salam semua,
doa saya moga Allah mengampuni kita semua dari saratan fitnah demi fitnah yang menyelubungi langit bumi Malaysia yang bertuah ini...
doa saya moga Allah menerima taubat-taubat yang kita panjatkan buat sekian kali lamanya lantaran dosa-dosa yang kita lakukan seolah-olah tiada tuhan dalam diri dan kita tidak akan dibicarakan di padang mahsyar...
doa saya moga pintu-pintu hati yang tertutup rapat akan dibuka oleh Allah agar menerima kebenaran walau ianya pahit untuk ditelan...
doa saya moga jihad yang kita laksanakan sentiasa berada pada 'mode' tahap tinggi agar tidak mudah tewas dengan tiupan nafsu yang bergelora yang datang bersama syahwat, duit serta pangkat...
malas nak cerita panjang.... mari kita lihat beberapa fakta yang mungkin kita tidak tahu mengapa jadi kalut perjalanan kehidupan, sistem pemerintahan serta ekonomi keluarga dan negara dewasa ini...
------------------------------------------------------
sedutan tulisan...
" Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.
Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank."
tulisan penuhnya, sila klik di sini...
maka buatlah pilihan... mahu ke mana kita? mahu jadi apa kita? apa nasib anak-anak bangsa? adakah agama akan jadi perkara penghabisan dalam kehidupan kita?...
fikir-fikirkan..
wasalam
No comments:
Post a Comment