dalam hidup perkara yang paling penting dan tidak penting ialah mengurus perasaan...
ada orang berjaya mengurus perasaan dengan baik...
ada orang yang gagal mengurus perasaan dengan betul...
cerita pasal mengurus perasaan ini sebenarnya penting...kerana ianya melibatkan emosi dan emosi juga penting kerana ianya elemen 'kekuatan diri' seseorang itu..
minda, emosi & roh adalah elemen-elemen yang harus atau mesti seiring dalam memastikan perjalanan hidup kita penuh dengan tenaga-tenaga positif...
tenaga negatif atau negatif 'vibes'...sering kali menganggu-gugat perjalanan hidup.. negatif vibes ini selalunya datang dari persekitaran yang sangat tidak memuaskan hati serta diri kita... datang dari pasangan kita, datang dari tempat kerja kita, datang dari keluarga kita, anak beranak, adik-beradik, mak bapak, sanak saudara dan semua manusia yang sememangnya ada tenaga-tenaga sendiri....
setiap yang hidup atau bernyawa sudah pasti ada 'tenaga' masing-masing...tenaga-tenaga itu adalah atom-atom yang bertindak balas dalam diri seseorang atau hidupan itu....
perasaan adalah hasil tindakbalas atom-atom positif & negatif dalam diri kita sehingga terpercik berbagai rasa dan menghantar signal ke otak lalu otak memberi isyarat kepada hati....
rasa takut, cinta, benci dan dendam semuanya antara hasil tindakbalas atom yang berjaya menguasai diri kita...
bagaimana untuk mengurus perasaan dengan baik?
pertama-tama....kita hendaklah tahu & faham mengapa dan kenapa kita berada di dunia ini...ini adalah soalan basic....
kedua..... kita hendaklah kenal objektif diri kita ini...matlamat & halatuju...
ketiga.... kita mestilah faham persekitaran & benda hidup yang ada di dalamnya...
mengurus perasaan tidak susah jika kita tidak terlalu mengikut perasaan.... maknanya kita tahu apa itu perasaan dan apa kehendaknya serta apa kesudahannya....
fikir dengan akal sahaja tidak cukup....tapi kita kena bertanya kepada hati kita... apakah perlu perasaan jenis ini dilayan?....adakah ianya berbaloi?.....apa menafaatnya pada diri & kehidupan kita?...dsbnya....
wasalam
No comments:
Post a Comment