Friday, February 27, 2009

Pesanan Hujung Minggu....

salam....


jangan berniat selain niat yang benar-benar baik & mulus sahaja...

jangan bertutur sehingga kita fahami apa yang akan keluar dari mulut...

jangan bergerak sehingga kita benar-benar tahu hakikat pergerakkan kita itu hanya kerana Allah...



sesungguhnya yakinilah bahawa kita sedang berada di dalam genggaman Pencipta kita..

sesungguhnya yakinilah bahawa kita hanya perlu menghamba abdikan diri kepada Pencipta kita...

sesungguhnya yakinilah bahawa kita tiada daya upaya selain atas kehendak Pencipta kita...



jauhilah niat, lafaz perbuatan yang boleh membawa kepada mensyirikkan Pencipta kita...

jauhilah semua perkara yang boleh menghitamkan hati atau qalbu di dada kita...

jauhilah semua perkara yang boleh mendatangkan perasaan ujub walau sesaat...



sesungguhnya kita hidup hanya kerana Dia, Tuhan, Allah Robbul Jaleel...

sesungguhnya tiada satupun yang akan terlepas dari pandangan Allah...

sesungguhnya ketenangan yang kita cari itu ada di dalam diri kita... cuma



kita mungkin buta...

kita mungkin pekak...

kita mungkin bisu...


menidakkan kesempurnaan kejadian diri seorang hamba yang tidak punya apa-apa selain mengharap kasih, sayang Pemiliknya...





'have a nice weekend'...

wasalam

Wednesday, February 25, 2009

Hidup : Hayati, Fahami & Yakini...



perjalanan hidup ini memang indah sekali...

penuh dengan warna-warna yang segar dan layu...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang menakjubkan sekali...
sarat dengan ilmu-ilmu yang mematangkan diri...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan kebenaran dan kepalsuan...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan jalan lurus dan simpang...nyata atau tersembunyi

perjalanan hidup ini memang mengasyikkan sekali...
lengkap dengan kefahaman dan kekeliruan...nyata atau tersembunyi


cerminlah diri sendiri dengan cermin yang benar-benar memberi erti..
usah mencipta rupa yang indah jika cermin retak seribu..
usah mencipta rasa yang menyedapkan jika cermin kusam kelabu..


hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang membawa bersama diri zahir & batin.

hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang mencari ketenangan.

hidup:

satu perjalanan tubuh badan yang memerlukan penghayatan zahir & batin.

hidup:

satu perjalanan hamba yang menghamba abdikan diri.

hidup:

satu perjalanan hamba yang menuntut pemahaman atas penghayatan dari ilmu yang dipelajari.

hidup:

satu perjalanan untuk mendapat kefahaman lantas meningkat keyakinan.

hidup:

tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai hamba yang mengabdikan diri.

adakah kita benar-benar hidup?
atau mati sebelum ajal?
atau hilang dalam gelora keliru?
atau hanyut dibawa nafsu?
atau tenggelam dengan hawa dunia?
atau lemas dalam selut rasa-rasa?
atau binasa dalam ujub, riak, sombong serta takbur?
atau diselimuti selimut nafsu paling bawah?

hanya kita yang tahu... itupun jika kita benar-benar menerima wajah di cermin tadi...

atau sekadar... menidakkan kebenaran... sedangkan kita tahu kebenaran itu amat pahit...


Tuesday, February 24, 2009

From Bukit Tinggi With Love...

salam semua..

sekitar foto-foto di sepanjang program hujung minggu yang lepas..

kabut yang berlalu bagaikan awan....
menerjah maksud di sempadan...

we come...
we share...
we united...

beloves bros & sisters...

this is how to check self color or detect energy within our palm...

group presentation during ice breaking

group healing during Reiki-LVT self healing & stress management session...

meniti titian seimbang...

sempat ber'gang starz'...

tiada yang mustahil selagi ada nyawa di badan... tak cuba tak tahu...

bersama-sama memikul yang berat...
bersama-sama menjinjing apa yang ringan

'poolside' energy transfer..

bersiap untuk merentasi lautan 'gelora'...

Friday, February 20, 2009

Nak ke Selesa Resort Bukit Tinggi...



salam semua yang saya sayangi...

plus minus 10 minit lagi saya akan bertolak ke Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang untuk melunaskan program 'Team Building' bersama warga CTRM, Melaka selama 3 hari 2 malam...

kalau berkesempatan saya akan bersama anda di alam maya siber ini..
kalau tidak berkesempatan.... alamatnya kita jumpa minggu depan yer...

apapun, doa saya buat anda semua... moga hujung minggu ini membawa kehebatan, keberkatan dan kerahmatan buat diri anda, keluarga & orang yang disayangi...

:-)

Thursday, February 19, 2009

Jawab Tag dari adik Daus...

nyambil-nyambil 'take few minutes break' dalam ke'bizi'an prepare apa yang perlu & patut untuk program hujung minggu ini di bukit tinggi.... saya mengambil kesempatan utk jawab tag dari adik daus yang nun jauh di kuala terengganu...

tag adik daus ni digelar tag berhantu... (habis semua soalannya ada kena mengena dengan hantu..)


Hantu apa tidak berjalan tapi meloncat.

Hantu yang 'sakit kaki'

Kenapa toyol suka mencuri?

Sebab kalau dia mintak duit memang tak dapat punya...

Di kampung korang ada x sape2 bela hantu?

Ramai...tak terkira daus

Hantu apa paling korang takut?

Takda satu pun yang saya takut...

Hantu apa pandai bersilat?

Takda seekor pun yang pandai...hantu tu tiru orang jer..

Kenapa orang suka jerit kalau jumpa hantu?

Sebab lama tak jumpa... kalau selalu jumpa dah biasa...

Korang pernah jumpa hantu x?

Selalu jumpa kat shopping complex..

Apa yang korang buat kalau jumpa hantu?

Buat bodoh ajer... malas nak layan..

Hantu apa dari keturunan bangsawan dan suka hisap darah?

Hantu angkasawan.....

Dimana biasa orang jumpa hantu?

Kat tempat selalu hantu lepak-lepak & buat 'shuffling'..


ok yer daus... acik dah jawab tag berhantu daus...

maaflah acik tak sampai hanti nak pass pada kengkawan lain ya..

Islam Yang Mudah...


seorang ahli sufi pernah berkata....

Islam Itu Amat Mudah...
Mudah Itu Tidaklah Seperti Yang Disangka...

Islam Itu Amat Mudah Bagi Yang Memahami...
Namun Janganlah Ia Dipermudah-mudahkan...



rata-rata orang yang bergelar Islam (samada Islam dia otomatik; ibubapa dia islam ataupun yang memeluk agama Islam dengan meninggalkan agama nenek moyang mereka) tidak benar-benar memahami agama mereka.

rata-rata orang yang bergelar Islam ini hidup secara 'stereo typing' iaitu melaksanakan segala gerak-kerja berdasarkan apa yang nenek moyang mereka amalkan seperti solat, puasa, zakat serta haji.

melakukan sesuatu perkara atas dasar ikut-ikutan atau paksaan (jika tak buat kena rotan dsbnya) adalah satu perkara atau perbuatan yang paling malang yang dilakukan oleh manusia yang ingin atau kepingin digelar Insan.

melakukan sesuatu perkara tanpa memahami isikandungan (roh) perkara tersebut ibarat kita mencurahkan air ke daun keladi... ataupun seperti berpuasa tanpa niat di mana kita akan hanya mendapat lapar & dahaga sahaja tidak lebih dari itu.

manusia & insan itu berbeza sama sekali... berbeza dalam banyak faktor.
manusia & insan itu berbeza dari segi kedudukan mereka.
manusia & insan itu berbeza dari segi kefahaman mereka.
manusia & insan itu berbeza dari segi keyakinan mereka terhadap Robbul Jaleel.
manusia tidak kenal siapa Robbul Jaleel.
insan sangat mengenali Allah Azza Wajalla.

manusia terus sibuk dengan dunia yang sementara.
manusia terus sibuk dengan perkakasan dunia.
manusia terus sibuk dengan hiasan diri, keluarga dan saudara.
manusia terus sibuk dengan harta serta kuasa.
manusia terus sibuk dengan turun naik nafas yang tiada dalam kawalan mereka.

insan terus sibuk memantapkan diri dengan kefahaman demi kefahaman.
insan terus sibuk beribadah bersungguh-sungguh atas amanah seorang khalifah.
insan terus sibuk menyuci diri diri setiap detik & ketika.
insan terus sibuk dengan perjuangan @ jihad tanpa henti.
insan terus sibuk dan sibuk hanya kerana Allah.

melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui matlamat atas perlakuan yang dilakukan tersebut adalah ibarat melakukan pekerjaan yang sia-sia (sila baca surah Al-Asyr) serta merugikan diri serta masa.

asas kepada khusyuk dalam ibadah ialah mengetahui perlakuan serta roh perlakuan ibadah tersebut.

contoh: solat yang kita kerjakan...

matlamat solat ialah:

1. menzahirkan ketaatan seorang hamba terhadap Penciptanya. (fizikal/zahir)
2. membesar, memuji-muji serta memanjat rasa kesyukuran kepada Allah. (roh/batin)

matlamat diri yang mengerjakan solat:

1. menunaikan perintah yang telah diperintahkan ke atas diri kita. (fizikal/zahir)
2. mengurus nafsu agar menurut perintah diri sebenar diri untuk turut sama melakukan rukuk serta sujud kepada Pencipta. (roh/batin)


bersambung insya Allah

Monday, February 16, 2009

Kursus Reiki-LVT Sabtu Lepas Lancar...



seperti yang sedia maklum, pada Sabtu lepas (14 Februari 2009) saya ada menganjurkan Kursus Reiki-LVT Peringkat Lanjutan di dewan latihan SCA, Puchong.

Kursus yang berlansung selama sehari (10am - 5pm) tersebut berjalan lancar dan peserta yang hadir juga alhamdulillah telah mendapat menafaat dari 'lambakkan' ilmu-ilmu reiki yang mengandungi teori serta praktikalnya.

bermula dengan topik-topik seperti disebelah paginya;

1. cahaya & warna (definasi dari segi sains, sains metrafizik & falsafah).
2. penyerlahan potensi diri untuk meningkatkan semangat serta keyakinan diri.
3. pengunaan warna pada diri dan sekeliling (meliputi topik-topik frekuensi warna dan kelebihan setiap warna, kegunaan warna dalam meningkatkan 4 elemen diri - mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. mengenal keperibadian menerusi warna diri.
5. kekuatan, kelemahan, potensi dan terapi yang bersesuaian untuk diri.


dan 'highlight of the day' - Teknik Penyembuhan Diri yang Efektif : Reiki-LVT Peringkat Lanjutan pada sebelah petang;

1. Pengenalan kepada Reiki-LVT (Terapi Getaran Cahaya)
2. Memberi 'booster' kepada elemen diri seperti tanah, air, api & angin.
3. Mengerak sifat asas diri seperti mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. Menjana Tenaga Dalaman melalui teknik pernafasan dalaman.
5. Menyalur Tenaga kepada yang tersayang dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
6. Mengesan Tenaga -ve di dalam diri.
7. Menyalur Tenaga secara 'Long Distant' (tanpa kehadiran penerima) melalui getaran cahaya dan gelombang elektro magnetik pada diri.
8. Men'nyah' cas semua tenaga -ve pada diri, tempat kerja, rumah dsbnya.
9. Menyalur Tenaga pada benda-benda lain selain manusia.

dan beberapa topik lagi yang sarat dengan praktikalnya...

pendek kata, peserta yang hadir mendapat banyak ilmu yang baru untuk digunapakai bagi diri, keluarga dan pekerjaan @ ibadah seharian.

bagi peserta yang hadir..tahniah serta syabas saya ucapkan...

mudah-mudahan anda terus cemerlang di masa hadapan..

wasalam

Setelah Dua Tahun....


alhamdulillah...

syukur ke hadzrat Allah...

setelah 2 tahun bertungkus-lumus menjalankan perniagaan 'modal insan' @ melaksanakan program-program latihan menerusi firma latihan saya: Strategic Corporate Alliance Sdn Bhd, kini di pejabat yang baru, akhirnya kami mempunyai 'sign board'.

jika pada awal pembukaan syarikat, kami menumpang di sebuah bilik di pejabat rakan... kemudiannya berpindah di sebuah pejabat yang sebenarnya apartment... 2009 menyaksikan kami berpindah ke sebuah premis yang benar-benar berbentuk pejabat...

alhamdulillah... jumaat lepas, 13 februari 2009, 'frontage' pejabat serta 'imej' @ 'brand' kami dinaikkan...

para pembaca yang berminat untuk bertandang berkongsi ilmu atau berminat untuk menyertai program-program in-house kami ataupun berminat untuk mengambil kami sebagai perlaksana program-program latihan organisasi anda... bolehlah serta dipersilakan datang ke sini...

lokasi; no. 5-1, jalan bandar 16, pusat bandar puchong, 47100 puchong, selangor....
talian; 03-5882 4407 (untuk sebarang pertanyaan & maklumat)
web; www.sca-insan.com

jumpa di sini, sini, sini, sini....(berdengungggg... ada echooo... lagi..) ;-)

syukur Ya Allah...
syukran jazilan Ya Rasulullah...
terima kasih rakan-rakan....

-------------------------------

saya edit entry ini untuk publishkan puisi dari Shemmi utk saya...

di sana...

di suatu hari..

sejarah bercerita..

air mata keringat membentuk muara

kaki bertatih di setiap anak tangga

dengan langkah santun tapi perkasa

walau di goncang badai mendatang

namun kaki melangkah tak pernah goyah


shemmi... terima kasih atas puisi ini... sangat bermakna untuk perjuangan saya..

Friday, February 13, 2009

Award Dari Adik Daus...

pepagi 'acik' bukak blog dapat mesej dari daus.... suruh acik gi ambik award...

trima kasih lah daus...

daus pula bagi syarat kat acik yer...
acik cuba tunaikan syarat tu sekadar kemampuan... yang tak tertunai, jgn marah yer... :-)

Syarat2 ambil Award

1. Passkan ke 5 bloggers sahaja.... (daus... buat masa ini acik belum lagi 'bersedia' utk pass sebarang award pada mana-mana blogger sehingga acik selesa untuk berbuat demikian ya.. harap daus faham...)

2. Promote cket blog ini..... (ok semua sahabat serta kengkawan dan pembaca, daus ni seorang pelajar yang pintar... suka main komputer... tapi pelajaran tak tinggal... betul ke daus?... blog dia dauscoret.blogspot)

3. Pastikan bloggers tersebut sudah follow korang. (syarat yang ni patut lepas no. 1 tu daus, ikut susunan... apapun acik tak ramai follower macam daus yang semakin panas & laris di pasaran..)

4. Pastikan bloggers tersebut juga follow blog Daus.... (aramak...ini paling payah daus... macam ada sikit unsur paksaan... harap daus sabar yer... kalau daus rajin update blog.. kalau daus sentiasa kreatif dalam ber-entri, acik yakin blog daus akan ramai follow...)

5. Buat satu posting mengenai award ini.... (dah buat pun daus... :-)

ok daus... acik harap permintaan daus dah tertunai walau tak semua ya...

acik nak sambung kerja balik....

Wednesday, February 11, 2009

Maaf Semua... Saya Sedang Kesibukkan...

salam semua...

ampun yer... lama tak berentri...
hanya sempat melompat ke rumah kengkawan dalam masa yang terhad ini...

bukan apa... ada susunan program-program yang menanti untuk dilunaskan..
apapun... sekadar berkongsi aksi-aksi saya buat pengubat 'kehilangan entri-entri' terbaru..

insya Allah saya akan cuba menyelit dengan entri-entri yang juga sudah tersusun di dalam minda ini...

kat ofis.... 'sirius' memerah otaksss... melahirkan module-module, nota-nota dan program pembangunan kepimpinan serta motivasi untuk membantu meningkatkan diri semua...

'de-javu'..... dia datang lagi... deretan program 'teambuilding' yang sedia menunggu pada bulan feb, march, april & may....

sedang berhati-hati memberikan analisa serta 'areas for improvement' untuk setiap presentation yang dilakukan oleh peserta program...

teambuilding program memerlukan 'stamina' 200% dari seorang trainer... program yang 'pack' dari indoor ke outdoor sering membuatkan trainer perlu 'fit' dan 'error for mistakes' juga mestilah less than 3%...

kursus Reiki-LVT juga merupakan salah satu program yang saya kendalikan... ianya Alhamdulillah dapat membantu ramai dalam meningkatkan kesihatan diri serta keluarga baik dari segi mental, emosional, spiritual serta fizikal...

:-)

Award 2 in 1 dari Manjer (Mencari Erti Hidup)

award terbaru ni saya terima dari Manjer (Mencari Erti Hidup)

terima kasihlah Manjer.. atas ingatan anda..
award ni pula datang dengan soalan TAG (yang saya 'modified' sikit - sebab Manjer terima dari dauscoret blog)...

syarat-syarat:

1. jawab soalan yang diberikan
2. passkan/share dengan 3 atau lebih blogger kegemaran anda
3. buat satu posting mengenai award ini.


jawapan kepada syarat:


1. insya Allah saya cuba jawab yer..

2. share dengan 3 blogger lain yg saya gemar...mmmmm..semuanya saya gemar... so buat masa ini...sabar yer..

3. inilah posting utk award manjer ni..


SOALAN2:

Kenapa suka datang ke Mencari Erti Hidup Blog?
Adakah korang suka award ni?
Apa korang panggil shoutbox "aku"?
Adakah korang baca keseluruhan coretan atau hanya separuh?


jawapan saya:

1. suka sebab entrinya telus & menyatakan ekspresi diri dengan cara 'relaks' :-)

2. suka & menghargai ingatan yang diberikan... terima kasih

3. shoutbox manjer namanya 'chat jer'... betul kan..

4. coretan perlu dibaca keseluruhannya utk dapat gambaran sebenar maksud hati penulis.. :-)

Friday, February 06, 2009

Pasca Penyucian & Penyusunan Diri...

salam...

saya sejak sebulan yang lepas telah melalui beberapa siri atau proses penyucian atau pembersihan diri...
proses tersebut diakhiri dengan majlis penyusunan...

mungkin ramai yang terpingga-pingga caramana proses tersebut berlansung..

bila kita bercakap soal penyucian, hendaklah kita luaskan ruang lingkup pemikiran ke tahap infiniti.. kalau tak mampu, memadai sekadar tahu bahawa proses penyucian diri hendaklah melibatkan keseluruhan diri kita; luar dan dalam... atau zahir & batin.

perjalanan hidup kita yang telah dilalui sebelum ini sudah tentu ianya memberikan kesan 'significant' yang langsung kepada diri zahir & batin kita...

jika perjalanan yang kita lakukan sangat cantik yakni ianya terpelihara..Alhamdulillah, Syukur..
jika perjalanan yang kita lakukan sering terganggu atau diganggu samada secara kita sedari ataupun tidak...maka kita panjatkan Istigfar, Alhamdulillah & Syukur juga...

istigfar di atas kecuaian, kelalaian, kealpaan...
alhamdulillah di atas kesedaran untuk 'kembali' dan sedar semula...
syukur di atas rahmat serta taufiq serta keampunan yang Allah kurniakan...

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud lebih kurang "Akulah insan yang paling hebat diuji di atas muka bumi ini"

sabda Baginda itu merujuk kepada keluhan para sahabat, ummat tentang apa yang mereka takrifkan sebagai ujian kehidupan.

namun atas dasar 'turun' atau 'diutus' Baginda oleh Allah untuk menjadi contoh serta suri taulan yang mulia dan pembawa rahmat kepada sekelian alam, maka Baginda tidak sesekali mengeluh, resah, tak puas hati, rasa rendah diri dsbnya atas setiap ujian demi ujian yang Baginda hadapi...

Baginda diuji oleh Allah dari segenap segi atas dasar untuk memberi contoh kepada semua caramana seseorang itu patut berfikir & bertindak dalam satu-satu situasi itu...

Baginda diuji dari kontek keperibadian diri.
Baginda diuji dari kontek sebagai seorang suami.
Baginda diuji dari segi kontek sebagai seorang pemimpin ummat.
Baginda diuji dari segi kontek sebagai ahli politik.
Baginda diuji dari segi kontek sebagai usahawan.
Baginda diuji dari segi kontek sebagai pendakwah.

pendek kata Baginda diuji dari semua segi kehidupan.

ujian Baginda yang kita tahu atau dengar cerita ialah dari konteks 'luaran' atau 'fizikal'..
kita jarang mendengar atau mengetahui bagaimana Bagainda diuji dari konteks 'batiniah' atau spiritualiti..

apapun.. untuk mengembalikan fokus, tenaga, semangat dan kekuatan.. setiap dari kita, termasuk Baginda sendiri sudah pasti harus melalui proses penyucian diri..

kita semua amat arif, Baginda di bersihkan beberapa kali dari sudut spiritual oleh para Malaikat. dan kita semua tahu bahawa sebaik sebelum Baginda melakukan 'mikraj', Baginda telah dibelah oleh Malaikat Jibril dan dibersihkan dada, dicuci jantung serta hati secara zahir & batin.

apakah 'significant' proses penyucian tersebut bagi kita ummatnya?

ada yang melihat dari segi konteks pembersihan diri luaran yang melibatkan elemen mental & emosional serta fizikal seperti muhasabah diri, mengubah sikap dan sebagainya..
ada yang melihat dari segi konteks pembersihan kerohanian seperti melakukan taubat, berzikir dengan tertib, bertahajjud serta suluk (menyendiri dan beribadah) dan sebagainya...

untuk menyempurnakan pembersihan diri secara total... sebagaimana fitrah kejadian manusia serta semua makhluk iaitu berpasang-pasangan maka semestinya proses pembersihan itu dilakukan secara fizikal & spiritual..

proses pembersihan secara total ini ada rukun serta tertibnya.. perlu diketahui dan dipelajari serta diamalkan oleh setiap ummat islam agar ianya menjadi satu amalan suci lagi murni dalam menjana kekuatan zahir & batin..

alhamdulillah, saya kini berada dalam peringkat pasca proses tersebut.. dan sudah tentu ianya merentap, menguji dan terus menguji tahap kesemua faktor diri seperti mental, emosional, spiritual serta fizikal..

alhamdulillah, tahap kepekaan kepada diri, keluarga, serta manusia disekeliling juga meningkat..

alhamdulillah, tahap ketenangan diri juga amat dirasai..

dan saya berdoa agar anda juga akan menjalani proses ini agar segala yang terbentang dihadapan bukan lagi diluhat sebagai halangan tetapi sebagai satu cabaran yang perlu kita hadapi dengan penuh kefahaman serta keyakinan.. apatahlagi dalam suasana sekeliling yang tidak menentu ketika ini...

salam jumaat buat semua..

Thursday, February 05, 2009

tRIMAS kASIH fIZA nORDIN



tiga-tiga award di atas saya terima dari Fiza Nordin... salah seorang 'superwoman' @ blogger yang ada seorang anak bernama sama dengan saya...

Fiza ni rajin masak.. kalau pi visit blog dia... macam-macam resepi yang 'menjolok tekak' (bukan menjolok mata yer) terhidang...

apapun... fiza, terima kasih atas ingatan dan pemberian awak ini...

Tuesday, February 03, 2009

Akhirnya ter 'TAG' juga saya... :-)

saya kengkadang 'asyik' juga membaca rakan-rakan yang kena 'TAG' ni...
sambil-sambil tu risau jugak 'takuttss' terkena... bukan aper, takut tak ada masa utk jawab...
anyway.. akhirnya bila dah Tuhan atur waktunya.. saya kenalah terima... :-)
so TAG ni saya terima dari SRISUFI....
---------------------------------------------------------------
1) I AM ?
------------->MOHD MIRZA… seorang yang biasa sahaja yang berada di dalam keluarbiasaan

2) I really want to go to?
------------->MAKKATUL MUKARRAMAH & MADINATUL MUNAWWARAH… merembes kerinduan azali diri

3) My Favourite Place?
------------->Puncak Gunung....menghirupi warna-warna alam, menghirup wangian angin

4) My Favourite Things?
------------->1. My Acer 2920 laptop & My Mobile Office - Nokia E90-1
------------->2. Carpentary Tools

5) My favourite drinks
------------->1. Kopi Ais ‘Kaw’
------------->2. Nescafe tarik

6) My favourite food
------------->1. Masak Asam Pedas Ikan Pari
------------->2. SEA FOOD esp sotong...

7) My favorite colour
------------->WHITE

8) I live in
------------->ULU YAM BARU, Selangor

9) I was born in
------------>Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan

10) School, College, Uni I attended
----------->SRK KGV, Seremban
----------->SDAR, Seremban
----------->UiTM, Segamat & Shah Alam (Final Year)

11) My favorite story
----------->1. Filem Melayu – ABANG (Rahim Razali)
----------->2. English – The Untouchables (Kevin Costner)

12) This is my hobby
----------->MENULIS, MEMBACA, BERFIKIR & BERTUKANG (kayu)

13) and I definitely dream for
----------->HAVING AN INTERNATIONAL COLLEGE OR UNIVERSITY OF ATTITUDES that can helps people to re-tune & unleash their true potentials in becoming an excellent person.

so 'mangsa' seterusnya????
nanti saya akan umumkan...
sabar ya...

Tanda Ingatan Dari New Zealand...

syukran jazilan As & Family yang berada di New Zealand...

moga terus dicucuri taufiq, hidayah, rahmat serta ketenangan dalam mengharungi kehidupan di alam maya ini...

Monday, February 02, 2009

MAXIS Broadband Kong Kali Kong di Puchong...


salam semua...

hari isnin saya hari ini dimulakan dengan 'kegagalan' penyedia serta pembekal talian internet broadband di kawasan ofis (puchong) iaitu Maxis dalam menjalankan tugasan mereka...

setelah menghubungi talian toll free khidmat pelanggan Maxis... diberitakan bahawa talian broadband kawasan puchong hanya akan 'ok' sekitar pukul 3 atau 4 petang... itupun setelah janji awal ianya akan ok sekitar pukul 11 pagi...

sistem komunikasi ofis saya 'terpaksa' & 'dipaksa' untuk menggunakan khidmat Maxis kerana mereka gamaknya telah 'borong' jaringan sistem telekomunikasi area sini...

sebab itulah masa pindah ofis ke sini, kami tidak boleh menggunakan khidmat TM atau Telekom.. bila call telekom... depa kata.. eehhh, kawasan tu Maxis yang punya...

so, tiada pilihan kena pakai Maxis...

dan atas alasan 'monopoli' ini... tiada pilihan untuk pengguna.. maka Maxis yang Kong Kali Kong hari ini telah menjejaskan urusan perniagaan saya...

halo Maxis...
halo Ananda Krishan..

yengge..preemaaa????

mujurlah talian DiGi Internet saya memberikan jalan penyelesaiaan..

terima kasih DiGi..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails