Friday, August 26, 2011

Tebing Ramadhan 1432h....

salam semua,

ya..malam ini Ramadhan sudah memasuki helaian ke 27nya...
maknanya tinggal 3 hari sahaja lagi umat islam berpeluang untuk menghayati, membersihkan diri, memohon ampun serta taubat, melaksanakan perubahan diri dan menggandakan ibadah-ibadah malam.

samada kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan, hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang mengetahuinya...mudah-mudahan.

sekiranya ini Ramadhan yang terakhir, maka mudah-mudahan segala ibadah 'xtra ordinary' yang kita lakukan memperoleh ganjaran yang setimpal atas kehendak Allah.

suka duka asam garam sepanjang Ramadhan kali ini sudah tentu akan memberi kesan atau bekas buat diri kita yang tunduk sujud beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

buat yang terus-terusan bersifat seperti bulan-bulan sebelum Ramadhan, maka mudah-mudahan baki hari yang tinggal ini akan dimenafaatkan dengan sebaiknya kerana janji Allah akan keampunan terhadap setiap hambaNya yang berusaha membersihkan diri mereka zahir & batin.

bukankah puasa itu merupakan satu-satunya ibadah yang berupaya menawan serta meredupkan nafsu diri yang bergelora...?
kerana itulah puasa adalah satu-satunya ibadah yang haqnya adalah milik Allah...haq yang dituntut oleh Allah atas setiap hamba-hambaNya yang wajib dilunaskan hanya kerana Allah...

apapun tafsiran kita terhadap ibadah puasa, bulan Ramadhan hatta malam istimnewa Lailatul Qadar - semua kita telahpun diberi peluang serta ruang yang cukup secukupnya untuk melakukan ibadah umum & khusus di atas kemampuan terbaik diri sendiri serta jemaah.

kisah lama seperti masih berperangai seperti sebelum Ramadhan itu, tidaklah perlu kita perbesarkan kerana itulah tanda-tanda kejayaan syaitan serta hawa nafsu mendidik diri kita selama 11 bulan sebelum itu..makanya di bulan Ramadhan, perangai serta sifat-sifat kita sama sahaja dengan tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penambahbaikan di bulan mulia ini.

apapun, Ramadhan sudah kelihatan tebingnya... Syawal mula menggamit kita...

persoalan.... adakah diri kita serupa seperti yang dinyatakan? telah kembali kepada fitrah manusia atau insan atau malangnya fitrah syaitan?

matlamatnya ialah untuk kembali kepada fitrah manusia - suci, murni, bersih, tulus serta mulus....

mudah-mudahan ibadah kita disepanjang Ramadhan ini akan memungkinkan kita memperoleh kejayaan untuk kembali kepada fitrah sebagaimana yang dikehendakki oleh Allah.

wasalam


Wednesday, August 03, 2011

Apa Nak Kata? Kekal Kuasa, Negara Hancur....

salam semua,

terkini, heboh terbongkar strategi spr dan jpn dalam memastikan undian memihak kepada kerajaan.
kalau dulu sibuk dengan undi pos, tapi kini undi pos tidak cukup untuk kekalkan kemenangan kerajaan memerintah, maka para PATI (pendatang tanpa izin) seramai 4 juta di malaysia boleh digunakan nama-nama mereka atau mereka dibenarkan turut serta mengundi dalam PRU13 nanti.

PRU13 dicanangkan akan diadakan pada tahun ini...

berita di bawah ada bukti bagaimana sangat 'bahaya'nya kerja-kerja pengekalan kuasa ini.
jika ianya benar, maka tiadalah maruah kerajaan yang ada sekarang ini untuk terus mengemudi negara serta tidak layak untuk masuk pilihanraya kerana kerja-kerja busuk ini.

--------------------------------------------------------------------------------------

SURUHANJAYA PERLU SIASAT – PAGI MYPR PETANG MYKAD – harakah daily

Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.

------------------------------------------------------------------------------------

apa yang kita khuatirkan akan berlaku sekiranya kita percaya ianya akan berlaku.
negara kita akan jatuh ke tangan 'orang lain' yang bukan orang malaysia pun sekiranya nasihat-nasihat  untuk mengerjakan kejahatan ini didengar & diikuti.
memang jelas, segala perlanggaran akan berlaku demi mengekalkan kuasa.

kita rakyat hanya mampu bertindak dengan menyampaikan berita, menasihati sahabat handai, rakan taulan, dan terus berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran.

sebagai warganegara sebuah negara yang berdaulat, kita perlu hentikan kerja-kerja terkutuk ini... mana mungkin seorang PATI boleh senang-senang dapat PR lepas tu utk layakkan dia mengundi, bagi taraf WARGANEGARA sesuka hati....

masyaallah.... beginikah caranya ya Allah?
insyaallah...... Engkau Maha Mengetahui, Maha Perancang, Maha Pengampun.. Engkau lebih berhak ke atas segala-galanya hatta ianya sesuatu yang ghaib..


wasalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails