Tuesday, March 24, 2009

Merentas Garis Waktu 40...


Lewat Satu Tiga Puluh Tengahari Ahad
Empat Puluh Tahun Yang Lalu
Di sebuah Rumah Kayu Di sebuah Kampung
Aku Menerjah Ke Alam Fana Ini

Sembilan Purnama Dalam Kegelapan Tanpa Kilau Cahaya
Hanya Berselimut Tipis Kulit Ibuku
Berenang Dalam Lautan Ketuban
Merengkut Tubuh Badan Sesekala

Sepuluh Tahun Pertama Yang Bahagia
Tanpa Sekelumit Derita Lara
Mungkin Tiada Dalan Kamusku
Atau Ibu Sengaja Melindungiku

Sepuluh Tahun Kedua Yang Mengajar
Hidup Berkelana Sebatang Kara
Berteman Rakan-Rakan Sepanjang Masa
Asrama Jadi Teduhanku

Sepuluh Tahun Ketiga Yang Mencabar
Membanting minda serta kudrat
Memposisi diri dalam masyarakat
Bertemu pilihan hati menyambung zuriat

Sepuluh Tahun Keempat Yang Penuh Warna
Dari Tiada Kepada Ada
Dari Ada Kepada Tiada
Hilang Semuanya Dalam Kasih SayangNya

Itu Cerita Empat Gulungan Dekad Yang Lalu
Semuanya Bagiku Indah Belaka
Walau Detik Getir Kerap Melanda
Walau Pahit Senyum Selalu diLontar

Dari Dekad Menuju Separuh Abad
Yang Perlu Dilalui Penuh Tekad
Apa Yang Lansung Tetap Terpahat
Di Dalam Kitab Al-Maksirat

Merentas Garis Waktu 40
Rupanya Sama Sahaja Rasanya
Seperti Rentasan-Rentasan Sebelumnya
Yang Berbeza Hanya Pada Faham & Yakin

Garis Waktu 40 Sangat Istimewa
Kata Orang 'Life Begins At Forty'
Istimewa Kerana Banyak Perkara
Istimewa Kerana Banyak Warna

Apakah Akan Ketemu Garis 50
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Ketemu Ataupun Tidak
Tiada Dalam Kamus Diri Ini

Apa Yang Ada Hanya Satu
Tiada Dua Tiada Tiga
Hanya Satu
Dari Mula Hingga Ke Akhirnya



sifumirza
uluyambaru
230309

4 comments:

kuIna said...

selamat menyambut ulangtahun kelahiran... moga panjang umur, murah rezeki..sihat selalu.

Unknown said...

Bermulalah hidup lelaki. Erk, perempuan seperti saya bagaimana pula :D

SRISUFI said...

Selamat Hari Lahir Sifu,

Allah selamatkan kamu!
Allah selamatkan kamu!

mcm lagu Hj Bakhil pula.

Saya doakan sifu berbahagia dan semakin mantap dalam kerjaya.

AMIN

Anonymous said...

Assalamualaikum

Selamat Hari Lahir Sifu,

Semoga murah rezeki dan berbahagia selalu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails