Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
La Ila Ha Illah Huwallah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar Walillah Hilamd....
kurang seminggu gema takbir, tahmid serta tasbih berlalu, namun kehangatan syawal masih terus menusuk ke dalam diri kita.
usai kuliah ramadhan selama sebulan dengan pelbagai kisah-kisahnya yang penuh dengan ilmu pengajaran, kita dihadiahkan oleh Allah akan syawal yang penuh dengan keberkatan.
ramadhan mengajar kita erti pengorbanan.
syawal mengajar kita erti kesyukuran.
ramadhan adalah bulan terbaik untuk hamba-hambaNya menyuci diri sebersih-bersihnya agar sebelas bulan selepas itu, diri menjadi suci dalam menerima serta melakukan pembaharuan demi pembaharuan ke arah pemantapan dalam kontek memahami ibadah serta memahami hakikat pengabdian kita kepada Allah.
wang ringgit harta benda bukanlah kayu pengukur akan kejayaan seseorang hamba itu dalam melepasi ujian-ujian ramadhan.
amal ibadah serta ilmu pengetahuan dan pemahaman yang kita perolehi disepanjang ramadhanlah yang menjadi aset berharga buat setiap diri-diri yang benar-benar ingin kembali kepada Robbul Jaleel.
sekiranya ada rasa 'tak best' berhari raya, maka periksalah ibadah ramadhan kita.
sekiranya ada rasa 'tak heppi' berhari raya, maka segeralah lihat pengisian ramadhan kita.
berbahagialah sesiapa di antara kita yang mengecap sinar syawal lantaran kesungguhan jihad di bulan ramadhan.
namun Allah Maha Besar, sekiranya kita rasa 'tak best' lantaran kegagalan kita memenafaatkan ramadhan, maka bertaubatlah bersungguh-sungguh dan bangkit bangun dari tidur dengan melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan di bulan-bulan kehadapan ini....insyaallah, bertemu kita dengan ramadhan yang dihadapan nanti dengan persediaan yang lebih teratur.
tidaklah sama sambutan syawal atau hari raya kita dengan golongan selain islam...kerana ruhnya.
sebagai orang islam kita arif akan ruh & jasad...begitu juga ibadah yang kita lakukan... ia umpama yang tersurat & yang tersirat..
ruh ramadhan terletak kepada penyucian diri yang kita lakukan
ruh syawal terletak kepada kesyukuran terhadap Allah Azza Wajalla
maka kesungguhan kita menyucikan diri dengan pentaubatan serta keredhoan, ianya memberi kesan yang mendalam terhadap perubahan yang akan kita lakukan.
cubalah kita melihat setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita dalam kehidupan ini sebagai satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah buat setiap hambaNya...
memungkinkan kita melihat semua itu sebagai anugerah Allah ialah sifat berbaik sangka kita sesama makhluk serta Pencipta.
buangkanlah jauh-jauh sifat-sifat yang merosakkan diri seperti marah, haloba, dengki, khianat, malas dsbnya agar perjalanan serta usaha dan ikhtiar yang kita lakukan untuk menjadi hamba sebenar hamba tidak terganggu di tengah jalan.
yakinlah akan perjalanan ini.
yakinlah akan kehidupan di masa ini dan selepas ini.
yakinlah kepada Allah & Rasulullah.
mudah-mudahan hidup kita penuh dengan keberkatan dan rahmatNya... insyaallah
salam eid mubarak dari saya buat anda, di mana sahaja anda berada..
wasalam
No comments:
Post a Comment