Tuesday, December 22, 2009
Masih Ada Kecewa?
salam semua...
Alhamdulillah kita semua telah melangkah ke tahun baru hijrah 1431 dengan pelbagai cara dan keadaan.
ada yang menyambut di dalam kereta, ada yang menyambut di pejabat, ada yang menyambut di surau dan masjid, ada yang menyambut di kampung, ada yang menyambut di atas bas malah ada yang menyambut di panggung wayang, pub, kelab dangdut, disko dan sebagainya.
tidak kiralah apa cara sambutan kita, yang pasti masa terus berlalu...detik demi detik.
dan apatahlagi kita sendiri tidak pasti adakah kita mampu untuk hidup sedetik lagi selepas ini kerana ajal & maut itu di tangan dan ketentuan Ilahi.
entri kali ini lebih berkisar tentang manusia.
ianya lebih berkisah tentang perasaan kecewa yang ada pada diri.
kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.
kecewa adalah satu penyakit.... itu pasti, dan setiap penyakit ada ubatnya.
kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita.
ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal.
apabila seseorang tu kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.
maka kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.
mengapa perlu ada kecewa?
patutkah diri mengalami kekecewaan?
bagaimana mengatasi kekecewaan?
rawatan untuk penyakit kecewa adalah sangat mudah.
ianya memerlukan beberapa biji kapsul 'keyakinan', 'kefahaman', 'ilmu' serta 'amalan'.
untuk mengubat kekecewaan, kita perlu bermula dari akar umbi iaitu pemahaman diri tentang apa itu 'kecewa'.
kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur kemas/atau tak kemas dengan mengikut kehendak diri kita gagal terlaksana.
maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala 'effort' adalah sia-sia sahaja.
benarkah segala 'effort' yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja?
hakikat utama kehidupan : kita adalah hamba dan (tugasan) kita dijadikan hanyalah untuk beribadah serta sujud menghamba abdikan diri kepada Tuhan atau Tuan atau Pencipta kita.
soalan.... masih adakah perkara-perkara yang kita lakukan yang kita gelar ibadah itu, kita lakukan selain dari kerana Allah? contoh; kita lakukan hanya untuk diri kita?...
jika masih ada, maka kita sudahpun melanggar ikrar kita seharian yang kita lafazkan sebanyak 5 kali sehari paling kurang di dalam doa iftitah (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala..)
apabila perlanggaran ikrar berlaku, maka apa yang datang akibat perbuatan kita itu adalah dikira musibah di atas kerja tangan-tangan kita sendiri... maka layaklah kita mendapat penyakit kecewa...
untuk terus kekal 'sihat' maka kita perlu setia atau taat kepada ikrar kita.
kecewa adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri tetapi lupakah kita bahawa dalam setiap perbuatan itu perlulah kita sertakan dengan tawakkal?
tahukah kita bahawa tawakkal itu adalah penyerahan bulat atau total di mana kita bersedia untuk menerima segala kemungkinan dalam hasil perbuatan kita tadi?
maka jika kita masih kecewa, sudah tentu kita tidak menyertakan tawakkal di dalam setiap pekerjaan kita malah lebih teruk lagi, tawakkal kita hanya 50:50 sahaja... seolah-olah kita tidak yakin dengan ketentuan Allah....dan jika kita tidka yakin dengan ketentuan serta janji Allah, sudah pasti kita tidka yakin dengan Allah.
nah.... di mana kefahaman kita sekarang?
ubat keterlanjuran atas perbuatan kita yang bertentang dengan arahan Allah ialah taubat.
kita semua tahu ayat ini "Tiada Daya Upaya Aku Melainkan Allah Yang Maha Berkuasa"... apa yang kita fahami disebalik ayat ini?
berhati-hati kerana kesilapan dalam memahami prinsip 'iman, taqwa dan tawakkal' ini akan menyebabkan kita memfitnah Allah....(kita termasuk ke dalam golongan memfitnah Allah, ialah apabila kita hanya berserah sahaja atas dasar tiada daya upaya tanpa melakukan sebarang tindakan; walaupun kita tahu Allah telah menganugerahkan kita 7 keupayaan iaitu kudrat, iradat, ilmu, hayat, samaq, basar dan kalam)
ayat atau prinsip di atas ialah untuk mengesahkan bahawa kita hanya bergantung kepada Allah dalam setiap perjalanan kehidupan; kita perlulah bertawakkal setelah berusaha dengan sebaiknya; Allah Maha Berkuasa ke atas kita.
perlukah ada kecewa?
apabila kita melakukan sesuatu perkara atau tindakan tanpa 'kerana Allah' atau mendahulukan Allah maka tunggulah kehadiran penyakit kecewa.
cukuplah kita 'jahil' atau tidak mengerti akan diri serta kehidupan sebelum ini... pastikanlah hidup-hidup kita di hadapan di penuhi dengan penuh ilmu, kefahaman, keyakinan dan amalan yang berlipat kali ganda.
ilmu yang kita perolehi itu milik Allah... dan apa yang kita belajar secara formal itu adaah kurang 1% dari keseluruhan ilmu-ilmu Allah....selebihnya ada di sekeliling kita.... kerana kita perlu sedar bahawa kita belajar dari manusia, kita belajar dari alam, dan paling penting kita belajar dari perjalanan hidup kita.
sedikit pesanan... jika kita melakukan sesuatu untuk dipuji.... hentikanlah sikap itu kerana segala puji-pujian hanyalah milik Allah.... lebih-lebih lagi kerana manusia yang memuji itu akan mengecewakan anda pada satu hari nanti...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam sifu ...
.. rasa kecewa x upaya meluahkan kepincangan yang berlaku kerana rasa takut dlm diri ... huhuhu !
salam sifu
salam maal hijrah
semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya...
rasa kecewa?
apa lah sangat rasa kecewa psl cinta sesama manusia, kalo nak dibandingkan dgn kekecewaan org2 yg kehilangan tanah, harta, rumah, keluarga tersayang dll.
percya bahawa semua yg berlakua ada hikmahnya dan terima semua sebagai ujian dan balasan tuhan, baru hati tenang kembali
heeeeeeeee
salam kesturi...
kepincangan yang berlaku boleh ditanggani dengan 3 cara;
1. menegah dengan tangan/qudrat.
2. menegur dengan lisan/nasihat.
3. membenci dengan hati/niat.
janganlah kecewa.
ubatlah hati dengan senantiasa bersama Ilahi..
:-)
salam birU...
ya begitulah sebahagian perjalanan hidup ini.
:-)
membaca artikel ini memang mengubat kecewa saya.:).
Post a Comment