syabas buat misi kemanusiaan bantuan ke Gaza.
walaupun gagal, namun sekurang-kurangnya kalin telah membuktikan bahawa ada usaha dari satu perspektif untuk membantu saudara islam yang ditindas di sana.
pejuang-pejuang palestine yang hanya bersenjata biasa (tidak secanggih senjata tentera israel) yang terus berjihad mempertahankan sisa-sisa tanahair yang ada.
tiadalah boleh diharap bantuan ketenteraan dari negara-negara islam yang lain, terutamanya yang berhampiran.. maka anak-anak inilah terpaksa diajar untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanahair.
sudah beribu keranda kita saksikan dengan berpeluk tubuh serta mungkin sedikit tangisan di dalam dada. mereka-mereka ini dizalimi dalam saat saudara seislam yang lain berbahagia di rumah masing-masing.
apalah erti kehidupan jika tanahair dirampas dan hanya mampu melihat tanpa dapat mempertahankan.
kematian adalah perkara biasa di Gaza.. sekurang-kurangnya mereka berusaha mempertahankan masjidil aqsa dari tindakan kebinatangan regim zionis israel.
regim zionis israel tidak kira siapa sahaja untuk menjadi mangsa peluru mereka. kerana mereka percaya bahawa bangsa israel adalah bangsa yang mulia dan manusia lain adalah hina.
142. Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
adakah kita sudah menyangka kita akan masuk syurga dengan apa yang telah kita lakukan?
adakah kita malu untuk berjihad di atas nama Allah dalam mempertahankan agama?
adakah kita sudah bersungguh-sungguh berjihad membantu saudara seislam kita yang ditindas oleh puak zionis regim israel?
adakah sudah terang dan nyata kita hanya beribadah, berjihad ke jalan Allah?
atau kita masih sibuk dengan diri, harta serta kuasa yang tidak habis-habis perkiraannya?
atau kita jenis bangsa yang tumpang selit dan bersifat munafik dalam perjuangan?
adakah sudah nyata sifat sabar kita serta cekal dalam perjuangan menegakkan agama Allah?
atau kita masih terus beremosi menonton cerekarama, akademi fantasia, mentor dsbnya?
fikir-fikirkan..
wasalam
al-fatihah buat semua pejuang islam tidak kira di mana sahaja anda berada.
5 comments:
salam sifu,
terharu dan bergenang airmata saya membaca kisah2 gaza nih.
apa yg mampu kita buat disini?
boikot barang buatan israel pun entah mampu ke tak kita ni?
menderma setakat mampu?
menghina dan melaknat mereka?
berdoa dan terus berdoa...
apa lagi yg kita mampu buat?
memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.
salam birU,
buatlah sedaya yang mampu.
buatlah dengan kesungguhan.
ianya bermula dari diri kita.
walau umat sekeliling seolah tidak membantu..
sekurang-kurangnya ada seorang yang bersungguh & istiqomah.
:-)
insyaallah.
benar pacifist...
benar.
perjuangan & jihad adalah sepanjang zaman.
kunci kiamat dirahsiakan agar hamba-hamba yang benar-benar bersedia setiap masa akan mendapat menafaat dari jihad 'asli' bukan pura-pura..
apapun..bersungguhlah dalam perjuangan..
insyaallah.
:-)
Post a Comment