Thursday, February 19, 2009

Islam Yang Mudah...


seorang ahli sufi pernah berkata....

Islam Itu Amat Mudah...
Mudah Itu Tidaklah Seperti Yang Disangka...

Islam Itu Amat Mudah Bagi Yang Memahami...
Namun Janganlah Ia Dipermudah-mudahkan...



rata-rata orang yang bergelar Islam (samada Islam dia otomatik; ibubapa dia islam ataupun yang memeluk agama Islam dengan meninggalkan agama nenek moyang mereka) tidak benar-benar memahami agama mereka.

rata-rata orang yang bergelar Islam ini hidup secara 'stereo typing' iaitu melaksanakan segala gerak-kerja berdasarkan apa yang nenek moyang mereka amalkan seperti solat, puasa, zakat serta haji.

melakukan sesuatu perkara atas dasar ikut-ikutan atau paksaan (jika tak buat kena rotan dsbnya) adalah satu perkara atau perbuatan yang paling malang yang dilakukan oleh manusia yang ingin atau kepingin digelar Insan.

melakukan sesuatu perkara tanpa memahami isikandungan (roh) perkara tersebut ibarat kita mencurahkan air ke daun keladi... ataupun seperti berpuasa tanpa niat di mana kita akan hanya mendapat lapar & dahaga sahaja tidak lebih dari itu.

manusia & insan itu berbeza sama sekali... berbeza dalam banyak faktor.
manusia & insan itu berbeza dari segi kedudukan mereka.
manusia & insan itu berbeza dari segi kefahaman mereka.
manusia & insan itu berbeza dari segi keyakinan mereka terhadap Robbul Jaleel.
manusia tidak kenal siapa Robbul Jaleel.
insan sangat mengenali Allah Azza Wajalla.

manusia terus sibuk dengan dunia yang sementara.
manusia terus sibuk dengan perkakasan dunia.
manusia terus sibuk dengan hiasan diri, keluarga dan saudara.
manusia terus sibuk dengan harta serta kuasa.
manusia terus sibuk dengan turun naik nafas yang tiada dalam kawalan mereka.

insan terus sibuk memantapkan diri dengan kefahaman demi kefahaman.
insan terus sibuk beribadah bersungguh-sungguh atas amanah seorang khalifah.
insan terus sibuk menyuci diri diri setiap detik & ketika.
insan terus sibuk dengan perjuangan @ jihad tanpa henti.
insan terus sibuk dan sibuk hanya kerana Allah.

melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui matlamat atas perlakuan yang dilakukan tersebut adalah ibarat melakukan pekerjaan yang sia-sia (sila baca surah Al-Asyr) serta merugikan diri serta masa.

asas kepada khusyuk dalam ibadah ialah mengetahui perlakuan serta roh perlakuan ibadah tersebut.

contoh: solat yang kita kerjakan...

matlamat solat ialah:

1. menzahirkan ketaatan seorang hamba terhadap Penciptanya. (fizikal/zahir)
2. membesar, memuji-muji serta memanjat rasa kesyukuran kepada Allah. (roh/batin)

matlamat diri yang mengerjakan solat:

1. menunaikan perintah yang telah diperintahkan ke atas diri kita. (fizikal/zahir)
2. mengurus nafsu agar menurut perintah diri sebenar diri untuk turut sama melakukan rukuk serta sujud kepada Pencipta. (roh/batin)


bersambung insya Allah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails