salam semua..
kata orang lama 'rasa adalah rahsia'...
maka benarlah apa yang dikata...
se teko teh jika dijamu kepada 5 orang dan ditanya tentang rasanya... maka kita akan mendapati jawapan yang berbeza antara ke semuanya... tiada jawapan yang sama.
begitu juga dalam menzahirkan rasa 'zuk' atau nikmat atau 'asyik' dalam beribadah kepada Allah.
tiada satu rasa pun yang akan sama antara setiap 1 billion lebih ummat islam di seluruh dunia dewasa ini.
masing-masing punya rasa yang tersendiri.
Maha Suci Allah yang begitu hebat kekuasaannya meliputi seluruh cakrawala dan alam semesta ini.
lihat saja 'cop ibu jari'....tiada satupun persamaan hatta antara yang masih hidup atau yang telah mati... tiada yang sama...
maka mampukah kita menolak kehebatan Allah?
maka mampukah kita kurang yakin kepada Allah?
maka mampukah kita derhaka kepada Allah?
maka mampukah kita memperlekehkah segala firman, perintah & hukum Allah?
hanya manusia yang buta hati sahaja yang sanggup berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan menderhakai Allah dan seluruh tenteraNya...
pernah kita dengar kisah tentang tentera Ahzab yang dimusnahkan Allah dengan tentera-tenteraNya?
jika tidak pernah, janganlah kita ambil tak kisah tentangnya... bersungguhlah mencari ruang & peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan keadaan suci & murni yakni dalam keadaan penuh pentaubatan...
pernah kita merasakan kesenangan hidup? jika pernah alhamdulillah...namun rasa kesenangan kita itu berbeza takrifnya dari orang lain... mungkin kesenangan hidup kita itu merupakan kemewahan buat orang lain...atau mungkin kesenangan hidup kita itu ditakrifkan sebagai ke'daifan' oleh sebahagian orang lain...
maka takrif kesenangan hidup sebenar-benarnya ialah cukup makan, minum serta pakai dan boleh bergerak ke sana-sini dengan baik.....tidak kiralah berapa isi tanggungan yang kita ada.
namun jika ada elemen berlebih-lebihan hingga boleh mencetus pembaziran maka tidaklah kita boleh dikatakan senang kerana ianya sudah jatuh kategori mewah dan membawa kepada bermewah-mewahan.
maka berwaspadalah sentiasa akan 'rasa-rasa' yang boleh menipu lantaran bisikan nafsu yang sentiasa mengajak kepada berlebih-lebihan.
mungkin kita pernah melihat satu keadaan di mana satu keluarga yang susah dari mata kasar, namun hidup bahagia dan senang....apa rahsia mereka?
mereka mungkin telah mengecap setitis kemanisan di dalam lautan kepahitan sehingga nikmat kemanisan setitis itu diungkapkan sebagai rahmat yang tidak ternilai di sisi Allah.
kepahitan yang dialami dan dilihat orang lain sebagai kepayahan sebenarnya ialah kehidupan biasa yang mereka lalui yang lansung tidak memberi bekas kerana mereka berjaya 'menukar' nilai biasa yakni kesukaran itu menjadi kesenangan anugerah Allah.
adakah hidup kita yang serba-serbi cukup ini masih kita kategorikan sebagai susah, sukar dan pahit?
jika ya...maka carilah setitis kemanisan di dalam kepahitan ini....agar kita boleh menilai dengan baik betapa rahmat Allah itu datang dalam berbagai-bagai bentuk samada kita suka atau tidak...samada kita sedari atau tidak...
wasalam.
No comments:
Post a Comment