salam semua..
di dalam Al-Quran, Allah berfirman menerusi surah Al-An'am ayat ke 54;
54. dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".ayat di atas secara jelas memperlihatkan keadaan manusia/hamba Allah yang mahu bertaubat itu adalah antara ciri-ciri orang-orang yang 'beriman' kepada ayat-ayat Allah (firmanNya di dalam Al-Quran).
beriman kepada ayat-ayat Allah adalah bermaksud beriman keseluruhannya (6 rukun iman)..dan golongan ini sudah pasti golongan yang amal maaruf nahi mungkar dan sudah tentu jenis yang 'samia'na wa atokna' atau kami dengar kami patuh.
maka apabila golongan ini (yang menyatakan hasrat untuk bertaubat dan kembali kepada Allah) datang kepada kita, maka hendaklah kita memberi kata-kata positif serta peransang dan juga khabar gembira buat mereka tentang rahmat Allah, pengampunan Allah serta Kasih Allah kepada mereka.
manusia/hamba Allah ini mahu bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini tidak kiralah apa dosa mereka (melainkan syirik), maka sewajibnya kita memimpin serta membimbing mereka dengan dorongan serta kata-kata nasihat agar semangat mereka kembali pulih dari bayangan-bayangan dosa yang telah dilakukan.
benar, setiap hamba Allah itu mempunyai intrepestasi atau pandangan terhadap dosa masing-masing; namun dosa adalah dosa dan dosa akan tercuci bersih dengan taubat yang sebenar-benar taubat serta bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut.
untuk lari dari bayangan dosa-dosa lampau; kita perlulah bertaubat dengan sebenar-benar taubat, memaafkan diri kita, cintai dan sayangi diri kita dan bangkit semula dengan diri yang baru.
apa yang sudah berlalu, jadukanlah satu ilmu yang berguna buat diri untuk masa hadapan.
jangan sesekali berharap apa yang ada dihadapan kita ini akan merubah bayangan dosa lalu kerana yang berlalu tetap tidak akan boleh diubah.
yang boleh diubah hanyalah diri kita iaitu siperlaksana; maka janganlah melaksanakan dosa-dosa itu semula...sungguh tidak bersyukur serta jauh dari keimanan sekiranya seorang itu membiarkan tangannya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.
pohonlah kekuatan dari Allah.
pohonlah perlindungan kepada Allah dari bisikan nafsu serta hasutan syaitan samada yang jelas atau tersembunyi.
hanya kepadaNya lah kita bergantung.
di dalam surah An-Nisa' ayat ke 31, Allah berfirman;
31. jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga).
dan di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 159 & 160, Allah menunjukkan tanda-tanda orang-orang yang diterima taubatnya.
159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
160. kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
ayat ke 159 menerangkan sifat orang-orang yang dilaknat oleh Allah & sekelian makhluk iaitu mereka yang berdusta serta menyembunyikan kebenaran yang Allah turunkan. Mereka-mereka ini adalah pendusta dan sahabat kepada syaitan serta iblis.
ayat ke 160 menerangkan golongan yang Allah terima taubat mereka, iaitu mereka yang bertaubat dan insaf, mereka terus berusaha memperbaiki amalan mereka serta mereka menerangkan apa yang mereka sembunyikan (keterangan-keterangan) tentang kebenaran yang Allah nyatakan serta apa yang mereka tahu.
moga kita tidak dibayangi dosa-dosa lampau..insya Allah.
wasalam
4 comments:
salam sifu,
hmmmm...
terima kasih atas ingatan dan pesanan ini
sebagai hamba yang lemah ni saya juga tak lari dari dosa
semoga dosa2 lampau saya diampuni dan semoga saya tak terus lakukan dosa di masa akan datang,
amin.
salam sifu ..
bayangan kesilapan menimbulkan rasa keinsafan yang teramat sangat dalam diri ... semoga Allah ampuni segalanya .
:-)
birU memang best!..
mudah-mudahan kita tergolong ke dalam golongan yg senantiasa bertaubat dan insaf serta mendapat kefahaman serta ilmu di dalam perjalanan ini..
:-)
betul kesturi..
jadikanlah ianya satu sempadan yg sentiasa melonjakkan diri kita untuk jadi yang terbaik...
insyaallah..
:-)
Post a Comment