salam semua...
esok malaysia akan menyambut hari malaysia yang kedua setelah malaysia ditubuhkan sejak 1963.
mengapa setelah 48 tahun baru kita menyedari perlunya hari malaysia ini disambut?
terima kasihlah kepada kelompok manusia dan parti yang menamakan kumpulan mereka 'Pakatan Rakyat' kerana telah berjaya memberi kesedaran kepada satu lagi kelompok manusia dan parti yang menamakan diri mereka 'Barisan Nasional'.
begitu juga cuti yang dikecapi untuk hari sabtu... terima kasihlah kepada TG Nik Aziz yang telah memperkenalkannya di kelantan dan secara lansung menberi tekanan untuk pihak kerajaan 'of the day' a.k.a barisan nasional memperkenalkannya ke seluruh negara.
terima kasih juga kepada Dr. Mahathir dengan gaya 'autokratik'nya yang telah berjaya meletakkan batu asas penting buat negara iaitu wawasan 2020 sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.
dan banyak lagi jasa-jasa pemimpin-pemimpin negara tidak kira dari partai mana mereka wakili yang telah membantu 'menambah baikkan' perjalanan kehidupan rakyat keseluruhannya.
manusia-manusia yang hidup di negara malaysia ini kesemuanya unik... mereka mempunyai potensi yang sangat hebat... sebagai buktinya ialah 'lidah' orang melayu... menurut kajian, lidah orang melayulah yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dengan begitu baik, malah lebih baik dari empunya bahasa itu sendiri.
keunikkan orang malaysia tidak boleh dipertikaikan.
kehebatan orang malaysia juga tidak boleh diremeh-temehkan.
ianya telah terbukti sejak dulu lagi sehingga sekarang...dalam beberapa bidang, orang malaysia mendahului negara-negara lain di dunia.. cthnya bidang sukan, datuk nicole david & datuk lee chong wei.
boleh kata semua yang kita ingini boleh kita dapatkan di bumi bertuah ini...
apa kurangnya bagi negara kita ini?
kurangnya ialah kasih sayang.
sangat kurang kasih sayang sesama kita.
kita lebih suka dengki mendengki, hasut menghasut hanya kerana kita berlainan pendapat dan berlainan parti politik.
pemimpin parti politik juga asyik sibuk mengumpul harta dan secara tidak lansung mempergunakan pengikut-pengikut dengan menerbitkan elemen-elemen kebencian antara sesama.
kurangnya kejujuran dalam melaksanakan sistem pemerintahan.
kejujuran sangat penting dalam memastikan semua elemen dalam pemerintahan telus dan dapat memberikan kefahaman tanpa selindung.
kejayaan satu-satu kerajaan ialah ketelusan pemerintahannya.
kejayaan satu-satu kerajaan ialah pemimpinnya 'lead by example'.
adakah sangat berdosa rakyat-rakyat yang tidak menyokong kerajaan 'of the day'?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan PAS kelantan & kedah?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan Melaka & Negeri Sembilan?
adakah berdosa rakyat yang tidak menyokong kerajaan Malaysia?
tidak menyokong tidak bermakna patriotik
menyokong juga tidak bermakna patriotik
ada yang tidak menyokong kerana lebih cintakan negara dan mahu melihat negara lebih baik dari sekarang..
ada yang menyokong kerana 'al fulus fid dunya wal mamfus fil akhirah'....
maka saya sangat yakin selagi rakyat malaysia ini terus memegang status kerayatan negara malaysia, maka semua mereka mahu melihat negara Malaysia ini maju, aman & makmur.
rakyat malaysia tidak ada yang mahu melihat negaranya mundur.
jika ada tuduhan sedemikian, maka yang menuduh itu sepatutnya dipertikaikan bukan yang kena tuduh.
keharmonian negara ini sering kali dicalarkan oleh pemimin-pemimpin yang tamak serta haloba.
keharmonian negara ini sering kali dicemarkan oleh sistem-sistem ciptaan pemimpin serta ahli keluarga yang menyibuks serta berat sebelah.
keharmonian negara ini sering kali dimusnahkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang punya agenda tersendiri.
keharmonian negara ini seringkali diremukkan oleh badan-badan yang sepatutnya berkecuali tetapi memihak kepada satu-satu puak.
maka eloklah sejarah negara malaysia ini bermula dengan sejarah tanah melayu atau jika boleh pergi jauh sehingga sejarah aceh riau, langkasuka, kerajaan campa cermin dsbnya.
kita perlukan sejarah untuk meningatkan kita akan perjalanan ketamadunan, sosio ekonomi, penjajahan yang dialami, perjuangan dsbnya.
dalam menulis atau memperbukukan sejarah, kita perlulah jujur & ikhlas mengiktiraf setiap perjuangan tidak kiralah apa partai politik pemimpin itu...selagi mereka berniat & bertindak untuk memerdekakan tanahair dari penjajah.
buku sejarah kita banyak menidakkan perjuangan pemimpin-pemimpin hebat seperti Dr. Burhanudin Al-Helmy yang popular dengan rangkap "Atas robohan kota melaka, kita dirikan jiwa yang merdeka.."
kita juga patut mengangkat Datok Sagor yang membunuh J.W.W Birch sebagai hero & pahlawan tanah air dan bukannya turut 'terperangkap' melabel beliau sebagai pengganas (kerana kita terpaksa iktu telinjuk british)
kita juga jangan lupa perjuangan Datok Mat Kilau, Datuk Bahaman serta ramai lagi pejuang serta ulama-ulama yang turut berjuang menuntut kemerdekaan dari mana-mana pihak termasuk portugis, belanda, british dan lain-lain.
anak-anak kita tidak sepatutnya dinafikan hak untuk mengetahui sejarah sebenar pejuang tanahair selain hanya berkisar kepada perjuangan satu parti sahaja.
dunia semakin maju, dan kita tidak boleh menipu lagi...lagi banyak kita menipu, lagi banyak kubur-kubur yang akan dikencing oleh anak-anak kita.
maka dengan penuh keikhlasan, sama-samalah kita berganding bahu bersama-sama tanpa ada rasa hasad serta dengki atara kita untuk memajukan negara tercinta ini demi masa depan zuriat dan keturunan kita di hadapan...
selamat hari malaysia buat semua rakyat malaysia yang jujur serta cintakan negara.
wasalam
No comments:
Post a Comment