Monday, January 14, 2008
Masa memang bukan milik kita..
salam semua....
Firman Allah dalam surah Al Ashr (103: 1- 3)
Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali;
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,
dan nasihat menasihati supaya;
mentaati kebenaran dan supaya menetapi kesabaran.
----------------------------------------------------
masa memang bukan milik kita... dan kita memang tidak pernah memiliki masa...
apa yang kita miliki?...
pada hakikatnya kita tidak memiliki apa-apapun hatta diri kita...
segala-galanya milik Allah Azza WaJalla, Tuhan sekelian alam semesta ini...
pada hakikatnya kita adalah seorang hamba...ya, hamba... tetapi kita adalah seorang hamba yang merdeka... merdeka?... ya merdeka dalam erti kata, berupaya memilih jalan-jalan ke syurga atau jalan-jalan ke neraka...
melalui Firman Allah di atas... fahamilah kita bahawa perjalanan tempoh, detik dan masa sememangnya telah disempurnakan sejak dari azali lagi.... ianya telah termaktub di dalam kitab kita di Loh Mahfuz sana...
dan melalui Firman Allah itu juga, Allah telah menerangkan 2 situasi berbeza buat menjadi pedoman para hambaNya dalam melayari kehidupan di dunia ini;
situasi pertama; keadaan manusia-manusia yang mengalami kerugian
situasi kedua; keadaan manusia-manusia yang tidak rugi atau beruntung...
1. Golongan manusia yang beruntung
- manusia yang beriman
- manusia yang beramal soleh
- manusia yang saling menasihati tentang kebaikan
- manusia yang saling menasihati tentang kesabaran
2. Golongan manusia yang rugi
- manusia yang tidak beriman atau tiada keyakinan sebenar yakin
- manusia yang beramal hanya utk diri dan bukan kerana Allah
- manusia yang pentingkan diri dalam perkara kebaikan
- manusia yang tidak boleh membezakan antara marah & sabar
mengapa masa tidak kita miliki?...
manusia sering lalai dan leka... leka dengan bujukan nafsu, leka dengan harta dan wang ringgit, leka dengan wanita keliling pinggang, leka dengan pangkat dan kuasa dan banyak lagi barang-barang yang membuatkan manusia leka...
kisah kelekaan manusia ini telah Allah pertontonkan semasa 'perjalanan mikraj' Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha... di mana Baginda telah dipertontonkan beberapa golongan-golongan penghuni neraka dan dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s tentang perihal golongan tersebut...
antaranya; bagaimana seorang yang sedang mengikat bebanan kayu untuk dipikulnya... setiapkali beliau cuba untuk mengangkat bebanan kayu itu dan tidak berjaya, beliau akan menambah satu lagi kayu ke dalam ikatan tersebut dan terus cuba mengangkatnya.. ianya berterusan...
apabila ditanya oleh Baginda kepada Jibril, kisah atau hikmah untuk difahami dari peristiwa itu, Jibril menerangkan begitulah keadaan ummat Baginda, di mana amanah dan tanggungjawab yang telah sekian banyak ada dibahu beliau tidak terpikul namun beliau cuba untuk menerima atau menambah lagi amanah lain...
realiti kini, sering kita temui betapa ramainya umat Muhammad yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah dan tanggungjawab di dalam masyrakat, tempat kerja dsbnya gagal untuk melunaskan setiap tugasan itu dengan baik...namun masih tercari-cari lagi amanah atau tugasan lain untuk dipikul... dan kesan secara lansung ialah betapa hasil-hasil dari tugasan separuh masak ini sangat menyedihkan dan merugikan masyarakat...
dan paling pasti... tiada atau terlalu sedikit sangat yang sanggup melaksanakan satu-satu amanah atau tangungjawab tanpa dijanjikan sebarang imbuhan atau 'masyukkk'...
takda masyuk.... sori.. ada masyukkk, kerja bole jalan...
begitulah realiti manusia kini...
atas dasar masa bukan milik kita maka kita perlu segera melihat ke dalam dada tentang keimanan... tentang amalan...tentang kebenaran...tentang kesabaran...
kerana... sememangnya kita tidak pasti bila 'tarikh luput' diri kita di dunia yang fana ini.... apakah ianya sedetik lagi? atau seminit lagi? atau sejam lagi? atau sehari lagi? atau seminggu lagi? atau sebulan lagi? atau setahun lagi?...
itulah hakikat tentang masa... tiada kepastian tentangnya melainkan pada Allah...
tepati masa...
hormati masa...
jangan buang masa...
masa itu emas...
antara pepatah atau bidalan tentang masa.... untuk kita renungi dan jadikan pedoman... jika kita mahu....
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment