Wednesday, December 30, 2009

Taubatan Qubro....




alhamdulillah.

salam semua...

kesedaran diri akan datang beberapa kali di sepanjang hidup kita.
tatkala hadirnya kesedaran ini, kita akan berfikir; apakah tujuan aku hidup di muka bumi ini? apakah tugas-tugas yang perlu aku lakukan di atas muka bumi ini? mengapa aku dilahirkan ke dunia ini?

disamping banyak lagi kesedaran yang hadir, kesedaran di atas adalah antara kesedaran asas atau utama yang menjadi landasan kepada perjuangan hidup di dunia ini.

sudah menjadi lumrah setiap manusia iaitu mahukan kepada satu pegangan hidup. dan sudah di atur oleh Robbul Jaleel bahawa semua hamba perlukan Tuhan atau satu kuasa mutlak yang boleh dijadikan sandaran mutlak dalam menjalani kehidupan seharian.

kita lihat manusia berbondong-bondong masuk atau menganut banyak ajaran atau agama di dunia ini.
kita lihat sejak dari zaman Nabi Allah Adam lagi, manusia terus-terusan mencari tuhan, satu-satunya tempat untuk mengadu segala-galanya.

manusia memang telah Allah beri berbagai-bagai keupayaan sebagai bekalan dalam perjalanan ini; Allah menganugerahkan setiap hambaNya kekuatan upaya, kehendak kemahuan, ilmu pengetahuan, peluang kehidupan, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

anugerah yang Allah beri itu adalah tanda cinta, kasih serta sayangnya kepada setiap hamba-hambaNya.

dengan berbekalkan kekuatan upaya, manusia itu dapat berfikir, menjana dan terus bertenaga untuk mengerakkan setiap perkara;

berbekalkan kehendak kemahuan, manusia itu akan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki setiap perkara yang telah dilakukan dari masa ke semasa;

berbekalkan ilmu pengetahuan di atas setiap perkara baru dan selepasnya, manusia berupaya hidup lebih selesa dan bijak menangani kehidupan dari masa ke semasa;

berbekalkan penglihatan, manusia berupaya menjana tenaga dari alam sekeliling serta dapat memerhatikan setiap perkara disamping mengenal serta mendalami lantas mensyukuri ilmu-ilmu serta anugerah kebesaran Ilahi;

berbekalkan pendengaran, manusia mampu memproses setiap maklumat dengan baik serta membuat pertimbangan yang munasabah dalam setiap keputusan hidup;

berbekalkan pertuturan, manusia berupaya memyampaikan hasrat, kehendak dan menyampaikan sesuatu mesej sesama sendiri.

mampukah kita menyediakan sesuatu yang lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu diri manusia itu sendiri?

tiada perkara di dalam dunia ini yang dicipta oleh manusia... semua perkara di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan dan Allah akan menyempurnakannya.

contoh kereta; setiap bahan untuk membuat kereta telah siap di cipta oleh Allah, manusia hanya menyiapkan kereta tersebut berdasar kepada keperluan pada satu-satu masa seperti rekabentuk, aksesori dsbnya...dan untuk menyampaikan hasrat bergerak dari satu tempat ke satu tempat, semuanya adalah dengan izin Allah; Dialah yang menyempurnakan segala-galanya.

mampukah kita untuk berpaling dari Allah?
walau palingan kita itu hanya sekadar sebezar biji sawi atau sebezar zarah, maka palingan sekecil itu sudah cukup untuk meletakkan diri kita sebagai mensyirikkan Allah...masya Allah.

mensyirikkan Allah sangat mudah; ianya berlaku tatkala terbit sebesar zarah perasaan tidak yakin atau kurang keyakinan di dalam hati kita terhadap Allah.

ini boleh berlaku apabila kita menerima samada ujian atau musibah ke atas diri.

musibah itu berlaku adalah disebabkan oleh kerja tangan kita sendiri... cth; kita tahu mencuri itu salah, kita tetap mencuri dan ditangkap...maka itu adalah musibah.

ujian itu berlaku dengan kehendak Allah dalam meletakkan tahap keimanan, kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah...cth; kita adalah seorang yang taat menjalankan ibadah, namun kehidupan kita masih tetap susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. maka itu adalah ujian untuk mengenalpasti tahap kesabaran diri.

pernahkah kita bertanya kepada diri kita dalam seharian, berapa minit kita duduk sejenak berfikir tentang kebesaran Allah?.... pernahkah kita melakukan 'calculation' berapa minit dalam sehari kita melakukan ibadah atau kerja seharian semata-mata hanya kerana Allah?....dan pernahkah kita 'tag' dalam sepanjang-panjang 'wish list' tahn baru kita, berapa yang mengikut kehendak diri dan berapa yang benar mengikut kehendak Allah?...

di mana kita letakkan Allah daam diri kita? sebelah kiri, sebelah kanan atau letak jauh-jauh dan hanya mahu dekat bila kita susah?

perkara yang saya nyatakan iini adalah perkara 'real', nyata dan benar-benar berlaku.

bukankah kita wajib mengingati Allah, memanjatkan doa permohonan, memanjatkan kesyukuran, memanjatkan kebesaran kepada Allah tidak kira semasa susah mahupun senang? atau kita hanya ingat Allah semasa susah sahaja?

berapa kali seumur hidup kita, kita melakukan taubat? sebenar-benar taubat? sekali, dua kali, tiga kali atau setiap hari?

apa cara kita mahu menyatakan kesyukuran dan terus berada dalam rahmatNya?

di mana kita hari ini?

sebagai anak, adakah kita meriupakan seorang anak yang soleh?
sebagai suami, adakah kita merupakan suami yang benar-benar mampu membimbing ahli keluarga?
sebagai isteri, adakah kita telah menjalankan tugas serta amanah dengan baik?

di mana kita sekarang?

sama-sama kita teruskan perjalanan ini dengan penuh keinsafan, pemahaman serta keyakinan yang cukup tinggi bahawa segala-galanya adalah milik Allah dan sebagai hambaNya, kita wajib melaksanakan ibadah hanya kepada Allah.

bertaubatlah....ya mari kita sama-sama bertaubat atas segala salah, khilaf serta dosa yang telah kita lakukan dengan menyedari setiap keinsafan yang kita zahirkan serta merangka satu perubahan jitu...sebelum tercabutnya nyawa dari jasad.

wasalam

3 comments:

CITY® said...

salam sifu,

terima kasih sharing ingatan2 nih,
semoga semakin hari
semakin tua
kita semakin sedar
dan menjadi lebih baik dari semalam

CITY® said...

keinginan menjadi baik mmg ada
kadang2 kehendak duniawi lebih diutamakan dari akhirat
tu yg jadi lalai dan terus lalai

hmmmmmmmmm

Sifu Mirza said...

alhamdulilah birU...

rasulullah berpesan bahawa peperangan akhir zaman ialah peperangan melawan hawa nafsu...

nafsu banyak mengajak kepada keduniaan dan menjauhkan diri kita dari akhirat...

kita mampu utk menjinakkan nafsu sekiranya kita tahu atau kenal diri kita rata-rata..

insya Allah

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails