Wednesday, December 16, 2009

Ambang 1431H....



salam semua....

lebih kurang 24jam dari sekarang, kita akan melangkah ke tahun baru 1431 hijriah lalu meninggalkan tahun 1430 hijriah.

begitu pantas masa berlalu.

rasanya baru semalam kita menyambut 'maal hijrah 1430'.

dan 12 bulan 1430H berlalu dihadapan kita samada kita sedari ataupun tidak sedari.

begitulah masa...yang benar-benar bukan milik kita walau kita hidup 1000 tahun lagi.

apa yang kita boleh belajar dari peristiwa hijrah Rasulullah dan juga sambutan tahun baru hijriah ini?

kita boleh belajar bagaimana hebatnya perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan dakwah sehingga Islam menguasai 2 per 3 dunia pada suatu masa dahulu.
kita boleh belajar bagaimana strategi yang Rasulullah gunakan dalam perancangan dan perlaksanaan hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menyusun keperluan masyarakat, kekuatan ekonomi dan keakraban atau ukhwah sesama umat Islam di Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah dan para sahabat merancang strategi mempertahankan Madinah serta menakluk semula Mekah setelah mantap di Madinah.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah sentiasa 'istiqomah' atau tetap atau 'consistent' dalam setiap niat, lafaz serta langkah Baginda di sepanjang hayat.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah 'menyelimuti' setiap ibadah umum dengan ibadah khusus dan meletakkan asas Iman, Islam dan Ihsan sebagai pegangan ummatnya.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menjadi 'role model' dengan 'attributes' atau sifat Baginda yang empat yakni siddiq, amanah, tobligh dan fatonah kepada ummatnya.
kita boleh belajar bagaimana Rasulullah menekankan kepada kepentingan ibadah khusus yang berkait rapat serta dimanifestasikan melalui ibadah umum seharian.

kita boleh belajar banyak perkara dari peristiwa hijrah Baginda yang telah meletakkan beberapa batu tanda asas untuk kemajuan diri dan ummat.

mahukah kita belajar?

atau adakah kita masih mengeluh dan hanya menanti makbulnya doa-doa yang berbaur 'arahan kepada Tuhan' serta penuh dengan bunyi 'mementingkan diri sendiri' malah sarat dengan 'hasad dengki'?

pernahkah kita terfikir atau memikirkan.......bilakah masanya yang kita dapat merasakan Allah benar-benar berada di hadapan kita?

adakah semasa kita pasrah?
adakah semasa kita susah?
adakah semasa kita mahukan sesuatu?
adakah semasa kita tidak tahu hala tuju?
adakah semasa kita kesempitan?
adakah semasa kita ketakutan?
adakah semasa kita sengsara?
adakah semasa kita banyak hutang?
adakah semasa kita hampir ajal?

bertahun-tahun sudah tahun hijrah berlalu...

berapa kali sudah kita melakukan 'self assessment' di sepanjang tahun-tahun hijrah yang lalu?

di mana kedudukan kita sebagai hamba?
di mana pencapaian kita dalam beribadah?
di mana ukuran kita dalam meyakini Tiada Tuhan Selain Allah?
di mana tahap kita dalam mengadaptasi sifat-sifat agung Rasulullah?

memang sukar untuk kita melakukan 'self assessment' apatah lagi kita masih gagal dalam 'menjinakan' nafsu diri.
bukankah kita tahu bahawa jihad akhir zaman adalah jihad melawan hawa nafsu?
bukankah kita tahu nafsu itu ada tahapannya... dari amarah hingga kamil?

Rasulullah berpesan bahawa jihad akhir zaman adalah jihad melawan 'HAWA' nafsu.... apa itu HAWA yang diperkatakan? dan Rasulullah tidak mengataan jihad melawan nafsu....
kita boleh lihat Baginda Rasulullah menyertakan perkataan 'HAWA' di situ....
apa yang kita boleh faham tentang 'HAWA'?... sudah tentu ianya bukanlah HAWA isteri kepada Adam atau wanita... tetapi ianya merujuk kepada 'BAHANG' nafsu itu sendiri.

manusia yang hebat & tenang dalam hidup juga akan terus-terusan diuji.
maka ujian yang datang itu seringkali dirasakan kepanasannya.... manusia itu tidak terbakar tetapi tahap kepanasan itu boleh dirasai dari HAWA yang mengenai diri manusia itu.

kita akan terbakar sekiranya dihumbankan kedalam neraka jahannam.. itu pasti.
kita tidak akan terbakar sekiranya kita hanya menerima bahang HAWA api neraka tersebut.

kita tahu api neraka itu panas dan membakar.
maka kita diberi peringatan menerusi bahang HAWA api tersebut.

jika kita menurut nafsu dalam kehidupan...maka sudah tentu kita akan menempah tiket untuk ke neraka.
maka neraka itu menjadi peringatan hidup kita sepanjang hayat.
tiada perkara lain yang lebih dahsyat selain dari dibakar oleh api neraka.

maka tiada perkara yang kebih teruk selain daripada kita menurut nafsu diri.

maka HAWA bahang nafsu itu sebenarnya adalah peringatan untuk diri agar kembali ke jalan yang lurus.
sebelum tibanya nafsu, kita menerima HAWAnya terlebih dahulu....

jika kita tidak peka maka kita akan terjerumus.

apa strategi yang kita ada untuk melawan hawa nafsu ini?
apa perancangan yang ada untuk kita menjinakkan nafsu ini?

dan apa yang kita perlu tahu, kita tidak boleh sama sekali mematikan nafsu.
kita hanya perlu menjinakkan nafsu...kerana tanpa nafsu kita tidak mampu untuk hidup di dunia ini.
dan paling pasti, nafsu adalah anugerah Allah untuk setiap hambaNya.

maka beruntunglah hamba-hambaNya yang berjaya dalam peperangan menundukkan hawa nafsu di sepanjang hidup mereka.

selamat tahun baru 1431 Hijriah buat semua...

mudah-mudahan tahun baru ini membuka satu lembaran baru buat diri kita yang telah lama dahaga.... dahaga kasih sayang... dahaga kecintaan.... dahaga kefahaman.... dahaga keyakinan.....

wasalam

6 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah untuk Sifu sekeluarga.

Seronok baca N3 terbaru ni.

ryann said...

salam maal hijrah bang

AzmaMurni Aziz said...

salam maal hijrah, sifu..

Sifu Mirza said...

salam maal hijrah juga buat kak hanim sekeluarga...

Sifu Mirza said...

salam berhijrah ryann...

Sifu Mirza said...

salam hijrah yang hebat buat qasih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails