salam semua....
lewat beberapa hari lepas seluruh negara dikejutkan oleh berita seorang penguasa @ pemimpin besar terlibat dalam skandal dvd sex.
tanpa bertangguh, sebaik berita tersebar ke seluruh negara, penguasa tersebut membuat kenyataan akhbar keesokkan harinya dan mengaku bahawa beliau lelaki yang terdapat dalam aksi-aksi panas di dalam dvd tersebut.
saya ikuti laporan berita malam itu dan kita di bawa melompat ke sana-sini, ada interview dengan sarjana-sarjana ilmuan yang memberi input tentang peristiwa itu dan juga sidang akhbar penguasa tersebut...
saya sangat hairan apabila si penguasa ini sangat 'tak reti' dan mengulas perkara tersebut sebagai 'hal peribadi' dan enggan meletakkan jawatannya...kemudian beliau terpacul jugak menyebut segalanya adalah di tangan memanda menteri, timbalan dan presiden parti beliau....
saya pasti dia tahu akibat atau natijahnya.... seperti yang diulas cantik oleh Prof Dr. Khoo Kay Kim; apabila seseorang pemimpin itu terlibat dalam satu perkara yang melibatkan integriti dan perkara itu dilihat oleh para masyarakat umum sebagai satu yang tidak boleh diterima, maka seeloknya 'meletakkan jawatan' adalah perkara yang perlu dilakukan...
saya tak pasti mengapa pada mulanya si penguasa ini 'degil' untuk letak jawatan... samada dia 'ingat' dia boleh 'dicover'...dan boleh diselamatkan agenda politiknya atau dia pikir negara malaysia yang serba boleh ini, rakyatnya tak kisah dan tak akan campur soal peribadi hatta hal peribadi seorang pemimpin....
saya sarankan agar para pemimpin mendefinasikan semula 'hal peribadi' dengan maksud yang lebih luas...
memang sekali pandang ianya hal peribadi; tetapi sebagai seorang ayah, suami, pemimpin masyarakat setempat seterusnya pemimpin negara yang diundi dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh isteri, keluarga dan masyarakat...
tindakan melakukan hubungan seks atau menjalin hubungan dengan pihak yang 'tidak sah' adalah dilihat sebagai satu kesalahan atau dari segi moralnya ianya satu yang amat jijik dari pandangan masyarakat terutamanya masyarakat malaysia...(ada orang bagi istilah; main kayu tiga...atau 'makan luar'..)
saya lihat diluar negara; negara maju seperti amerika, britain, jepun dsbnya... walaupun mereka mengamalkan seks bebas, boleh bertukar-tukar pasangan, namun apabila timbul isu seperti ini yang melibatkan moral dan integriti maka pemimpin-pemimpin yang terlibat akan faham, sedar dan terima hakikat lalu meletakkan jawatan tanpa perlu nak cari 'tangan-tangan' yang boleh menyelamatkan diri...
payah sangat nak ajar orang kita membuka minda dan berfikir dengan baik...
dari satu sudut... saya amat pasti, rakyat negara Malaysia kini sangat bijak dan tidak duduk di bawah tempurung lagi... semua sudah boleh berfikir.... berfikir di luar kotak...dan pastinya kita tidak akan dijajah sekali lagi oleh orang-orang kita sendiri....
inilah risiko yang para individu 'terkenal' samada dia artis, para pemimpin atau sebagainya... waimanya seseorang itu mempunyai pengaruh di mata umum dan dikenali oleh umum lalu mereka ini dicop atau dilabel sebagai 'public figure'....
kalau dah jadi 'public figure' mana ada lagi soal peribadi.... kalau adapun, terlalu sedikit sangat... selebihnya semua orang nak tahu... makan apa, suka apa, kawan dengan siapa, tidur kat mana dsbnya...
kalau dah salah tu salah lah jugak.... tak payah nak pusing-pusing cakap bebenda lain....dan perbuatan meminta maaf pada semua, yang telah dilakukan itu...baguslah, perbuatan yang sangat terpuji...maka seterusnya insaf dan bertaubatlah...
sebab orang tua-tua kata;
langit tak selalu cerah...
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...
harapkan pagar, pagar makan padi...
akhir kata, harap-harap si penguasa ni takda murid-murid atau pengikut...sebab, orang kata kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari....
dan manusia-manusia lain yang menyokong si penguasa ini, saya sarankan bertaubatlah sebab kalau nak sokong tu orang cakap, siang pandang-pandang..malam dengar-dengar...
adaka patut, pi sokong orang buat zina... apa nak kongsi syer sikit ker...??
wasalam...
p/s maaflah tulisan sedikit 'keras'... bukan marah...geram jer...
No comments:
Post a Comment