana di wet world, shah alam... pengunjung agak ramai dan azeez turut sama mahu mandi bersama abang dan kakaknya.... sampai kecut jari kaki tangan... :-)


suasana 'hari krismas' di subang parade... agak lama juga kami tidak ke sana... ya.. same old subang parade..


angah memegang anak ayam yang baru menetas di bird park..


acit & angah bergambar berlatar belakangkan al-khwarizmi, seorang saintis islam yang terkenal...


azeez yang seronok sakan dan sentiasa berjaga di sepanjang percutian...

kami juga sempat berbowling di selayang mall... sehingga peha saya kesakitan... apa tidaknya, seorang 3 games... = 30 kali bowl...

anyway..

saya juga belajar banyak perkara di sepanjang percutian ini...antaranya; cuti semasa waktu kerja tidak sama nilainya dengan cuti hujung minggu atau cuti umum...

dan anak-anak memang teramat gembira dan bertenaga apabila ayah & ibu menjawab 'ya..cuti' atas soalan anak-anak yang berbunyi....'abah dan ibu cuti ke hari ini?...'...

begitulah ceritanya...

maka sekiranya kita berpeluang untuk 'lari' dari routine harian kerja... maka bercuti semasa bekerja adalah antara perkara yang menarik untuk kita lakukan...

5 minit bersama keluarga dengan ertikata yang sebenarnya...iaitu memberi tumpuan kepada mereka ketika itu adalah sangat bermakna berbanding 5 bulan pergi kerja balik kerja...

wasalam

Kepekaan & Self Awareness



salam semua...

dari skala 1 hingga 10, berapakah tahap kepekaan diri yang ada pada kita?

macamana nak ukur @ kira?

mulalah mengukur dengan mengenalpasti tahap kepekaan diri kita terhadap;

1. Allah @ Tuhan
2. Diri sendiri
3. Manusia sekeliling
4. Penciptaan Allah yang lain.

untuk mengukur tahap kepekaan diri kita dengan Allah, kita boleh mulakan mengukur tahap pelaksanaan ibadah kita samada ibadah khusus dan ibadah umum (kerja).

beberapa indeks kayu pengukur perlu kita ikuti untuk mengukur tahap kepekaan antara diri dan Tuhan ini antaranya elemen kefahaman, keyakinan dan penyerahan.

elemen kefahaman merujuk kepada tingkat kefahaman diri kita terhadap kejadian diri, amanah serta tanggungjawab sebagai hamba Allah di alam semesta ini.

elemen keyakinan merujuk kepada kedalaman sifat kepercayaan diri terhadap Pencipta yakni Allah terhadap semua perkara baik baik ataupun tidak baik samada direct ataupun indirect yang berlaku ke atas diri.

elemen penyerahan merujuk kepada penerimaan yang bulat dan sifat 'baik sangka' terhadap Pencipta.

maka dari nilai 1 hingga 10 bagaimana ukuran faham kita, bagaimana ukuran yakin kita dan bagaimana ukuran penyerahan kita?

adakah kita 50:50 dalam kefahaman atau teruk sekali bilamana kita sendiri tidak faham hakikat kejadian atau penciptaan mansia?
adakah kita masih 50:50 dalam keyakinan terhadap Pencipta yang menguasai alam semesta dan perjalanan setiap makhluk di dalamnya?
adakah kita masih 50:50 dalam melakukan penyerahan terhadap setiap niat, lafaz dan perbuatan kita?

marilah  kita mengukur...

begitu juga untuk kita mengukur tahap kepekaan diri sendiri, kita boleh gunakan beberapa indeks seperti kepekaan diri terhadap keupayaan yang ada serta potensi yang tersedia.

kita boleh gunakan indeks bagaimana kita mengukur tahap kejayaan diri dari tahun ke tahun, dari zaman sekolah hingga zaman pekerjaan sehingga zaman perkahwinan.

kita boleh guna indeks pencapaian diri dalam kerjaya di pejabat atau perniagaan.

marilah kita mengukur diri dan hasil dari ukuran tersebut, marilah kita sama-sama merangka satu pelan diri yang ampuh untuk kita menghadapi tahun-tahun baru yang di hadapan ini dengan lebih yakin serta bersedia.

wasalam

Monday, December 07, 2009

Berdakwah : Siapa Yang Layak?

salam semua...

kita semua sedar, tahu dan faham bahawa kita semua sedang berada di pengakhiran zaman.

walaupun kita tidak tahu bila akan sampai masa untuk kiamat, namun atas tanda-tanda yang diberitakan samada di dalam al-quran atau hadith...kita sudahpun berada di zaman-zaman yang akhir..

mungkin esok atau lusa atau beribu tahun lagi...hanya Allah Maha Mengetahui bilakah akan berlaku kiamat.

maka kita juga sedar betapa keadaan umat manusia tatkala berada pada zaman akhir-akhir ini...

saya terpanggil untuk menukil tentang betapa sukarnya untuk mengembangkan dakwah islamiah kepada semua umat manusia samada mereka itu sudah islam hatta yang belum islam dewasa ini...

terkini heboh tentang isu pentauliahan terutamanya di selangor di mana jabatan agamanya sibuk mem'filter' sapa yang layak dan siapa yang tidak layak..

keluarlah di dada akhbar berbagai-bagai cerita tentang isu ini...

saya yang sering balik ke kampung di seremban juga turut hairan dengan kehadiran serta kemunculan beratus-ratus atau beribu-ribu badan-badan dakwah di negara kita... dan apabila saya melalui 'highway' saya sering terpandang satu kompleks yang tertera 'ILIM' iaitu Institut Latihan Islam Malaysia..

terfikir juga saya apa yang dilatih disitu?
terfikir juga saya apa yang YADIM buat? YADIM = yayasan dakwah islamiyah malaysia
terfikir juga saya apa yang YAPIEM buat? YAPIEM = yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia
terfikir juga saya apa yang PERKIM buat? PERKIM = pertubuhan kebajikan islam malaysia

dan banyak lagi yang guna pakai perkataan islam...

isunya, siapa yang layak untuk berdakwah?
isunya tidak cukupkah badan dakwah yang sedia ada melahirkan pendakwah-pendakwah yang berkualiti seperti Syed Qutb, Hassan Al-Bana, Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, Dr. Yusuf Qaradhawi dan lain-lain...

jika ditanya kepada saya, setiap umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah layak & wajib menjadi pendakwah.

walau dia hanya tahu alif ba dan ta sahaja...
apa yang dia perlu dakwahkan? dia hanya perlu dakwah setakat alif ba & ta..

perlukah dia lulus enam sanawi atau lulus universiti azhar untuk layak menjadi pendakwah?... bagi saya tidak perlu...

kerana jika kelulusan menjadi ukuran dan tiket untuk berdakwah, maka sahabat-sahabat Rasulullah, hatta Rasulullah sendiri tidak layak untuk berdakwah..masya Allah...

jabatan agama hanya perlu pantau sahaja..
jabatan agama hanya perlu keluarkan garis panduan dos & don'ts untuk semua para pendakwah...

tetapi apabila jabatan agama juga sibuk berpolitik kepartian, maka segala keputusan sudah pasti menjurus kepada keputusan berbau hanyir politik.

siapa yang ada di tampuk satu-satu jabatan agama? saya pasti yang berada ditampuk jabatan agama sudah tentu seorang yang alim dan sudah tentu dia boleh berdakwah serta menjadi contoh kepada orang lain.

apa KPI dalam berdakwah? sudah tentu KPInya ialah menurut KPI Rasulullah.. dakwah dengan penuh hikmah & fatonah lagi benar serta amanah.

paling malang, kita negara islam menyekat dakwah islam...lainlah kita hidup di negara kafir yang penuh dengan sekatan dan larangan..


adakah kita perlu berserban untuk layak berdakwah? (gambar hiasan para ulamak dahulu kala)

 
Imam Hassan Al Banna (beliau berdakwah sehingga ke disko dan pub), siapakah di antara kita yang mampu serta layak mengikut cara beliau? atau kita juga turut mengikut nafsu serakah mabuk di pub dan disko?

 
Imam Sayyed Qutb (yang dipenjarakan) kerana dakwah beliau yang tidak mengikut hasrat serta naluri kerajaan negara beliau.


 
adakah dakwah orang ini yang kita mahu ikut?
 
atau orang ini?

isu-isu yang timbul dewasa ini sepatutnya mematangkan lagi pemikiran, strategi dakwah orang islam kepada orag islam dan bukan islam.
isu-isu yang timbul sepatutnya membawa kesedaran betapa badan-badan yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan dakwah tidak memainkan peranan masing-masing.
isu-isu yang wujud atau meletus sepatutnya mengejutkan kita dari tidur yang panjang agar bangkit berjuang menegakkan agama Allah bukan hanya berpeluk tubuh mengumpul harta seolah-olah tiada kesudahannya...

persoalan.... siapa di antara kita yang layak berdakwah?

wasalam

Friday, December 04, 2009

Di Senja Jumaat....

salam semua...

maaf dipinta kerana sejak aidil adha tiada sebarang entri saya titipkan di sini.
memang saya akui, keterbatasan waktu dengan tugasan-tugasan telah menghambat tangan ini dari menukilkan sesuatu untuk diri dan semua.

menyusuri khutbah aidil adha tempohari..saya berkongsi intipati khutbah tersebut di mana antara bait-bait ayat yang terngiang-ngiang adalah... "bukan darah dan daging unta ini yang mendekatkan kamu kepada Allah..yang akan mendekatkan diri kamu dengan Allah ialah TAQWA..."

bibit khutbah tersebut menyebakkan dada saya... sebak apabila memerhatikan serta melihat 'gelajat' pengorban-pengorban dewasa kini... berbangga dengan lembu ratusan ekor yang dikorbankan..hatta seekor atau sebahagian yang dikorbankan telah membawa rasa ujub dalam diri...

kita hiraukan rasa lagak, sombong serta takbur yang boleh dilihat... kerana intipati kepada taqwa ialah hati yang suci murni serta kecintaan, kerana barang timbul sekelumit rasa ujub dalam diri, maka sia-sialah korban yang dilakukan.

ada juga manusia yang menggunakan korban sebagai salah satu cara 'menyuci' dosa... dan mereka-mereka ini juga menggunakan ibadah-ibadah yang lain seperti haju serta umrah sebagai satu tiket untuk melupuskan dosa-dosa mereka di sepanjang tahun....pendek kata, dah buat dosa kat tanahair..pergi mekah umrah atau haji dan lakukan taubat...

adakah mereka ini sedar segala gelagat mereka diperhatikan? bukan diperhatikan oleh manusia tetapi oleh Allah..dan lupakah mereka bahawa Allah melihat terus kepada hati setiap hambaNya?...

siapa di antara kita yang lebih taqwanya? persoalan yang agak mendalam juga kerana taqwa itu timbul dan terserlah dari hati yang membawa kepada perbuatan dan tingkah laku kita.

perbuatan dan tingkahlaku yang dilaksanakan secara 'lakunan' yang kununnya diri dia bertaqwa hanyalah sementara sahaja kerana langkah-langkah yang diambil sudah tentu sumbang dan tidak tahan lama..itulah bukti tiada taqwa dalam diri apabila kita gagal 'consisten' atau istiqomah dalam niat, lafaz & perbuatan kita..

begitulah kisah di senja jumaat...


gambar hiasan... si berbaju melayu sedang beratur untuk 'melabur' dalam skim cepat kaya... :-)
judi ke ini?.... mungkin bukan buat sesetengah manusia.. kerana mereka akan 'tukar' istilah yang ada dalam quran... dari judi ke 'pelaburan'... sama seperti rasuah menjadi 'politik wang'...
 
buat muhasabah diri saya dan semua... :-) selamat berhujung minggu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails