Monday, February 16, 2009

Kursus Reiki-LVT Sabtu Lepas Lancar...



seperti yang sedia maklum, pada Sabtu lepas (14 Februari 2009) saya ada menganjurkan Kursus Reiki-LVT Peringkat Lanjutan di dewan latihan SCA, Puchong.

Kursus yang berlansung selama sehari (10am - 5pm) tersebut berjalan lancar dan peserta yang hadir juga alhamdulillah telah mendapat menafaat dari 'lambakkan' ilmu-ilmu reiki yang mengandungi teori serta praktikalnya.

bermula dengan topik-topik seperti disebelah paginya;

1. cahaya & warna (definasi dari segi sains, sains metrafizik & falsafah).
2. penyerlahan potensi diri untuk meningkatkan semangat serta keyakinan diri.
3. pengunaan warna pada diri dan sekeliling (meliputi topik-topik frekuensi warna dan kelebihan setiap warna, kegunaan warna dalam meningkatkan 4 elemen diri - mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. mengenal keperibadian menerusi warna diri.
5. kekuatan, kelemahan, potensi dan terapi yang bersesuaian untuk diri.


dan 'highlight of the day' - Teknik Penyembuhan Diri yang Efektif : Reiki-LVT Peringkat Lanjutan pada sebelah petang;

1. Pengenalan kepada Reiki-LVT (Terapi Getaran Cahaya)
2. Memberi 'booster' kepada elemen diri seperti tanah, air, api & angin.
3. Mengerak sifat asas diri seperti mental, emosional, spiritual & fizikal.
4. Menjana Tenaga Dalaman melalui teknik pernafasan dalaman.
5. Menyalur Tenaga kepada yang tersayang dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
6. Mengesan Tenaga -ve di dalam diri.
7. Menyalur Tenaga secara 'Long Distant' (tanpa kehadiran penerima) melalui getaran cahaya dan gelombang elektro magnetik pada diri.
8. Men'nyah' cas semua tenaga -ve pada diri, tempat kerja, rumah dsbnya.
9. Menyalur Tenaga pada benda-benda lain selain manusia.

dan beberapa topik lagi yang sarat dengan praktikalnya...

pendek kata, peserta yang hadir mendapat banyak ilmu yang baru untuk digunapakai bagi diri, keluarga dan pekerjaan @ ibadah seharian.

bagi peserta yang hadir..tahniah serta syabas saya ucapkan...

mudah-mudahan anda terus cemerlang di masa hadapan..

wasalam

12 comments:

kuIna said...

mcm best aje... bila nk sampai sini.. nak join.

KTS said...

tetiba terasa teruja plak dgn kursus ni...

camana kita nak tau elemen diri kita??

Sifu Mirza said...

insya Allah kuina...

ada rezki ke utara conduct prog di sana saya akan alert awak...

:-)

Sifu Mirza said...

kts...

elemen diri ada 4; mental, emosioanal, spiritual & fizikal..

kumpulan manusia juga ada 4;

1. berwarna putih (spiritual)
2. pink (emosional)
3. hijau (mental)
4. biru (fizikal)

ada beberapa cara utk tahu;

1. kamera aura
2. teknik kinesology
3. teknik reiki-lvt
4. teknik tarikh lahir

saya menggunakan teknik reiki utk tahu awak tergolong di dalam kelompok yang mana...

:-)

teknik reiki ni akan membolehkan kita mengesan getaran elektromagnetik yang wujud dipersekitaran oleh semua benda termasuk manusia..

:-)

nak belajar? boleh..tunggu program seterusnya dalam bulan depan...

Anonymous said...

sifu Mirza, sifu ditag...
Tag Berhantu yek...

Anonymous said...

sifu Mirza, sifu ditag...
Tag Berhantu yek...

SRISUFI said...

salam sifu...

didoakan semoga lebih cemerlang...


sangat menarik teknik2 yg dipersembahkan.

SERIUS sgt kagum.ilmu Allah sgt luas..

terima kasih sifu

Sifu Mirza said...

ya daus...

tag berhantu yer..

nanti acik jawab..

:-)

Sifu Mirza said...

salam sri...

syukran jazilan atas doa..

insya Allah ada rezki boleh berkongsi teknik-teknik tersebut dengan sri & kengkawan bloggers yg lain..

:-)

ya ilmu Allah sangat luas...

Anonymous said...

Jangan lupa saya gak... yg tgh tak stabil ni.. hehehe
Insya Alah saya akan hadir..

Sifu Mirza said...

salam sarah,

insya Allah... saya akan jemput awak..

:-)

KTS said...

wahhhh..

byk cara rupanya ya...

betul2 teruja ni ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails