Monday, December 07, 2009

Berdakwah : Siapa Yang Layak?

salam semua...

kita semua sedar, tahu dan faham bahawa kita semua sedang berada di pengakhiran zaman.

walaupun kita tidak tahu bila akan sampai masa untuk kiamat, namun atas tanda-tanda yang diberitakan samada di dalam al-quran atau hadith...kita sudahpun berada di zaman-zaman yang akhir..

mungkin esok atau lusa atau beribu tahun lagi...hanya Allah Maha Mengetahui bilakah akan berlaku kiamat.

maka kita juga sedar betapa keadaan umat manusia tatkala berada pada zaman akhir-akhir ini...

saya terpanggil untuk menukil tentang betapa sukarnya untuk mengembangkan dakwah islamiah kepada semua umat manusia samada mereka itu sudah islam hatta yang belum islam dewasa ini...

terkini heboh tentang isu pentauliahan terutamanya di selangor di mana jabatan agamanya sibuk mem'filter' sapa yang layak dan siapa yang tidak layak..

keluarlah di dada akhbar berbagai-bagai cerita tentang isu ini...

saya yang sering balik ke kampung di seremban juga turut hairan dengan kehadiran serta kemunculan beratus-ratus atau beribu-ribu badan-badan dakwah di negara kita... dan apabila saya melalui 'highway' saya sering terpandang satu kompleks yang tertera 'ILIM' iaitu Institut Latihan Islam Malaysia..

terfikir juga saya apa yang dilatih disitu?
terfikir juga saya apa yang YADIM buat? YADIM = yayasan dakwah islamiyah malaysia
terfikir juga saya apa yang YAPIEM buat? YAPIEM = yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia
terfikir juga saya apa yang PERKIM buat? PERKIM = pertubuhan kebajikan islam malaysia

dan banyak lagi yang guna pakai perkataan islam...

isunya, siapa yang layak untuk berdakwah?
isunya tidak cukupkah badan dakwah yang sedia ada melahirkan pendakwah-pendakwah yang berkualiti seperti Syed Qutb, Hassan Al-Bana, Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, Dr. Yusuf Qaradhawi dan lain-lain...

jika ditanya kepada saya, setiap umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah layak & wajib menjadi pendakwah.

walau dia hanya tahu alif ba dan ta sahaja...
apa yang dia perlu dakwahkan? dia hanya perlu dakwah setakat alif ba & ta..

perlukah dia lulus enam sanawi atau lulus universiti azhar untuk layak menjadi pendakwah?... bagi saya tidak perlu...

kerana jika kelulusan menjadi ukuran dan tiket untuk berdakwah, maka sahabat-sahabat Rasulullah, hatta Rasulullah sendiri tidak layak untuk berdakwah..masya Allah...

jabatan agama hanya perlu pantau sahaja..
jabatan agama hanya perlu keluarkan garis panduan dos & don'ts untuk semua para pendakwah...

tetapi apabila jabatan agama juga sibuk berpolitik kepartian, maka segala keputusan sudah pasti menjurus kepada keputusan berbau hanyir politik.

siapa yang ada di tampuk satu-satu jabatan agama? saya pasti yang berada ditampuk jabatan agama sudah tentu seorang yang alim dan sudah tentu dia boleh berdakwah serta menjadi contoh kepada orang lain.

apa KPI dalam berdakwah? sudah tentu KPInya ialah menurut KPI Rasulullah.. dakwah dengan penuh hikmah & fatonah lagi benar serta amanah.

paling malang, kita negara islam menyekat dakwah islam...lainlah kita hidup di negara kafir yang penuh dengan sekatan dan larangan..


adakah kita perlu berserban untuk layak berdakwah? (gambar hiasan para ulamak dahulu kala)

 
Imam Hassan Al Banna (beliau berdakwah sehingga ke disko dan pub), siapakah di antara kita yang mampu serta layak mengikut cara beliau? atau kita juga turut mengikut nafsu serakah mabuk di pub dan disko?

 
Imam Sayyed Qutb (yang dipenjarakan) kerana dakwah beliau yang tidak mengikut hasrat serta naluri kerajaan negara beliau.


 
adakah dakwah orang ini yang kita mahu ikut?
 
atau orang ini?

isu-isu yang timbul dewasa ini sepatutnya mematangkan lagi pemikiran, strategi dakwah orang islam kepada orag islam dan bukan islam.
isu-isu yang timbul sepatutnya membawa kesedaran betapa badan-badan yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan dakwah tidak memainkan peranan masing-masing.
isu-isu yang wujud atau meletus sepatutnya mengejutkan kita dari tidur yang panjang agar bangkit berjuang menegakkan agama Allah bukan hanya berpeluk tubuh mengumpul harta seolah-olah tiada kesudahannya...

persoalan.... siapa di antara kita yang layak berdakwah?

wasalam

2 comments:

pang5 said...

Pada dasarnya sifu, sistem pentauliahan itu mmg digunakan utk menyekat ajaran2 sesat seperti ayah pin, kahar etc... Namun sistem ini juga mempunyai 'grey area' yang mana pihak berkepentingan mengambil kesempatan utk menyekat pendakwah2 yang sememangnya berkelayakan spt Haron Din, Ismail Kamus, Akhil Hayy etc hanya kerana mereka berhaluan 'lain'... Bagi sayala, sistem ini patut digantikan dgn sistem banned, yang mana apabila diketahui seseorang itu membawa ajaran sesat dan ada aduan drpd org ramai atau bukti maka dia mestilah dibanned drpd ceramah dlm mana2 tempat. Masalah ialah apabila keputusan dipengaruhi oleh kecenderungan berpolitik dan bukan sikap professional.

Sifu Mirza said...

saya setuju dengan pendapat awak wan..

dunia memang sarat dengan manusia yang 'lupa' amanah serta tanggungjawab..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails