Friday, August 26, 2011

Tebing Ramadhan 1432h....

salam semua,

ya..malam ini Ramadhan sudah memasuki helaian ke 27nya...
maknanya tinggal 3 hari sahaja lagi umat islam berpeluang untuk menghayati, membersihkan diri, memohon ampun serta taubat, melaksanakan perubahan diri dan menggandakan ibadah-ibadah malam.

samada kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan, hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang mengetahuinya...mudah-mudahan.

sekiranya ini Ramadhan yang terakhir, maka mudah-mudahan segala ibadah 'xtra ordinary' yang kita lakukan memperoleh ganjaran yang setimpal atas kehendak Allah.

suka duka asam garam sepanjang Ramadhan kali ini sudah tentu akan memberi kesan atau bekas buat diri kita yang tunduk sujud beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

buat yang terus-terusan bersifat seperti bulan-bulan sebelum Ramadhan, maka mudah-mudahan baki hari yang tinggal ini akan dimenafaatkan dengan sebaiknya kerana janji Allah akan keampunan terhadap setiap hambaNya yang berusaha membersihkan diri mereka zahir & batin.

bukankah puasa itu merupakan satu-satunya ibadah yang berupaya menawan serta meredupkan nafsu diri yang bergelora...?
kerana itulah puasa adalah satu-satunya ibadah yang haqnya adalah milik Allah...haq yang dituntut oleh Allah atas setiap hamba-hambaNya yang wajib dilunaskan hanya kerana Allah...

apapun tafsiran kita terhadap ibadah puasa, bulan Ramadhan hatta malam istimnewa Lailatul Qadar - semua kita telahpun diberi peluang serta ruang yang cukup secukupnya untuk melakukan ibadah umum & khusus di atas kemampuan terbaik diri sendiri serta jemaah.

kisah lama seperti masih berperangai seperti sebelum Ramadhan itu, tidaklah perlu kita perbesarkan kerana itulah tanda-tanda kejayaan syaitan serta hawa nafsu mendidik diri kita selama 11 bulan sebelum itu..makanya di bulan Ramadhan, perangai serta sifat-sifat kita sama sahaja dengan tidak menunjukkan sebarang perubahan atau penambahbaikan di bulan mulia ini.

apapun, Ramadhan sudah kelihatan tebingnya... Syawal mula menggamit kita...

persoalan.... adakah diri kita serupa seperti yang dinyatakan? telah kembali kepada fitrah manusia atau insan atau malangnya fitrah syaitan?

matlamatnya ialah untuk kembali kepada fitrah manusia - suci, murni, bersih, tulus serta mulus....

mudah-mudahan ibadah kita disepanjang Ramadhan ini akan memungkinkan kita memperoleh kejayaan untuk kembali kepada fitrah sebagaimana yang dikehendakki oleh Allah.

wasalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails