Tuesday, January 08, 2008

Hijrah; Apa yang kita faham?



salam 'hijrah' buat semua...

kurang 48 jam kita akan melangkah ke tahun 1429 hijriah...
cepat benar masa berlalu....

apatahlagi masa memang bukan milik kita...

dan banyak yang diperkatakan tentang masa...

"hargailah masa..."
"tepatilah masa...."
"jangan buang masa..."

dan sebagainya...

masa adalah 'jarak di dalam vacum'... ianya tidak mempunyai bunyi tetapi ianya boleh diukur samada kehadapan atau kebelakang...

apa yang kita tahu atau faham tentang hijrah? soalan yang lebih memerlukan kita untuk berfikir diluar kotak pemikiran yang biasa...

hijrah selalu dikaitkan dengan satu keadaan di mana berlaku satu 'evolusi' (bukan revolusi) ke atas diri dan ianya melibatkan perubahan secara total samada dari segi mental, emosional, spiritual juga fizikal...

dan perubahan itu tercerna secara luaran dan dalaman...

proses hijrah yang mengikut hukum alam ialah hijrah ke satu tempat, keadaan, situasi yang lebih baik dari sebelumnya...

kalau dari segi masa, kita meninggalkan satu titik masa yang lalu dan melangkah ke satu titik masa yang baru... di dalam vacum...

penghijrahan secara total merangkumi ke empat-empat elemen diri yang di atas (mental, emosional, spiritual dan fizikal)...

bila masa kita dituntut untuk melakukan hijrah?
berapa kali sudah selama hidup ini kita telah melakukan hijrah?

hijrah adaah merupakan satu yang dituntut oleh agama (selalu kita dengar istilah ini...) walau pada 'hakikatnya' ianya dituntut oleh Allah s.w.t...

adakah ada waktu-waktu tertentu untuk kita melakukan hijrah?... jawapannya tiada... kerana?, kerana hijrah adalah wajib dilakukan oleh orang-orang yang mengaku diri mereka beriman, dan ianya dilakukan pada setiap masa detik dan ketika...

apabila hijrah ini dituntut oleh Tuhan, maka ianya menjadi satu kepentingan untuk kemaslahatan diri dan ummat... perlu dan perlu...

maka atas keperluan ini (apatahlagi ianya dituntut..) maka hijrah ini adalah satu perlakuan yang dikategorikan sebagai 'jihad'...

jihad dalam melawan hawa nafsu untuk melakukan perubahan...
dan sudah menjadi janji Allah bahawa orang-orang yang berjihad ke jalanNya, apabila mereka gugur... maka gugur itu adalah 'syahid'....

suka juga saya berkongsi kisah di mana pada zaman Rasulullah dahulu ada ketikanya apabila semboyan atau laungan keluar berperang dilaungkan... ada juga di antara mereka-mereka yang menemui Rasulullah dan enggan turut berperang dengan alasan sudah ada semuanya dan hidup senang... maka golongan ini adalah golongan munafik... apatahlagi Rasulullah turut mengambarkan ummatnya di akhir zaman, ada di antaranya yang islam pada paginya dan kafir pada petangnya...

maka kumpulan-kumpulan munafik ini memang ada dan wujud di antara kita... mantap dari segi 'persembahan diri' dan 'gah' dengan kata-kata namun apabila datangnya tuntutan jihad... semuanya memalingkan wajah ke arah yang lain...

kerana apa mereka jadi sebegini?... tiada lain melainkan 'cinta kepada dunia'... itu jawapan Rasulullah kepada para sahabat...menerangkan sikap keengganan kaum ini untuk nelakukan jihad...

bagi mereka semua yang ada, harta, keluarga dan anak-pinak adalah cukup serta milik mereka dan itu adalah pemberian Allah dan tidak perlu lagi bersusah payah...sedangkan mereka lupa...bahawa Allah terus menguji setiap hambaNya pada setiap detik dan masa...

adalah kita tergolong ke dalam golongan yang melakukan hijrah?

kita ada jawapannya....

wasalam

1 comment:

Anonymous said...

I must digg your article therefore other people are able to see it, very helpful, I had a hard time finding the results searching on the web, thanks.

- Thomas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails