Monday, December 02, 2013

Be Positive

assalamualaikum semua.

asas kejayaan bagi setiap diri adalah bersikap positif.

dilafaz mudah.
diungkap mudah.
disebut mudah.

namun intipatinya adalah berteraskan kekuatan minda, emosi, semangat dan jasmani.

jika kita ambil contoh Rasulullah s.a.w;

Baginda yang sedang berdakwah kepada para pembesar quraish telah 'ditegur' oleh Allah s.w.t lantaran Baginda berpaling/tidak melayan soalan seorang buta.

Baginda seorang yang maksum. Tiada dosa. Ditegur Allah.
Baginda terima teguran dari Allah itu dan bangkit bangun. Tiada hiba tiada duka melainkan ianya baik sahaja.
Baginda tetap berdakwah selepas peristiwa itu.

Inikan kita yang banyak melakukan dosa dan menerima teguran. Maka janganlah berhenti dari berdakwah atau menyampaikan atau berkongsi ilmu.

Apa kutukan serta kata fitnah yang tidak diterima oleh Rasulullah s.a.w?
Penipu, pendusta, sesat, murtad, khianat, cakap tak serupa bikin dan segala-gala fitnah yang ada di atas muka bumi ini.

Namun, hebat benar diri Rasulullah s.a.w dalam menempuh setiap ujian yang dilaluinya.
Kerna Baginda tahu apa yang benar dan apa yang salah.

Itulah antara inti sifat Rasulullah s.a.w.. Baginda berada dalam keadaan yang sentiasa positif setiap detik setiap ketika.

Mari kita susuri dan sifati sifat Baginda. Biar tidak sempurna, namun teruslah berusaha.
Ingat, ujiannya tetap hebat namun terus 'be positive'!

In_sya_Allah. :-)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails