memang terkejut..
terkejut bila mendapat berita ada seorang anak muda islam yang mengucap dua kalimah syahadah ingin membunuh seorang pemimpin islam yang boleh dikatakan berpangkat bapa.
cerita lanjut ada di sini;
tidak kiralah dari parti politik apa pun..tak kiralah apa kefahaman politik masing-masing..
sebagai seorang islam, tidaklah boleh kita melahirkan hasrat atau berniat apatahlagi melafazkan dengan kata-kata untuk mengambil nyawa seorang muslim yang lain selagi muslim itu mengucap dua kalimah syadah.
orang yang diugut untuk dibunuh....
orang yang mengugut untuk membunuh...
facebook sipengugut...
inilah bukti seorang saudara islam mahu membunuh saudara islam berpangkat bapanya di dalam ruangan comment di facebok...masya Allah...
jika kita perhalusi komen-komen di atas; kita akan dapati ianya adalah berkisar kepada cerita ketidaksamaan fahaman politik.
maka untuk menyalahkan ibubapa adik ini, bagi saya tidaklah tepat kerana jika cerita berdasarkan politik maka kefahaman yang dibawa oleh parti itu sendiri yang akan membentuk sikap serta membina sifat ahli-ahlinya.
bolehlah kita lihat bagaimana gagalnya sistem politik di negara kita dan gagalnya objektif serta halatuju satu-satu parti itu jika ianya membuahkan ahli yang sedemikian.
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan atau bapa borek anak rintik atau cikgu kencing berdiri murid kencing berlari.
anak muda di atas sudah tentu menerima pakai atau menerima contoh yang tidak baik dalam perjalanan memahami politik kepartian yang dianggotainya.
mengapa jadi seteruk ini sehingga kita tidak boleh membezakan darah siapa yang halal untuk ditumpahkan?
marilah kita membuka Al-Quran dan merujuk akan isikandungan yang berupa firman-firman Allah kepada para hambaNya.
di dalam surah Al-An'am ayat ke 137 Allah berfirman;
137. dan Demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua Yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka Dengan kata-kata indah Yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan mereka nengenai ugama mereka. dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. oleh itu biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan itu.
manakala dalam surah Al-Baqarah ayat 72, Allah berfirman;
72. dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa Yang kamu sembunyikan.
saya tidak mahu mengulas panjang tentang bab ini kerana ianya sudah terang jelas tentang hukum mengugut, atau membunuh orang.
cuma apa yang berlegar di kotak pemikiran saya ialah, betapa celaru dan rosaknya sistem pendidikan, sistem kemasyarakatan dan sistem siasah/politik yang kita hadapi.
moga Allah menerima taubat hamba-hambaNya.
tidaklah kita ketahui untung nasib seseorang itu melainkan Allah.
wasalam
1 comment:
salam sifu ...
..sedih bila ada insan sebangsa ..senegara dan seagama pulak tu ..menyimpan niat sebegitu rupa ..semoga Allah bukakan pintu taubat kat hatinya ... amin
:-)
Post a Comment