Wednesday, January 09, 2008

Matematik & Sains dlm Bahasa Ingeris : Input selamba Pak Ungku..



salam semua...

dalam detik-detik menuju tahun hijrah yang baru.. beberapa hari yang lepas, kalau tak silap saya hari ahad, malamnya saya mengikuti lapuran berita dari satu siaran televisyen 'percuma' melalui saluran berbayar astro...

siaran berita televisyen sensasi ini ada menyelitkan segmen bersama Prof. DiRaja Ungku Aziz... dan soalannya menjurus kepada meminta pandangan dan pendapat prof. tentang pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa ingeris...

pak ungku ini saya amat arif, sebagai seorang terpelajar dan intelek beliau sedaya upaya tidak mahu 'diseret' ke kancah politik oleh mana-mana pihak...

namun soalan yang ditujukan kepada beliau ada keberatan untuk menarik beliau agar memberi pandangan yang memihak kepada mana-mana posisi.. samada bersetuju atau tidak...

apabila ditanya tentang kebaikan mengajar 2 subjek ini dalam bahasa ingeris; pak ungku menjawab dengan penuh hemah... beliau memulakan input beliau dari segi konteks bahasa yang diguna itu... kata beliau tidak menjadi masalah untuk menggunakan samada bahasa melayu atau bahasa inggeris dalam mengajar dan belajar 2 subjek tersebut... namun pak ungku memberi penekanan tentang bahasa itu sendiri...

penekanannya ialah dari sudut mengusasi 'vocab' utk bahasa inggeris dan 'nahu' untuk bahasa melayu... katanya jika diikutkan dari segi bahasa, nahu bahasa melayu lebih sukar dari mengusasi 'vocab' bahasa inggeris...

beliau menekankan bahawa penguasaan nahu atau vocab ini perlu dimulakan seawal kanak-kanak berumur 3 tahun... dan proses ini akan berterusan sehingga dewasa di mana vocab atau nahu ini akan terus diperkayakan dengan proses pembelajaran yang betul...

tanpa penguasaan vocab atau nahu ini, apa sahaja pelajaran yang diajar tidak akan dapat mencapai objektifnya...

contoh mudah beliau ialah bagaimana seorang pelajar itu tahu untuk menyebut 'TREE' jika beliau tidak disuntik dengan perkataan dan sebutan tersebut dari awal.... dan bagaimana pula untuk menambah 'A GREEN TREE' atau 'A beautiful green tree in front of the headmaster room' sedangkan sebutan TREE tidak dikuasainya?...

prof juga ditanya tentang 'revolusi' kerajaan tentang penyediaan Modal Insan... Pak Ungku menjawab ianya merupakan 'Evolusi' bukan 'Revolusi'...sambil membetulkan perkataan si bertanya @ wartawan siaran...

jawapan atau input ringkas Pak Ungku ialah.... ianya hanyalah tidak lain tidak bukan hanyalah berbentuk 'slogan-slogan' yang di bawa atau diucapkan oleh banyak pihak atau sesiapa... dan ianya tidak memberi sebarang kesan yang sebenarnya kepada dunia realiti...

dan 'wawancara singkat' dicelah pembacaan berita berakhir di situ sahaja...dengan kesan yang mendalam buat yang mahu membuka minda atau mengaku mempunyai minda kelas pertama... untuk memikirkan pengajaran yang boleh diambil buat pedoman kehidupan...

sistem pendidikan negara memang menjadi satu strategi yang amat penting buat sesebuah negara itu...

jika kita mahu melahirkan rakyat atau pengisi kemerdekaan dengan manusia yang berfikiran jauh serta berminda kelas pertama... maka ianya bermula dari satu sistem pendidikan yang juga ber kelas pertama...

kerana satu-satu penukaran kepada sistem yang sediaada tanpa melihat kesannya dari segi jangka pendek dan panjang akan mengakibatkan kecelaruan yang dahsyat... dan lebih menjadi malapetaka lagi apabila penukaran yang dilakukan itu bersifat atau dilakukan setelah 'mereka-mereka yang di amanahkan' tersalah bangun dari tidur atau ada agenda tersirat...

dan kesan salah bangun atau ada ubi sebalik batu itu akan memberi kesan yang besar pada masyrakat... dan saya pasti mereka-mereka ini akan menerima 'habuan' masing-masing di akhirat nanti apabila semua mulut-mulut terkunci rapat....

selamat berhijrah 'membuka minda'...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails