Thursday, March 25, 2010

Miskin @ Kedana Cinta...



salam semua....

kesinambungan dari 'status update' saya di fb berkenaan dengan miskin cinta.

apa itu cinta? cinta ialah satu rasa yang diperolehi hasil dari kesukaan, keseronokan hati & diri terhadap sesuatu perkara, ada ataupun tiada.
cinta tidak boleh dibuat-buat tetapi cinta boleh disemai dengan cara berusaha mendidik hati agar menyukai sesuatu itu.
didikan ke atas hati ini ada syaratnya, iaitu kita perlu melapangkan dada serta berfikiran terbuka serta memberi peluang untuk cinta itu hadir dengan izin Allah.

contoh;
ada pasangan yang berkahwin atas saranan keluarga, maka mereka ini membina cinta selepas berkahwin.
ada pasangan yang tidak mahu anak, tetapi dikurniakan oleh Allah, maka mereka ini belajar untuk mencintai zuriat mereka.
ada pasangan yang saling benci membenci sebelum kenal, namun atas izin Allah, mereka mula menyukai dan berkahwin seterusnya menyemai cinta.
ada yang tak tahu bagaimana mahu mencintai Allah, maka Allah utuskan Rasulullah & para Nabi untuk menunjuk cara bagaimana untuk mencintai Allah.

setiap perkara yang Allah jadikan berpasang pasangan; jika ada cinta, maka adalah bencinya.
setelah ada cinta, ada pasanganya juga...cinta kerana Allah atau cinta kerana nafsu @ syaitan.

cinta yang kekal abadi ialah cinta kerana Allah
cinta yang bermusim dan pening kepala ialah cinta kerana nafsu @ syaitan
dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.

terdapat satu kisah di mana Rasulullah menunjukkan kepada para sahabat akan seorang yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga.
setelah diselidiki, para sahabat mendapat tahu bahawa orang itu tabiatnya ialah pada setiap malam sebelum tidur, dia akan memikir & berusaha untuk mempertingkatkan rasa cintanya terhadap Allah; dia akan memikir dan berusaha untuk memaafkan setiap orang islam & kafir; dia akan memikir & berusaha untuk meningkatkan rasa sayangnya kepada semua orang.

nah.... soalan? adakah kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kasih sayang kita kepada Allah setiap masa? jika ada terfikir, bagaimana caranya?..... ramai yang mampu dan bijak berkata-kata namun tidak dapat memberikan jalan dan tunjukcara bagaimana untuk kita tingkatkan rasa cinta & kasih kepada Allah.

mensyukuri nikmat yang Allah beri adalah satu caranya
'samiaqna wa atoqna' (dengar & taat akan perintah Allah) juga salah satu caranya
melakukan taubat setiap detik dan masa adalah salah satu caranya
mempertingkatkan ibadah dengan bersungguh-sungguh adalah satu caranya
berbaik sangka kepada setiap makhluk Allah adalah satu caranya
menunjuk contoh yang baik kepada orang lain adalah satu caranya
berpesan-pesan akan kebenaran & kesabaran adalah satu caranya

malah kita ada berjuta-juta cara untuk meningkatkan cinta kita kepada Allah kerana ilmu Allah itu tiada batasnya dan ianya banyak pada yang tersirat dari yang tersurat yakni banyak yang memerlukan kita berfikir & bertindak dari banyak membaca.

kita jangan mementingkan diri sendiri dengan berfikir bahawa hanya kita sahaja yang berhak mendapat cinta Allah.
kita perlu ingat, ada ramai diluar sana yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan cinta mereka kepada Allah.
buka mata seluas-luasnya dan perhatikan betapa seluruh alam semesta bertasbih memuji-muji Allah setiapa detik dan setiap masa.
amat menyedihkan bagi kita manusia yang Allah jadikan sangat sempurna tetapi amat kurang sekali memuji-muji Allah berbanding pokok-pokok kayu dan haiwan-haiwan.

jangan kita beri alasan bahawa pokok itu tidak bekerja atau sibuk seperti kita kerana tidak seperti mereka, kita manusia diberi Allah akan segumpak daging yang bernama hati.

hati seorang insan (bukan manusia) akan sentiasa berzikir memuji-muji Allah setiap masa.

sudah lumrah sifat manusia yang mahukan balasan atas setiap yang diusahakan.
tetapi manusia yang beragama islam sangat menyedihkan, balasan-balasan yang diharapkan itu tidak setimpal dengan perlakuan atau usaha yang dilakukan.

contoh; masakan kita bersawah 1 relong tetapi kita mahukan balasan 3 relong...

kita mahu dicintai tetapi kita kedekut dan bakhil untuk memberi cinta kita.
kita mahu Allah mencintai kita, tetapi kita lansung tidak mencintai Allah.

kita tahu Allah memiliki semua benda termasuk diri kita, tetapi kita lupa Allah juga memiliki orang yang kita benci di atas dunia ini.
Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sejahat-jahat manusia yang melaukan kerosakan demi kerosakan, menipu, mencuri, merompak dsbnya tetap mendapat rezeki yang di janjikan.

janganlah kita pergi jeles dengan perompak itu atas alasan, dahlah jahat, kaya pulak tu...
memang dia jahat, dia akan dihisab dan menerima balasan atas apa yang dia kerjakan. itu janji Allah.
tetapi tidakkah kita mahu melihat bahawa ada ciri-ciri yang kita boleh belajar dari para perompak & penyamun ini.

ciri-ciri itu kita hanya perlu positifkan sahaja.

contoh;

seorang penyamun dan perompak mestilah cekap, peka, bersungguh-sungguh, merancang dengan baik, menepati masa, sabar dan tenang.
bayangkan perompak yang tidak cekap, tidka peka, tidak bersungguh-sungguh atau malas, tak pandai merancang, tak ikut masa atau berlengah dan mengelabah; maka mereka tidak akan kaya raya.

perlu diingat, perompak ini termasuk jugak perompak professional yang merompak disiang hari, iaitu merompak wang rakyat, rasuah, menipu perniagaan dsbnya.

janganlah kita yang mengaku kuat sembahyang, kuat puasa, keluar zakat, pergi haji, berzikir siang malam rasa sedih pulak bila tengok rezki takat camtu ajer...
cuba check balik, adakah kita seorang yang cekap, peka, bersungguh-sungguh, sabar & tenang serta menepati masa dalam setiap ibadah kita?

berbalik kepada isu cinta...

lihat balik diri kita, di mana kita berada dan bagaimana kita mengurus cinta kita?

sebab itulah berkali-kali dalam program latihan yang saya dan rakan conduct; kami menekankan akan punca segala permasalah di dunia ini ialah hasil dari kurang kasih sayang....kurang kecintaan atau tiada cinta lansung.

adakah kita cinta kerjaya kita?
atau kita membenci kerjaya kita?

sedangkan kita saban masa solat berikrar bahawa solat, ibadah @ wanusiki, hidup & mati kita semata-mata hanya kerana Allah.

mengapa kita 'melanggar' ikrar kita?
sangat menakutkan apabila ikrar itu kita lafazkan di hadapan Allah.

maka sebab itulah kita sentiasa rasa bahang, panas dan tidak selesa ketika beribadah kerana kita telah 'melanggar' janji-janii serta ikrar kita dengan Allah...

adakah kita cintakan Allah sedangkan kita tidak ikut ikrar kita?
adkah kita cintakan diri kita sedangkan kita lakukan ibadah kita bukan kerana Allah?

sebab itulah pening memanjang....

moga mendapat iktibar & ilmu...
wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails