salam semua...
maaf dipinta kerana sejak aidil adha tiada sebarang entri saya titipkan di sini.
memang saya akui, keterbatasan waktu dengan tugasan-tugasan telah menghambat tangan ini dari menukilkan sesuatu untuk diri dan semua.
menyusuri khutbah aidil adha tempohari..saya berkongsi intipati khutbah tersebut di mana antara bait-bait ayat yang terngiang-ngiang adalah... "bukan darah dan daging unta ini yang mendekatkan kamu kepada Allah..yang akan mendekatkan diri kamu dengan Allah ialah TAQWA..."
bibit khutbah tersebut menyebakkan dada saya... sebak apabila memerhatikan serta melihat 'gelajat' pengorban-pengorban dewasa kini... berbangga dengan lembu ratusan ekor yang dikorbankan..hatta seekor atau sebahagian yang dikorbankan telah membawa rasa ujub dalam diri...
kita hiraukan rasa lagak, sombong serta takbur yang boleh dilihat... kerana intipati kepada taqwa ialah hati yang suci murni serta kecintaan, kerana barang timbul sekelumit rasa ujub dalam diri, maka sia-sialah korban yang dilakukan.
ada juga manusia yang menggunakan korban sebagai salah satu cara 'menyuci' dosa... dan mereka-mereka ini juga menggunakan ibadah-ibadah yang lain seperti haju serta umrah sebagai satu tiket untuk melupuskan dosa-dosa mereka di sepanjang tahun....pendek kata, dah buat dosa kat tanahair..pergi mekah umrah atau haji dan lakukan taubat...
adakah mereka ini sedar segala gelagat mereka diperhatikan? bukan diperhatikan oleh manusia tetapi oleh Allah..dan lupakah mereka bahawa Allah melihat terus kepada hati setiap hambaNya?...
siapa di antara kita yang lebih taqwanya? persoalan yang agak mendalam juga kerana taqwa itu timbul dan terserlah dari hati yang membawa kepada perbuatan dan tingkah laku kita.
perbuatan dan tingkahlaku yang dilaksanakan secara 'lakunan' yang kununnya diri dia bertaqwa hanyalah sementara sahaja kerana langkah-langkah yang diambil sudah tentu sumbang dan tidak tahan lama..itulah bukti tiada taqwa dalam diri apabila kita gagal 'consisten' atau istiqomah dalam niat, lafaz & perbuatan kita..
begitulah kisah di senja jumaat...
gambar hiasan... si berbaju melayu sedang beratur untuk 'melabur' dalam skim cepat kaya... :-)
judi ke ini?.... mungkin bukan buat sesetengah manusia.. kerana mereka akan 'tukar' istilah yang ada dalam quran... dari judi ke 'pelaburan'... sama seperti rasuah menjadi 'politik wang'...
buat muhasabah diri saya dan semua... :-) selamat berhujung minggu...
No comments:
Post a Comment