Thursday, June 29, 2006

memilih jalan pulang : sendiri....

salam....

kulli nafsin zo iqotil maut.....
setiap yg bernafas pasti akan menemui ajal @ kematian...

jauh sudah terasa mengembara...
penat berkelana meredah dunia...
dunia yg satu atau dunia yg ramai....

sampai satu noktah henti, kita harus akur segala-galanya sudah tamat buat kita....

sejak lahir lagi.....lalai & leka itu sudah ada dlm diri....
sejak lahir lagi.....marah & nista itu sudah ada dlm hati....
sejak lahir lagi....sabar & redho itu sudah cukup melengkapi....
sejak lahir lagi.....iman & taqwa itu sudah tersedia dlm diri....

kita jadi bahan tertawa syaitan bilamana nafsu menjadi ikutan...
kita jadi bahan bakar api neraka bilamana nafsu menjadi raja...

bilakah semua ujian akan berakhir ?
bilakah semua sandiwara akan tamat ?
bilakah tibanya penghujung hari ?

dimana....rupanya kita ini sendiri...
dimana....suami, isteri, ibu, bapa, anak pinak, sanak saudara ditinggalkan.....

rupanya kita memang sendiri di jalan pulang ini....
sebagaimana kita sendiri semasa kesini....

mana mereka semua?

rupanya mereka hanya fatamorgana perasaan....

mereka semua rupanya tiada.....dan kita sebenarnya sudah berjanji untuk memilih jalan pulang sendiri....

wasalam....

Tuesday, June 27, 2006

some people don't change...

"apa hoi...hoi.....
kita tada nama ka...

nama saja orang melayu...
sikit adab pun tada..."

sedutan skrip/dialog filem seniman bujang lapok....yg dituturkan oleh 'tuan singh' yg jadi jaga studio jalan ampas....

begitulah....bertahun-tahun penekanan, penerapan, didikan tentang adab serta budi pekerti dilakukan samada oleh ibubapa, guru, rakan dsbnya kepada setiap orang...

hasilnya?..... some people dont change...

pecah kepala sekalipun... berbuih mulut bercakap sekalipun.... ada di antara kita yang memang tak akan atau tak mahu berubah pun.....

why?..kenapa?.... sebabnya berbagai.....

rasa bagus.....rasa malas....rasa cukup......rasa berlagak.......rasa malu.....

cakap pasal perubahan.... kebanyakannya akan merujuk kepada perubahan dari buruk kepada baik.... jarang yang memperkatakan tentang perubahan dari baik kepada buruk sebab.....buruk tu dah biasa.....jahat tu dah terlalu 'common'..... org dah tak hairan....dahbiasa sangat jumpa orang jahat ni.......

payah nak jumpa orang baik....so kalau seseorang itu berubah dari jahat ke baik...ia mendapat perhatian umum....atau persekitarannya.....

jadi org yang berubah itu selalunya digelar 'manusia hebat'..... hebat dari segi berjaga mendisiplinkan diri agar tidak kembali melakukan 'kejahatan' , kemungkaran atau kemaksiatan....

yang degil atau memang tak mahu berubah itu bagaimana?......

mereka-mereka itu memang dah ditulis dlm surah Al-Asyr.... golongan yang telah disumpah oleh Allah mendapat kerugian....terus-terusan rugi.....

tapi.....kalau kita menjadi rakan kepada mereka yg 'some people dont change' ni...jgnlah ambil hati sgt.....kawan tetap kawan...tapi kalau mereka tertinggal bilamana semua dah terkehadapan......biarlah.....sebab?.....bagi mereka kejayaan itu mesti datang bergolek & terletak didepan mereka tanpa sebarang usaha......

jadi.....luncai tetap akan menjadi luncai......

wasalam

Monday, June 26, 2006

Mengurus Perasaan....

dalam hidup perkara yang paling penting dan tidak penting ialah mengurus perasaan...

ada orang berjaya mengurus perasaan dengan baik...
ada orang yang gagal mengurus perasaan dengan betul...

cerita pasal mengurus perasaan ini sebenarnya penting...kerana ianya melibatkan emosi dan emosi juga penting kerana ianya elemen 'kekuatan diri' seseorang itu..

minda, emosi & roh adalah elemen-elemen yang harus atau mesti seiring dalam memastikan perjalanan hidup kita penuh dengan tenaga-tenaga positif...

tenaga negatif atau negatif 'vibes'...sering kali menganggu-gugat perjalanan hidup.. negatif vibes ini selalunya datang dari persekitaran yang sangat tidak memuaskan hati serta diri kita... datang dari pasangan kita, datang dari tempat kerja kita, datang dari keluarga kita, anak beranak, adik-beradik, mak bapak, sanak saudara dan semua manusia yang sememangnya ada tenaga-tenaga sendiri....

setiap yang hidup atau bernyawa sudah pasti ada 'tenaga' masing-masing...tenaga-tenaga itu adalah atom-atom yang bertindak balas dalam diri seseorang atau hidupan itu....

perasaan adalah hasil tindakbalas atom-atom positif & negatif dalam diri kita sehingga terpercik berbagai rasa dan menghantar signal ke otak lalu otak memberi isyarat kepada hati....

rasa takut, cinta, benci dan dendam semuanya antara hasil tindakbalas atom yang berjaya menguasai diri kita...

bagaimana untuk mengurus perasaan dengan baik?

pertama-tama....kita hendaklah tahu & faham mengapa dan kenapa kita berada di dunia ini...ini adalah soalan basic....
kedua..... kita hendaklah kenal objektif diri kita ini...matlamat & halatuju...
ketiga.... kita mestilah faham persekitaran & benda hidup yang ada di dalamnya...

mengurus perasaan tidak susah jika kita tidak terlalu mengikut perasaan.... maknanya kita tahu apa itu perasaan dan apa kehendaknya serta apa kesudahannya....

fikir dengan akal sahaja tidak cukup....tapi kita kena bertanya kepada hati kita... apakah perlu perasaan jenis ini dilayan?....adakah ianya berbaloi?.....apa menafaatnya pada diri & kehidupan kita?...dsbnya....

wasalam

Ikut Hati = Mati.....Ikut Rasa = Binasa....

pernah dengar....

ikut hati mati
ikut rasa binasa....

camtu lah peribahasa melayu kita...

cth ikut hati ni..macam nak marah kat orang...tak pakai kepala...geram tu sampai nak belasah jer...so belasah punya belasah...rupanya terbelasah sampai mati pulak......

cth lagi satu....ikut rasa....rasa ni samalah dgn perasaan....hari hari melayan perasaan....lama-lama jadi perasan....terlalu banyak perasan..... habis diri binasa..... tak kerja..duduk termenung...mengenang nasib...pikir org tu..pikir org ni..sedang org tak pikir pasal dia...

so?....

heppi lah.....

Friday, June 23, 2006

"Memberi BOOSTER Kecemerlangan Kepada Anak-Anak Kita..."

salam semua.....

nak anak anda pandai?
nak anak anda bijak bistari?
nak anak anda cemerlang?

tapi kenapa masih ditakut lama?
lulus setakat cukup makan......

upsr dah nak dekat...pmr dah dihujung perjalanan...spm makin menjengok.....

biarkan sahaja mereka belajar sendiri?
biarkan cikgu yg memikul tanggungjawab utk mengajar?

sedangkan anda duduk rumah.....bergemuruh darah bila melihat anak ambil periksa & berdebar menunggu result yg sememangnya anda tahu....kalau ada perubahan pun..ke atas sikit...tapi banyak yg kebawah....

so? nak buat aper?

berilah mereka BOOSTER!!!

gilap kembali mutiara dalam diri anak anda....
tingkatkan gemilauan minda mereka....
beri mereka tenaga.... insya Allah mereka akan menunjukkan perubahan positif....

samada dari segi IQ, EQ atau SQ......

pernah dengar SQ.... Spiritual Quotient = Kecerdasan Spritual......

IQ kita biasa dengar....
EQ juga biasa dengar....

SQ ????..... haaaaa...tang ni lah elemen penting buat anak-anak kita....termasuk kita.....

SQ akan memastikan anak-anak kita fokus, faham serta pandai membuat pertimbangan antara bagus dan tak bagus.... antara nak join black metal atau jadi student cemerlang.......

semua strategi terkandung dalam kurus "Memberi Booster Kecemerlangan Kepada Anak-Anak Kita".....

semoga mereka berjaya....insya Allah

wasalam

Thursday, June 22, 2006

Its all about your mindset.....

sejauh mana anda 'berjaya' mengemudi diri anda dan kehidupan sekelilingnya adalah bergantung kepada kekuatan minda anda.....

berapa kuat minda anda mengawal seluruh sistem tubuh anda.... begitulah juga kekuatan yang terhasil dari tenaga minda tersebut...

boleh kawal minda anda?

pernah dengar minda sedar & separuh sedar?

ada kajian mengatakan minda separuh sedar mempunyai kekuatan yang 'extra ordinary' sehingga boleh mengawal perjalanan hidup & keputusan yang akan berlaku...

ada juga kajian mengatakan minda sedarlah yang mempunyai kekuatan itu.....

semuanya bergantung kepada kajian-kajian oleh bijak pandai...

minda sedar & separuh sedar mungkin memeningkan anda....... tapi mindset....kurang pening sikit....

mindset lebih kepada cara bagaimana kita berfikir sebelum bertindak...

nanti kita cerita lagi....

wasalam


Setakat Tarikat Sahaja lah....

melihat pada tajuk.... nampak apa yer?...

biasalah....

saya menulis pun melalui perjalanan & peristiwa yg berlaku kiri kanan...

tahu atau tidak tahu..... hidup kita ini adalah berlandaskan kepada 4 lapisan yang menyelubungi diri kita sehinggalah kita mati...

lapisan itu ialah syariat, tariqat, hakikat & maqrifat...

syariat adalah perkara yg kita lakukan seharian....
tarikat adalah 'standard operating procedure' kita...cara bagaimana kita melakukan sesuatu...
hakikat adalah penerimaan akan qada' & qadar kehidupan....
maqrifat adalah pertemuan dengan Allah s.w.t...

'ramai sangat' berada pada lapisan pertama....
'kurang ramai ' berada pada lapisan kedua....
'jarang-jarang' berada pada lapisan ketiga.....
'kadang-kadang' berada pada lapisan keempat....

kesemuanya berada dalam litupan tasawuf....... iaitu mendapat keredhoan Allah...

kita di mana yer?....

'kurang ramai' yg berpeluang berada pada lapisan kedua berpeluang utk merasai lapisan ketiga namun akibat 'tidak boleh menerima hakikat'..... semuanya kecundang.....

tewas dalam percintaan.....kecewa & tidak boleh terima hakikat...
gagal dalam perkahwinan....kecewa & tidak boleh terima hakikat...
kecundang dalam perniagaan...kecewa & tidak boleh terima hakikat...
dan lain-lain lagi....

habis tu..sampai bila kita boleh terima hakikat & seterusnya menuju ke makrifat Allah s.w.t???

tepuk dada tanya iman....

wasalam

The Richest Man In The World Ever

Tahukah kita siapakah orang yang paling kaya di dalam dunia dan masih memegang rekod tersebut hingga kini?

Jawapannya ialah Abdul Rahman Al-Auf r.a.......

Semasa beliau menghembuskan nafasnya......hartanya berjumlah 640 juta ringgit malaysia
640 juta ringgit malaysia pada zaman itu iaitu tahun 5 hijrah (plus minus 1400 tahun dululah)...

so kena kira 'backward' utk mendapatkan nilai sekarang.... (1 dinar = 250 ringgit)

80,000 untuk setiap seorang isterinya x 4 isteri = 320,000 dinar
320,000 = 1 par lapan dari keseluruhan hartanya
hartanya???? = 320,000 x 8 = 640,000 dinar
640,000 dinar x 250 ringgit (rate sekarang) = 640 juta ringgit

5% yearly increament nilai matawang ringgit = 5% x 1400 = 7,000 % increament...

640,000,000 x 7,000% (straight line tak kira accumulate yer) = 44,800,000,000 (45 billion) or (11,200,000,000 usd)

so kalau accumulate (kira halflah yer from 7,000% tu) = 44,800,000,000 x 3,500% =????

1,568,000,000,000,000 ringgit malaysia tu......(macam trillion jer nombor tu)
(39,200,000,000,000 usd).....

atas tu kira-kira yg saya buat..... tapi ahli matematik mesti boleh kira dengan baik... hanya asasnya ialah 640 juta ringgit pada tahun 5 hijrah...

mmmmm..... ramai yg nak kaya macam Abdul Rahman Auf yer....ramai yg mintak doa utk jadi kaya macam beliau..... tapi doa tak makbul...... agak-agak bila dah tahu ni.....doa boleh makbul ker?.....

seperkara lagi....pernah Abdul Rahman Auf ditegur oleh Rasulullah s.a.w kerna terlewat utk bersama-sama Baginda dalam solat....rupanya ada satu perniagaan beliau yang telah melekakannya....maka Rasulullah bertanya manakah yang lebih penting?.....perniagaan itu atau Allah??

Abdul Rahman Auf tidak teragak-agak utk menjual perniagaan 'yg telah melalaikan' beliau itu kerana bagi beliau tiada apa pun yang boleh membuatkan beliau lalai dari terus sujud & patuh mengabdikan diri kepada Allah....

kita boleh?.....

insya allah boleh....

waslam

Wednesday, June 21, 2006

melihat masalah dari mata burung bukan tempurung...

salam....

masalah..masalah..masalah.....

happy....happy.....happy.....happy....happy....

masalah yg kecik akan jadi besar kalau kita letak masalah tu bebetul depan mata kita... sehingga menutup segala ruang yg luas kiri kanan masalah tu.....

masalah adalah satu elemen yang cantik kalau kita benar-benar memahami.... cantik dari segi pengajaran...cantik dari segi pengalaman...cantik dari segi motivasi....

masalah akan membuatkan kita matang...
masalah akan membuatkan kita jadi 'wise'...

lihatlah masalah dari mata burung....nun jauh di atas sana...jgn lihat dari mata tempurung.... amat kecil dan sempit....

fokuslah pada penyelesaiannya.....jgn fokus pada masalah..... sebab???...... sebab bila fokus pada masalah.....awak nampak masalah ajer..... so bila nak selesai???....sampai bila pun tak selesai....

jadi....bila ada masalah..... lihat dari atas..... fokus pada penyelesaiannya...tak kira berapa banyak plan penyelesaiaan yg awak ada....tak kira...janji ada usaha ke arah nak menyelesaikan....bukan duduk diam dengan berpeluk tubuh.....

wasalam

Isteri Versus Suami...???

salam semua....

sedari dulu lagi atau sejak azali lagi antara perkara yang sering diperkatakan oleh khalayak ialah perihal suami isteri....

berkongsi cerita dalam perjalanan pulang dari utp-tronoh ke kl...ada bersama saya 4 orang suami..... seorang pernah beristeri 2, seorang baru ajer 'diterjah' isteri kerna berhajat, seorang masih setia dan 'lintang pukang' mengawal bahtera, sorang lagi 'maintain' tapi saya lihat dia juga 'ada hajat'....

mmmmm....menarik

perjalanan lebih kurang 200 kilometer lebih itu tak mengantukkan dengan pelbagai cerita-cerita sang suami ini....dan cerita itu tenggelam perlahan-lahan ditelan maghrib di sungai buluh....

sama sahaja???? mungkin tidak..sebab peristiwa mematangkan..... mereka punya cerita tersendiri...mereka punya pengalaman tersendiri...mereka punya dunia tersendiri....

melampias sebahagiannya di dalam kereta saya..mungkin melegakan sedikit 'bahang' di dada atau kepala mereka....mungkin....

wasalam

Monday, June 19, 2006

lama tak menulis kat sini....

salam

lama tak menulis kat sini....
nampaknya web baitulummah akan berkubur setelah sesi diskusi dgn roy last saturday...
he got his point.....yeah...we proceed as what being plan...

mungkin lain kali...kita kembali...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails