Wednesday, January 09, 2008
Muhasabah Diri...
salam semua...
tidak sampai bebarapa jam lagi, semua ummat Islam akan melangkah ke tahun baru hijrah 1429.
ianya merupakan satu detik yang bermakna buat semua ummat islam apabila memperingati betapa perjuangan Rasulullah menuntut hijrah yang berterusan dari setiap diri ummatnya.
Rasulullah memanifestasikan 'geraklaku hijrah' tersebut dalam satu peristiwa di mana Baginda bersama Saidina Abu Bakar r.a berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Panji-panji Allah di muka bumi ini.
keseluruhan perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Agama Allah ini menuntut begitu banyak pengorbanan demi pergorbanan dari segi mental, emosional, spiritual serta fizikal... ianya satu proses perjuangan yang berpanjangan sehinggalah Baginda wafat.
peristiwa hijrah yang berlaku lebih 1429 tahun yang lepas sewajibnya kita ambil untuk menjadi pedoman dalam kehidupan kita dari segi melunaskan setiap amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan ummat Rasulullah s.w.t...
kini hijrah yang perlu kita lakukan ialah hijrah diri yang meliputi elemen mental, emosional, spiritual dan fizikal.... penghijrahan ini perlu atau wajib dilakukan oleh setiap ummat Islam tanpa mengira warna kulit atau bangsa...
dalam menyusun strategi untuk melakukan hijrah diri ini.. setiap dari kita perlulah melakukan muhasabah diri...
muhasabah diri ini perlu kita lakukan kerana ianya akan membuat/memberi kita mengenalpasti kedudukan diri kita sekarang atau ketika ini, agar boleh dilakukan segala perancangan dan strategi bagi 'melonjakkan' diri kita untuk menjadi diri yang lebih baik di masa hadapan...
di atas saya sertakan 'Model Muhasabah diri - ARP' untuk anda amati dan lakukan penilaian ke atas diri dan mengenalpasti perletakan diri kita sekarang...
dan matlamatnya sudah tentu untuk mencapai tahapan Insan Sempurna atau Insan Kamil... Insya Allah..
sama-samalah kita melakukan muhasabah ini pada setiap masa agar kita sentiasa sedardiri dan mampu membaikpulih diri agar 'kembali' ke Rahmatullah dalam keadaan yang sempurna...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment